Thursday, October 28, 2010

burung hantu AinoFathihahoho species

Ini minggu terakhir minggu akademik di UPSI bagi semester ini. Minggu 14. itupun saya masih bergelut dengan kuiz dan assignment (kes buat & hantar lambat).

Dah berapa malam jadi burung hantu.... tidur lambat, bangun awal. Bersiap mandi dan bergegas ke kampus. Perlu gariskan eyeliner di mata untuk elakkan sindrom mata panda yang agak ketara..
lihat, burung hantu AinoFathihahoho species sedang merayap di malam hari menjengah rakan-rakan seBIO yang sedang bertungkus lumus buat kerja masing-masing...

Berjaga-jagalah wahai gadis-gadis seBIO sekalian...hee heee heee! terutamanya Cha'ah.

(Ain Fathihah dalam mod bosan menunggu laman web MySIS UPSI yang takdapat dilayari. saya perlu add subjek-subjek semester hadapan)

Lagi satu, menjelang musim peperiksaan, seperti biasa wabak histeria merebak..

Histeria dari sudut perubatan..

Histeria adalah penyakit psikiatri yang dikenali sebagai 'somatoform disorder' dan dibagaikan kepada dua jenis iaitu 'conversion disorder' dan 'dissociative hysteria'.

Conversion disorder adalah keadaan yang mana mereka diserang histeria biasanya akan merasai gangguan fizikal seperti merasai badan lumpuh, buta, pekak dan bisu walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengalami masalah berkenaan. Kebiasaannya, histeria jenis ini berlaku kerana konflik dan trauma seperti melihat saudara dirogol, kemalangan dan kematian.

Dissociative hysteria pula menyebabkan mereka yang terkena histeria akan meronta-ronta, meracau dan menjerit-jerit. Malah, ia kerap berlaku pada kanak-kanak dan remaja akibat konflik yang tidak dapat dikawal.

Prof Azhar berkata, Dissociative Hysteria kerap berlaku dalam masyarakat Malaysia dan biasanya membabitkan pelajar sekolah, penuntut IPT dan pekerja wanita di kilang manakala di Barat lebih popular dengan histeria jenis conversion disorder.
Trend popular semasa musim orientasi dan musim peperiksaan ?

Beliau menjelaskan kira-kira 20 tahun lalu kes histeria dilaporkan banyak berlaku di negara ini dengan kes tertinggi di sekolah berasrama, kilang dan kem motivasi serta minggu orientasi. Namun ia mulai berkurangan dan menjadi kes terpencil pada 1990-an. Berdasarkan kajian kes terdahulu, kebanyakkan kes histeria didapati berlaku dalam minggu peperikaan di sekolah berasrama dan minggu orientasi di IPT. Dipercayai penglibatan terlalu banyak aktiviti yang meletihkan hingga mengganggu masa tidur dan rehat pelajar dikatakan punca kepada kes histeria semasa minggu orientasi.

Selain itu, pelajar asrama juga mudah terkena histeria kerena tidak dapat mengawal konflik seperti mengikut disiplin yang ketat selain kerinduan pada keluarga. Dalam kes 1980-an, kebanyakkan kes histeria berlaku di sekolah agama yang mana disiplinnya lebih tinggi berbanding sekolah biasa.

Kes membabitkan perkerja kilang, biasanya berlaku pada waktu malam. Ia dipercayai berlaku kerana pekerja keletihan tidak cukup tidur selain faktor ketakutan kerana sering mendengar cerita mengenai hantu.

Wanita lebih cenderung dengan fenomena histeria ?

Menurut Prof Dr Azhar, kebanyakkan kes membabitkan wanita kerana tahap ketakutan mereka lebih tinggi berbanding lelaki. Tambah Prof Dr Azhar lagi, histeria sebenarnya berlaku kerana konflik yang tidak dapat dibendung dan dikawal oleh individu itu dan cara mengawalnya adalah dengan memberikan bantuan bukan tekanan kepada mereka yang ada masalah atau lemah.

Kenapa ya? tapi kalau lelaki yang sakan histeria secara berjemaah, geli lah saya nak dengar suara garau garuk lelaki terjerit-jerit. awww! mak tak rela, nyah!

Wednesday, October 27, 2010

projek penyelidikan. apa?

salam. (mod = ulangkaji Organic Chem).

Rasa macam baru ja lagi saya menjerit (tak dapat dipastikan menjerit suka atau tak suka) ketika melihat keputusan permohonan UPU.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
JURUSAN : PENDIDIKAN SAINS

yeah, sungguh. Rasa macam baru semalam saya kalut buat persiapan untuk masuk Universiti. Sedar tak sedar pun...

dan tiba-tiba dah kena pilih bidang untuk tesis. ohh! Saya dah kena buat tesis rupanya.

antara bidang pilihan:
1. PEMBINAAN MODUL P & P
2. PEMBINAAN MANUAL MAKMAL
3. PEMBINAAN BAHAN MULTIMEDIA
4. PENYELIDIKAN PEDAGOGI / PENDIDIKAN
5. PENYELIDIKAN CONTENT
6. ULASAN BUKU
7. DOKUMENTARI

err.. saya baru saja tengok pilihan bidang yang ada. Dan esok dah kena beritahu bidang yang menjadi pilihan hati. Ceh! Apakah? tak sampai 24 jam dah kena buat pilihan.

Projek Penyelidikan = 6jam kredit, tauhu sumbat!

apa bendanya ketujuh-tujuh pilihan yang ada ni ya? (mod = blur)

nota tumit ; tiba-tiba rasa patutnya Jabatan buat taklimat dulu, baru suruh pilih. takla terpinga-pinga sangat, kan? huhu

Monday, October 25, 2010

bagaimana kening Ain Fathihah berparut lintang?

Salam'alaik. Pagi tadi, saya di tag oleh adik perempuan saya yang nakal.. tersenyum saya membaca tag dari dia. Pertama kali dia ucap terima kasih untuk satu perkara 'itu'. Ya, pertama kali. Saya juga sedang menunggu permohonan maaf dari dia, juga untuk perkara 'itu'. haha.
Ya, peristiwa yang menyebabkan saya mendapat cop mohor ini di kening kanan.
Nampak?
Cop mohor yang membuat kening saya seakan terbelah. Tak kurang juga rakan yang bertanya,

"wei ain, awat hang cukoq bulu kening hang lagu tu"

"ar! aku tak cukoq pun. ni parut lah. cis!"
Tambah meresahkan, bila ada yang mengusik,

"habis la ko ain. ada parut. kurang seribu"
(bermaksud kurang RM1000 dari nilai hantaran perkahwinan saya)

Saya cuma spontan ketawa dan menjawab,

"hah, takpa takpa. baru kurang seribu. ada lagi empat puluh sembilan ribu tau"

Untuk menyedapkan hati, saya cuba berbangga dengan segarit bekas luka di kening kanan ini. Pemanis wajah ni, ujar saya. Buat wajah saya yang comot ni bertambah manis lalu menjadi comel.

comot + parut = comel dan manis

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Imbas 13 tahun lalu. (Ain Fathihah, 7 tahun, selebet dan comot)

Tarikhnya masih saya ingat, 31 Ogos 1997, hari Isnin. Cuti merdeka. Saya demam hari tu. Tapi demam-demam pun, petang hari saya menjadi segar bugar untuk keluar bermain. Budak-budak kan, tiap-tiap hari tak sabar tunggu waktu Asar sebab lepas solat Asar baru boleh keluar main.

