Monday, September 27, 2010

malas = tidak amanah terhadap tubuh

Saya pasti, semua di kalangan kita pernah, malah selalu berasa malas. Ya, mim alif las, malas. Betul ke saya eja jawi ni? err..abaikan dulu.

Malas lawannya rajin.


Masalahnya dalam diri saya, malas itu agak dominan terhadap rajin. Mau study, malas. Mau menelaah, malas. Mau buat tugasan kuliah, malas. Tapi mengadap laptop tiba-tiba jadi rajin. Rajin berpoya-poya. Rajin ronda-ronda blog. Lihat?


Malas dan rajin berada di tempat yang tidak sepatutnya. Lalu apa yang patut?


Ya, saya patut rajin belajar, rajin buat tugasan, rajin menguruskan masa, rajin itu, rajin ini..


Setelah berlama-lama bersenang lenang dalam sifat malas, terasa kesedapan pula. Erghhh! (sambil menggeliat enak)


Suka saya ingatkan diri saya sendiri di sini, bahawasanya malas itu suatu sifat tidak amanah. Saya Kita yang bersikap malas telah bertindak tidak amanah kepada diri sendiri. Kepada diri sendiri pun sudah tidak amanah, apatah lagi rakan sekeliling, ibu bapa, pensyarah, dan juga masyarakat.


‘heloo, aku malas tak kacau orang pun. Apa kejadahnya tak amanah pulak?


Malas = tidak amanah.


Sebab secara fitrahnya tubuh kita bersifat rajin. Dengan kemalasan, bermakna diri telah mengkhianati diri. Baca ; diri mengkhianati diri.

Jantung tak pernah malas mau berdegup, tak disuruh-suruh pun. Darah juga tak pernah malas mau mengalir ke segenap kapilari. Buah pinggang pasti tak culas menapis darah dalam badan. Malah seluruh tubuh tak pernah berhenti berfungsi semata-mata atas satu alasan tipikal : MALAS.


Bayangkan jika tubuh kita dan sistemnya bermalas-malasan bak tuan empunya badan, ahh pasti tubuh akan celaka.


Makanya, sudah-sudah la Ain Fathihah. Pergi rajin jadi rajin!

8 komen tak puas hati:

Ummu Mishkah said...

setuju!!

::HaZiRaH:: said...

mmg suda mau mghindari sifat malas!~ hee~ chaiyok2! =p

faINa989 said...

ain..sila jd lebih rajin..=p

abigemok said...

haha.. semua org ada sifat mls kot, tp ada gak yg pandai control.. betul ke?

ana said...

semua org ada sifat malas...tapi biar berpada dan bertempat. tapi ada ke org malas nak makan??? tak ada kot... :P

Guru said...

bila dah dekat nak datang bulan, pasti malas menjadi dominan dalam diri saya....

skandaLdariLangit said...

i like. kelik2

chiLleD...!! said...

huhu..tima ksih ats entry y bek ini..bile sebut amanah bru nk sedar y diri sndri dh byk melalaikn amanah..brdosanya..huhu