(Entri ini khas untuk adik-adik saya di rumah. Kalian yang lain, jangan menyibuk)
Kamu pernah tengok belangkas? Alaa, bukan belangkas couple bercinta yang berkepit 24jam itu. Bukan, bukan. Belangkas betul ini. Saya pun pertama kali tengok belangkas secara langsung (life laa, hehe) Belangkas ni dalam bahasa inggeris, namanya Horseshoe Crab. Nama saintifiknya, Limulus polyphemus. Belangkas ni haiwan yang unik. Ia takkan ditemui kecuali bersama-sama pasangannya. Haa, sebab tu la timbul perumpamaan 'berkepit macam belangkas' tu. Darah belangkas ni warna biru, sebab dalam darah dia takda hemoglobin macam darah kita. Tapi darah belangkas ada pigmen hemocyanin. Tadaa! comel kan darah dia warna biru.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Pemerhatian :
1. Belangkas kecil bergerak paling laju
2. Belangkas besar bergerak paling perlahan
Inferens :
1. Belangkas kecil bergerak laju kerana dia rajin
2. Belangkas besar bergerak perlahan kerana dia malas
Teori :
1. Budak kecik comel
Praktikal :
1. Kalau Ain berlumba lari dengan Hafiz, rasanya Ain menang. Tertinggal Hafiz termengah-mengah di belakang.
"Hoi Ain, cepat la buat lab report, asyik siap lambat jaa ni. Apa tu gelak-gelak depan laptop. Cepat buat!!" kata Amy.
5 komen tak puas hati:
Wau..lumbe belangkas???
Bleh buat pertandingan laga belangkas plak tak? =p
haha..
mujur lab instruktor sporting
layann je kami main2 dalam makmal
la la la
lepas ni kalau ada haiwan lain yang menarik, leh la buat laga-laga plak kot..
hihi
Salam ain fathihah
ehe.. menarik sungguh. Pertama kali tengok..
HAPIS MANE EK???
x pernah tgk pun belangkas nih. haha
Post a Comment