Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, March 17, 2010

Famili Blogger. Famili Mukabuku.

Rasanya semua ahli keluarga saya ada blog. Kecuali adik kecil yang belum tahu membaca itu.

 

Blog Baba http://ustazbaba.blogspot.com/

 

Blog Mama http://junaidahkassim.blogspot.com/

 

Blog Angah http://ahmadfathurrahman.blogspot.com/

(lama tak update ni)

 

Blog Kak Uda http://nurulamirafatin.blogspot.com/

 

Blog Kak Teh http://budakbudakcomei.blogspot.com/

(comei tang mana pun taktau lah, hehe)

 

Blog Kak Chik http://atiqahfarhani.blogspot.com/

 

Blog Kakak http://nuruladilahcute.blogspot.com/

 

Biasalah orang yang berblog ni, bila rajin selalu update. Bila tak rajin, bersawang lah blog.

Saya ni, dah tak larat nak menjawab bila ada kawan-kawan yang terjumpa blog ahli keluarga.

 

“ain, semua family ko ada blog?”

“blog Adilah Cute tu, adik perempuan mu yang kecik tu yang tulis sendiri ke?”

“terernya Mama ko, reti guna internet”

“ahaa, Baba hang cekap internet, maka dia boleh pantau hang yang nakai ni”

 

Dan juga muka-muka terkejut bila ada kawan-kawan yang ternampak saya chatting (YM) dengan Baba @ Mama.

 

Yang best :

1.senang nak tahu perkembangan adik-adik & family. Kadang-kadang memang tak sempat nak bersembang panjang di YM, maka saya boleh tahu apa yang berlaku di rumah dengan membaca blog Mama ataupun adik-adik.

 

2.jimat kredit. Yelah saya mengaku saya memang jarang telefon rumah. Tapi, boleh dikatakan setiap hari tetap akan bertegur sapa di YM. Kalau pagi nampak Baba online, chat sekejab Tanya khabar. Bila malam pulak nampak adik-adik online, chat sekejab Tanya khabar. Bila rindu, yeaa boleh buat video call.

 

3.facebook?nampaknya semua dah ada facebook sekarang.heh,lagi lah kerap berbalas komen di fb.

 

Yang tak berapa nak best :

1.tak boleh la saya nak menakal… haha. Family pantau dari jauh.

 

Maka, apa yang kamu kenal saya di alam maya, begitulah juga saya di dunia sebenar.

Friday, November 27, 2009

Tata, cepat balik!

Selesai peperiksaan, saya lewat sedikit balik ke rumah. Hari terakhir exam adalah 18hb/11 tapi 24hb/11 barulah saya balik.

.

19hb, saya menelefon Mama, untuk berbual dengan Kakak. Rindu dia. Semasa berbual, dia ada berpesan, "tata, balik hari sabtu tau!", dan saya pun dengan tidak berfikir apa-apa, terus berkata, "ok, tata balik hari sabtu k"

.

Namun, disebabkan ada perkara-perkara berbangkit yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat balik Penang lebih awal. Paksarela beli tiket tren 24hb.

 

Opss! Rupanya ada sebab kakak minta saya balik rumah hari sabtu. Rupanya hari sabtu, 21/11 adalah birthday dia. Saya betul-betul terlupa. Bila dah baca blog Mama, baru tahu hari ini hari ulangtahun kelahiran Kakak. Maaf dik, hehe. Tak ingat. Ramai sangat adik....

 

Dengan rasa bersalah (kot) saya telefon Kakak. Seronok dia bila saya dan famili debat UPSI nyanyikan lagu harijadi pada dia. Kakak suruh saya cepat balik sebab nak pi makan piza, katanya. Oh patutlah teruja sangat si Kakak ni. Seronok nak pi Pizza Hut rupanya.

 

Okay, ringkas cerita, setelah bergoyang-goyang dalam keretapi selama lebih 6jam dari Tg.Malim ke Butterworth, saya pun telah selamat sampai di rumah.

