Tuesday, September 21, 2010

Thiru. Ini bukan entri promosi 1Malaysia.


Ini Thiru. Kenalan baru yang saya dapat semasa bekerja di Happy Mart dulu. Dia bekerja di cybercafe selang dua kedai dari Happymart.


Usianya muda dua tahun dari saya. Dia baru 18 tahun. Agak kacak orangnya. Tinggi lampai dengan senyuman ala-ala buaya (cis). Dia ada abang, Kevin yang kerap juga melepak di Happy Mart untuk bersembang-sembang dan pau rokok daripada store manager, Saadi.


Masa saya masih bekerja di Happy Mart dulu, kerap juga saya nampak Thiru membeli di situ. Dia suka Cloud 9. Saya tahu sebab hari-hari dia beli Cloud 9. bukan skandal yeah.


Seingat saya cuma beberapa kali berlaku perbualan antara kami. Selebihnya, cuma senyuman yang bertukar sesama sendiri.


Malam terakhir saya bekerja, baru la saya berbual-bual dengan Thiru ni. Itupun sebab dia dan seorang lagi rakan Melayunya, saling bekerjasama mengenakan saya. Mungkin ingin memberi kenangan terakhir untuk saya ketika bekerja di situ.


Mujur saja saya tidak betul-betul disimbah dengan air mop. huh.

18 komen tak puas hati:

. said...

single?boleh la ngorat beliau.

ana said...

tak kira apa bangsa...jika kena gaya mereka boleh jadi kawan yg paling baik!

Guru said...

ain suka buat sampah ke?

cute litter angel.... litter tu kan sampah

kalau 1Malaysia pun tak salah, kan

F.Aminurrashidd said...

cute little angel. mcm nama kedai komputer kat kHAR jep

amirah said...

entri ni mcm promosi ang ja..hek2..jgn mara =p

Isyraq said...

huhuhu... x salah klau berkenann kann... hehehe...

Akulah Aqilah Itu said...

teringat pulak kawan2 time sekolah dulu..
awwww....

Unknown said...

hehe...universal~ 1 Malaysia

Pencacai Alim said...

aku pon single..lalalalala

ain fathihah fhm said...

nizamsani, tak single kot. dia setia pada beberapa tangechi dan minachi.. (aweks)..hehe

ain fathihah fhm said...

ana, betul tu..seronok dapat kenal kawan yg lain dari zon selesa kita..tapi setakat ni saya tak ramai sangat kenalan bukan melayu...tak berpeluang nak bercampur sangat

ain fathihah fhm said...

cikgu kl, huwaa...bukan salah saya. agaknya si thiru ni keliru antara litter dengan little. rasanyalah...hehe...

ain fathihah fhm said...

fawiz, haah.. sama. aku pi tengok balik kt khar semalam tau. haha selama ni tak perasan pun

ain fathihah fhm said...

amirah, mana2 entri dalam Blog Ain Fathihah akan senantiasa mempromosikan diri saya sendiri. haha.

ain fathihah fhm said...

Isyraq..tak salah pun..kalau dah suka...kan kan?

ain fathihah fhm said...

bukan gadis comel, kawan2 sekolah memang kawan yg paling diingati kan..
p/s: saya comel!

ain fathihah fhm said...

iqbal, 1Malaysia. sahut seruan kerajaan.

ain fathihah fhm said...

pencacai alim..single? nak borang!