Contoh tipikal, bukan.
Banyak sangat perkara mengenai kerumitan cara berfikir yang saya memang takkan jumpa jawapannya dalam silibus pembelajaran saya. Melainkan opsyen saya memang bidang pembangunan manusia, sains sosial atau psikologi.
Saya sedang berusaha menghadam bacaan Men Are From Mars, Women Are From Venus hasil John Gray. Dah dekat seminggu, buku setebal tiga ratus muka surat sahaja itu, belum dapat saya habiskan. Lambat juga, biasanya saya tak begini. Nak buat macam mana, baca sikit, tersenyum-senyum, tersengih-sengih seorang diri.
Banyak perkara yang dibincangkan tepat terkena batang hidung saya
antaranya ;
1. saya mula faham kenapa perempuan suka berleter, selalu terfikir-fikir masalah dan bercakap tidak henti-henti.
2. saya baru sedar mengapa bila pakcik padil menawarkan jalan penyelesaian kepada permasalahan yang saya adukan pada dia, saya akan berkecil hati dan merajuk.
3. saya telah bersetuju dengan pernyataan seorang kenalan
"dalam apa jua perhubungan, perkara yang paling penting adalah komunikasi"
masa berbual dengan dia, saya setuju bodoh saja, angguk-angguk tapi belum betul-betul dapat memahami dan menafsir apa maksud beliau. ketika membaca buku John Gray ini, barulah saya dapat faham betul-betul. hehe. muka yakin itu perlu ya.
Alhamdulillah, dalam kesibukan menjadi pelajar tahun akhir
4 komen tak puas hati:
perbezaan yang mewarna hidup.
kongsi2kan lah ain apa yang dibaca.
Buku ini juga dicadangkan oleh saiful islam untuk membacanya..sampai skrg xberkesempatan membacanya lg....
sudah matang, bukan? =)
Hahahaha tau takpa. Kan dah kena. Haha
Post a Comment