Saya perasan kiut –miut, comel dan yang seantero dengannya.
Saya tak kisah apa mahu dianggap saya ini pada kaca mata kamu, dia dan kalian.
Apa omelan saya kali ini?
“huh si ain gedik tu, suka perasan lawa dalam blog dia. Tak malu puji-puji diri sendiri dalam blog?”
“budak ain tu memang perasan cun. Perasan! Bangga la tu ada ramai peminat dalam blog dia”
“gelenyar! Dia ingat follower dia ramai, blog dia best? Ntah apa-apa ja blog minah tu. Syok sendiri”
Hahaha
Hehehe
Hihihi
# hahaha = saya tak tahu orang yang mencemuh saya ini tak puas hati dengan saya, atau tak puas hati dengan blog saya
# hehehe = kalau pun sungguh dia tak sukakan saya dan penulisan saya, nampaknya dia memang tahu gaya saya menulis blog (selalu puji diri sendiri). Ops! Dia mungkin antara pembaca setia (kalau boleh dikatakan setia) blog ini. Terima kasih masih tegar membaca omelan-ngomelan cerita-ceriti hidup saya
# hihihi = saya memang berlapang dada dengan teguran seperti ini. Tegurlah secara anak jantan (walaupun kamu punya kromosom 44+XX, sama seperti kromosom saya). Bila kamu bercakap mengutuk kegedikan dan kekiutan saya pada orang lain di belakang saya, maka perkara yang kamu cakapkan itu selalunya memang sampai pada telinga saya.
Ain, orang itu memperlekehkan kamu. Dia kutuk kamu, maka kutuk lah dia semula. Ahaks!
Perlu ke?
TIDAK.
Saya berlapang dada.
*senyum*
Saya menerima seadanya.
*sengih*
Saya memang tak kan mampu dan memang mustahil untuk memuaskan hati semua orang di sekeliling saya.
# Perihal 1
Berkenaan saya yang perasan kiut-miut dan comel, memang itu saya akui.
Jadi? Apa masalahnya pada dia pun saya tak tahu lah.
Saya memang begini.
Pagi hari, sebaik saja bangun dari tidur dan memandang muka sendiri di cermin, juga semasa bersiap-siap sebelum ke kelas, dan semasa mengemaskan diri selepas mandi,
Memang tabiat saya,
Bila memandang cermin dan senyum pada diri sendiri, serta merta hati berdetik,
‘wow, comelnya aku’.
Hahaha.
Biarlah. Saya tahu bukan mudah mendapat pujian dari orang lain. Maka biarlah saya sendiri dengan yakin hati memuji diri sendiri.
Kalau bukan saya, siapa lagi mahu memuji diri ini.
# Perihal 2
Kamu, siapa pun kamu. Tak kira bagaimana orang lain memandang kamu, yakin lah dengan diri sendiri. Bukan perasan, bukan syok sendiri.
Cuma, tetapkan hati dan yakin dengan ketentuan Allah.
Kalau seseorang itu merasa cantik dalam dirinya, insyaAllah dia akan kelihatan cantik.
Saya tahu, kamu juga tahu.
Bila Allah sebut , “Sesungguhnya AKU telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian”,
Redha lah dengan kejadian Allah. Yakin Allah telah mencipta kita secantik-cantik kejadian.
Biarlah, hidung kamu pesek sepesek hidung saya, pipi kamu tembam dan lebih tembam dari pipi saya, mata kamu redup kuyu serupa mata saya yang nampak sepet , bulu mata kamu elok melentik lebih dari bulu mata saya yang lurus ke bawah macam bumbung rumah ini..
Ini kejadian Allah, mesti ada sebab. Mesti ada hikmah.
Haa, kira cantiklah ni.
Yakin diri kita sudah sesempurna kejadian.
Cantik kita pada pandangan Allah.
Cantik kita pada mata bakal jodoh.
Ceh cehh, bakal jodoh.
Cukuplah bakal jodoh kita merasakan kita cantik pada matanya.
Hehe.
Motif?
Wednesday, October 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 komen tak puas hati:
salam,
hah! mama setuju..
terima diri kita seadanya..
kerana diri kita begitu berharga...
salam~
btul,xkisah la org lain nak kata kita perasan..
as long as kita yakin ngan dri kta..
kn..
lgk 1, org tu jeles la tuh ain..
hehe~
=)
eehhhh topik kita sama...
kecantikan ada dalam diri kita sendiri.
Ain.. mungkin depa menyampah kot sebab ko x tulis kecantikan peribadi depa itoo.. asyik pasai kecomelan hang jaa.. ahahahaha~
Gelenyarr??? KO?? Apekah?? ahahahahahahahaa~aaa~ (sambil gelak guling2x)
ain..
bese la tu
lumrah hidop kn
tak sume org kita boleh puaskn hari n perasaan diorg
b goood k
byk bersabar
take cre
jg iman
syg ain! ;D
hahaha..
tul2..
dalam hidup ni, kalau sik fikir hal orang len.. orang len.. semua benda tak jadi..
yg pasti.. kita adalah diri kita...
terima dan ...
lantakla.. ini bukan blog diorang..
lantakla ko nk tulis pe pon,... kan?
assalammualaikum
ni macam citer mawi & bini je...
ada yang tak suka kat diorang
macam
ada orang tak suka tengok ain bahagia
biarlah ain...
time ni kita tengah suka, sukalah puas2..
salam.ain...pada sy awak mmg seorang yg kiut & chomel,so kalau ada org ckp awk perasan ker...itu masalah dia org..mgkn kerna jeles lah tu..sebab dia org tak secomel ain...tapi saya respectlah ngan ain ni tak cpt melatah bila dikutuk ,, ain tidak membidas mereka dengan kata-kata yg tidak elok...ain membalas kata2 mereka dengan penuh berhemah... saya pernah mencetus kontroversi kerna komen saya dlm blog seorang hamba allah kerana mengomen tulisan insan itu yg bersifat riak...insan itu membidas saya dengan kata-kata & tulisan yg sggh mengjengkelkan...bukan secara berhemah...seperti mggunakan perkataan "like pig..."....tulisan itu menggambarkan keperibadian kita..Allah akan membalas cash kpd mereka & mungkin mereka tidak sedar Allah sdg membayar kpd mereka di atas apa yg mereka lakukan...walau dlm apa bentuk sekali pun...harap Ain teruskan berblog walau apa kata mereka....
YAMIKO_ANNA
ye Mama, betul tu.
kerana diriku begitu berharga + kiut.
Ct Ecah, hang plak makin lama makin yakin diri ja aku tengok hang. kdg2 sampai over yakkinnn gitu!
Kuina, kebetulan topik sama. adakah bermakna kita ada jodoh? hahaha
Fawis...gelenyar tu plak aku tak berapa pasti apa kebendanyaaa
Farah Alina, TQ fara sayang..
CikguMAn, iyaa betul. sgt2 betul. ini blog saya maka saya punya jarilah nak menaip apa pun kan kan kan..
Cikgu KL, saya bukan peminat Mawi. hehe
Mopiko Anna.
yee saya tahu siapa kamu maksudkan (mungkin).
apapun, ini lah saya. haha
maintain gediks n kiut sll
Post a Comment