Sunday, October 25, 2009

refleksi - 1st Aider in Every Home

salam'alaik. kebelakangan ini saya agak malas nak mengemaskini blog. kata orang utara, cemuih nak ngadap blog. huhu. Untuk yang bertanya mana entri terbaru saya, terima kasih. 'hang ingat aku ni penulis jurnal ka nak tulih cerita sentiasa?'

.

.

Entri sebelum ini saya ada berjanji untuk memuatnaik (upload lah) gambar semasa Program First Aider in Every Home dijalankan. Tahniah pada semua Ahli BSMM yang dah menjalankan peranan masing-masing.

.

Bengkel sehari ini terbuka pada sesiapa yang berminat. Syaratnya, peserta bengkel mestilah bukan Ahli BSMM. Syukur, ramai juga yang berminat. Ada juga yang dipaksa hadir, barangkali. Apapun, tak rugi berkongsi ilmu.

Saya yang kurang cekap dalam pengurusan diberi tanggungjawab (lebih pada menawar diri) untuk menjadi penceramah. yelah, baru lah glemer gitu. hehe kalau buat kerja belakang tabir, tak glemer la i, kan.

Slot 1 : Ain Fathihah

Slot 2 : Mashitah

Slot 3 : Zai

Slot 4 : Najwa

.

Tahniah pada penceramah yang dah berjaya menjayakan slot masing-masing dan menceriakan suasana program. Saya sangat suka cara Mashitah (Pendidikan Sains Fizik) menjalankan slot beliau. senak perut saya ketawa, memang tak kering gusi. penuh unsur humor. hehe

Memang terasa gemuruh pada mulanya untuk berceramah dalam Dewan Kuliah yang agak besar kapasitinya. huhu. rasa nak keluar peluh jantan, nak berkucil dan rasa nak buat-buat pitam pun ada.

.

.

tapi bila dah menyampaikan kata aluan, dan saya sendiri mula selesa dengan mikrofon di tangan, mulalah terasa diri bak artis. eh eh tak best artis. rasa diri bak pakar motivasi, takpun orang politik yang sedang berkempen.

.

.

fuh fuh, seronok bila seisi dewan tertumpu pada saya. hahaha rasa bertambah-tambah lawa pulak. ehem, kena yakin diri supaya tak menggeletar di depan audien.


penceramah, demonstrator (Cha'ah) dan mangsa (Azian) balutan pembalut, tiga kecik serangkai. hehe memudahkan saya dan demonstrator menunjukkan cara-cara balutan yang betul untuk situasi pendarahan.


dalam masa yang singkat dan terhad, ilmu teori dan praktikalnya dijalankan serentak. jimat masa dan tidak membosankan.

.

.

okay..sampai sini saja celoteh saya. sampai bertemu lagi dalam entri akan datang. buat pembaca blog saya yang budiman (termasuklah Blogger Warna Nostalgia - Encik Budiman), doakanlah saya untuk dipermudahkan jalan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester tiga ini.

9 komen tak puas hati:

ninim said...

wow...tu jer

hentian said...

Tabiklah aku kat Ain. Biasalah, gemuruh tu. Aku dulu macam tu juga. Tapi la ni, bila dah dapat mikrofon, rasa tak boleh nak stop pulak.

Guru said...

assalammualaikum

wah dah boleh jadi penceramah dewan kuliah ya... bagus

semoga dipermudahkan Allah exam nanti

myQza said...

aku mmg x de keberanian nak bercakap di khalayak.. :)

good luck untuk exam ok!

ain fathihah fhm said...

Terima kasih, semua

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

Boleh jadi pakar nurse lepas nie..hehe

MaMa MoDeN said...

salam tahniah...
smoga terus cemerlang dlm meniti kehidupan...

ermmm mama pun dah lama tak pegang mike, dekat tiga tahun dah...

kalau dpt pegang lagi utk bcakap, samada ketaq atau bila dah pegang tak mahu lepas..

ain fathihah fhm said...

taknak la pakar nurse.
lg suka 1st Aider. hehe

TQ mama..nk exam dah ni..cuak

Azym Azizi said...

Woo..bleh la aku jemput hang buat ceramah kat tempat aku..lagi femess...hehe=)