Wednesday, July 13, 2011

tilam aku, tilam aku. tilam hang, tilam aku.

Rasanya ramai (yang baca Blog Ain Fathihah) tahu, saya sebilik dengan Cikgu Syadida di rumah sewa di Sungai Petani ini. dah nama pun sebilik, macam-macam cerita boleh buat pasal teman sebilik ni. dan ini cerita mengenai keperitan kesusahan dan kesengsaraan pengalaman Syadida menjadi roommate aka mak tiri aka reminder teragung Ain Fathihah.

Tiga minggu pertama, kami tidur tidak bertilam. cuma berlantaikan simen dan berbumbungkan siling rumah. rasa miskin ja tidur atas simen. haha. isk isk. mana ada. kami berdua tidur berlapikkan tilam toto tu. bukan selapis toto, malah tiga lapis toto. tapi saya yang badan manja ni, berasa sakit-sakit badan bila tidur atas tempat keras. huhu.

Masuk minggu keempat, saya dan Dida usung tilam dari rumah masing-masing. Tilam bujang yang biasa tu.
dan ini adalah anatomi kedudukan tilam kami berdua. susun rapat-rapat sebab Dida takut tidur seorang. Dida di tilam Dida dan saya di tilam saya. Kipas kaki letak di kedudukan atas kepala.

Masa awal-awal nak lelapkan mata dan bersedia untuk tidur, kedudukan kami berdua adalah seperti di atas ni. sebab masing-masing kaki pendek, jadi tilam ada lebihan yang tidak diisi oleh anggota badan
Ini kedudukan setelah 10minit baring-baring sambil bersembang. sementara menunggu mata terlelap, memang kami berdua biasa bersembang dulu.
dan ini adalah kedudukan saya bila cuma saya seorang saya yang berbaring di tilam. memang biasanya saya akan baring secara melintang.
setelah masing-masing terlena dan minda berada di separa sedar... perhatikan saya telah menceroboh masuk ke kawasan tilam dida.
kadang-kadang juga saya tidur begini. perhatikan betapa istiqamahnya tidur Syadida. baik dan sopan.
malah kerapkali juga badan terpusing begini. tak tahu macam mana boleh teralih sampai macam n. Dida, hang angkat aku bagi jadi terbalik macam ni ka??
Bila dah tidur serong, acapkali juga cuma kaki saya yang masuk ke zon dida.
dan sebelah kaki saya entah macam mana boleh landing baekk punya atas kaki dida. kes mencari kehangatan bila tidur malam sejuk la ni...
bila dah sedap sangat tidur, maka Syadida Zakaria dengan tidak semena-mena akan berevolusi dengan pantas menjadi bantal dakap Ain Fathihah.

sekian

nota tumit ; bakal suami, sila hati-hati. simpan duit untuk beli katil besar ye. sebab saya tidur buas. hehehehe.

Saturday, July 09, 2011

saya dah mula rasakan manisnya memberi

Ahad ini, masuk minggu ke lapan saya dan rakan-rakan sesemester berpraktikum. ouchh, pejam celik rupanya dah lapan minggu. sekejabnya masa berlalu. saat kaki teragak-agak mau melangkah ke sekolah dulu, saya resah memikirnya macam mana nak habiskan tempoh 14 minggu di persekitaran sekolah.

tiga minggu pertama saya di SMK Ibrahim, saya rasa nak pengsan dengan persekitaran sekolah. janggal rasanya. mujur juga elok saya masuk ke sekolah, peperiksaan pertengahan penggal sedang berlangsung. jadinya, saya cuma masuk kelas ganti, edar kertas soalan peperiksaan, kutip soalan peperiksaan, pergi makan di kantin dan mencilok makanan yang cikgu-cikgu senior rajin bawa.

alangkah indahnya dunia sebagai cikgu praktikum yang pergi sekolah untuk makan dan sembang-sembang saja.

dua minggu cuti sekolah, saya meraikan cuti sesungguh hati. tapi rupanya itu racun paling bisa untuk saya, saya menganggap mudah.

hari pertama saya mengajar dengan persediaan yang secukupnya pada fikiran saya. akal cangkat menganggap, bila saya sudah belajar topik yang akan diajar, saya mampu menyampaikannya dengan baik.

malah sebaliknya berlaku. saya merasakan sayalah guru paling tak bertanggungjawab atas kegagalan saya dalam PnP.

lima minit sebelum kelas pertama berakhir, saya minta pelajar tulis surat cinta untuk saya. mulakan dengan 'Dear Teacher Nurul..' dan saya minta mereka memberi komen PnP hari tu, dan juga cadangan penambahbaikkan.

tiga kelas bersamaan dengan enam masa pada hari ahad itu, semuanya saya lakukan yang sama. surat maklum balas. saya pernah paparkan komen maklumbalas pelajar, tapi kemudiannya saya tarik semula.

