Mana nak cari nota-nota kuliah yang selama ini terabai, mana nak tanya soalan-soalan yang dijangka masuk exam (apalah tanya spot question, lain kali tanyalah jawapan!), mana nak berbaik-baik dengan pelajar terbaik kelas dengan harapan dapat tiru masa exam, mana nak jaga hati pakwe/makwe yang terkecik hati tak dihiraukan, mana nak redakan tekanan dan bla-bla-blah!
Haa bercakap soal cara redakan tekanan, macam-macam cara ada. ‘jom release tension!’.. ehem, teacher saya cakap, bukan release tension, tapi, reduce tension.
Macam-macam pe’el kita boleh tengok bila siswa-siswa meredakan tekanan peperiksaan. Ada yang makan nasik berpinggan-pinggan (habislah pinggan kat rumah kena makan), ada yang makan burger sekaligus 3bijik, ada yang ajak pakwe/makwe merendek tepi sungai KHAR dengan alasan nak redakan tekanan (ini namanya menambah tekanan lain pulak dengan membuatkan air naik ke kepala &^%$^%$/),
ada yang bertapa depan bilik pensyarah dengan harapan kertas soalan boleh tercicir dari fail pensyarah, ada yang bercinta dan ter’emosi dengan kumbang, ada yang makan megi mentah sekali dengan nasik, ada yang balik kampung masa minggu belajar sebab katanya tengok muka mak ayah hatinya jadi tenang, alhamdulillah anak baik..
Erghhh banyak lah takkan nak cerita semua! Eh ain sapa yang suruh kamu cerita? Kamu yang nak tulis. Ehehehe yelah salah saya.
Pendek kata (panjang tak terlibat sebab bilik saya dua-dua penghuni tingginya 153cm) macam2 pe’el lah yang akan muncul sempena musim peperiksaan. Ada yang normal, ada yang tak normal.
Yang normal nantilah saya cerita, entri kali ini nak cerita yang tak berapa nak normal dulu. Hehe.
Rumah sewa saya di Bahtera Terrace agak luas. Jadi kami jadikan bawah tangga sebagai tempat simpan kotak-kotak barang. Kotak buku, kotak baju, dan entah apa-apa lagi yang ada. Tersusun elok. Bukan serabut tau!
Nak dijadikan cerita, sejak bulan puasa hari tu, semasa waktu sahur, saya selalu nampak Cik Siti lalu-lalang dalam rumah kami. Kalau nampak, kadang-kadang kami sergah Cik Siti, kadang-kadang buat tak tahu. Agaknya dia masuk dari celah-celah pintu depan dan terus mencicit lari ke pintu dapur. Shortcut lah tu! Malas dia nak pusing taman ni kot. Dah la lalu tak bayar tol.
Sabar je lah. Mengenangkan semangat 1Malaysia dan cintakan persaudaraan sesama makhluk, makanya kami abaikan. Tak apa, Cik Siti nak lalu saja. Silakan lah lalu, lalu la puas-puas.
Dua tiga hari lepas, kami perasan satu hal. Cik Siti mengambil kesempatan di atas keluhuran hati dan kebaikkan budi kami! Entah bagaimana agaknya Cik Siti mendapat pasangannya (mungkin masa lalu-lalang dalam rumah), dan seterusnya memadu kasih bercintan-cintun dan beranak-pinak di bawah tangga rumah kami. Tempat kami letak kotak-kotak yang berisi barang yang tak pakai.
Cis! Berani kalian ya! Kami risaukan buku-buku dirosakkan Cik Siti. Saya pun risau buku ‘bata’ Biology saya rosak dikerjakan Cik Siti. Lalu saya, Kak Neha dan Lubna mengadakan Ops! Buru yang diputuskan secara tergempar. Tapi Lubna awal-awal dah cakap, “wei aku taknak terlibat ok!”
