Demi cintaku padamu, ke mana pun kau kan kubawa,
Gambar apa ini? Yang ada muka tikus tu...bantal bucuk saya..bucuk sungguh bantal ini, tapi bantal ini la teman tidur saya sejak di matrikulasi, sejak berjauhan dari keluarga, sejak tidur saya tidak sebumbung dengan baba, mama dan adik-adik. Saya tak suka basuh bantal ini, sebab bila lepas basuh, bau saya pada bantal ini akan hilang. Hahaha, bucuk! Tapi, nak tak nak, setiap bulan saya akan basuh bantal ini. Supaya wangi..(tapi saya lebih suka baunya yang bucuk, menusuk sukma..ahaha!)
Sebenarnya bukan nak bercakap soal bantal ini. Saya nak cakap soal benda bercorak kotak-kotak atas bantal tu. Apa tu? Ahaaa, kain pelikat lalala, kain pelikat lalala, kain pelikat diguna pelbagai cara..aaa...aaa... Uit, orang perempuan pakai kain batik la ain, bukan kain pelikat. Pelikat ni orang lelaki yang guna! Elehh, suka hati la..wekkk!
Ini kain pelikat sang hero pujaan. Saya curi (ambil tanpa beritahu) dari rumah, bulan lepas, semasa saya tergesa-gesa balik rumah tanpa rancangan awal. Malam pertama tidur di rumah selepas kian lama (hampir dua bulan, lamaaaa tu untuk seorang anak manja macam saya), saya cuma tidur di sofa di ruang tamu. Kononnya menyiapkan tugasan berkumpulan, subjek EDU. Menaip satu perenggan, kemudian saya pergi main dengan adik. Menaip dua ayat, saya pergi bersembang dengan mama. Menaip tiga perkataan, saya dah tertidur-tidur atas sofa tu. Tidur tanpa bantal, tanpa selimut. Malamnya, dalam sedar tak sedar, saya terasa-rasa seseorang menyelimutkan saya. Owhh, sesuatu yang menghangatkan badan saya tika malam yang amat sejuk. Dah tidur pun betul-betul bawah kipas, memang la sejuk amat kan? Itulah tidur saya yang amattttttt nyenyak setelah beberapa lama.
Bangun esoknya, saya spontan melipat pelikat ini, sumbatkan dalam beg laptop. Entah kenapa. Secara tiba-tiba saya jatuh cinta pada pelikat ini. Sebab ini pelikat hero pujaan saya.
Sehari kemudian, pelikat itu masih ada dalam beg laptop saya. Tidak saya keluarkan. Saya tak tahu mengapa. Saya tahu pelikat itu belum berbasuh, sebab ada bau sang hero pujaan.
Semasa sedang bersiap-siap untuk ke stesen keretapi Butterworth, saya mengemas beg laptop. Periksa semua barang-barang yang dibawa balik, telah disimpan dalam beg ini. Tak perasan Mama ada di depan. Usai nampak pelikat kekasihnya ada dalam beg saya, mama tanya "ehh tu kain Baba nak buat apa letak dalam beg?" Alamak! kantoi. Apa nak jawab ni..huhu..takkan nak mengaku saya curi pelikat Baba, nak buat ubat rindu pada keluarga. Huhu.. Soalan kedua dari Mama, "nak buat apa kain Baba tu? meh Mama nak simpan" Saya masih mendiamkan diri, buat tak tahu dengan soalan Mama. Seketika kemudian, saya hela nafas paling berat. Lepas. Menjawab, "err, kain ni nak buat kain basahan mandi..ehh, bukan. Tata nak buat lapik iron kat UPSI.."
Malamnya, semasa perjalanan pulang ke Tanjung Malim..di dalam gerabak 4, KTMB.. kain itulah yang saya peluk sepanjang perjalanan.. (n_n) Buat selimut, hangat. Sampai hari ini, kain ini teman tidur saya. Huhu, dua minggu lepas, saya terpaksa basuh dengan berat hati sebab tertumpah air teh pada kain pelikat ini.
Sesiapa yang baca entri saya kali ini, tolong jangan beritahu Baba & Mama saya pasal entri kali ini. Sebab mereka mesti akan gelakkan saya. Anak manja. Kakak manja. Anak manja Baba. huhuhu...
7 komen tak puas hati:
ceh....ain2...
sang hero pujaanku selalu bersikap dingin..tapi aku tau dia sayang padaku. itu la jiwa seorang ayah!
ain aku ada banyak kain pelikat. nak tak?
nda mau bhaa..
buat apa kain pelikat hg
xmau3!
erm.... ain aku tido pakai selimut bulu.... ermmm hangat bha...
Kain pelikat abg nak tak?
Abg nak gelak puas2 nih..
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahha
salam kepada pelawat blog rasa sayang & mama moden...
betul tak mama moden kata ain ni walau apa saja dia, walau dimana dia berada, walau siapapun dia... dia tetap anak baba. kalau sudi baca post mama moden bertajuk rindu seorang mama pd tarikh 8 feb. to tata, ambik, peluklah kain tu. mama ada banyak lagi kain sang kekasih kat dlm almari, kat ampaian dan juga yg tak berlipat lagi dan yg paling penting mama dapat peluk tuan punya kain tu... hahahahaha jgn mara aaa.....
hi3..same laa kite...
simpan pelikat....
wat tman tido..:)
haha..adeii...kena basuh sbb tertumpah air teh..haha..terharu baca entry ni~
Post a Comment