Balik Penang baru-baru ini, ada beberapa perkara yang buat saya teruja. Perkara kecil saja. Cuma saya jenis mudah teruja dan seronok walaupun dengan hal-hal kecil, jadi saya kongsikan di sini. (Sementara menunggu jam 9, untuk waktu amali Physical Chemistry.)
Hari Jumaat, pergi HQ All Happy Sdn Bhd, di Butterworth. Pusing-pusing cari jalan tu tak jumpa-jumpa. Huh. Saya ni memang lemah sikit bab-bab arah jalan. Walhal dah pernah sampai pejabat Happy Mart sebelum ni bertemankan Luth Textile, dia memang tahu. Saya cuma duduk melangut saja dalam kereta. Kali ni pergi dengan pakcik Fadzil, kena lah saya menengok-nengok (buat-buat cari) kiri kanan jalan.
Yeay! Jumpa juga akhirnya. Ambil cek gaji RM sekian-sekian (sikit saja, boleh la buat belanja makan dua minggu, alhamdulillah). Plan asalnya, lepas ambil cek, nak pergi tengok wayang (apa ke halnya bulan puasa tengok wayang ni), tapi disebabkan saya punya Baba yang kuat naluri kebapaan, Baba paksa rela minta tolong Fadzil untuk ambil adik-adik saya di asrama.
Pagi itu, semasa berbual dengan Baba,
“haa, Tata dengan Padil dah ada seberang sana petang ni, ajak Padil pi amik Kak Uda & Kak Chik kat asrama sat.”
Erk? Butterworth - Kepala Batas – Tg-Tokong……okay, memang sepetang habis dalam kereta saja. Takmau-takmau.
“err, sekolah depa kat Kepala Bataih nuu? Isk, Padil takmau kot Ba. Dia kata jauh”
Bila masa dia kata entah…hehe. Padahal saya yang berat hati.
Baba tenang membalas,
“dia mesti mau punya. Orang tengah bercinta, mau apa saja.”
“yeka? Takdak aih. Padil takmau ni. Tau dah”
Saya memandai-mandai.
“mau jugak. Habaq kat dia, kalau takmau, nanti Baba reject buat menantu”
Erk? Ini sudah kes ugut ni. Haha. Saya diam saja. Rela dalam paksa. Paksa dalam rela. Ahh, mana-mana saja.
8 komen tak puas hati:
btl gak apa yg ayah hg ckp...bakal pak mentua suh msti mau punya..hek2...mode:amik hati
bayangkan muka gatai aini ^^
hahaha amboi sonoknya leh jmpa pakcik padil hahha :P
suka la sbb dpt hadiah kecik siap tanda harga lg.. opss! tbocor rahsia siapa sy ;)
padil mst amik punyalahh..berani dia tlg permintaan ayah mertau dia???
hehehehehehehehe...
senyum-senyum aja bacanya :-)
haha~
ayah ain pun suka mnyentap jgk yerr...
like father like daughter...
;)
hahaha lain kali ain kena ambil tau juga perkembangan. jangan sedap duduk sebelah dan pejam mata je. hahaha nasib jumpa. kalau tak jenuh nak cari :P
Post a Comment