jujur cakap, saya memang sentap dengan surat-surat komen tu. rasa nak menangis pun ada. rasa down. rasa jatuh kedebuk dari tingkat 13 lalu dahi ditimpa pasu bunga dan baju basah sebab makcik cleaner sekolah tengah siram bunga lalu menyimbah saya.

jujurnya, terus saya rasa saya salah pilih opsyen. saya tidak dilahirkan untuk menjadi cikgu mahupun guru, apatah lagi pendidik.

hampir seminggu saya gundah gulana. bagaimanapun, surat komen itu semuanya saya baca berulang kali. juga saya catitkan apa kelemahan saya (yang panjang berjela) dan juga apa cadangan penambahbaikkan daripada pelajar-pelajar.

bukan mudah. tapi tidak mustahil bila diusahakan. komen pelajar saya semuanya membantu. malah sangat membantu sebenarnya. alhamdulillah mereka matang. apa yang perlu dikatakan, sejujurnya mereka katakan. malah terlebih jujur pulak. hehe. mujur mereka tidak bersikap terlalu menjaga hati sampaikan tiada satu pun kelemahan saya yang dikomen.

hari demi hari dan dah berminggu berlalu, saya mula rasakan kemanisannya.

saya teringat komen balas Sir Ali Azizan, cikgu English saya masa sekolah dulu bila saya tuliskan status begini di FB,

"am I born to be a teacher?", dia membalas,

"teacher was not born. they are made"

rasionalnya bila difikirkan kembali, siapalah yang baru bermula dan terus mahir. bak kata Ustazah Hawa, "Haa ni cikgu nurul ain, baru nak ke garisan mula. kami-kami ni dah separuh jalan (dalam dunia pendidikan) dah"

juga kata-kata nasihat daripada guru Biologi sekolah itu merangkap super duper senior UPSI, cikgu rafidah.

"biasalah tu cikgu praktikal. kamu baru belajaq. mana ada cikgu yang terus expert. semua cikgu-cikgu yang pandai mengajar tu, semua pun pernah praktikal macam nurul ain jugak. sabaq la, dalam kita duk mengajaq, kita lebih banyak belajaq sebenaqnya"

saya ucapkan terima kasih pada pelajar-pelajar pertama saya, 4SN1, 4SN2 dan 4SN4 SMK Ibrahim tahun 2011 yang dah banyak membantu saya belajar.

Friday, July 08, 2011

teknologi siput

salam semua pembaca Blog Ain Fathihah. (salam khas untuk pelajar SMK Ibrahim yang dah jumpa blog cikgu kecit ni)

masa saya masih pucuk di bangku sekolah menengah, boleh dikatakan belum ramai rakan sebaya yang ada handphone sendiri. yang ada handphone pun, kebanyakannya guna nokia 3310.
itupun dah seronok sangat dah sebab ada handphone. masa tu jugak, simkad baru untuk telefon bimbit, agak mahal. tidaklah semurah sekarang ni.

handphone pertama saya dapat adalah nokia 2300.
hadiah dari Mama dan Baba untuk keputusan PMR saya. 7A 2B, muahaha. B untuk English dan KH (erkk, KH pun dapat B). masa tu awal tahun saya tingkatan empat. rasa macam bulan jatuh ke riba. iyalah, nak harap kumpul duit sendiri untuk beli handphone, jangan haraplah kan.

awal tahun tingkatan 5 (atau hujung tahun tingkatan empat), Baba berikan saya Nokia 6630.
masa tu model ni baru keluar di pasaran. agak mahal jugaklah. percaya atau tidak, handphone inilah yang saya guna pakai sampai sekarang. tak rosak-rosak pun setakat ni. pecah casing tu, biasalah. dah banyak kali tukar casing. nokia 6630 inilah yang saya guna sebelum SPM, masa di matrikulasi dan sepanjang di UPSI (dah nak habis dah pun pengajian di UPSI). tahan lasak lagi berwibawa handphone ku ini, kan.

sedar tak sedar, dalam perasan saya terhadap pengetahuan teknologi saya, rupanya saya dah tertinggal jauh berbanding pelajar sekolah masa kini. wishlish mereka (saya usha blog pelajar, ngeh3) adalah nokia E series, DSLR, laptop, i-pad dan entah apa-apa lagi gajet terkini yang saya tak sempat nak ambil tahu.

bayangkan, senggang umur 5 tahun pun dah menjadikan saya dan mereka (pelajar tingkatan empat contohnya) serupa generasi yang terpisah. apatah lagi dengan cikgu-cikgu senior yang nak buat Table di MS Word pun masih belum cekap.

rasanya nokia 3310 tu mereka dah tak kenal gamaknya, dah layak jadi bahan api fosil. handphone yang saya pakai inipun dah dikira ketinggalan zaman. nak trade in pun dah tak ada harga.

