Friday, May 25, 2007

aku yg tewas ! ! !

wah..wah..wah!
akhirnya aku tewas jua akhirnya..azam utk tidak menjejak kaki ke CC kmpp tggl kenangan cuma..
erm, dah dua minggu aku ada kt bumi kmpp ni.kehidupan yg amat2 meletihkan dan membuatkan aku semput.
huhuhu, ntah npa tanpa sedar aku telah masuk ke cc dan terus duduk di komputer yg kosong dan online!jari2 ni dah lama gatal nk menekan2 keyboard..huhuhu..baru je balik dr library ni...pening je kepala kt cni!
tension pun ada...letih+panas+semput...hidup sebagai pelajar kolej mg tak berapa byk masa lapang.dah la di kmpp ni, suma org duk pulun gila babeng!
hari pertama kuliah, malamnya tu library dah penuh! aisehh...bila dah semua org duk study, xkan la aku nk main2 plak kan, so kena la pulun jgak..tgk latar belakang student kt sni pun semuanya mantap2 belaka! sbp, mrsm berlambak2.tp walau di mana pun aku berada, aku cuma nk diri sniri je la..
dah jumpa dua tiga org member fs aku kt cni..auni aziz, ct nurzulaikha...al-islam ngn custodian sama kuliah ngn aku rupanya! heh...baru je petang td encik custodian tu tegur aku di pentad(pentadbiran)..malangnya aku tak kenal muka dia, cuma kenal nama fs & ym je..jgn kecik hati noh custodian..
pd insan yg byk bg aku dorongan dan sokongan utk aku, tima kasih...
ok la, bila2 masa aku ada masa, aku update lg blog aku yg makin sunyi nih..
salam sayang...

Tuesday, May 08, 2007

asam garam hidupku

wahh, sakitnya badan!kenapa??huhuhu...sengal habis badan aku.
semalam aku ngn kwn2 sek,AIGS wat perjumpaan. Sj la nk jumpa sblm masing2 mula sambung belajar balik. Ntah siapa yg plan, pertemuan kami diadakan di Kompleks Bukit Jambul(BJ)...adeii, jauh la plak..dah la aku baru sekali jejak kaki ke sana, masa form1 dlu. Mmg jarang la aku p area sana.
Memandangkan member aku, Nad dah dpt lesen, kami pakat2 nk tumpang dia. Masalahnya, Nad x tahu jalan la plak..kui3, klu kwsn pulau tikus ke hospital tu mmg dia cekap ar,dah jadi jalan dia pun.
Erm, dgn bantuan ibunda tersayang, hehehe..akhirnya kami sampai gak kt BJ..

Pertemuan Yg Menggembirakan
Sampai je sana, tak ramai lg yg ada...2,3org ja..dan kami diberitahu plak yg pelan asal ditukar! Bkn pkul 11pagi mcm yg diberitahu sblm ni, tp pas zohor..tp xpela, kami sampai pun dah pkul 12...So, makan time!
wah3, tak sangka dpt jumpa kwn2...rindu gler kt depa suma..member2 kelas...member2 kelas sebelah...
dan yg paling aku tak sangkakan, berlaku perubahan yg amat2 ketara pd kwn2 aku! ohoo, yg dlu masa sek, jenis kasar gler, ckup anti dgn baju2 feminin... xnak pakai kasut stail girl...agak2 tomboy skit, dan bila aku jumpa dia masa kt BJ, wah!!! Ayu gila ahhh...dia pakai blaus ada bunga2 pink, skirt labuh, handbag, dan bermekap! Cun rupanya kwn aku tuh...hahaha
Sementara tggu zohor, kami mkn dlu kt mcD sambil sembang2..tak ramai org hari tu, jd mmg kami la yg paling riuh sekali.. kepoh betul..hehehe
oleh sbb aku, Nad, Amal & Che Pah x tahu surau kt mana, terpaksa la kami naik tnya kwn2 yg dah ada kt tempat bowling..bila dah naik plak, depa ckp nk men sampai 3setengah je, so..main dlu la..surau BJ kt tempat parking.
Huh, mg kami je yg penuh kt situ. Riuh betui, dah lama aku tak riuh cmtu... Bknnya main sgt pun, suma duk best gelakkan bola org yg masuk longkang, padahal sniri main pun hancusss! hehehe.
Aku tak kisah sgt psl main bowling tu, duk sonok dpt jumpa kwn2 je. Ahaks, byk yg dah berubah psl kwn2 aku..Gaya ckp, penampilan, dll..
Lebih byk yg bergambar dari men bowling sebenarnya! cehh. . dan lebih byk bola yg meleret ke longkang dr mengenai pin.hahaha

