ini bukan entri mengenai perilaku sumbang remaja ataupun sumbang mahram. bukan juga mengenai sumbang saran dalam memberi pendapat.
saya rasa terpanggil (oleh papan kekunci) nak menulis entri berkenaan memberi sumbangan. dalam konteks niche kecil saya, bab sumbang-menyumbang dalam memberi bantuan ataupun melakukan kerja-kerja kumpulan.
seringkali, si penyumbang merasakan dialah manusia yang paling banyak memberi sumbangan dan orang sekelilingnya tak buat apa-apa. Si penyumbang merasakan dia yang paling banyak memberi dan dia tidak menerima apa-apa sebagai timbalbalik.
"Asyik aku ja yang kena bersihkan sinki tersumbat ni. Orang lain reti buang sisa dalam sinki ja. Tapi tak reti nak betulkan sinki yang melimpah air"
"Asyik-asyik aku ja yang bersihkan dapur ni. Orang lain pakai dapur tak reti ka nak lap-lap balik minyak tumpah?"
"Huh. Bosan aku. Depa ni ambil kesempatan ni. Asyik aku ja yang kena buat kerja ni. Orang lain duk relax ja. Tak aci"
"Aku isteri yang dah terlalu banyak mengorbankan diri dan jadi lilin yang terbakar cair demi kebahagiaan rumahtangga. Tapi aku tak pernah terima apa-apa sebagai balasan. Aku bosan. Lebih baik aku keluar dari institusi perkahwinan"
"Aku suami yang bekerja penat lelah mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak. Tapi kenapa isteriku masih tidak gembira? Dia cuma duduk rumah, aku yang perlu berpanas berhujan mencari rezeki di luar rumah"
Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita berkisarkan soal tidak puas hati dalam perkara-perkara begini. Kenapa ya?
Saya teringat beberapa semester lepas saya pernah dengar Sue Sejarah (housemate) bercakap begini ;
"apa nak kecoh-kecoh bab guna elektrik ni. Kita guna kurang kat sini, maybe kita guna lebih kat lain"
Ya, dalam memberi dan menerima, bila kita memberi sesuatu (A), jarang kita dapat balasan A juga. Allah mungkin beri kita B sebagai balasan kepada A tadi.
Masalahnya minda sempit dan terbatas kita sebagai manusia memandang hal memberi dan menerima ini dalam skop kecil. malah sangat kecil. Kita percaya beri C wajib dibalas C, sedangkan kita lupa D mungkin lebih baik dari C yang kita beri.
Dan bila kita percaya pada konsep yang tak kena, jadilah kita manusia yang tak habis-habis merungut dan mempertikaikan orang sekeliling.
Mari jernihkan hati dan fikiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 komen tak puas hati:
walaupun gaji kecil, tapi orang selalu belanja makan.begitulah misalnya.
Kepertikaian akan berterusan apabila tidak bersedia menerima kelemahan dan kekurangan pasangan @ roomate. Setelah proses menerima kelemahan, proses pembaikan kelemahan wajar dilakukan setelah perbincangan berhemah dilaksanakan.
~ Rata-rata setiap pasangan hanya tahu komplen dlm hati saja, tidak berani berbincang secara berdepan. Kenapa..?
~ Akhirnya...ibarat layang-layang terputus talinya...
Ainnnn appppp
auuuummm amek ain,
makan dia aummmm
kualiti sumbangan yang penting, dan, ikhlaskan lah hati.
=)
insyaALlah tak merungut, nanti.
mampukah kita hanya berdiam diri tanpa memberi sumbangan apa2. kdg2 org yg memberi sumbgn tidak mengharpkan apa2 pemblsn selain dihargai...apabila sumbgn yg diberi diambil kesempatan oleh org yg xbtggjwb, mka keikhlasan hati memberi sumbgn akan bertukar dan menybbkan indvu e2 merungut..sama2lah memberi sumbgn....pernahkah anda memberi sumbgn dan menjadi dirinya....asyik2 kita jer yg berjimat, asyk2 kita yg berpenat lelah, asyik2 kita yg betol, asyik2 kita yg bershkan rmh, dapor, bilik, bersihkan sinki, org len dok ilek jer, beri sumbgn utk kebekn, bukannya utk menjhnmkan pasangn,kawan, roomte or housemte...ni pndpt sy spnjg sekian lama menjdi silent reader kamu.
setuju sgt.. sbg insan yg lemah.. prnh gak rasa situasi di mana rasa diri sndri lbey baek dari yg laen.. lbey byk mnyumbang dan rasa org len mcm lgsg x wat apa2.. tp at last kita kna sedarkan diri sndri yg kalo kita rasa kita org paling baek.. akan sentiasa ada yg lbey baek dari kita.. so xleh nk pasan2 sgt.. haha.. tp mmg ssh nk jernih kan ati dan fikiran neh huhu T_T
Amat tertarik dengan kata2 anda.. "Kita percaya beri C wajib dibalas C, sedangkan kita lupa D mungkin lebih baik dari C yang kita beri"
Masalahnya, kalau x buat C.. sekurang2nya ada D kan.. tapi wujudkah D tersebut???
erm papepn.. sedialah memberi dan menerima serta menghargai org di sekeliling kita...
Teringan didalam penulisan buku oleh Utz Pahrol dan Saiful Islam dimana Memberi la seustu tanpa megharapkan balasan..
Post a Comment