anjuran bersama siswa/i Biologi semester 2 di bawah Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 2. Nama dah sama kan? Sultan Idris. Tapi bukan Sultan Idris yang sama ya..
Di bawah seliaan pensyarah Biodiversity of Protist & Animalia kami, Cik Mai Shihah binti Abdullah..kami dah mulakan gerak kerja program ni sejak minggu kedua semester ini. Awal betul! dekat nak hujung-hujung semester ni, baru program kami berlangsung. Berjaya @ tidak? Akan dinyatakan di entri akan datang.
Pada saya secara peribadi, memang terasa terbeban mulanya dengan tugasan ini. Serasa tidak yakin. Huhu, Cik Mai, kami baru semester dua, mampukah kami anjurkan program macam ni? Kami tiada pengalaman, kami masih baru. Mampukah kami? Heh, sangat pesimis pula saya ni. Dengar ya, tidak bagus bersikap pesimis...untuk kelangsungan hidup.
Bermula gerak kerja program ini, daripada memilih sekolah bertuah, pengurusan penginapan, pengangkutan, makanan dan blaa3....hadiah dan cenderahati..saya dan semua rakan-rakan sejurusan mula menjadi rapat. Yela kan..sebelum ni keluar kelas masuk kelas...tak sempat nak kenal semua pun. Sebelum ni, saya tak tahu pun kelas seBio saya ada begitu banyak AIN. Nur 'Ain Ibrahim (ahli MAjlis Tertinggi yang ditugaskan memantau unit kami), Nur Ain Fikri, Ain Nabilah, Ain Fathihah. Yang pasti, semua AIN ni memang comel-comel belaka. Dah la comel, kiut plak tu. Dah la kiut, baik hati plak tu...arr, apa lagi eh.. Yang payah, kesemuanya AIN yang comel dan kiut ni diletakkan di bawah satu unit. Unit Aktiviti. Ahh, memang payah. Sekali sesiapa memanggil AIN...semua kami serentak menoleh dan menyahut. Kemudian tertawa..
Unit Aktiviti diketuai oleh Marena Saad..Robiah Romli (kena panggil Ruby, dia akan marah bila sesekali saya menyakatnya, memanggilnya Robiah).. Konco-konco di bawahnya...Ain Nabilah, Ain Fikri, Ain Fathihah, dan Raja Nur Aimi..dipantau oleh 'Ain Ibrahim..
Banyak lagi nak tulis..hehe..ni baru mula merancang program..belum perlaksanaan lagi..tunggu je la entri akan datang. Saya perlu sudahkan tulisan sekarang...
p/s : perlu bersiap ke kelas BSMM, kawad! huhu, tak suka kawad. Muka jadi berbelang..wuuu
0 komen tak puas hati:
Post a Comment