Queensbay Yg Tidak Pernah Ku Jejak
Tetiba sorg member aku ajak p Queensbay, main ice skating. Erk??? Queensbay ada tempat main ice skating ke? ahh, mls nk persoal, bknnya aku penah p situ pun. Dan sekali lagi, dgn tak tahu jalan, Nad redah je drive dgn bantuan member lain.. Selamat je sampai Queensbay..hehehe..
First, cari surau dlu. Alamak! xde signboard surau, susah la nk cari. Nak tnya org2 kt situ pun, bknnya depa tau surau kt mana. Perghh! Pusing punya pusing, jumpa gak surau. fuhh, nsib baik jumpa.
Kemudian, dgn bersemangatnya kami p tempat yg nk dituju. [inilah barisan kita, yg ikhlas berjuang, siap sedia berkorban, utk ibu pertiwi]. Ceh, bkn ice skating la! rupanya Roller Blade. hah?aku bkn penah main pun.. Nak cuba ke tak? nak ke tak nak..nak ke tak nak...

Jatuh Bangun Mengajar Erti Kehidupan disebabkan aku ingin merasai mcm mana perasaan main roller blade, aku pun wat percubaan berani mati. Cuba benda baru. tu pun sbb Nad nk main, & boleh la aku suruh dia ajar kan. Pujuk punya pujuk Amal ngn Che Pah, depa dua x nak main..huhuhu..erm, kena byar rm16 utk main tanpa had.[tempat tu bknnya baba aku ada share, so takleh la nak main free]... err, klu student price, cuma rm8. Jeng jeng jeng...dgn tak malunya kami mengaku masih pelajar sekolah! so, dpt la separuh harga..hik3.. Lepas uruskan apa2 yg patut, buat pertama kalinya aku menyarung kasut roda yg nmpak pelik tu ke kaki ku [sebenarnya aku yg jakun, sbb tu pelik]...dan aku cuba bangun berdiri.. wah! xleh langsung.. Cm na nk bangun nih...huhuhu.. Melihat seorang demi seorang kwn2 ku bangun dan terus meluncur, aku jadi resah. Mcm nk nangis pun ada. Aku tak berani nak berdiri, takut jatuh plak.. Dgn tunjuk ajar Nad, dia pimpin aku masuk ke tempat meluncur.. terketar2 sebenarnya kaki aku masa tu..erm, belum apa2 lg... kedebuk! aku dah tersungkur..adesss, sakitnya mak oi buntut aku.. datang sorang jurulatih di situ mengajarkan aku teknik2 yg betul utk bangun...dia suruh aku pegang tepi sambil berjalan. Masalahnya, aku mmg tak tahu mcm mana nk kawal kasut yg beroda tu! isk isk isk...penyesalan datang bertandang...susah gler aku rasa... Jurulatih tu tunjukkan cara nk berjalan, bentuk kaki dlm 'V'.. bila gerakkan kaki kanan, kaki diri angkat skit, pastu sebaliknya.. aku dgr dia ckp, tp sebenarnya tak berapa faham apa yg jurulatih tu maksudkan. Aku pun dgn cuaknya cuba buka langkah.. satu langkah, dua langkah... BUKK!! jatuh lgi.. alahai...sebenarnya dah byk kali aku jatuh sebelum tu.. dah naik kebas buntut! huawawa

Usaha Tangga Kejayaan dlm sejarah hidup aku, belum penah aku buat sesuatu begitu bersungguh2 seperti aku nak belajar main roller blade tu.. Erm, tanpa hirau sengal2 yg ku rasai, aku cuba juga utk belajar berjalan dgn kasut beroda pelik di kaki ku. Wah, sayang sgt2 kwn2 aku yg bersemangatnya memimpin aku berjalan[Nad, Kinah, Dayah & semua yg main sekali ngn aku masa tu].. Thx my frens!erm, akhirnya...walaupun tak la bgus cara aku berjalan, boleh la jugak skit, kadar jatuh pun kurang..walaupun masih ada... yg buat aku seronok, rupanya ada sorang Apek di kawasan luar memerhatikan betapa sedapnya aku tersembam, tersungkur, terguling dan terbalik dlm tu. Semasa aku melintasi meja yg dia duduk, dia menggenggam erat jarinya lalu angkat tgn pada aku. Sambil tunjuk bagus pada aku.. wahaha, malunyer!