Lepas saya minta izin nak keluar main dari Mama, Mama paksa suruh saya bawa adik yang paling kecil tu (masa ni Adeebah yang paling kecil) sekali. ceh, menyibuk ja kan. Budak kecik ni suka menyibuk. Huh.

Dalam bebal, saya turutkan juga. Maka kami empat beradik pun terkedek-kedek keluar menuju padang permainan berdekatan rumah. Dekat ja padang tu. Saya, Angah, Amira dan Adeebah. Berpimpin lah kami menuju ke taman permainan.
Tapi masa tu taman permainan bukanlah begini.

Papan gelongsor, jongkang-jongkit dan buaian yang ada masa saya kecil tidaklah secantik sekarang. Papan gelongsor pun, yang jenis tangga tinggi dan tempat gelongsornya daripada besi. Bila main gelongsor macam tu, panas bontot wohhh..!

Buaian yang ada pun, jenis daripada papan rata, berat dan tebal untuk tempat duduk, dihubungkan dengan tali besi yang agak tebal dan berat juga, supaya buaian tu boleh berayun.

Sampai di taman permainan setelah merentas padang, saya berjumpa kawan-kawan sepermainan. Masa tu kami main aci lut duduk rasanya. Sakan bermain, saya melupakan adik kecil yang diamanahkan pada saya.

(tapi sekarang saya terfikir-fikir apa jadahnya beri budak kecil setahun lebih untuk dijaga oleh kanak-kanak 7 tahun. Mungkin masa tu keadaan boleh dikira selamat sebab takda kes culik macam Nurin Jazlin kot? Dan lagi satu, sungguhpun saya anak sulung, saya kan masih hingusan untuk menjaga adik yang masih kecil)

Dalam galak berlari-lari bersama kawan-kawan, entah macam mana ekor mata saya terpandang Adeebah, yang dengan pampers besar di punggung, berjalan terkedek-kedek dengan langkah huyung-hayang menuju ke tempat buaian.

Pada masa yang sama, ada seorang budak lelaki (saya tak pasti lelaki atau perempuan yang berambut pendek, India atau Melayu yang berkulit gelap) sedang bermain buaian itu. Bukan main cara saya main, tapi cara extreme. Dia berdiri di atas papan buaian, dan menghayun buaian papan tu dengan laju.

Adeebah dengan muka tak bersalah makin terkedek-kedek menghampiri buaian yang sedang diayun laju itu.

Saya pula, tanpa sempat berfikir terus berlari untuk mendapatkan Adeebah. Sejurus saya dapat mencapai Adeebah (saya masih dalam mod berlari), saya terus menolak Adeebah jauh daripada buaian itu.

Dan serentak juga, papan buaian yang sedang berayun laju terus menghentam kepala saya. Cerita Amirah yang masih ingat kejadian ni, dia memang nampak tubuh kecil saya melambung jauh sebaik saja kepala dihentam buaian tu, dan budak lelaki tu terus berlari balik tanpa menghiraukan saya. Takut la tu, kan. haha.

Pening lalat jadinya saya lepas dihentam buaian. Masa tu memang terasa perit di dahi. Tanpa reaksi, saya bangun berdiri dan menoleh ke arah Adeebah yang tadinya tergolek atas rumput setelah ditolak saya.

Saya cuma berdiri tanpa reaksi apa-apa. Peliknya muka terasa basah dek peluh. Memang rasa lencun muka saya.

Ketika itu, entah makcik mana (yang menemankan anaknya bermain), datang menghampiri saya. Saya masih ingat, saya dengar makcik tu cakap,

"eh dik. banyaknya darah ni. rumah kat mana? anak sapa ni?"

Saya spontan memegang dahi saya. Lekit. Hamis. Makcik tu menanggalkan tshirt yang saya pakai, lalu membalut tshirt tu di kepala saya yang cedera.

Terkejut melihat darah yang begitu banyak meleleh hingga ke badan saya, barulah saya menangis. Seingat saya, masa tu saya menangis sebab takut dimarah mama. Bukan nangis sebab sakit pun. Entah kenapa, masa tu memang tak terasa sakit. Terer tak saya? haha.

Makcik tu memimpin saya menuju ke hujung padang, menghala ke arah Kampung Mukim Masjid. Dalam pada riuh menangis tu, saya sempat lagi menarik Amirah dan Adeebah balik bersama-sama saya, diiringi Makcik tu. Lihat, betapa bertanggungjawabnya saya kan. Bakal ibu yang baik juga ni

Afnan pada masa tu terus berlari dulu pulang ke rumah. Itupun takut-takut dia beritahu Mama,

"tata jatuh...."

dan terus di marah Mama
"hah, dah jatuh. balik la!"

Sebelum saya dan adik berdua bersama Makcik misteri tadi (sampai sekarang masih misteri sebab saya masih tak tahu siapa) sampai di rumah, Baba yang ketika itu sedang membasuh kereta di halaman ternampak kami.

Kemudian Baba dan Mama membawa saya ke klinik berhampiran. Tetapi petugas klinik tu suruh kami ke Hospital Besar Penang, katanya luka saya dalam. Jauh juga la....

Dah sampai ke hospital pun, lama jugalah saya menunggu sebelum di rawat. Perlu menunggu Dr. Pakar Mata agak lama sebab Medical Assistant biasa tak boleh jahit luka saya.

Sakit yang saya ingat, cuma lah sakit ketika dibius. Kena cucuk kat tepi mata. Pergh ngilu betul. Terasa-rasa lagi mata jarum tu macam tembus ke biji mata saya. Hoh. Masa kena jahit, tak sakit pun. Hehe kerek. Kan dah bius tadi. Walaupun muka ditutup dengan kain hijau pembedahan tu, saya dapat dengar bunyi macam bunyi tali tangsi disemat dan ditarik di kening saya. Haha. srettt.....sretttt.....srettt! Ngilu beb.

Lepas selesai pembedahan kecil tu, banyak kali jugalah saya perlu berulang-alik ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Mujur juga ya, buaian tu tak menghentam mata saya dan menyebabkan buta. Dulu bekas luka yang dah dijahit ni melintang panjang dari tengah dari hingga ke hujung mata. Makin saya membesar, parut ni makin mengecil.

Sampai sekarang, kadang-kadang saya merungut juga pada Adeebah,

"ni sebab kamu lah ni kening Tata hodoh tau"

dan dia cuma ketawa gedik. Tak yah ketawa pun dia dah memang gedik. Ahaks!

Apapun, sehingga hari ini, saya bersyukur juga sebab buaian tu tak menghentam Adeebah, sebaliknya menghentam saya. Tak dapat saya bayangkan kalau buaian sekeras dan bermomentum selaju itu menghentam padu dan tepat ke kepala Adeebah yang ketika itu berusia setahun lebih. Mungkin pecah agaknya kepala dia. Tak pun dia buta. Tak pun sewel jadinya budak tu disebabkan gegaran yang kuat di otak.

Tapi sebenarnya, masa kejadian tu berlaku, saya berasa mujur buaian tu tak kena Adeebah sebab kalau kena Adeebah sudah pasti la setengah mati saya kena bantai dengan Mama sebab tak jaga adik betul-betul! haha.

Sunday, October 24, 2010

'minat' zaman anak-anak.

Sebagai remaja, punya peminat rahsia atau secret admirer tu perkara biasa. Teruja bila ada secret admirer juga perkara biasa. Sesiapapun, mesti la akan rasa teruja + gedik bila tahu ada yang minat kita kan. haha. Tapi biasanya seronok sendiri sajalah.

