Saturday, September 18, 2010

anak-anak kecil

Beraya di Segamat, Johor kali ini, memang mata saya agak 'sesak' dengan anak-anak kecil. Sesak mata konon, agaknya semasa saya dan adik-adik seusia itu, ada mata lain yang sesak tengok kami juga.

Sempat saya menjengah adik-adik sepupu termasuk adik-adik saya yang usia mereka bawah lapan tahun melompat-lompat keriangan atas katil, sambil berlari-lari keluar masuk bilik, kemudian sekejab-sekejab orang ini menangis, lima minit kemudian, yang lain pula menangis...

saya memanggil Kak Uda,17 memerhatikan mereka bertujuh..

"wah, macam budak-budak kat rumah kebajikan!"

saya kemudian menggamit Mak Teh (kakak Mama), kemudian dengan muka naif bertanya,

"Mak Teh, Tata dulu macam ni ke?"

erk..soalan yang tak patut ditanya sebenarnya ni..maka dapatlah jawapan seperti bertih goreng dari Mak Teh.

apapun, seronok lah memerhatikan keseronokkan budak-budak kecil bila berkumpul. Suara hingar-bingar yang enak di dengar.

tiba-tiba rasa nak lahirkan anak-anak satu pasukan ragbi! hehe

7 komen tak puas hati:

NAZ said...

hahah aippp doa moga makbul :)

ana said...

karenah bdk2 memang pening kepala..tp bila xder rindu rasanya :)

Bangauputih said...

bahagianya punya anak....
InsyaAllah tak lama lagi lahir yang ketiga...:-)

Pencacai Alim said...

hai Ain..lama rsanya tak merapu komen kt sini..slmat hari raya..

Unknown said...

SALAM,
MEMANG SERONOK KALAU DAPAT KUMPUL BERAMAI2 TERUTAMA DENGAN ANAK2 KECIL. BAGUS TU, KALAU ADA HASRAT NAK KELUARGA BESAR. LF DOAKAN.

. said...

bila langsungnya?

HEROICzero said...

AMIN~!!! hehehe~ lepas tu, pening kepala dengan perangai sorg2.. =p