Banyak juga kedai mamak yang ada wi-fi. Suka, suka. Boleh keluar minum-minum sambil usung laptop sekali.
Keluarga saya bukanlah pengunjung tetap kedai mamak. Saya sendiri mula belajar makan di kedai mamak, (Jamal Tariq) semasa tingkatan 3. Cik Amal ajarkan (kalian, kawan saya ini tengah demam. Doakan dia cepat sembuh & boleh kembali gigih dengan projek tahun akhirnya di USM, ya?).
Sejak itu keraplah saya dan teman sekolah yang rapat, (Sherry, Faiezah, Che Pah, Amal dan saya) makan (lebih pada lepak) di kedai mamak. Minumnya secawan, duduknya berjam-jam.
Sejak di Tanjung Malim, jarang betul saya mengunjungi kedai mamak. Semacam kekok. Entah kenapa kedai mamak di sini didominasi oleh kaum lelaki. Sebagai gadis pingitan yang pemalu lagi comel, saya memang segan nak ke kedai mamak di Tanjung Malim.
Semasa sahur tadi, tiba-tiba juga teringatkan mamak-mamak di restoran Subaidah. Wooo, rindunya nak makan capati dengan teh tarik kurang manis!
Pekerja Restoran Nasi Kandar Subaidah berunifom merah jambu. Pink tau, pink! tapi kenapa tak nampak 'jambu' pun ya? musykil betul saya. tidak pula 'semut-semut hitam' di Subaidah ni jadi lembut dan aww-aww bila pakai pakaian pink.
15 komen tak puas hati:
hehehe...mcm cerita mamak putih kat blog saya ja..haha
Sepanjang bulan Ramadhan ni,alhamdulillah saya belum habis duit lagi utk makan :)
Cerita terbaru di blog.kisah si tudung labuh~kisah nafsu~kisah jahiliyyah~kisah Israel~
haruskah pemakai merah jambu kelihatan 'jambu'???
weh subaidah lani dh mahai...harga nek dh..adeh
zaman blaja sgt suka makan kt mamak...heee~~ dating pun kt mamak..kuang3
tak kena gaya baju kot..
selalunya kalau potongan baju ok.. tak kisah warna apa.. jambu jer..
:)
Amboi..aku pakai baju pink tak aww-aww pun.. :p
hehe, seronoknya tuh laki berpink-pink ria... :-)
kat tg malim tu bukannya nasi kandar tapi nasi terletak..he..he..
IM lahir kat Kg Ulu Slim, Slim River, Kat sana ada kolam air panas. Ain biasa pergi tak?
Selamat berpuasa di kedai mamak.
kalau kat johor, aku suka jugak makan kat kedai mamak. hari tu aku makan murtabak. sedap...
sekali ada bulu. hadoi.
IM pernah kerja kedai mamak selama semingu. lepas tu tak mai dah. tak tahan kerja dari 9 pagi hingga 10 malam, non stop..
hehe
aku ka ajaq
lama xmkn kdi mamakss
terlior plak
newau
uniform subaidah lawa skitla dari jamal tariq
tak abih2 ngan air org tua
teh tarik kurang manis satu
saya terima nasihat ain fatehhah tu..salam kenal dari saya..
ni post lawak ni, aik dah nama pun hitam, nak nampak jampu camna kan..hahak..
pape pun, saya follow ain.. =)
kedai mamak ni simpan lauk dulu2 tau, jgn taktau..huhuk.
bila nk sarapan sana lg?
Post a Comment