Itu hal diminati orang. Hal saya minat orang pun, ada banyak hal juga. eh tak banyak. beberapa saja. Antara yang sempat saya tuliskan di Blog Ain Fathihah, adalah kisah ini dan ini. ada banyak lagi yang lain, tapi saya tak tulis untuk elak Pakcik Padil berasap kepala, hwa hwa hwa!

Bercerita soal minatkan seseorang, ada kisah yang saya rasa malu bila dikenangkan kembali. Lucu mengenang kegatalan saya. Lucu mengenang kebebalan saya membeza realiti dan mimpi.

Saya membesar di Kampung Mukim Masjid di Telok Bahang. Persekitaran kampung biasa, dengan jiran-jiran penuh sekeliling rumah. Ada yang terasa bagai saudara dek eratnya mereka dengan keluarga saya.

Selang satu atau dua rumah dari saya, ada satu keluarga yang memang rapat dengan ibu bapa saya. Saya panggil pakcik dan makcik tu sebagai Pak Ngah dan Mak Ngah (meskipun tiada talian saudara), dan juga anak-anak mereka (semuanya empat orang lelaki), dengan nama timangan keluarga (Along, Angah, Bang Chik dan Udin).

Mereka sekeluarga juga memanggil saya adik-beradik dengan nama timangan kami. kecuali Kak Teh Diba, yang dipanggil Bang Teh. Juga mereka sering mengusik Kak Uda (Amirah) dengan panggilan Nora (dek irasnya Amirah dengan penyanyi Nora Desa Tercinta tu)

Ketika saya masih sekitar usia 8-10 tahun, si Along, Angah dan Bang Chik sudah sekolah menengah. Cuma yang bongsu, si Udin sebaya dengan adik lelaki saya, Afnan.

Dalam empat beradik tu, saya kagumkan Angah (Yon). tengok, Ain Fathihah ni kecik-kecik dah gatal. isk! Beza usianya enam ke lapan tahun dari saya. Entah kenapa, saya suka melihat Angah Yon ni. Kecil saja orangnya. Tapi punya senyuman dan gelak tawa yang mendebarkan hati saya. Tengok (lagi), kecik-kecik dah pandai berdebar hati macam tu.

Tapi apa nak kisah debar anak kecil seperti saya ketika itu. Debar tak debar pun, saya yang comot dan selebet ni tak kisah pun bermain aci lut duduk sehingga ke kawasan rumah Pak Ngah tu. Kerap juga saya menembak ayam-ayam Pak Ngah dengan senapang terung pipit. Kerap juga dikejar angsa-angsa jahat peliharaan Pak Ngah. Cis! Mujur tak pernah kena patuk.

Rasa suka saya pada Angah Yon saya pendamkan saja. Suka tengok gaya dia, terasa comel di hati saya. Ketika saya di tingkatan 3, keluarga saya berpindah ke Tanjung Tokong. Jadi, sesekali saja keluarga saya berjumpa keluarga Pak Ngah, terutamanya ketika ziarah raya.

Ketika saya meningkat remaja, rasa suka saya pada Angah Yon berubah. Dari suka seorang adik kepada abang (memandangkan saya tiada abang), ianya menjadi lain. Diam-diam saya mengharap suami seperti Angah Yon. ceh, gatal lagi. Lebih membuatkan harapan saya membukit, selepas Angah Yon tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Saham makin tinggi lah kan. Tengok, lelaki impian saya, ustaz-ustaz gitu....haha.

Sehingga saya selesai SPM, rasa suka dan minat itu masih ada. Entah macam mana, satu hari ketika dalam perjalanan ziarah raya ke Telok Bahang, saya berkata pada Baba yang sedang memandu,

"Baba, nanti pinangkan lah suami macam Angah Yon tu untuk Tata. Suka la orang macam dia tu"

ujar saya dengan nada gurauan. gurau tau! tapi mungkin ada juga nada mengharap. tapi, eh apa ke halnya Baba yang nak pergi meminang anak teruna orang untuk saya kan? hihihi

Baba pula, entah kenapa, ketika kami sekeluarga beraya di rumah Pak Ngah, dia menyakat saya dengan memberitahu Pak Ngah yang saya sukakan anaknya. Okay, dah tentu la saya jadi bahan sakat masa tu. Mujur Angah Yon tak ada sekali, dia masih di Mesir masa tu.

Kisah itu berlalu begitu saja. Sehinggalah satu hari, saya terima berita yang Angah Yon akan pulang ke Malaysia, untuk melangsungkan perkahwinannya. Ya, dia berkahwin dengan ustazah pilihannya, mungkin teman sekuliah di Al-Azhar.

Masa tu hati saya membentak,

"huh, kenapa dia tak tunggu aku besar sikit!"

(okay, takyah cakap. protes yang sangat sengal)

Pada hari bahagia Angah Yon, saya sengaja tidak pulang ke rumah untuk hadir bersama keluarga memeriahkan majlis perkahwinannya.

Rasa sayu hati saya ketika itu..sempat juga menangis di bilik B4.3.5 di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Erghh! Tak tahu kenapa saya sedih. Bukan kecewa (frust menonggeng) putus cinta atau apa. Tapi ianya suatu getar hati yang tiba-tiba datang.

Indah untuk dikenang.

Haha.

nota tumit ; saya menaip entri ini dengan rasa hangat di muka. adeh. malunya bila teringat.

Saturday, October 23, 2010

aku 'ptuihh! ptuihh!' kau

Jam 9.00 malam :

jari comel menaip SMS, pada gadis F yang jaraknya 11 jubin dari bilik saya.

'weh aina, tolong kejut pukul 11.30'

badan letih, mata berat, otak serabut. Seharian di kampus menjayakan simposium biologi, kali ni untuk kursus Biotechnology. maka saya ambil keputusan untuk tidur awal dan bangun di tengah malam untuk siapkan tugasan apa yang patut disiapkan.

baring.
golek kiri, golek kanan.
peluk bantal.
tindih bantal.
tebar selimut.
golek kanan, golek kiri.
mata terkebil-kebil, tak boleh lelap.
ohh, ada kerumitan yang rumit kah di benakku?
mata, cepat tidur.
masih tidak. hoih.

terus saya bangun, pergi bilik gadis F. suruh dia kosongkan katil dia untuk saya baring.
letak kepala, terus zZzzzZZ (tak tahu kenapa aksi tidur diwakilkan dengan abjad Z)

jam 12.00 tengah malam :

bangun dengan muka comel. tidur lena, lega. menapak pergi bilik air. basuh muka. mata lip-pop-lip-pop, masih kantuk. ambil berus gigi. letak ubat gigi saiz 3 kacang soya untuk elak keracunan florida (patut saiz sebiji kacang soya saja ok!). sebab masih mamai, terletak ubat gigi lebih.

gosok gigi, dan..
ptuihhh! ptuihh!

ar! kenapa tersalah letak pencuci muka Clean & Clear atas berus gigi ni?

nota tumit : pencuci muka ni rasa payau (rupanya). saya baru tahu.

Thursday, October 21, 2010

Pasembur pujaan. malu-malu tapi mahu. ah, nak!

Tiba-tiba lidah sangat teringin nak makan pasembur. huhu. teringin ya amat!

Sapa-sapa yang ada di Penang, tolong la poskan pasembur RM10 untuk saya. Tolonggg!!!

