Disebabkan saya jenis manusia yang percaya usia hanyalah angka semata, saya meletakkan beberapa peristiwa yang diingati sebagai penanda aras yang saya makin dewasa.
1995 Peristiwa besar pertama dalam hidup yang saya ingat, (sejak dah berakal. saya tak ingat apa-apa di bawah usia 5tahun) bila mahu bercerai botol susu. Sekitar usia lima tahun. Masa tu beberapa minggu sebelum saya nak masuk Tadika. Baba buat perjanjian dengan saya, sekiranya saya mampu berhenti minum susu dari botol dan digantikan dengan cawan berpenutup tu, Baba akan belikan beg sekolah. Oh dasar budak-budak memang mudah dipergulakan dengan janji manis sebegitu.
Ketika pertama kali minum susu dari cawan, memang rasa seksatenaga batin dan perasaan. Tapi, itulah pertama kali saya rasa saya dah besar dan matang, kononnya. Dan ini juga merupakan pencapaian penting yang pertama dalam hidup, bercerai botol susu.
1995 Sebelum masuk tadika, saya bergraduasi daripada Bacalah Sayang 1 dan 2. Masa ni juga saya tengah beralih dari Iqra' 3 ke Iqra' 4. Seingat saya, saya boleh membaca jawi terlebih dahulu sebelum reti baca rumi. Baba guna buku Bacalah Sayang untuk ajar anak-anak membaca. Dan juga Iqra' untuk mengaji. Jadi saya tak reti mengeja huruf-huruf dalam Alquran macam yang kawan-kawan reti sebab Baba tak guna Muqaddam (ada yang panggil Quran Kecil)
Siri Iqra' yang saya guna dulu, bukan jenis gabungan Iqra' 1 - Iqra' 6 begini. Yang Baba guna dulu, diasing-asingkan setiap tahap. Setiap tahap Iqra' guna warna kulit buku yang berlainan. Yang saya ingat, Iqra' 1 warna pink. Iqra' 4 warna coklat muda. Iqra' 6 warna ungu gelap.
Ini buku kaedah bacaan yang ibu bapa saya guna untuk ajar saya dan adik-adik. Tapi yang saya guna dulu, adalah buku yang difotostat, tak ada warna mengikut sukukata. Baba cakap, masa tu kaedah bacaan ni masih dalam modul percubaan. Belum diterbitkan lagi. Baba dapat daripada kawan dia, minta test pada anak-anak. Kecil-kecil saya dah jadi tikus putih. Muahaha.
1997 Landmark seterusnya adalah bila saya melangkah kaki ke darjah satu. Kena pakai baju sekolah, kena pakai tudung, kena bawak beg sekolah berat. Wow. Rasa dah besar. Dan juga kena beli makanan sendiri daripada makcik kantin. huhu, kaunter bayar tinggi betul rasanya.
1999 Ada seorang budak darjah enam mengorat saya yang darjah 3. Tiap-tiap hari dia datang usik saya masa sekolah agama. Comel budaknya, ada lesung pipit dan selalu kenyit-kenyit mata kat saya. Serius masa tu saya tak faham kenapa mata dia asyik tertutup sebelah. Tiba-tiba rasa saya dah gadis walaupun masa tu belum pun datang haid. Haha. Seminggu tak lena tidur bila dapat surat cinta. Tak pasti masa tu saya rasa macam mana. Yang pasti seronok bila ada orang minat saya.
2000 "Tahniah, kamu lulus PTS". Ujar guru besar, Cikgu Majid namanya. Masa ni saya kena langkau kelas. Dari darjah 3 terus ke darjah 5. Rasa besar daripada kawan-kawan sebaya yang lain. Tapi agak tak best sebab kena buli bila masuk kelas orang. Dipandang serong. Dipandang remeh sebab saya muda setahun dari depa. Sebulan dua pertama yang sangat menyeksakan sebab ramai cemburu cikgu-cikgu memberi lebih perhatian pada saya yang terkial-kial nak terima silibus darjah 5. dah la tak belajar silibus darjah 4. Cuma bila ujian penilaian satu, saya dapat nombor 3 dalam kelas, barulah budak-budak darjah 5 tu terima saya sebagai sebahagian dari mereka. Lega sebab dah dapat kawan.
2002 Masuk tingkatan satu. Pakai tudung cendawan, tudung labuh sebab masuk sekolah agama. Kain warna biru. Baju kurung ada cekak kat tangan. Kena duduk asrama. Kena basuh baju sendiri. Sebulan awal, hari-hari telefon Mama sambil tahan sebab nak nangis. Tak suka sebab ada kakak senior. Saya anak sulung, jadi saya tak suka ada kakak-kakak yang mengkakakkan diri mereka depan saya. Haha. Saya memang dikira budak jahat pada senior asrama sebab saya suka melawan depa. Ampun ya.