 

Hari berikutnya, kami serbu Pizza Hut di Gurney Drive. Jom jom tengok gambar...

untuk mengurangkan kos dan supaya lebih meriah, maka sesiapa yang tarikh lahirnya berdekatan, buat pakej sambut sekali ja. satu kek, kongsi la empat orang ya.

Kak Uda - 25/10

Kakak 21/11

Kak Chik 29/11

Angah 12/12hehe saja nak dengkikan adik-adik. sejak dari dulu kala, saya tak pernah kena kongsi kek birthday dengan sapa-sapa sebab tarikh lahir saya tak dekat dengan sapa-sapa pun. haha teruk punya kakak.

dan,

sejak saya darjah 5, tak pernah miss kek birthday untuk saya sampailah sekarang.

Terima kasih penganjur program terbaik.

terima kasih Baba Mama sebab dah buat yang terbaik untuk gembirakan hati anak-anak kalian.

ngapp! yum3x..bukan selalu boleh pi makan Pizza Hut, ye tak? 

Kak Uda dengan Baba pantang saya arahkan kamera kat depa, terus posing sakan. curik piza hangpa dalam pinggan tu kang baru tau! haha

Saya bergambar dengan Kak Uda, belated birthday girl. Kek Spongebob? huhu Mama yang pilih. memang kek spongebob perisa kopi lah jawabnya. mujur sedap!

dengan adik lelaki saya, Angah. ni saja lah anak teruna dalam kalangan anak-anak dara. Dik Nin kecik lagi. Ohh, mujurlah kamu tak jadi 'nox' adikku, walaupun membesar dalam kalangan adik-beradik perempuan.

nampak macam anak dengan ayah tak?

ni Kak Teh. iskk jangan tanya kenapa muka adik-adik saya lebih matured dari saya.

dan tentunya berbanding Angah, Kak Uda, Kak Teh dan Kak Chik, sayalah yang paling kecik.. erghh, kenapa kenapa??

dengan Mama!

dah balik rumah ni..lepak kat bawah rumah dulu. kekenyangan. burpp! Alhamdulillah. err, Adnin memang begitu. suka panjat-panjat. hehe. tertungging sana-sani. adehhh
.
.
.
Nota Kaki :
Mungkin ada yang mempersoalkan cara famili saya. Meraikan hari lahir adalah sesuatu yang wajar. tapi, Baba Mama tak pernah ajar kami untuk diberi hadiah mahal-mahal sempena birthday. sekadar makan-makan bersama. dan ada kek.
.
Jadi, birthday siapa pun, semua dapat manfaat dan sedapnya. hehe.

Monday, October 26, 2009

jampi kasih-sayang

Salam’alaik. Chatting dengan mama sebentar tadi, saya dapat berita adik ‘bongsu tak jadi’ saya, kemalangan. Dilanggar dek motor. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius. Sakit-sakit pinggang dan luka sedikit di lutut. Kata mama, Kak Chik melintas jalan tak tengok kiri kanan.

Heh, senyum saya sendiri. Adik yang seorang ini, memang agak blur. Kadang-kadang jalan dalam rumah pun boleh tiba-tiba terlanggar dinding, takpun tersadung kaki. Sempat saya bergurau dengan Mama, “tak apalah moga-moga lepas eksiden ni hilanglah blur dia nanti”.

Hihihi, gurau je la ya, adikku.

Cakap soal eksiden ni, teringat masa kecil. Nak kata saya ni buas sangat, buas cara anak perempuan lah. Kerap juga jatuh, luka kaki, luka lutut, berdarah siku dan terhantuk dinding. Kalau tidak buas, masakan saya dapat parut di buku lali kedua-dua kaki, kening terbelah dan lutut pun berparut. Huhu.

Tapi tak apa, kening terbelah ni saya anggap bertuah. Pemanis dan penyeri muka. Hihi.