Orang Penang selalunya ada kecintaan yang kuat terhadap makanannya. Saya boleh tiba-tiba gembira bila ada jumpa gerai char koew tiau di Tanjung Malim, dan spontan juga bengang bila mendapati penjual meletakkan tanda 'Char Koew Tiau' pada Koew Tiau Goreng! grrr...

Berbalik pada pasembur, bagi saya, ingat dating, ingat pasembur. ingat pasembur ingat dating. Ada signifikan yang jelas antara keduanya. haha.

Dating saya dengan Pakcik Padil ialah pergi makan pasembur di Gurney Drive, yang lima minit dari rumah saya. Yum yum, sangat menyelerakan makan pasembur sambil menikmati terpaan angin pantai ke muka. (yang pasti kena abaikan dulu kejelekan pantai yang kotor di Gurney Drive)

Biasanya, pelanggan memilih sendiri isi pasembur yang jadi pilihan hati, kemudian beri pada mamak pasembur tu untuk dipotong, dicampur sengkuang dan timun lalu dicurah kuah. Mamak tu akan buat sepinggan penuh, dengan dua garpu. Kongsi berdua.

Mamak tu yang letak dalam satu pinggan ya! kalau tak, tak hingin saya kongsi pinggan dengan Pakcik Padil sebab nanti dia makan lebih! ceh ceh, padahal dalam hati berbunga gembira. ahaks!

Ada sekali tu elok saja saya dan Pakcik Padil mau duduk makan, tiba-tiba nampak Baba menonong dengan muka selamba, parking motor di bahu jalan berhampiran medan selera Gurney Drive tu, lalu menghampiri kami berdua dan duduk berhadapan saya!

Hoih, terus saya jadi tersipu-sipu. Ar, segan! (utara : segan = malas. Lain2 : segan = malu). Segan saya adalah segan malu. Maka saya diam saja.

Diam-diam, berpandangan,
Mata bertentang mata,
Malu-malu, aku malu,
Kau buat begitu...

Dulu malu, tapi mahu,
Kini baru ku tahu......(Diam-diam Jatuh Cinta ; Ramlah Ram)

Tiba-tiba saya jadi diam. Padahal bila jumpa Pakcik Padil, panjang lah celoteh saya pada dia. Tak berhenti-henti menceceh itu ini, sampaikan dia cakap "Ain, boleh diam sat dak lima minit? Abang nak drive ni"

Grrr!

Berbalik pada meja pasembor di Gurney Drive, saya serba tak kena nak makan dengan buah hati depan Baba. Tapi Baba dan Pakcik Padil rancak pula berbual. Ceh!

ditarik balik

entri 'bertengkar' sebelum ini ditarik balik buat sementara waktu. haha. rumah ni dah serupa berlaku gempa bumi. pintu-pintu menanti masa nak pecah. juga suara bingit melebih 40 desibel amat mengganggu gegendang telinga.

harap maklum.

hehe.

ain fathihah tidur dengan senyum senget sinis

bye

Tuesday, October 19, 2010

tahniah Sara Tomeng

Episod 13 Musim 5
Babak 1

Gadis 1 : Sekarang ni elok cari pakwe yang dah keja ke, atau yang sama-sama belajar lagi ya?
Gadis 2 : Weh kita dah tahun 3 la..carik yang dah keja la. nanti elok konvo dah boleh terus kawen.
Gadis 1,3,4,5 : Haa, betul betul betul!

Babak 2

Gadis 1 : Ala, nak cari suami yang beza umur berapa banyak paling elok ya?
Gadis 2 : mesti la kena cari yang sebaya, baru la best. sama-sama menempuh kehidupan.
Gadis 3 : weh takleh. kena cari suami yang beza umur paling kurang 5 tahun. baru la suami matang dari kita.

Babak 3

Gadis 1 : Rasa macam nak jatuh cinta kat laki ni, beza 10tahun. okay tak weh?
Gadis 2 : weh tak banyak sangat ke beza umur?
Gadis 3 : okay la tuh. dah keja. dah ada keta. dah ada rumah. rumah siap perabot. Nanti ko masuk rumah dia bila dah kawen, bawak beg baju ja!
Gadis 2 : haa yelah tu. nanti bila kena halau pun keluar rumah bawak beg saja.
semua : hahaha.

Babak 4

Gadis 1 : bla..bla...blaa kawen kawen kawen
Gadis 2 : kawen kawen kawen bla bla bla!
Gadis 1-55 : nak kawen gak!


Ya, itulah situasinya dalam kalangan rakan-rakan perempuan seBio saya. Semua bercakap soal kawen. Tiba-tiba juga semua pakat hafal doa pendekat jodoh. Haha! padahal sebelum ni mungkin tak pernah ambil tahu pun doa ni.
semuanya disebabkan petang semalam, ramai akaun FB rakan-rakan seBio menerima jemputan walimatul 'urus daripada salah seorang daripada kami.

Ya, ada seorang coursemate saya akan melangsungkan perkahwinannya pada Disember ini. Tahniah pada Fatin Maisarah dan bakal suami, Mohd Khairul Ikhwan.
Waa. Sara. Aku jeles! haha

Monday, October 18, 2010

bertengkar

Seingat saya, sejak saya tinggal di rumah nombor tujuh jalan lima taman bahtera ni, saya tak pernah bertengkar atau berperang mulut atau bergaduh atau bertumbuk mahupun berkapak-kapak dengan rakan serumah.

Yang biasa, cuma bergomol mesra bersenda gurau sesama gadis M dan gadis F. Adapun, cuma sesekali berasa tidak selesa ketika ramai-ramai berada di dapur. Pernah dengar orang perempuan (selalunya dikaitkan dengan ibu mertua dan menantu perempuan) tak boleh berkongsi dapur? hehe. yang itulah..

Ada dua gadis dalam rumah saya, yang kegemaran mereka adalah menjerit-jerit. Bukanlah jeritan histeria, tapi bercakap dengan nada terlalu kuat walaupun berdekatan.

Contohnya, gadis 1 berada di biliknya, dan gadis 2 berada di biliknya yang bersebelahan.

"WEIIII! PINJAM GARAM. SATGI AKU NAK MASAKKK!!"

gadis 2 membalas,

"HAAA! AMBIK LAAA!! ADA KAT ATAIH MEJA BAWAH!!"

jangan kata berada di bilik bersebelahan, kalau seorang di katil, seorang di pintu bilik pun, mereka akan menjerit-jerit semasa bercakap..

hairan juga saya. ada masalah auditori kah? ada masalah jiwa kah? atau saja mau bagitau satu rumah apa yang dibualkan?

hairan berlalu tanpa ada jawapan.

satu lagi kegemaran mereka berdua adalah, membanting pintu bilik dengan kuat. Baik pintu bilik air, mahupun pintu bilik. Juga pintu dapur ketika keluar rumah. Walaupun tidak la setiap masa menghempas pintu, tapi boleh dikatakan kerap.

BAMMM!! BUMMMM!!! BAMMM!!

nasib baik pintu tu takda mulut, kalau tak mungkin pintu tu dah maki balik,

"hoi sakitlah badan aku hang hentak kuat-kuat!"

saya, seperti biasa, tetap comel dan menawan, setiap kali pintu dihentak kuat, saya buat tak tahu. kadang terkejut, kadang merungut, kadang buat-buat hempas pintu juga. tapi selalunya memang dalam hati rasa nak terajang ja orang yang suka buat keja kasar-kasar ni. cuma nasib baik kaki saya pendek, nak terajang orang pun tak sampai agaknya

kemuncaknya, tiga malam lepas.

gadis 1 sedang bersiap mahu keluar melalui pintu belakang rumah. kebetulan saya ada di dapur, mahu menjerang air panas.

seperti biasa, ketika menutup pintu dapur setelah keluar dari rumah, gadis 1 membanting pintu dengan kuat.