16 Feb 2002 Menstrual pertama.Pertama kali tengok darah pada seluar dalam. Pucat muka. Mulanya saya ingat saya sakit kanser dan akan mati. Tapi teringat senior ada bagitau pasal haid masa minggu orientasi pada budak-budak tingkatan satu. Siap ajarkan macam mana nak pakai tuala wanita dan cara basuh. Oh. Setelah tenang, saya pergi minta tuala wanita pada kawan sebilik. Masa ni rasa betul-betul dewasa. Masa ni juga ada fikir nak tanya pasal kahwin kat Baba, oh, apakah?
2004 Saya dah tak duduk asrama.Kena buang asrama. Berulang dari sekolah ke rumah. Kena naik bas awam. Selalu terketar-ketar takut bila masa nak tekan loceng. Rasa besar sebab bila habis sekolah, kadang-kadang tak terus balik rumah. Pergi makan KFC dengan kawan. Kemudian buat kerja sekolah dalam KFC @ McD. Sejuk, best ada aircond. Masa ni nak PMR, saya dapat kawan rajin. Saya pun jadi rajin.
2007 Saya dah habis sekolah. Bila dah dapat keputusan SPM, satu-satunya tawaran yang saya dapat, adalah matrikulasi. Kat matrik, rasa dah dewasa amat sebab pergi kelas dah tak perlu pakai baju sekolah. Belajar dalam dewan kuliah. dan, dan, dan......dalam kelas ada budak lelaki! haha. Jakun sebab saya sekolah perempuan. dah la kat matrik, ramai yang hensem-hensem belaka. Tertekan juga kenapa semua orang pandai-pandai ni.
2011 Percaya atau tidak, sejak matrikulasi sampai tahun ini, saya tak merasa apa-apa perubahan kedewasaan dalam diri saya. Sama saja rasanya.
Cuma baru-baru ini, bila blogger-blogger cikgu bahasakan diri mereka 'kakak' pada saya, saya terfikir betapa perasan mudanya cikgu-cikgu makcik itu. Rasa pelik. Tapi bila dihitung-hitung, usia cikgu-cikgu makcik ni sebenarnya tak sampai 40an pun. Wajarlah mereka bahasakan diri mereka kakak dengan saya, dengan menganggap saya ni pangkat adik. Okey, bukan mereka perasan muda, saya yang perasan. Saya 21.
Juga, bila ibu-ibu muda yang ada anak, suruh anak mereka panggil saya 'acik ain', mulanya memang saya sentap. Makcik? uik. Kakak lah. Tapi bila bukan seorang dua kanak-kanak bawah 3tahun diajar ibu mereka memanggil saya makcik, saya dah rasa saya perlu letak landmark baru dalam hidup.
Tahniah Ain Fathihah. Selamat menjejak dewasa.
Ketika pertama kali minum susu dari cawan, memang rasa seksa
1995 Sebelum masuk tadika, saya bergraduasi daripada Bacalah Sayang 1 dan 2. Masa ni juga saya tengah beralih dari Iqra' 3 ke Iqra' 4. Seingat saya, saya boleh membaca jawi terlebih dahulu sebelum reti baca rumi. Baba guna buku Bacalah Sayang untuk ajar anak-anak membaca. Dan juga Iqra' untuk mengaji. Jadi saya tak reti mengeja huruf-huruf dalam Alquran macam yang kawan-kawan reti sebab Baba tak guna Muqaddam (ada yang panggil Quran Kecil)
Siri Iqra' yang saya guna dulu, bukan jenis gabungan Iqra' 1 - Iqra' 6 begini. Yang Baba guna dulu, diasing-asingkan setiap tahap. Setiap tahap Iqra' guna warna kulit buku yang berlainan. Yang saya ingat, Iqra' 1 warna pink. Iqra' 4 warna coklat muda. Iqra' 6 warna ungu gelap.
Ini buku kaedah bacaan yang ibu bapa saya guna untuk ajar saya dan adik-adik. Tapi yang saya guna dulu, adalah buku yang difotostat, tak ada warna mengikut sukukata. Baba cakap, masa tu kaedah bacaan ni masih dalam modul percubaan. Belum diterbitkan lagi. Baba dapat daripada kawan dia, minta test pada anak-anak. Kecil-kecil saya dah jadi tikus putih. Muahaha.
1997 Landmark seterusnya adalah bila saya melangkah kaki ke darjah satu. Kena pakai baju sekolah, kena pakai tudung, kena bawak beg sekolah berat. Wow. Rasa dah besar. Dan juga kena beli makanan sendiri daripada makcik kantin. huhu, kaunter bayar tinggi betul rasanya.
