Monday, March 30, 2009

mungkin banyak makan semut

Salam'alaik. Saya Ain. Kamu tahu kan? Saya Nurul Ain Fathihah. Tapi cuma itu. Banyak perkara tentang saya yang kamu tidak tahu. Tak mengapa. Saya tak minta semua orang tahu segalanya tentang saya. Biarlah rahsia, ala-ala Datuk Siti aka Makcik Tudung Minimum.

Antaranya tentang saya, saya bukanlah seorang yang amat kuat ingatannya. Walaupun saya pelajar Sains yang dikatakan kuat menghafal. Itu bukan saya. Saya sukar mengingat perkara yang pada saya, remeh-temeh. Nombor telefon yang saya ingat, cuma nombor Baba, Mama, Cik Amal, abang sayang Pakcik Padil dan nombor saya sendiri! Jalan dan arah menuju ke destinasi tertentu, sekitar rumah saya dan Penang, jangan harap la saya akan ingat. Lupa. Dilupakan. Melupakan. Hehehe...

Agak memalukan, setelah berkali-kali-kali menjejak kaki je Gurney Plaza, Penang pun, saya masih tidak dapat mengecam tempat-tempat tertentu, arah ke GSC di aras atas, arah ke surau Gurney Plaza, kedai buku Popular di aras berapa, dan bla3.... Berkali-kali juga saya tersesat di situ, lantas menjadi bahan ketawa Cik Nadiah dan Cik Amal. Juga bakal doktor Nabil yang senget. Belum dikira tempat-tempat lain yang memang menjadi laluan saya secara rutin. Huhu...agaknya banyak makan semut kot.

Tambah membuatkan saya kelam-kabut, saya agak sukar mengingat tarikh. Apa saja tarikh. Tentunya tarikh hari ulangtahun kelahiran dan tarikh-tarikh lain. Ahh, seringkali saya anggap, tarikh-tarikh itu semua adalah suatu perkara yang remeh untuk saya ambil tahu. Semasa saya di tingkatan lima barulah saya berjaya mengingat tarikh-tarikh penting ahli keluarga saya. Fuhhh...

Ada suatu kejadian berkenaan tarikh yang sehingga hari ini membuatkan saya malu. Aduhhhh! Malu! Syahdan, tersebutlah kisah..satu tahun yang lepas, di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, sekitar hampir seminggu sebelum study week menjelang peperiksaan akhir semester dua. Selama lebih setahun saya kenal abang sayang Pakcik Padil, memang saya tidak begitu ambil tahu ulangtahun kelahirannya. Ahh, sepertinya..hal agak remeh. Cuma satu yang terpahat di minda, sama ada tarikhnya jatuh pada 28 Mac atau 29 Mac.....29 Mac atau 28 Mac. Selama lebih setahun jugalah saya berteka-teki. Nak bertanya empunya badan? Huhu, tak mahu la...nanti mesti abang sayang Pakcik Padil fikir saya tak endahkan tarikh penting dia.

Memang sudah perangai saya, jenis redahhh je! Ahh, tak kisah la mana-mana pun. Dengan yakinnya saya memahat fikiran, ulangtahun kelahirannya pada 28 Mac. Yakin! Pasti!

Malam 27 Mac, saya terfikir sesuatu. Hajat di hati mahu buat sesuatu yang romantis kononnya..Ahhh, indahnya kalau menjadi dan si dia terharu. Pasti si dia akan mengenang saya sebagai seorang kekasih yang romantis, baik hati, comel, kiut, miut bla3333....!

Dengan muka keterujaan tahap tinggi, saya memanggil kawan-kawan sebilik, jiran-jiran bilik sebelah, dan Cik Tira di aras bawah. Nak buat apa? Saya minta mereka tolong saya nyanyikan lagu Happy Birthday beramai-ramai. Buat VoiceSMS. Dalam hati, ‘ahh, romantisnya aku!!!” Keterujaan saya persis kanak-kanak dapat lolipop warna merah jambu yang sebesar tapak tangan.

Makanya, menjelang 12 malam, operasi bermula. Saya menetapkan nombornya untuk menghantar VoiceSMS, dan kami mula menyanyi beramai-ramai. Habis lagu, saya dengan gediknya mengucapkan, ‘i love u, sayang......’. Kuat. Terus saya hentikan VoiceSMS itu. Hantar ke nombor abang sayang Pakcik Padil. Kemudian, hati saya berbunga-bunga. Melayang-layang. Menunggu reaksi si dia. La la la..

5minit kemudian..... satu SMS menyusul. Pasti. Dari si dia.

“huhuhu, bukan hari ni la Ain. Esok la”

Hah?? Waaa! Terus saya menjerit. Maluuuuu!!!! Kawan-kawan yang masih melepak di bilik saya terus bertanya. Apa halnya? Weiii, birthday pakwe aku bukan hari ni, esok la! Macam mana boleh silap tarikh ni!

Serentak dengan itu, terasa darah menyerbu ke muka. Panas. Hangat. Yang pastinya, saya malu. Nak tergelak pun ada. Demi cover malu, saya bantai gelak, digelakkan dan tergelak-gelak dengan semua yang ada di situ.

Kutukan demi kutukan saya terima. Apa la Ain, tarikh penting macam ni pun boleh silap. Malangnya pakwe kauuuu.

Mujur si dia tak begitu kisah hal itu. Heh, lega! Selamat. Buatnya dapat pakwe yang mengada-ngada dan merajuk, jenuh laaa saya nak buat operasi memujuk pula.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Tua buat abang sayang Pakcik Padil, selamat ulangtahun kelahiran ke-22, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki, moga sukses dalam pelajaran, kerjaya dan masa depan. Moga cepat-cepat kawen dan dapat anak-anak yang comel macam Ain. Ahaks!

3 komen tak puas hati:

HagakureKira said...

Moga cepat-cepat kawen dan dapat anak-anak yang comel macam Ain. Ahaks! :P

HagakureKira said...

Terima kasih byk2 bt Ain syg..salah sorg insan tsayang dlm hidup abg slps fmly..semoga ain pun trus hdup bahagia spanjg hayat, InsyaAllah :)

ain fathihah fhm said...

:ar!
jgn jiwang2 kt cni

hahaha, malu plak