"BAMMMM!!!!"

apa yang spontan saya rasakan ketika itu? dah la cuma saya seorang yang ada di dapur. gadis 1 ni menghempas pintu sebegitu kuat, marahkan saya kah? atau saya ada dosa dengan dia kah? saya menggoda pakwenya kah? apakah? kenapakah?? kah?

tak sempat berfikir pun, terpacul dari mulut saya dengan kuat,

"ni ada masalah apa?!"

tanpa disangka, gadis yang saya sangkakan sudah berlalu dari rumah, masih ada di belakang pintu. hehe. ingatkan dah blah. rupanya masih ada lagi, mungkin tengah sarung selipar.

Opss!

dan tanpa disangka (lagi), gadis 1 kembali membuka pintu, menjengul mukanya ke arah saya, dan bertanya

"awat ain?! hang cakap kat aku ka?" garang nadanya. dengan wajah berkerut seribu, tanda ketidakpuasan hati.

tercengang saya sebentar. alamak, ni boleh jadi gaduh ni. desis hati saya. tapi, alang-alang goreng pekasam, kena makan dengan nasi panas-panas!

belum pun dua saat, saya terus berpaling badan menghadap ke arah gadis tadi.

"hah, aku memang cakap dengan hang! awat hang tutup pintu macam tu? tak reti tutup elok-elok?"

dan bertengkarlah dua gadis sampaikan ahli rumah yang lain tercengang-cengang... mujur ada yang menyabarkan.

salah saya agaknya. patutnya saya buat seperti biasa, tiap kali pintu dibanting kasar begitu, saya perlu dan wajib (wajibal ghunnah) buat tak tahu saja. biarkan ya. biarkan saja kelakuan seperti itu. jangan menegur, jangan merungut.

patutnya saya sedia tahu, ada jenis manusia tak boleh ditegur dan dicabar.

pakar motivasi menipu!

kata pakar motivasi terkenal, bila ada masalah yang timbul, kita kena hadapi dan selesaikan. tapi sebenarnya mereka menipu. Ya, tipu saja semata-mata.

Bila ada masalah, sepatutnya kita jangan hadapi masalah. Kita lari, lari laju-laju. Maka berlarilah kita sejauh mungkin jangan pandang kiri kanan. Walaupun kita betul, walaupun kita salah, jangan ambil peduli. Yang penting kita wajib lari dari masalah tu. Bila dah lari, masalah itu dah takda depan mata kita lagi.

Kemudian, bila kita dah jauh dari masalah yang membebankan kita tu, maka berdiam dan menetaplah kita di situ. Sebulan, dua bulan dan mungkin juga cuma beberapa hari, kita tiba-tiba berdepan dengan masalah lain pula.

Bila ada masalah, lagi sekali kita jangan hadapi masalah. Kita lari lagi, lari laju-laju. Maka berlarilah kita sejauh mungkin jangan pandang kiri kanan mahupun depan belakang. Walaupun kita betul, walaupun kita salah, walaupun kita mangsa mahupun pemangsa, jangan ambil peduli. Yang penting kita wajib lari dari masalah tu. Bila dah lari, masalah itu dah takda depan mata kita lagi.

Kemudian, bila kita dah jauh dari masalah kedua yang membebankan lagi kita tu, maka berdiam dan menetaplah kita di situ. Sebulan, dua bulan, setahun dan mungkin juga cuma beberapa hari, kita berdepan dengan masalah lain pula. Masalah yang lain dari kedua masalah sebelumnya. Mungkin juga masalah yang sama.

Sekali lagi kita berdepan dengan masalah. Bila ada masalah yang kesekian kalinya ini, lagi sekali kita jangan sesekali menghadapi masalah. Kita lari lagi, pecut lari laju-laju. Maka berlarilah kita sejauh mungkin jangan pandang kiri kanan mahupun depan belakang. Lampu isyarat merah pun jangan berhenti. Bas 5 biji terbalik pun jangan berhenti tengok. Kita mesti lari! Walaupun kita betul, walaupun kita salah, walaupun kita mangsa mahupun pemangsa, jangan ambil peduli. Yang penting kita wajib lari dari masalah tu. Bila dah lari, masalah itu dah takda depan mata kita lagi.

Seperti sebelumnya, bila kita dah jauh dari masalah ketiga, keempat, kelima dan keseratus yang membebankan hidup kita tu, maka berdiam dan menetaplah kita di situ. Sebulan, dua bulan, setahun dan mungkin juga cuma beberapa hari, kita berdepan dengan masalah lain pula. Mungkin juga masalah yang sama. Masalah yang berulang-ulang berlaku.

Dek kerana apa? kerana kita si pengecut yang tak mahu menyelesaikan masalah, tapi kita lari meninggalkan masalah. Maka habislah umur sepanjang usia dengan lari dan lari lagi, tanpa ada penghabisannya.

Sunday, October 17, 2010

ini semua jalur yang dah ditentukan tuhan.

Ingat lagu L.Ramlee yang ini?

Ayah kahwin lagi,
Dengan si dara jelita,
Riang rasa hatinya,
Mendapat isteri yang muda.

Dulu saya cuma tersenyum simpul bila mendengar lagu evergreen ini. (oh, saya memang suka dengan lagu lama).

Tapi sebenarnya ada sesuatu yang mahu saya katakan dalam entri ini. Dah tiga empat kali tulis dan padam semula pendahuluan entri. Taktahu bagaimana mahu bermula.

Saya gagahkan juga jari menaip berikutan adanya entri ini. Sejak itu, bertalu-talu pertanyaan timbul dari kenalan saya. Juga dari kawan-kawan UPSI saya yang ada hubungan dengan akaun facebook ini. Tahun 2010 ini memang saya sesak nafas dengan pertanyaan demi pertanyaan dek kenyataan terbuka pemilik akaun facebook di atas.

Ya. betullah tu. Mahu saya katakan apa lagi.

Sejak awal, saya memang mengambil langkah berdiam diri. Entri ini saya mulakan dengan rasa serba salah.

Semester lepas (ketika saya di semester 4. sekarang saya di semester 5), menghampiri peperiksaan akhir semester (sekitar April 2010), saya dikejutkan dengan sebaris ayat di YM

'kami akan berpisah (bercerai). tiada lagi cinta antara kami. setelah semua urusan selesai, Baba akan bernikah dengan wanita pilihannya'

dan selang dua tiga hari kemudian,

'Baba dah bertahan lama demi anak-anak. izinkan Baba mencari bahagia Baba pula'.

Sayangnya, baris-baris ayat di atas bukan nukilan cerpen atau novel mahupun skrip drama. Ini dialog dalam jalur hidup saya.

Entah dari mana saya mendapat kebiadapan untuk mempersoalkan tindakan mereka.


'Selama ini tidak bahagia? habis yang kami tujuh orang ni apa?'

'Baba & Mama tipu Tata & Adik-adik. Selama ni kalian berikan kebahagian palsu untuk kami!'