dua minggu lepas, selepas habis kelas Biologi saya (saya dah tak ingat kelas yang mana satu), beberapa pelajar perempuan menghampiri meja tinggi di hadapan makmal. kebetulan pula saya meletakkan handphone saya secara terbalik di meja tu.

seorang pelajar mengambil handphone saya, dan membelek-belek depan belakang handphone saya tu. saya sempat kerling riak muka hairannya.

kemudian, selamba dia berkata,

"eh cikgu. handphone cikgu ke ni. sorry lah cikgu. saya ingatkan ni remote LCD (LCD projector)."

hoho. saya hanya mampu mengangguk dan tersenyum. kasihan telefon buruk saya. jangan merajuk ye telefon.

Thursday, July 07, 2011

pelajar cium cikgu

budaya SMK Ibrahim, setiap pagi akan ada perhimpunan harian mengikut tingkatan. masa inilah pemberitahuan dan pengumuman akan dilakukan oleh guru, kelab dan persatuan.

seperti biasa, saya hadir ke perhimpunan tingkatan empat. habis perhimpunan, saya berhajat mau terus ke kantin.

tiba-tiba ada seorang pelajar saya (saya tak ingat nama dan kelasnya) datang tercongok depan saya.

"kamu ni kenapa?" soal saya.

"tak ada apa aih cikgu. cikgu, salam", ujarnya sambil menyalam dan mencium tangan saya.

saya cuma tersenyum. serta-merta rindu adik-adik di rumah.
update : haa saya dah jumpa orangnya. maaf ya syazana, gambar kamu cikgu cilok dari FB. hehe


"haa kamu mai cium pipi saya sikit. saya rindulah adik-adik saya kat penang"

selamba saya cakap macam tu pada pelajar tu. pelajar perempuan tentunya.

terus dia mencium kedua belah pipi saya, sambil saya memeluk dia.

herm. serta merta sebak. haha. tak tau kenapa saya sebak. emo kan.

kadang-kadang, ada rasa kasih yang tak perlu diucap. seawal saya mula mengajar pelajar-pelajar tingkatan empat ni, saya selalu merasakan saya sedang mengajar adik-adik sendiri.

nota tumit : dah mula sayang. terima kasih, kalian.

Wednesday, July 06, 2011

mungkin ini penamat yang sesuai

Rupanya blog saya ada cerita tergantung. Ada kisah yang tidak saya berikan penamatnya. Mungkin tidak wajar saya namakan ini adalah penamat, tapi setakat ini, ini sajalah hal yang boleh dikatakan demikian.

Entri paling akhir saya tuliskan hal paling peribadi saya adalah entri sekuat badang. Itu entri yang saya tulis setelah saya merasakan keadaan mulai stabil. Entri pertama yang saya tulis adalah entri ini semua jalur yang dah ditentukan tuhan. Itupun saya menulis setelah hampir setengah tahun bermacam-macam perkara berlaku.

Saya pernah menulis dalam deraian air mata, sambil mengeluh dan hampir menyalahkan tuhan. saya cuba terima apa yang berlaku. dan saya rekodkan apa yang saya rasa dalam entri tak mudah sebenarnya.

Saya juga pernah hampir pitam ketika menaip entri ini. entri bertajuk adakah saya sedang memohon yang tidak-tidak. bukan mudah menaip dalam emosi sedemikian rupa, dalam debar menunggu sebutan kes permohonan perceraian ibubapa sendiri. bukan mudah merayu pada mereka secara umum begitu.

tapi nyata, hidup ini realiti. bukan novel yang pengakhirannya pasti memuaskan hati. Baba dan Mama telahpun bercerai secara rasmi pada 31 Mac 2011. saya jangkakan Mama sudahpun habis i'ddahnya sekarang.

saya cuba memikir perkara yang berlaku dari sudut positif. perceraian mereka bermaksud pembubaran perkahwinan 22 tahun Baba dan Mama. tapi saya (juga adik-adik) masih punya jalan yang panjang untuk menerus hidup.

dalam kesibukan menjalani praktikum di Sungai Petani, saya berusaha melupakan kesedihan (sebenarnya lebih kepada kekecewaan dan kemarahan juga rasa tidak puas hati kepada 'mereka') saya. Alhamdulillah. dalam keseronokan menjalani fasa baru dalam hidup, cuma sesekali saya rasa kesedihan tu datang menjengah balik.

terima kasih juga Tuhan, sebab berikan saya roommate di Sungai Petani ni.

dulu semasa saya di Tanjung Malim, saya tinggal seorang dalam bilik nombor 3 di rumah nombor 7 jalan 5 itu. dalam rasa bebas tiada teman sebilik, rupanya itulah candu kesedihan saya. saya bebas menangis berjam-jam malah semalaman dan pernah dua hari mata saya tidak kering. saya kerap melayan perasaan seorang diri tanpa perlu berbual dengan sesiapa.