1999 Ada seorang budak darjah enam mengorat saya yang darjah 3. Tiap-tiap hari dia datang usik saya masa sekolah agama. Comel budaknya, ada lesung pipit dan selalu kenyit-kenyit mata kat saya. Serius masa tu saya tak faham kenapa mata dia asyik tertutup sebelah. Tiba-tiba rasa saya dah gadis walaupun masa tu belum pun datang haid. Haha. Seminggu tak lena tidur bila dapat surat cinta. Tak pasti masa tu saya rasa macam mana. Yang pasti seronok bila ada orang minat saya.
2000 "Tahniah, kamu lulus PTS". Ujar guru besar, Cikgu Majid namanya. Masa ni saya kena langkau kelas. Dari darjah 3 terus ke darjah 5. Rasa besar daripada kawan-kawan sebaya yang lain. Tapi agak tak best sebab kena buli bila masuk kelas orang. Dipandang serong. Dipandang remeh sebab saya muda setahun dari depa. Sebulan dua pertama yang sangat menyeksakan sebab ramai cemburu cikgu-cikgu memberi lebih perhatian pada saya yang terkial-kial nak terima silibus darjah 5. dah la tak belajar silibus darjah 4. Cuma bila ujian penilaian satu, saya dapat nombor 3 dalam kelas, barulah budak-budak darjah 5 tu terima saya sebagai sebahagian dari mereka. Lega sebab dah dapat kawan.
2002 Masuk tingkatan satu. Pakai tudung cendawan, tudung labuh sebab masuk sekolah agama. Kain warna biru. Baju kurung ada cekak kat tangan. Kena duduk asrama. Kena basuh baju sendiri. Sebulan awal, hari-hari telefon Mama sambil tahan sebab nak nangis. Tak suka sebab ada kakak senior. Saya anak sulung, jadi saya tak suka ada kakak-kakak yang mengkakakkan diri mereka depan saya. Haha. Saya memang dikira budak jahat pada senior asrama sebab saya suka melawan depa. Ampun ya.
16 Feb 2002 Menstrual pertama.
2004 Saya dah tak duduk asrama.
2007 Saya dah habis sekolah. Bila dah dapat keputusan SPM, satu-satunya tawaran yang saya dapat, adalah matrikulasi. Kat matrik, rasa dah dewasa amat sebab pergi kelas dah tak perlu pakai baju sekolah. Belajar dalam dewan kuliah. dan, dan, dan......dalam kelas ada budak lelaki! haha. Jakun sebab saya sekolah perempuan. dah la kat matrik, ramai yang hensem-hensem belaka. Tertekan juga kenapa semua orang pandai-pandai ni.
2011 Percaya atau tidak, sejak matrikulasi sampai tahun ini, saya tak merasa apa-apa perubahan kedewasaan dalam diri saya. Sama saja rasanya.
Cuma baru-baru ini, bila blogger-blogger cikgu bahasakan diri mereka 'kakak' pada saya, saya terfikir betapa perasan mudanya cikgu-cikgu makcik itu. Rasa pelik. Tapi bila dihitung-hitung, usia cikgu-cikgu makcik ni sebenarnya tak sampai 40an pun. Wajarlah mereka bahasakan diri mereka kakak dengan saya, dengan menganggap saya ni pangkat adik. Okey, bukan mereka perasan muda, saya yang perasan. Saya 21.
Juga, bila ibu-ibu muda yang ada anak, suruh anak mereka panggil saya 'acik ain', mulanya memang saya sentap. Makcik? uik. Kakak lah. Tapi bila bukan seorang dua kanak-kanak bawah 3tahun diajar ibu mereka memanggil saya makcik, saya dah rasa saya perlu letak landmark baru dalam hidup.
Tahniah Ain Fathihah. Selamat menjejak dewasa.
6 komen tak puas hati:
buku iqra tu mmg nostalgia betul..sgt2 menggamit memori..
hebat tul zaman cerai susu pun ingat adik ku.. abang nie baru 28 dah anak 3.. penanda aras nak mati dah ada...
emm mungkin lg ssuai digunakan 'benchmark'. bukan 'landmark'. maaf kalau silap..
buku iqra' HAHA aku tak habis pun. banyak ponteng. sedar2, kawan sekelas dah naik ranking baca Quran, aku terus skip, baca Quran sama2. =)
yup, bila dah besar, dah tak terasa dewasa, matang dah. entah kemana rasa itu hilang.
Betul kata cik anon... Benchmark lebih sesuai
Bab makcik atau kakak? Sy pangkat makciklah kat ain, tapi andai ain bekerja dengan saya nanti selepas habis belajar, panggil saya kakak ok...never call me auntie! :)
Ain, bila praktikalnya?
Apa2 hal boleh roger kat email saya je normahmispar@yahoo.com
oklah cikgu panggil abang boleh?? wahaha
Post a Comment