Pendekkan cerita, ibu bapa saya tidak jadi bercerai, dan Baba berkahwin juga dengan wanita itu. dan kehidupan saya sekeluarga berubah banyak. Baba dan Mama walaupun tidak bercerai, tapi mereka berpisah sementara. Mama membawa diri menuntut ketenangan mencari maruah diri, katanya.

Sejak awal, saya lebih banyak menyalahkan Mama. Pada fikiran saya, disebabkan beberapa kesilapan Mama dalam perkahwinannyalah, menyebabkan cinta Baba tawar dan beralih arah.

Ini saya akui, memang kesilapan yang tidak saya sedari sehinggalah seseorang yang rapat dengan saya mengingatkan,

"Ain sayang, apa pun juga salah Mama kat Baba, dan silap Baba kat Mama di mata Ain, itu antara mereka berdua dan antara mereka dengan Allah. Ain sebagai anak tetap wajib berbuat baik kat ibu bapa. Kita siapa untuk menghukum? "

Ya, saya sedar kemudiannya. Terima kasih pada yang mengingatkan.

Pada Baba juga, saya mempersoalkan kemampuannya. Fikir saya, kalau mengendalikan satu kapal pun sudah bermasalah, mana mungkin mahu jadi nahkoda pada dua kapal.

Dalam pada itu, kehendak Baba untuk berpoligami saya terima sebaik mungkin. Saya tak membantah. Juga adik-adik. yelah, takkan saya nak pergi bertarik rambut dengan mak tiri pula kan? haha. drama!

Bersikap rasional, saya cuba memahami tindakan Baba berlandaskan sebab-sebab yang difikirkannya wajar. Wajar itu relatif, bukan? wajar pada saya, mungkin tidak wajar bagi kamu. Sila tentukan kayu ukur 'kewajaran' itu sendiri.

Tindakan saya bekerja sambilan semasa cuti semester lepas juga, sebenarnya lebih sebagai 'pelarian' saya daripada keributan yang berlaku di rumah. Ya, bila rumah dirasakan bukan lagi syurga.

Kalau tidak, masakan saya gadis manja yang lebih suka bersenang-lenang di rumah mahu kuatkan hati bersusah di dunia luar.

Walang bagaimanapun hati saya, Alhamdulillah tidak pernah pula saya membuat tindakan bodoh yang akan menyusahkan diri dan memalukan keluarga. Mujur juga tiada adik-adik saya yang lari dari rumah atas sebab tekanan dan juga sebab-sebab lain yang difikirkan logik.

Dengan keadaan ibu bapa berantakan, kami adik-beradik cuba berlagak normal. Seboleh mungkin cuba merasakan tiada apa-apa yang berlaku. Kalau dulu bergelak ketawa dan bergurau nakal bersama, sekarang juga berbual hal serius dan menangis bersama-sama.

Dan adik-adik saya (yang dah besar) rupanya mempamerkan tingkah-laku dan penerimaan yang jauh lebih matang dari saya. Syukur.

Saya juga, mampu meneruskan hidup seperti biasa di Tanjung Malim. Seakan tiada apa berlaku. Saya masih Ain Fathihah si Kecik yang sama. Periang, mulut bising, penyakat dan comel (oh comel harus dituliskan juga)

Pernah ada seseorang yang bertanya,

"tidak terkesankah dengan apa yang berlaku?"

Saya cuma katakan

"takkanlah sebab apa yang jadi kat famili aku, aku nak bersedih dan muram sepanjang masa. apa yang dah jadi tak boleh ubah dah pun. aku kena jaga pelajaran aku. kena jadi contoh pada adik-adik."

Bukan mudah nak terima semua ni. Tapi taklah payah sangat sebenarnya. Apapun, semua dari hati juga.

Sekalipun saya tidak menulis hal keributan keluarga di Blog Ain Fathihah sebelum ini, tidaklah pula saya pendamkan segala rasa hati saya sendirian. Saya tahu, memendam rasa boleh memakan diri sendiri.

Berbual dengan gadis bakal kaunselor, Noraini, banyak menenangkan. Juga beberapa sesi pertemuan dengan Cikgu Azlan, banyak membantu saya mewajarkan fikiran dan meleraikan simpulan masalah kehidupan yang tidak dapat saya fahami sebelumnya. terima kasih.

Friday, October 15, 2010

mood makan-makan dah habis.

Semester ini, cuma ada dua jamuan raya yang saya hadir di UPSI.

Pertama, Jamuan Raya PMS (bukan pre-menstruation syndrome, tapi Persatuan Mahasiswa Sains) UPSI. tak ingat tarikh, di dewan Kolej Ungku Omar.

Apapun, sebelum majlis bermula, kena daftar dulu. Mungkin untuk mengelakkan penyeludupan makanan keluar dari dewan. Gadis-gadis memang suka tapau makanan.
update ni tak selari dengan tajuk. takkan ada gambar makanan mahupun tukang makan. cuma penuh dengan gadis-gadis seBio yang sakan di depan kamera saja.

Melaram? mesti lah kan. dah tahu akan bergambar banyak, jadi harus melawa sikit. Sebab cuma mahu melawa sikit, saya pakai jubah raya tahun lepas. Kali kedua dipakai masa majlis ini, hoho. Masih bau kedai agaknya. Saya padankan dengan selendang hitam putih (atau putih hitam ya?)

Semua tengok bawah! mungkin ada katak. mungkin juga ada jejaka kacak.
perhatikan graf ketinggian yang makin memendek dari kiri ke kanan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jamuan raya kedua, Majlis Mesra Aidilfitri bersama rakan-rakan seBio. Mulanya agak bermasalah dengan tempat, tapi diputuskan majlis raya Bi0 08/12 diadakan di rumah sewa rakan seBio juga.

Jadi, konsep majlis raya agak serupa dengan majlis rumah terbuka.. sangat meriah! Alhamdulillah.
Ini semua rakan seBio saya di UPSI. Besarkan mata kamu lebih sedikit kalau mahu mencari kelibat lelaki. Nampak? haa, itulah saja 4 ketul orang pelajar lelaki dalam course saya.

55 orang yang lain semua gadis-gadis dan masih bujang. eh terbesar pula font ni.

Saya pakai baju kurung moden (yang ada belah tepi tu). tapi pakai baju sahaja. kainnya rimas mau pakai. jadi pakai baju kurung dengan jeans. hehe. selendang terang merah hitam tu (atau hitam merah ya?) pinjam dari kakak housemate.

gadis-gadis merah. yang mana paling merah makngah ya? (sampai sekarang saya masih tak tahu kenapa merah dikaitkan dengan makngah. dari mana datangkan ungkapan 'merah sangatlah makngah!' tu?)

yang pasti, tenggelam merah saya bila bergambar sebelah cik Hasni ni. ceh.

menu majlis sangat memuaskan hati! sementelah ramai yang fobia akibat keracunan makanan secara berjemaah ketika Jamuan Raya HEPA UPSI. mujur sejarah tak berulang. (dah tak boleh nak sebut pisang berbuah dua kali sebab sekarang dah ada pisang yang banyak kali berbuah dek kemajuan Bioteknologi Tumbuhan)

Soto, nasi beriyani (ke nasi minyak entah) &, sate, lemang, cocktail & makanan sampingan lain..yum3!
(maaf lagi, takda gambar makanan)
Balik rumah dengan kenyang & penat..tapi seronok!

nota tumit : ini raya terakhir di UPSI. tahun depan punya raya, saya dan rakan seangkatan sedang berpraktikum di sekolah-sekolah terpilih. mungkin tahun depan akan update gambar raya bersama anak-anak murid pula. mungkin kamu kena celik-celikkan mata besar-besar untuk cari mana saya di celah-celah pelajar sekolah. mungkin juga saya kena besarkan badan supaya nanti kalian tak keliru, mana cik guru, mana anak murid.

berapa banyak mungkin daa!