dan boleh dikatakan setiap malam juga saya bersedu sedan seorang diri dalam bilik.


di sini, di Sungai Petani, mungkin sebab saya berteman sekarang, atau mungkin sebab saya lebih melayan kesibukan sebagai guru praktikum, saya amat jarang bersedih dan memikirkan perkara yang lepas-lepas.

terima kasih banyak-banyak Tuhan, sebab berikan roommate yang sesuai buat saya. setakat ini, bila sesekali saya menangis dan terkantoi dek dia, dia takkan terus menyerbu saya bertanyakan kenapa? kenapa? awat? awat?

roommate saya akan buat tak tahu saja. saya selesa begini. saya tak mampu bercerita dalam kesedihan..

moga, ini entri terakhir yang bertema begini. saya cuma menulis untuk memberi penamat. supaya tidak ada lagi yang bertanya dan tertanya-tanya.

nota tumit : sila semak kembali definisi sesuai kalian. sesuai untuk kami, mungkin kurang sesuai untuk kalian. sesuai untuk keadaan sekarang, mungkin sudah tidak sesuai untuk lima tahun akan datang.

Saturday, July 02, 2011

Lelaki berusia & gadis muda belia

Kes 1.

Lelaki dah berkeluarga mengaku single. Walau beza umur ketara, gadis muda belia dapat juga dingorat dan diayat. Ah bukan bermula dari seorang saja. Dua-dua sama naik dan berpoya. Aku suka kau. Kau suka aku. Umur kan hanya angka. Bila tembelang pecah, gadis muda marah-marah. Dipermainkan, katanya. Masa berlalu, gadis muda belia pasrah pada takdir. Bila dah sayang, susah nak lupa. Ini soal hati. Lautan api dan gunung ganang sanggup kuredahi. Katanya ‘sudah jodoh aku untuk menjadi isteri kedua pada lelaki sebaya bapa’.


Kes 2.

Lelaki dah berkeluarga berkenalan dengan gadis muda belia. Selalu dicerita pada gadis, hal keluarga, isteri dan anak-anak permata hati. Masa berlalu, gadis muda belia jatuh hati pada lelaki berusia. Dia bertanggungjawab. Matang dan stabil, puji gadis muda. Gayung bersambut. Lelaki berusia jiwanya kembali muda. Mari kita saling sayang dan menjaga, katanya. Kata gadis muda, ‘sudah jodoh aku untuk menjadi isteri kedua pada lelaki sebaya bapa’.


nota tumit : lelaki macam isi kelapa. makin tua makin pekat santannya. muahaha

Friday, July 01, 2011

Bintang Madu

Ini Honey Stars.
Saya kerap juga tersenyum seorang diri bila tengok susunan kotak Honey Stars di pasaraya.

Ini cerita saya dan pakcik padil. cerita biasa. tapi punya makna buat saya. ala biasalah. tengah angau dilamun rindu dan sayang. apa saja jadi cerita manis untuk dikenang.

nak kongsi? eh malu pula.

ngee.

lupakan cerita Honey Stars. saya sedang dalam mode rindu-rinduan ni. rindu bercampur geram. bukan geram sayang, tapi geram tak puas hati.

semasa saya di Tanjung Malim, saya akur bila agak jarang bersua muka dengan pakcik padil. dalam setahun, adalah empat hingga lima kali pertemuan. itupun bila saya balik cuti pertengahan semester atau cuti panjang.

"Tanjung Malim dengan Kulim ni jauh, ain sayang. sabarlah", katanya bila saya mengeluh rindu.

saya diam. melepas nafas panjang di telefon.

ya, perilaku semacam ni, rasa sudah jatuh hukum wajib berkahwin. hehe. (baca : Baba sila ambil perhatian)

awal semasa memilih tempat praktikum, saya merancang mahu ke Kulim. mahu dekat dengan pakcik padil, kononnya. lagi galak mau ke Kulim bila rubi mengajak ke sana. ada aral, kami tidak ke Kulim tapi beralih ke Sungai Petani.

Saya kira, jarak Sungai Petani ke Kulim boleh dikatakan dekat, berbanding jarak Tanjung Malim dan Kulim.

tapi, hampir dua bulan di sini, rasanya dah banyak kali saya bertanya pada pakcik padil,

"bila nak mai jenguk ain di sini?"

masih juga jawabnya,

"nanti dulu, sayang. sabarlah"

grrr grrr grrr.

nota tumit : sebenarnya tak berani langsung nak date di SP. muahaha. berani mati namanya. dah tentu-tentu akan selisih dengan pelajar saya. kaki mall semua tuuuu.