Maka saya sebagai cikgu-to-be, akan menerima dengan taatnya jika diposting (ataupun latihan mengajar) di SMK (P) Hamil ni. Antara persediaan-persediaan yang perlu saya lakukan adalah ;
1.Saya perlu mengambil kursus asas perbidanan. Kalau dah cekap asas, bolehlah ambil kursus lanjutan. Jika mengajar di SMK (P) Hamil ini, maka tak mustahil tengah sedap-sedap saya mengajar topic Reproduction, tiba-tiba ada pelajar yang meraung disebabkan kontraksi mau bersalin. Hah, elok sangat. Terus saja la dengan demonstrasinya, tak gitu?
2.Saya perlu belajar serba sedikit cara-cara menguruskan bayi. Mungkin juga nanti akan ada pelajar perempuan di SMK (P) Hamil ni yang berkeras mahu membawa anak ke sekolah. Agak-agak sempoi tak, buat latihan Matematik Tambahan SPM sambil menyusukan anak? Ataupun pelajar yang sedang menjawab soalan peperiksaan, memberikan bayinya kepada pengawas bertugas (cikgu) untuk dikendong dan dijaga selama 3jam.
3.Saya perlu menjadi ejen Mustika Ratu (Set Bersalin) ataupun ejen Sendayu Tinggi, juga set jamu untuk wanita selepas bersalin. (jamu perapat dan krim payudara montok? muahaha) Walaupun kakitangan kerajaan tidak boleh berniaga…….ala, cincai kiralah. Untunglah kalau jadi ejen jamu Sendayu Tinggi di SMK (P) Hamil ni. Set-set Jamu untuk wanita dalam pantang mesti laku punya lah. Pelajar yang mahu tempah, sila hubungi Cikgu Nurul ya!
Selain set jamu, saya juga boleh menjadi ejen menjual pengepam susu badan, sling (beg kendong bayi), dan juga pil perancang kehamilan.
4.Saya perlu bersedia mental dan fizikal (terutamanya jika saya belum berkahwin) untuk menjawab soalan-soalan pelik daripada pelajar-pelajar yang sedang hamil ini. Manalah tau, ada yang rajin bertanya soalan berbunyi, “adakah seks selamat untuk saya yang sedang hamil?” dan, “jika boleh, bagaimana?”.
Ataupun mendengar keluhan bakal ibu 16tahun, “Cikgu, saya tak larat nak layan suami saya malam tadi. Dia tak faham ke saya tengah mengandung ni”. Dan cikgu cuma mampu menahan rasa. ‘wei aku ni anak dara lagi tau!’. Ouhhh mungkin ini omelan balasan cikgu perempuan yang mengajar di SMK (P) Hamil.
Huhu. Baru empat. Ada banyak lagi. Tapi tak sanggup nak bayangkan dah. Fuh, sekolah untuk pelajar hamil? Sekolah untuk pelajar berkahwin? Ceh. Secara peribadi, saya memang tak setuju. Saya yang dah belajar di Universiti ni pun Baba saya tak bagi kahwin lagi tau! Apatah lagi nak bagi hamil.
Buayafren : Ayang, ayang sayang abang tak? Jom la kita projek.
Gelifren : Okay, kanda pakai kondom ya.
Buayafren : Ala dinda ni. Mahal la kondom. Kanda kan sekolah lagi. Duit poket dah buat beli rokok.
Gelifren : Takmau, takut. Kalau ayang mengandung macam mana?
Buayafren : Ayang jangan la risau, sekolah untuk pelajar mengandung kan ada. Apa susah. Nanti suruh saja bapak ayang daftarkan ke sekolah tu.
Gelifren : iyalah. Suka suka suka! Jom la kita projek.
Maka masalah buang bayi dapat dibendung. Begitukah, pak menteri?
30 komen tak puas hati:
stuju, penubuhan sekolah tu hnya menyelesaikan masalah yang timbul (present problem) = p'buangan bayi yg b'leluasa, sedangkan masalah sebenar (real problem) = penghayatan islam dan kehidupan seharian & pngukuhan institusi kekeluargaan..
hahahaha...diolog yg last tu sgt menarik~Btw,saya dah tulis smthing about this..ada dlm draft,InsyaAllah akan di publish nanti...hopefully kamu akan baca nanti :)
Btw,saya rasa saya tak bersetuju dgn sekolah ni~scary!!