Baiklah tak apa. Saya dan Kak Neha yang beriya-iya. Dengan kapasiti yang ada (batang mop, baldi dan penyapu) saya dan Kak Neha memulakan operasi. Kak Neha alih-alihkan kotak-kotak bawah tangga tu semua dan buat bising dengan harapan Cik Siti akan keluar. Saya dah bersedia dengan batang mop dan baldi (padahal masa tu agak konpius apa fungsi batang mop di tangan? Ahh bantai je lah).
Tetiba Cik Siti meluru keluar dari bawah tangga dan mencicit lari ke arah dapur. Lubna yang katanya tak mau terlibat serta merta cergas dan menghalang laluan Cik Siti. Tapi tak berjaya, Cik Siti dapat meloloskan diri melalui pintu dapur dan terus keluar rumah. Hai hai bye bye!
Dalam masa yang sama tu jugak Aina yang tengah basuh pinggan terjerit-jerit nyaring gila kalah wisel pakcik Palapes (eh pandai-pandai ja Palapes guna wisel) padahal Cik Siti tu tak nampak batang hidung pun lagi. Haha. Kak Wana pulak bila diacah oleh saya, Kak Neha dan Lubna,
“kak wana!!! Tikus tikusss! Dia pi kat kak wana!!”. Ceh ceh, acah ja. Tapi Kak Wana yang brutal ganas pernah tendang ehem-ehem lelaki masa zaman ganas dia terloncat-loncat sambil angkat kain. Haha hilang sudah ganas mu, Kak Wana! Saya, Lubna dan Kak Neha tergolek-golek gelak sampai senak perut. Haha.
Tak lama kemudian Cik Siti 2 berdecit lari dari kotak dan menghala ke dapur. Lubna tahan dia. Ops dia berpatah balik dan berlari ke arah pintu depan. Saya dan Kak Neha mengejar Cik Siti. Sempat saya tahan laluan Cik Siti dengan batang mop supaya dia tak terlepas keluar dari rumah. Oh ini rupanya guna batang mop. Cik Siti menukar haluan dan berlari ke dapur semula. Lubna dengan bakul biru di tangan cuba menyerkup Cik Siti 2. Opocot maaf Cik Siti, tertekup kat perut dia. Berdecit-decit Cik Siti berbunyi. Mesti senak perut dia kena tekan dengan Lubna. Hahaha. Cik Siti 2 berlari keluar dari celah-celah bakul dan terus ditekup dengan baldi terbalik oleh Kak Neha!
Yeaa! Dah dapat satu Cik Siti. Kak Neha sua tangan bawah baldi, dan ambil Cik Siti 2 dengan tangan. Perghhh ambil dengan tangan tu, beb! Oh Kak Neha kamu memang sangat kampung. Kemudian masukkan Cik Siti 2 dalam bakul. Tutup dengan kertas suratkhabar supaya dia tak terlepas keluar.
Oleh sebab kami merasakan ada lagi anak-beranak Cik Siti, maka kami sambung mengetuk-ngetuk bawah tangga dan alih kotak. Dan seperti dijangka ada lagi Cik Siti 3. Yang ini dua tiga kali pusingan kejaran sudah dapat tekup dengan baldi. Lubna jugak yang dapat! Eleh eleh tadi kata takmau terlibat. Kui3x! Kak Neha ambil dan letak dalam bakul tadi. Ahaks!
Bayangkanlah perempuan-perempuan bagaimana keadaannya teruja kejar tikus. Hihihi dengan baldi dan batang mop segala. Mujur pulak ruang tamu rumah cukup luas untuk main kejar-kejar dengan Cik Siti anak beranak.
Tadaa! Ini lah cara kami meredakan tekanan musim peperiksaan.
Anda bagaimana?
.
.
.
p/s : Kak Neha cakap tikus ni namanya cencurut. hidup di tanah. tikus tanah la kot? ni la 1st time saya tengok cencurut dari dekat. ahaha, jakun.