Thursday, October 14, 2010

rindu terubat.

9.00 p.m

Singgah bilik persatuan di Bitarasiswa.
Terjumpa sahabat-sahabat famili debat sedang berdiskusi.
Peluk cium Kak Eni, Nora, Kak Faz.... terasa sebak.
Mujur aku tak buat drama picisan di situ.
Rasa tajam yang menikam-nikam.
Peluk Kak Eni buat hawa dingin menyerbu tubuh.

Aneh.

Berjumpa dan bersenda sebentar dengan Abu, Fawiz, Aini, Nora & yang lain,
terasa seakan separuh jiwa diisi.

yang pasti,
AKU RINDU!

Tuesday, October 12, 2010

andai roboh kota Melaka

Andai roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Andai sungguh bagai di kata,
Nyawa dan badan saya berikan..

menelusuri MELAKA - Bandar Bersejarah (9/10/10)

tempat yang saya sempat pergi :

A Famosa,
Replika Istana Kesultanan Melaka,
Dataran Pahlawan,
Bangunan Stadthuys,
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan,
Muzium Kapal,
Kubur Belanda,
Menara Taming Sari..

sempat bergambar dengan kuda dan tuannya.. teringin nak naik kuda tu, tapi sayangnyaa...tak dipelawa!
tempat wajib bergambar..sisa runtuhan A Famosa.

betapa sayunya hati saya, Zety dan Gadis M berbual tentang A Famosa. Berbual sambil mengenang dan menghayati yang A Famosa dibina daripada batu-batuan masjid-masjid dan batu nisan ulama islam yang ada di Melaka ketika itu.

Sempat juga saya tertanya-tanya, kenapa yang di'sejarah'kan di Melaka adalah tinggalan-tinggalan penjajah..mana peninggalan keagungan Kesultanan Melayu Melaka?
ini yang ada..replika istana Melayu Melaka..yang santun menadah sembah setia pada sultan melaka ni, gadis marhain dari Batu Pahat. Pastinya bukan calon gundik terbaru ya!
takkan gadis Melayu hilang di dunia.. jangan perhatikan senyum senget saya yang tampak tak ikhlas tu. Letih berjalan tengah panas.

di Muzium Kapal.. replika kapal di Batu Feringghi tu pun saya tak pernah masuk, tiba-tiba bergambar dengan replika kapal di Melaka..

Kipas berbateri tu bukan saya yang punya ya!

tadaa! mujur ada topi. Melaka memang panas!
srikandi-srikandi lanun Jarjit yang nak menawan jejaka dunia!

Semasa di muzium istana dan muzium kapal ni, banyak juga berselisih dengan rombongan sekolah.

tips untuk cikgu-cikgu yang nak bawa murid sekolah rendah ke lawatan sambil belajar ;

1.minta cikgu pengiring sediakan tugasan untuk diselesaikan murid-murid dalam tempoh lawatan. kalau tak, budak-budak ni jangan harap nak baca penerangan-penerangan yang ada pada lukisan, diorama dan patung-patung yang ada di muzium.

supaya objektif lawatan sambil belajar tercapai, kan?

saya perhatikan, budak-budak sekolah seronok berlari-lari saja dalam muzium.
(heh, rasanya saya dulu pun begitu)

di kubur belanda.. batu nisan depa besaq-besaq noo!
oh, bangunan lama ni sangat cantik!
nak ambil gambar kawen (outdoor) kat sini lah nanti!
nanti yaaa...

Alhamdulillah. perjalanan yang menarik. RM yang mengalir pun menarik juga la. itu pun kos sudah dikurangkan semaksima mungkin.

Gambar terakhir, dengan soalan..!
Apa beza beca Penang dengan beca Melaka?

abang beca, abang beca di tengah jalan,

cari muatan untuk mencari makan,

putar putar, putar putar kaki mengayuh,

pergi jauh keringat pun lalu jatuh.



dari pagi hingga matahari terbenam,

barat timur selatan serta utara,

hujan panas tiada menentanginya,

abang beca, abang beca, abang beca-ca-ca-ca-ca!


p/s : di Melaka memang banyak gambar Ketua Menteri ya?

Wednesday, October 06, 2010

kurung gedebeh

Terasa macam takda perkara mahu dikerjakan. Ahh, hati menipu. Sedangkan tugasan rutin pelajar menjerit-jerit minta ditangani. Saya abaikan. Betapa teganya saya. Kasihan. Bukan kasihan pada deretan tugasan yang belum disiapkan, tapi saya kasihan pada diri sendiri. huhu.

Terasa takda kerja. Saya membuka almari baju. Agak penuh. Biasalah almari baju perempuan. Serasa semua pakaian yang ada di rumah mau diangkut semua ke rumah sewa. Saya melihat deretan baju kurung yang ada. Hampir dua puluh pasang baju pelbagai warna digantung di penyangkut.

Melihat deretan baju kurung ini, saya senyum sendiri. Seingat saya, sejak anak-anak lagi, jarang saya beli BaMa belikan saya dan adik-adik baju kurung siap. Selalunya ditempah. Sejak kecil, saya memang bermasalah dengan baju kurung beli siap.

Tangan labuh la, badan lebar la, kain longgar la, bahu jatuh la..macam-macam hal. tak sedap dipakai.

Tapi hal menempah baju pun ada kisahnya tersendiri juga.

Mama akan beli kain dan bawa pada tukang jahit. Masa saya kecil, biasanya corak pilihan mama adalah corak bunga-bunga kecil. Masa tu saya taat dan patuh kecil lagi, maka diikutkan saya apa jua pilihan mama. Cantik di mata Mama, riang-ria lah saya adik beradik menerima baju baru.

Tukang jahit akan mengukur badan saya. Suatu hal yang saya perasan semasa Mama membawa saya mengukur badan untuk dibuat baju kurung adalah,

mama selalunya akan meminta tukang jahit melebihkan ukuran. Labuh baju dilebihkan beberapa inci. Labuh tangan dilebihkan beberapa inci. Lebar badan juga begitu.

Setelah siap dijahit, hasilnya baju kurung baju saya itu akan besar sedikit (kadang-kadang besar banyak) daripada saiz badan sebenar saya. Labuh baju melebih-lebih dari paras lutut. Nampaklah kain sedikit cuma, dek baju yang labuh. hehe.

dengan hati girang dan tanpa banyak soal juga, saya memakai baju kurung gedebeh itu dengan senang hati. budaklah katakan.. Walaupun ada juga yang mengejek saya memakai baju pinjam, saya abaikan saja.

Sedar tak sedar, baju kurung yang sama masih muat dipakai walaupun beberapa tahun telah berlalu.

Meningkat dewasa remaja, itupun setelah saya di tingkatan empat dan lima, saya telah reti membantah dan menderhaka menyuarakan pendapat. Ketika badan diukur tukang jahit..seperti biasa Mama akan meminta tukang jahit melebihkan ukuran..mungkin Mama tidak sedar yang anak sulungnya ini tidak akan membesar lagi.

