Mungkin saya suka menulis sebab saya banyak membaca. Alhamdulillah, Baba tak lokek belikan saya buku-buku untuk memenuhi keinginan saya mau membaca. Masa darjah satu saya dah berebut suratkhabar dengan Baba.
Bila saya tak dapat masuk aliran sastera ketika tingkatan empat, saya merasakan skil menulis saya akan sia-sia saja. Masa tu, saya berfikiran wajib masuk aliran sastera, baru saya dapat menulis. Hehe, otak budak-budak.
Saya pernah menulis diari. Tapi saya tak suka tulis diari sebab tulisan saya buruk. Bila nak baca balik apa cerita yang saya tulis, adehh, si penulis tak dapat faham tulisan sendiri.
Habis SPM, saya temukan medium sesuai untuk saya kembali menulis. di sini lah, www.srikandiputri.blogspot.com. Saya pilih nama srikandiputri sebab masa tu terpengaruh dengan Tun Nyemah Mulya, srikandi Melayu yang dinukilkan penglibatannya oleh Faisal Tehrani membantu Melaka memerangi Portugis. 1515 kot tajuk novel tu. tak begitu pasti.
Bahasa saya ketika awal-awal menulis blog (Mac 2007) memang entah apa-apa lah. Standard bahasa budak-budak baru nak kering hingus. Sroott, sroottt! Ketika di matrik pula, saya tak begitu rajin menulis blog sebab kehidupan di matrikulasi agak sibuk dan sangat terisi.
Bermula di UPSI, jadual kelas dah best sebab rongak-rongak. Tak penuh seperti di matrik. Dan saya kembali menulis. Bukan cerita penting pun, cuma kisah-kisah yang saya lalui, pengalaman saya, perasaan saya dan segala yang berkaitan tentang saya saja.
Secara perlahan, kemahiran menulis saya bertambah baik. Saya seronok bila ada kenalan yang memberi komen, tulisan saya ada rasa. Ada yang tergelak-gelak, tersengih-sengih, tersenyum-senyum, tersebak, termeluat, teruja dan pelbagai rasa yang wujud ketika membaca entri-entri saya.
Sekarang baru saya sedar, tak kisah apapun kerjaya saya nanti, saya masih dapat meneruskan minat saya untuk menulis. Mau menulis perlu ada ilmu dan pengalaman. Jika saya punya semata-mata kemahiran menyusun kata, saya akan menghasilkan sesuatu yang picisan saja.
Saya masih ada cita-cita tentang minat ini. Moga dengan ilmu dan pengalaman saya sebagai guru sains/biologi nanti, dan ditambah dengan kemahiran menulis yang saya ada, moga suatu hari nanti saya dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
Takmau tulis apa cita-cita saya tentang ini. Malu. haha.
6 komen tak puas hati:
lebih kurang la kite..
minat sgt menulis..
masa f4 nk amek sastera tp ayh x bg..
huhu~
n skrg pon teacher-in-the-making..
+ same2 blogger..
hehe~
menulis bes
Teruskan menulis...dan menulislah dengan bahasa Melayu yang betul kalau mahu gunakan bahasa Melayu. Kalau mahu gunakan bahasa Inggeris, gunakan juga dengan betul.
Novel pertama cklah diterbitkan masa cklah ditahun akhir UM. Pernah cerita dalam blog. Tapi, dululah...:D
menulis adalah terapi minda yang terbaik. Pendapat aku. :)
Aku suka menulis juga, bezanya... aku menulis dengan khayalan dan imaginasi.
Saya bercita2 nak jadi penulis novel cinta yg anda tak suka baca...hehe... SERIUS!
"tapi saya tak suka tulis diari sebab tulisan saya buruk"
nak kritik nie
betoi. tulisan hang gemok-gemok macam gajah. pastuh suka tulis bagi lebar2. pastuh dahla tulis suka bagi meja bergoyang. ganggu orang sebelah ja
:P
betul, ain ada bakat menulis. saya pun suka baca tulisan ain.
teruskan.....teruskan
Post a Comment