Seminggu tak sihat badan, saya gagahkan kaki ke Pusat Kesihatan UPSI. Saya paling malas ke klinik. Amat! Fobia dengan bau ubat dan hospital. Cukup lah berumah-tangga hampit sebulan di hospital Penang suatu tika dulu.
Seperti biasa, (padahal saya tidak biasa) ambil nombor giliran dan menunggu di kerusi empuk. Ahh, lamanya. Bosan. Berseorangan.
Akhirnya tiba giliran saya. Jumpa doktor wanita yang comel (mulanya merungut dalam hati kenapa tidak berjumpa doktor lelaki yang kacak, hihihi). Mengadu itu ini. Doktor wanita menunjuk prihatin. Ahh, terharu. Andai doktor itu ibu saya, pasti ku peluk. Kemudian, ambil ubat di farmasi. Aduhh, comelnya beg ubat. bertulis..
PUSAT KESIHATAN UPSI
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak
Semoga Cepat Sembuh
Bila sudah balik ke KUO, baru saya membelek ubat yang ada dalam beg kertas kecil yang comel itu. Ubat selsema, ubat batuk dan bla3.. Tergelak seketika, ubat batuk tu...labelnya
Expectorant, Antihistamine
Clears chesty cough
Mixed fruity flavour
Hihi, doktor ini ingat ubat kanak-kanak ke..siap ada perisa buah. Hihihi... Ini ubat orang dewasa lahh..
Err, petangnya..saya tertidur-tidur hingga ke malam. Mata langsung tak boleh dibuka. Mengantuk amat! Sebab? ter-over dose ubat batuk. Tu laa, sapa suruh bagi ubat yang rasanya sedap. Kan saya dah makan dua sudu besar. Rasa ubat yang manis dan sedap. Hahaha.
2 komen tak puas hati:
doc tu ingat patient dia ni masih kanak2 bawah umur.. hahahahhaa
salam..
ubat batuk.. eee kalau sayalah tak suka ubat batuk..sebab berair. Kalau ubat biji biji okey jer..
ermm cantik beg tu. Camana ek kalau kita pergi nak ambik beg saja. boleh ke? hahahh
Post a Comment