Saturday, September 18, 2010

tentatif raya. agak bosan. tak perlu baca.

salam'alaik. Lama beraya, blog berdebu sedikit. Alhamdulillah, belum bersawang lagi. Debu sikit-sikit ni, hembus saja...boleh hilang. Fuh, fuh, Fuhhh!

Dua hari sebelum raya, saya dan famili bertolak ke tanah tumpah darah saya mak saya, di Segamat Johor.

Seronok rasanya beraya di sana. Seingat saya kali terakhir kami beraya di kampung Mama, semasa saya di tingkatan dua atau tiga..lima atau enam tahun lepas. Lama kan? moralnya, kalau tak sanggup tak balik kampung sendiri semasa beraya, jangan kahwin orang jauh ya. hehe.

(orang kulim, sila angkat-angkat kening!)

Lama tak balik Johor, banyak juga la 'muka-muka' baru yang tak pernah jumpa. Adik-adik sepupu dah bertambah. Yang dulu kecil, sekarang dah besar. Yang dulu tak wujud, sekarang dah petah bercakap.

Makcik-makcik dan pakcik-pakcik pun makin jelas rona kematangan dan ketuaan di wajah masing-masing. Yelah kan, saya pun dah boleh jadi mak budak (patutnya)..nasib baik belum ada yang berminat masuk meminang.

Maktok & Abahtok masih macam tu juga. Moga semuanya sihat sejahtera.

Raya keempat, kami bertolak balik Penang dari Batu Pahat. 12 jam perjalanan! fuh. Rehat setengah hari, petang Rabu balik Kedah pula..berkampung di rumah Mak Ngah di Alor Janggus, kenduri sepupu.

Dua hari di Kedah, balik Penang. Famili saya sibuk ke sana ke mari menghadiri jamuan rumah terbuka, saya terperap di rumah macam ayam BBQ, kes sakit gusi. Gusi bengkak. Adoi. huhu

Maafkan saya sebab entri ini bosan. Saya yang menulis pun terasa bosan, apatah lagi kalian yang membaca, kan? Tapi saya teruskan menulis juga untuk dapatkan mood menulis blog. Saya sendiri kurang gemar menulis entri seakan tentatif program sebegini..huhu.

salam. sampai bertemu lagi di entri akan datang. ceh ceh ayat bajet artis kan?

5 komen tak puas hati:

Unknown said...

SALAM,
BILA KATA TAK PERLU, LAGI ORANG NAK BACA ! BAGI LF, ENTRI INI OK.

faINa989 said...

balik cepat..sy keseorangan!!
huhu

hentian said...

terasa macam IM pun beraya dengan keluarga Ain. Letih ya... dari selatan hingga ke utara. kira 1malaysia le...

Guru said...

dari satu hujung ke satu hujung kan...
kekadang kawin sekampung pun payah

mak n mak mertua muncung panjang sebab kecik hati tak duduk lama, yalah sakan beraya sebab sedara mara duduk dekat sangat

→ : bertuah atau tidak

Mr. Asada said...

kesian giler. hahaha..

apa pun selamat hari raya. wlupun tinggal sisa raya je lagi. hihi =P