ni gambar semasa masih hingusan. teka umur berapa?
Salam'alaik. Sempena saya akan berumur genap sembilan belas tahun minggu depan, rasanya nak tulis entri pasal ulangtahun kelahiran pulak.. tahun ni tahun terakhir saya berumur belasan tahun. Huhu, tahun depan dah dua puluhan..wuuu, tak rela!! umur puluh-puluhan macam dah tua sangat kan? (maaf ya kak bieb, kak matun, sheera & bae..korang semua memang dah tua, kan kan?)
Bila tiba ulangtahun kelahiran, bukan semata-mata bergembira berseronok dengan pertambahan usia. Matang la konon? Umur sekadar angka. Apalah yang ada pada umur 23 kalau pemikiran dan perangai mengalahkan remaja si manis 15. Kadang-kadang kita boleh jumpa remaja yang nampak macam budak-budak, saiz badan macam si cilik 12, tapi pemikiran dan ideanya mengalahkan yang si 23 tadi. Jadi, kematangan bukan pada angka umur kan?
Perlu diingatkan, tarikh ulangtahun kelahiran juga merupakan peringatan. Dah kurang setahun kita hidup. Dah makin kurang tempoh masa kita diberi nikmat bernafas. Amal ibadat? Iman dan amal? adakah bertambah seiring dengan pertambahan usia, atau masih naik turun, (
iman yazid wa yankuz) yang lebih banyak turun dari naiknya..
sambil-sambil tulis pasal ulangtahun kelahiran ni, nak selit-selit juga menjawab tag. entah tag siapa, dah tak ingat. yang penting jawab juga kan..
10 perkara yang diinginkan semasa hari jadi..macam ni la lebih kurang tajuk tag tu..Ehem-ehem, sebelum tu..sebagai pelajar biologi, saya lebih suka gunakan istilah
'hari lahir' atau
'ulangtahun kelahiran'.. Bukan hari jadi. Sebab? yelaa....hari jadi kita kan sembilan bulan sebelum hari kita lahir. Bab ni kena pergi tanya mak ayah korang, bila hari jadi korang. Errr, kalau rasa-rasa berani nak kena penampar, sila la tanya..hehe..
1. Saya masih nakkan patung itik kuning yang besar sepemeluk. Itik tau, bukan ayam. Dari tingkatan dua dulu dah mencari-cari patung itik kuning yang besar.. Nak buat teman tidur. Tapi sampai sekarang belum jumpa. Kalau jumpa pun, rupanya agak susah nak beza..itik ke ayam, ayam ke itik..
2. Saya nak jadi seorang yang rajin menelaah pelajaran. Ahaha, sangat choi.. Ni azam berulang sejak tingkatan satu. Setiap kali dapat keputusan peperiksaan yang teruk, akan buat azam ni. Setiap kali tahun baru dan hari ulangtahun kelahiran, pun akan buat azam ni. Huhu, hasilnya? Agak hampas. Tapi tak apa lah, asalkan ada cita-cita yang baik. Saya memang seorang yang bercita-cita tinggi. Hihihi..
3. Saya nak sangat-sangat-sangat berada dengan keluarga pada 3 April ni. Huhu. Tak best la sambut hari lahir sorang-sorang kat sini. Amat! Anak manja, mesti la nakkan sentiasa dekat dengan keluarga kan. Tahun lepas, malam 3 April tu saya menidurkan diri dengan secepat mungkin. Handphone pun ditukar mod senyap. Sayu laa.. Waaa, ain mengada.
4. Saya akan terasa hati kalau orang-orang terdekat lupa hari lahir saya. Siapa orang terdekat? Hehe.. Keluarga..Baba, Mama, adik-adik.. (bab adik-adik ni dimaafkan, sebab kalian semua memang tak ingat pun hari lahir Tata, kan?) Sahabat tercinta, Cik Amal.. Dia ni kalau lupa nak wish, memang akan dibelasah cukup-cukup sekejamnya. Tapi, sejak tingkatan dua, dia memang tak pernah lupa. Antara orang terawal mesejnya masuk ke HP saya. Lagi...Cik Tira. Kalau kau lupa birthday aku, tira...tak nak pergi kenduri kawen kau nanti. Eh, ada kaitan ke? Wuu.. Che Abg.. tutttt! Erm..lagi..kawan-kawan AP. Ada yang masih tak lupakan saya. Teman-teman saya yang manis, Cik Tasneem & Azlan. Hehehe. Hari tu, Azlan telefon saya dari Autralia, dengan suara yang amat bersalah minta maaf sebab lupa birthday saya. Ahaks! Dia keliru 4/3 ke...3/4.. Saya pun kadang-kadang keliru, Lan apatah lagi. Kan kan?
Selalunya, sepanjang malam birthday, saya memang tak dapat tidur nyenyak. Sepanjang malam sampai ke awal pagi akan ada yang menelefon. Wuu! & bila bangun tidur, akan ada berlambak-lambak mesej dalam inbox. Terima kasih semua.. muahh3x!
5. Saya nak tambahkan berat badan. Huh? Kecik molek sangat laa..tak best. Susah cari baju. Kasut jangan cakap la..payah amat nak jumpa sepatu/sandal yang berkenan di hati sekaligus sepadan dengan saiz kaki. Saiz lima, jarang nak jumpa. Saiz empat, alahai memang takda kut.
6. Saya nak ada kamera sendiri. Geram! Pergi merata tapi tak dapat abadikan kenangan puas-puas. Ehem, ain..jangan kufur nikmat. HP kau, Nokia 6630 tu kan dah ada kamera. Jangan membazir. Tapi tak puas la..gambar tak cantik. Ain, bersyukur la ada HP yang memuaskan hati. Huhu. Yaa, baiklah. Semester depan saya berhajat nak beli kamera digital sendiri. Ahaks! Budak tak makan dek nasihat.
7. Saya bercita-cita nak pakai kanta lekap. Tapi Baba tak bagi. Dia cakap nanti kanta lekap tu pecah dalam mata, nanti kanta lekap tu hilang masuk dalam mata, bla..bla..bla... Hehe, sebagai anak yang taat, saya akan tunggu sampai dapat kebenaran dulu. Sampai sekarang saya rimas pakai cermin mata. Tak comel rasanya.
8. Saya nak tukar cermin mata kepada paten yang akan buat muka saya nampak tua sikit. Haha, nak buat macam mana kan..dah muka bajet budak-budak. Bila saya buka cermin mata, memang nampak sangat si kenit 12!
9. Saya nak belajar memasak. Errr, yang ni tak nak komen apa-apa.
10. Saya nak lebih kreatif (sebenarnya lebih rajin) mengemas. Ni pun tak nak komen apa-apa.
11. Ohh Mama, saya mahu kawen!