Cerita terbaru di blog:"saya nak kawin"
imaginasi yang mungkin ada benarnye.tapi andai benar sekolah seperti ini diwujudkan...erm tunggu dah lihat.
terfikir juga,guru kaunseling pasti turut terlibat kan...taknak2 :P
nanti nak jaga gak bby comey..ehee.
hehe... tak apelah, masa sekolah belajar macam tuh. nantinya ilmunya akan bermanfaat saat dah kawin pun, :-)
seyes ke ade skola name ni?? hahaha... :)
ermm ade pro n kontra pasal ni...mmg kene wat research mdalam ni...
lepas ni ko tgk la apa lagi sekolah mengarut nak dicadang...sekolah menengah(L) rempit...sekolah menengah kebangsaan mat pit...SRJK(C) Ah Long...SRJK(T) ceti...
Blog nostalgia budak Muor - cerita berbuka puasa
like this post.
sokong! huhu. ag satu galakan orang kawen awal pon tak patot jugak. kawen pon bukan cara nak bendung masalah ne pe ag kalo buat sekolah.
nice topic rasanya tak jumpa so far org bincangkan mengenainya di blog
ha3..setuju banget ngan entry sis...dgn komen along sekali..lps ni tah hape2 je yg dicadangnya nak buat..bajet buleh cegah mende da jadi
sekolah utk pmpuan hamil? memang x kan dpt selesai kan masalah... ntie tgok la brape ramai yg daftar kat skolah tu.. haishh
hehe x nampak ape2 penyelesaian pun dgn buat sekolah ngandung ni hehe
hahahaha...kelakar. kak ana pun rasa sekolah ni xleh setel masalah...apa la diaorg ni.
sekolah pon nanti kena ada sesi pagi ngn sesi petang sbb ramai sgt pelajar.x cukup kelas
keh keh keh.
hmmm... taraf dia nanti sama macam henry gurney ke? Henry Gurney berkesan tak? ni soalan, bukan provokasi, sebab saya siyes tak tau. =P
buayafren dengan gelifren! hahaha~
haih mcm mana lah kan, tengah2 sedap mengajar, boleh plak buat nak ter-beranak plak kat dalam kelas. mau kecoh.
kalau sekolah ada bilik kesihatan, skolah ni kene ade bilik perbidanan. keh3x
salam..
cikgu nurul, mana la kamu dpt idea pasal bnda ni..=)
kalau d'wujudkan..bagus,mngkin dpt bendung masalah mcm p'buangan anak.
tpi kalau d'wujudkan juga, mcm bg galakan pula untuk gejala kurang sihat ni makin parah.
even, sekarang pun dah kategori parah juga sebenarnya.
teguran yg sinis utk pak menteri..
skolah cmtu mmg xptut wjud..
spatutnya apa2 pn kembali kpd ISLAM..bkn tbuhkan ssuatu yg bleh buat bnda jd lagik parah...
iskk~
ain kecik yang ade pemikiran besar..
hahah..
rase2 kalo pak menteri bace aku beliau sedih dan pilu tak? hoho
makin banyak la masalah yang timbul nnt...bukan makin solve problem.senang2 je remaja skrg buat anak...ye la..ada sekolah nak jaga kan
Suka entry ni. Tahniah
setahu akula kan...pasal sekolah hamil ni kerajaan tanggung tp dengan syarat ibu2 yg hamil(bdk sekolah) mesti kahwin dulu...kiranya mcm cegah anak luar nikah la
ada-ada ajelah kamu ni ain oii..hahahaha!
gelifren ngan buayafren tu yg tak tahan tu.
kena ada syarat rasanya nak masuk sekolah untuk ibu hamil ni, kena kawin dulu baru boleh hamil.
so.... eloklah kawin awal nurul
salam,
selama ni bergelumang dgn pelajar lelaki je. kalau trasnfer ke sekolah (P) hamil ni mau suara pun jadi selembut bayu.
tapi sekolah mcm ni, pada pendapat akak tak perlu kot.
salam kenal (^_^)
confirm jd ke penubuhan skolah ni?
gile lahhhh
hahahahha...lawak sungguh ~
Post a Comment