kata orang, lumrah manusia itu, belajar.
bukan setakat pelajar yang mendapat 'title' pelajar secara rasmi,
tapi, kita semua adalah pelajar yang akan sentiasa belajar.
maka, belajarlah kamu selagi mampu.
hidup berdikari sendiri itu suatu pelajaran.
berkenal-kenalan itu sudah tentu nyata suatu pembelajaran.
hidup bertolak-ansur itu pembelajaran.
mengubah tingkah tidak baik kepada tingkah yang lebih molek, juga suatu pembelajaran.
.
.
saya, Ain Fathihah yang sentiasa bercita-cita mahukan hari ini lebih baik daripada semalam dan berkehendakkan hari esok yang lebih baik daripada hari ini.
.
.
Moga DIA mempermudahkan jalan. jalan yang betul lurus buat saya. jalan yang DIA pasti tahu yang terbaik buat saya.
.
.
iyalah,
kerja DIA siapa kita untuk menjangka?
pasti,
DIA bekerja dengan cara penuh rahsia dan tak terjangkau dek akal cangkat saya untuk diselami.
.
.
Mohon doa usai solat,
moga ALLAH mempermudahkan jalan buat saya.
4 komen tak puas hati:
berbisik tu mungkin kah satu pembelajaran atau satu perkara yang perlu dipelajari. pemerhatian juga satu pembelajarankan......
kalau hati berbisik pengharapan pada yang ESA moga makbul segalanya.amin
salam anakku,
I'ALLAH doa mama, baba akan sntiasa dihiasi namamu...
doa kami akan senitiasa mengiringi stiap detik hidupmu...
doa kami akan memayungi stiap langkah yg diatur...
usahalah, bdikarilah...
selebihnya serahkan padaNYA...
Tawakal padaNYA...
Selamat Berjaya...
betol ain....kite ni sentiasa belajar...walaupun kite menjadi pendidik..tak semesti kite sudah pandai....
doakan yg terbaik dlm hidup....ikhlas kan hati..insyA Allah.....dipermudahkan......
TQ Abg Din, Mama n Fazra..
Post a Comment