Cari Jalan Pulang Pkul 6, Nad dah ajak aku balik. erm, baru nak boleh skit, dah kena berhenti plak. Ahaks! Bila dah dlm kereta yg dipandu Nad, barulah aku sedar yg badan aku sakit sgt! huhuhu, wat bodo je la.. ini la hari yg paling gembira buat aku.. Best betul dapat jumpa kwn2 yg dah lama aku tak jumpa..rindu pada Amira, Munirah, Along, Farahain, Ziela si gadis Ayu [hahahaha], Syark, Kinah, Dayah, Aainaa[ini bkn kesilapan aku menaip, tp mmg nama dia byk huruf A], budak2 kelas Melati, Mawar..kelas aku, Melur tak berapa ramai yg hadir...besala dak skema bkn mau sgt kuar2 cmtu.hik3.Dlm keta, dgn riang gembiranya kami 4 org..aku, Nad, Amal dan Che Pah menyanyi lagu2 yg berkumandang di radio Era.fm.

Kalau benar cinta itu buta

Siapakah jadi mangsanya

Kalau cinta itu cinta setia
Nangis ketawa sama, ha ha ha
Kalau kita boleh beli cinta
Berapa pula harganya

Alangkah indah bila dicinta

Kerana hidup kita lebih bahagia.. AH HAA

Sahabat, aku Mencintai Kalian
Betapa dadaku sebak semasa kami menyanyi dgn kuat lagu tu.. Entah bila lagi aku dan kwn2 dpt berseronok mcm td.. Sahabat plg baik yg aku temui di bumi Almashoor, yg bersama2 berpenat lelah dan memerah otak semasa sesi belajar berkumpulan.. Sahabat yg mengajar erti manisnya bila bersahabat.. Sahabat yg tak jemu2 menasihati aku bila aku yg mmg nakal ni melakukan perkara2 yg tak sepatutnya.. Sahabat yg tak jemu menerangkan subtopik2 yg aku tak paham [aku pernah menangis dlm kelas sbb tak dpt memahami topik pertama Addmath form4, Fungsi...lalu member yg duduk berdekatan meja aku menenangkan aku dan cuba mengajar aku perlahan2..padahal aku masih tak dpt memahami apa2, Thx Faiezah, Nad & Amal]..
Entah aku akan jumpa lg atau tidak sahabat2 seperti mereka.. Kadang2 bila aku bersendirian, boleh jd monyet yg tersengih sorang2 bila aku teringat gelagat kwn2 aku masa sekolah.. Dan itu semua cuma tinggal memori yg amat manis utk aku kenang..
Telah lama kita bersama Berjuang tegakkan agama Kita rungi bersama suka
Duka perjuangan Karena takdir dari Illahi Kini semua tinggallah kenangan Engkau telah jauh disana Berjuang dirantau seberang
Oh Tuhan...Satukanlah Hati kami Walau dimanapun kami berada
Oh Tuhan...Kuatkanlah jiwa iniDalam meneruskan perjuangan
Tetap kenanglah aku disanaDalam do'a dikeheningan malam Kan kurengkuh engkau disanaDalam do'a-do'a malamku
Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan Detik yang indah bersamamu temanku
Melangkah Ke Alam Kampus
Tinggal tak berapa hari lagi aku akan berada di rumah, bersenang lenang mengadap pc, menyakat adik2 kecil aku, mengacau mama masak, dan ironkan baju baba...erm...& selepas ini aku akan kembali memerah otak, bergelut dgn buku2, terpaksa menyesuaikan diri dgn suasana baru, menghadapi kembali detik menyesakkan dada bila musim exam.. Paling penting, aku akan menimba pengalaman2 baru, di tempat baru, bersama kwn2 baru dan semuanya baru bagi aku... Kolej Matrikulasi Pulau Pinang menanti kehadiran aku utk melakar detik2 indah di buminya...

Selamat Tinggal Dunia Mayaku
hehehe, berat juga nk berpisah dgn pc ni... dah jadi boyfren kesayangan pun pc ni...luv u computer! ahaks

[a]ku d[a]mb[a] seseg[a]r n[a]ilof[a]r
mencari pengertian hidup