Satu perkara ajaib yang saya masih ingat, masa kecil-kecil dulu, semasa masih anak-anak, sesekali bila saya terjatuh semasa bermain dan berdarah lutut, ataupun terhantuk kepala, ataupun terguris mana-mana bahagian badan,

Baba akan panggil saya yang sedang menangis-nangis sakit, kemudian membelek-belek apa yang patut. Dia akan jampi macam ni,
“tuku takal balik pintu, budak nakal memang begitu, fuang fuang!”
(cara menyebut ‘jampi’ ini agak berlagu sedikit, ala mesti ada yang tahu kan?)
dan Baba akan gosok-gosok bahagian yang sakit, dan menghembus-hembus bahagian itu.

Apa yang ajaib, saya serta-merta berhenti menangis. Kononnya sakit sudah hilang bila sudah dijampi. Alahai, senang betul budak-budak terpsiko, kan? bila Baba dah jampi tu, boleh pula pergi sambung bermain, padahal sebelumnya saya menangis meraung-raung. Hahaha. Dasar anak-anak, dunianya memang dunia bermain.

Ngee...hehehe..sampai sekarang pun, bila saya rasa resah gelisah, saya akan SMS Baba. Tambah-tambah bila musim-musim exam. Dan selalunya balasan mesej Baba memang buat saya tenang.
Terima kasih.

Dengan Mama, saya agak kerap chatting. Update perkembangan diri sendiri, dan Mama pula bercerita soal adik-adik dan apa yang berlaku di rumah.

Urm, rindu!

Wednesday, February 18, 2009

saya rindukan buah hati

Salam'alaik. Tidur saya tidak nyenyak. Seakan ada sesuatu yang mengganggu perasaan. Resah. Gelisah. Saya kerindu-rinduan. Saya merindu. Saya perindu. Siapa? Ya, saya rindu buah hati saya. Jauh dia di sana. ehh, bukan-bukan..saya yang jauh dari dia. Bila berjauhan, saya rindukan bau dia. Bau dia sudah semakin memudar di ruang hidung saya. Bila berjauhan, saya rindukan rengekan manja buah hati saya. Suara rengekannya sudah tidak segar lagi di telinga saya. Arghhh! Saya sangat rindu dia. Tolong...
Muhammad A'dnin Firdaus bin Mohd Roshidan Hati saya kadang-kadang merintih. Mengapa saya perlu jauh dari dia. Tolong....saya amat rindu pada keletah nakal dia. Rindu pada gelagat manja dia.
Bila terpandang kanak-kanak sebaya dia di sini, saya dengan cepat memaling muka. Tak sanggup teringatkan buah hati saya yang seorang ini. Aduhhh, peritnya menanggung rindu.
Dia sudah sebati dalam hidup saya. Dia sebahagian dari saya. Gelak tawanya sentiasa terbayang-bayang di ruang mata saya.
Tangisnya, rajuknya, sedih dia memang saya tak lupa... Duhai hati, bersabarlah...
Dedikasi buat adik-adik ku Afnan, Amirah, Adeebah, Atiqah, Adilah dan Adnin..
Kakak akan balik
tak pernah lupa
sayang adik
Tak mengapa dik
Jangan bimbang
Ibu ada
Ayah ada
Keperitan pasti ada penawarnya
Insyaallah
sama-sama doakan
Dari jauh kakak menangis
kerna rindu
padamu
Tapi
Adik harus mengerti
ada tugas
Ada kerja
Tak semudah seperti adik fikirkan
Tunggu
Kakak akan kembali
Bila kakak mahu pulang
Tiap kali itu disuarakan
di sudut hati
Kakak menangis
Mengenang nasib
Apakan daya
Pasti ada hikmah disebaliknya
Suatu hari nanti
Kau akan mengerti
Ayah, ibu dan kakak
Sentiasa mendoakan
Kesihatan
Kesejahteraan
Selalu
Kadang-kadang bingung
Buntu
risaunya ayah dan ibu
Namun
gagahkan jua diri
Redha kehendak Illahi
Itu ujian
Adik sayang
Hanya mati tiada penawarnya
Teruskan senyum
Kuatkan semangat
Insyaallah
Senyummu memberi harapan
yang tinggi
Semoga bahagia
Di samping ibu