Saturday, September 04, 2010

Iftar gaya KTMB

Alhamdulillah. Saya sudah selamat sampai ke Penang tercinta. yeahh! Gembira rasa hati ini. Seperti biasa, sebagai pencinta KTMB, saya memilih perjalanan pulang beraya menaiki keretapi.

Tiket dah dibeli sebelum Ramadhan bermula lagi. fuh, awal kan. Nak buat macam mana. Siapa cepat dia dapat. Siapa lambat alamatnya kelam kabut mencari tiket bas nak balik raya.

Tren : Ekspress Rakyat (ER2)
Kelas : Kelas Superior (CMB)
Dari : Tanjung Malim
Ke : Butterworth
Koc : S
Berlepas : 1622 (03/09/10)
Tiba : 2115 (03/09/10)

Lihat.

Masa berlepas adalah jam 4.22 petang dan tiba di stesen Butterworth jam 9.15 malam.

Wah, maknanya kena berbuka dalam keretapi la. Disebabkan saya belum ada pengalaman berbuka dalam keretapi, maka sedikit keterujaan dirasakan. hooyehh!

Seminggu sebelum balik cuti raya, saya dan Amirah dah sibuk berbincang juadah untuk berbuka. Mulanya saya dan Marena minta Aini Cik Kaunselor gorengkan nasi untuk berbuka. Tapi dia takmau. fuh, kuchiwa!

Sehari sebelum, saya dan Mira merancang untuk buat nasi goreng. Huh, mudah saja kan? Nasi goreng. Kelip mata ja siap! Tapi jujur cakap, sepanjang duduk rumah sewa, kami tak pernah buat nasi goreng. (bakal-bakal mak & pak mertua, jangan reject sayaaa!)

Maka disebabkan ketidakyakinan kami untuk buat nasi goreng (malu gila nak tulis macam ni dalam blog), menu ditukar di saat akhir.

Mira sediakan cucur bilis+bawang.
Saya buat sardin roll.

Di tengah hari rembang, saya dan Mira dah bertungkus-lumus di dapur (ceh, menu ringkas saja pun. 'bertungkus-lumus' tu sesuai guna kalau masak untuk kenduri 200 orang makan). Inti untuk sardin roll, saya dah tumis sebelum Mira turun dapur.

Jenis saya, saya agak rimas kalau berdua bertiga di dapur. Benda tahu jadi tak tahu. Bila seorang, reti pulak buat semua benda sendiri.

Hampir saya siap menyediakan inti sardin, Mira menjengulkan muka,

"wei Ain. sedapnya bauuu!"

"ahaks! bau sedap. rasa belum tentu. aku main campak-campak ja ni. tak tau apa rasa. maklum la puasa. kalau tak sedap sori weh"

kemudian Mira mula buat cucur bilis+bawang (maaf Mira, aku terlebih mayang bawang).

Baru gorengan kali kedua cucur Mira, api dapur gas malap! Ah sudah! Habis 'makan minyak' cucur dalam kuali. Kalut juga la saya menelefon Encik Tong Gas, tapi seorang pun tak dapat dihubungi. Huhu. Cucur dah siap bancuh. Sardin roll pun dah siap gulung. Tinggal nak goreng ja lagi!

Tiba-tiba teringatkan Hasni, teman seBio yang rumah sewanya membelakangkan dapur rumah saya. Maksudnya, dapur bertemu dapur.

"Wei hasni, pinjam dapoq!"

Jadi sila bayangkan dua gadis terkedek-kedek mengusung bekas tupperware, mangkuk telur, periuk dan kuali merentas jalan di tengah hari rembang.

Selesai!

Sebelum siap semua tu, Marena minta saya & Mira masak nasi untuk 4 orang makan. Aini masak tomyam. Fuh, terbaiklah! dengan tomyam lagi. Jadinya juadah untuk berbuka memang berlebih-lebih jadinya. yum-yum!

Masa berbuka dalam keretapi tu, disebabkan gerabak kantin tak ada, kami berbuka di ruang antara gerabak. hehe, seronoklah berbuka dalam keadaan goyang-goyang & bising begitu.