"Kak, labuhkan lagi. Sejengkal dari lutut"

"takmau. takmau. makcik ukur cukup-cukup paras lutut saja"


Masa itu, memang saya tertanya-tanya, kenapalah mama ni suka sangat bagi saya pakai baju besar-besar. Sampaikan ada baju kurung yang dibuat semasa saya tingkatan tiga, sampai sekarang saya masih takdapat pakai dengan selesa, sebab besar dari badan.

Hikmahnya baru saya sedar sekarang. Mama seorang suri yang memikir betapa perlunya berjimat cermat. Antara caranya adalah membuat dan membeli baju yang agak besar untuk anak-anak supaya masih muat dipakai selama beberapa tahun.

Sungguh, Baba sebagai guru yang berkhidmat dengan kerajaan dilihat punya sumber kewangan yang cukup. Mungkin lebih dari cukup. Tapi Baba saya cuma seorang guru biasa. guru kecik.

Kalau saya cuma punya dua adik-beradik, mungkin saya akan sedikit mewah. Tapi Baba guru yang punya keluarga besar, dengan suri tidak bekerja. Banyak mulut perlu disuap. Belanja sekolah bukan sedikit.

Kami adik beradik boleh dikatakan ada apa yang orang ada. cuma tidak mewah. Alhamdulillah.

berkorban dan terkorban

Salam. Rasanya agak lama saya tidak bermesraan di ruang blog ni. Apa nak dikata, kekasih gantian buat hal lagi..dia rosak lagi..sob-sob.. di kala kerja menimbun berlambak, dia mengorbankan diri tanpa sebab musabab yang pasti. Salah saya, saya tak sempat nak beri motivasi pada laptop yang rosak tu..seharusnya awal dulu saya dah katakan begini,


"Sayang, jangan salah faham tentang konsep pengorbanan. Berkorban tak semestinya terkorban. Kamu harus faham itu, sayang"

hehe. Malangnya belum sempat saya luahkan nasihat begini, sang laptop telahpun mengorbankan dirinya. Lantas membuatkan jiwa pemiliknya seakan terkorban sama.

Saturday, October 02, 2010

atas nama rindu

tiba-tiba saya berasa rindu pada gadis-gadis dalam gambar di atas. rindu yang amat. walaupun belum dua minggu cuti raya berakhir, saya merasakan dah terlalu lama saya tak berjumpa dengan gadis-gadis cantik di atas.

ya, cantik. comel. menawan. menarik. tertarik. kalian memang daaboomm. saya selalu merasakan kami adik-beradik (mesti la termasuk juga saya) sebagai suatu ciptaan yang indah.

atas nama rindu pada kalian...

pada gadis bertag 3 :

Kak Uda, belajar rajin-rajin.. SPM dah dekat. jangan gabra tak tentu hala. mana-mana topik yang rasa blur tu, pergi tanya cikgu. himpit cikgu-cikgu kamu sampai dia lemas. tapi kalau cikgu laki, jangan himpit betul-betul pulak.

Kak Uda, dah habis SPM nanti pergi amik kursus jahitan. boleh tata beli kain pasang banyak-banyak, bagi kamu jahitkan. hehe. belajar masak betul-betul. kamu punya sambal tumis sedap wohh. Baba sendiri dah cakap kamu lagi pandai masak dari tata.

kamu memang punya ciri isteri idaman. lemah-lembut, pandai ngorat budak-budak kecik, pandai masak, gadis santun.. tapi jangan gatai nak kawen dulu sebelum tata kawen tau!

jangan gedik-gedik sangat. kadang-kadang tata rasa kamu lagi gedik dari tata. ahh, kamu dari kecik lagi dah gedik. sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis. sampaikan masa kecik-kecik dulu, tata tak suka kamu sebab kamu manja sangat, ngada-ngada, anak mama, suka kacau barang-barang tata bla bla bla.. hehe.

tata sayang kamu, amirah fatin!


pada gadis bertag 4 :

gadis buas, kurang-kurangkanlah buas tu. buas sampai orang panggil kamu Abang Teh (patutnya Kak Teh). teringat-ingat lagi masa kamu kecik, kamu suka orang panggil kamu Abang Teh. lagipun dulu kamu suka ambil pakai baju melayu Angah yang dah kecik-kecik tu. dengan rambut pendek macam boy, memang padan sungguh nama Abang Teh tu.

sekarang Abang Teh dah jadi anak dara, mujur tak jadi tomboy. Muka ayu dengan kening terbentuk cantik. tata cemburu betul dengan kening kamu tau. dah la kamu yang buat kening tata calar. tapi kan, ayu-ayu kamu pun, cara kamu jalan kasar lah. haha macam gengster ja.

tata tahu kamu gadis cerdas. cuma kamu malas. jangan la malas-malas sangat. nanti menyesal kemudian hari. baru tingkatan dua, belajar betul-betul. dah la kamu masuk sekolah tata dulu, jangan bikin malu kakak, tau! hehe.

tata sayang kamu, adeebah farzana!


pada gadis bertag 5 :

dulu kamu kecik, kurus kering. sejak baligh, amboi naik mendadak tinggi kamu ya. badan pun dah berisi. sekarang kamu kuat makan. patut pun 'gemok'. hehe. ala, umur-umur macam kamu sekarang (tingkatan 1) memang kuat makan. haa, makan la banyak-banyak. chabi sikit takpa, comel. jangan gedik-gedik takmau makan sebab nak diet.

dulu masa kecik-kecik, kamu suka hisap jari. sampai sekolah rendah pun masih hisap jari. tengok sekarang, sebelah ibu jari kamu rupanya penyek berbanding ibu jari satu lagi. haha. masa kamu dah darjah berapa entah (agak besar), mama suruh tata kerat sikit akar seruntun kat rumah makjang, sapu getahnya pada ibu jari yang kamu hisap.

sungguh-sungguh la tata sapu banyak-banyak getah akar seruntun tu kat jari kamu masa kamu tidur. bila kamu bangun tidur, kelat betul muka kamu bila tiba-tiba hisap jari rasa pahit. sampai lima enam kali kamu basuh tangan, tapi bila dihisap, jari masih pahit. haha. kesian betul. tapi sejak tu kamu tak hisap jari lagi kan, dik?

tata sayang kamu, atiqah farhani!


pada gadis bertag 6 :

Kakak, masa kamu lahir, tata dah tingkatan dua. kira dah agak berakal untuk jaga adik kecil. sekarang kamu dah darjah satu. rasa macam baru lagi pergi tengok kamu di hospital, dalam 'tupperware' baby tu.

kamu memang DJ radio dalam rumah. kalau takda kamu, sunyi sangat rasa. tapi bila kamu ada, kamu bercot-cet-cot-cet tak berhenti-henti sampaikan tata cakap macam ni,

"kakak, boleh tolong tak?"

"ya boleh-b0leh. tolong apa?"

"tolong diam sat 5 minit"

taktahu kenapa tata (termasuk Kak Uda, Kak Teh, Kak Chik) suka sangat menyakat kamu. sampai menangis-nangis dibuatnya. biasalahkan, falsafah kami kan, 'alang-alang menyakat adik, biar sampai menangis. selagi tak nangis jangan berhenti'.. haha. tak senonoh punya kakak-kakak.

tata suka ejek kamu hidung kemek kan. tapi sungguh la, hidung kamu kemek, batang hidung pun takda. masa kamu 'kosong hari' dulu, muka kamu macam takda hidung. hidung sama paras dengan pipi.

apapun, kamu memang adik yang manis.

tata sayang kamu, adilah farihah!

RINDU!!!