1 bekas (saiz tupperware aiskrim) cucur bilis+bawang (siap bawa sos dan mayonis) dan
1bekas sardin roll (sebungkus roti pendek habis digulung menjadi sardin roll. bayangkan banyak mana untuk 4 orang makan),

habis dikendurikan oleh saya, Mira, Marena dan Aini. fuh memang kenyang! Marena bawa roti telur bekalan Suzi, tapi kurang laku ya. Maaf Suzi. dah banyak sangat makanan yang ada. hak hak!

Air mineral & 100 Plus botol besar ditaja oleh Marena. hehe.

Kemudian kami bahagikan nasi putih, tomyam ayam, sayur kacang ada ayam, telur dadar dan sambal belacan kepada dua bahagian. (tu dia Aini sediakan lauk segala macam. Siap ada sambal belacan!) Oh ya, saya sempat bawa papadom dalam bekas kecil, pun dibahagi dua. krup krup! papadom rangup!

Kami terpaksa makan berasingan sebab saya dan Mira di gerabak S, tapi Marena & Aini di gerabak R.

Semerbak bau tomyam dan sambal belacan dalam gerabak berhawa dingin tu! hehe. Tomyam ayam Aini sangat pedas, menangis-nangis saya dan Mira menghirup kuah tomyam. Slurpp! Sedap. Tapi pedas. Adoi. Aini sempat SMS saya,

'wei sori. tomyam pedas. terlebih cabai'

Amboi, mewah sungguh juadah berbuka dalam keretapi. Hehe. Alhamdulillah.

18 komen tak puas hati:

Light of Heedful said...

penah skali blik nek train time nk blik raya..tiba2 dpt gerabak yg xde aircond..huhu..serik dah nk nek train..

::HaZiRaH:: said...

wah,sedap sungguh! membaca saja pon dh mcm nk meleleh air liur ni haa..ade canla ampa jadi surirumahtangga yg berjaya di dapur!~hee~

Dyna Yvonne said...

hehe...best nye pjalanan kamu..mcm picnic pulak..ahaha
>_<

NAZ said...

seronok jgk ni haha kenangan

ana said...

tak pernah naik keteapi...bunyi mcm best jer. murahnye rezeki berbuka....mcm2 ada!

. said...

wah.tak pernah ada pengalaman macam ni.

Ann said...

taknah lg naik keteapi ktm....ni slah satu impian yg masih lom tcapai...

hentian said...

anak IM plan nak balik dari Gombak hari ni. Selalunya dia pun naik keretapi. tapi sebab cuti raya 2 minggu, dia balik naik motor. Sampai Rawang motornya ada problem. Kena patah balik.

Muga-muga esok dia selamat sampai Penang. nanti relaks sikit IM sebab anak IM yang sorang ni expert masak. sebiji macam, ibu_suri.

amirah said...

hehehe...pengalaman weh

hamzah ian said...

xpenah gua naik tren balik kg.. hahahaha..]


sbb kg gua takde trenn... hoho

Unknown said...

Seronoknya~tapi sebetulnya,saya bru sekali naik tren balik kg~hehe

TERBARU: Bayyinat-penjelasan

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

jangan ganas ganas kat kampung tu

faINa989 said...

ain, x dapat nak rasa sardin roll buatan hang...huhu

Sir Marcello said...

patut r macam dah baca jer post macam nie...rupanya kawan tue pun blogger...huhuhu

Pencacai Alim said...

besk ke naik tren? mcm citer keling lak...hik2..

Unknown said...

Salam,
Alhamdulillah dah sampai. Rasanya lebih selamat naik keretapi dalam suasana banyak keenderaan di lebuh raya.
LF pernah berkhimat di Tg Malim. Seronok bertugas di sana.

Ummu Mishkah said...

salam.. selamat hari raya! nanti ambik kad raya dari khawlah kay.. :)

umi kalsom said...

ekekeke...sempoi kot buka posa dalam train.

SALAM AIDILFITRI cikgu Nurul..;)