Bila tak buat perkara kebiasaan dalam kehidupan harian kita ni, rasa macam hidup ni serba tak kena. ada yang tak lengkap. kebiasaan dalam hidup, tak semestinya benda-benda luar biasa. mesti lah perkara-perkara biasa, dah nama pun kebiasaan.
ada orang mesti kena minum nescafe susu masa sarapan
ada orang mesti nak picit jerawat sambil ngadap laptop
ada orang mesti nak jungkit kerusi empat kaki jadi dua kaki bila duduk
ada orang mesti nak basuh dan lap kereta hari-hari
ada orang mesti nak minum milo O panas sebelum tidur
macam-macam kan, lain orang lain ragam.
sebelum saya masuk UPSI, boleh dikatakan amat terlalu jarang sekali (tu diaa tatabahasa. marah cikgu BM) saya menggunakan jamban duduk. memang tak reti guna pun. kalau ada pergi tempat orang yang berjamban duduk, jamban duduk tu saya akan modify serta merta jadi jamban cangkung. apa lagi, naik mencangkung atas jamban duduk tu la... salah guna kan.
tapi itu dulu, masa badan masih cikonet, boleh la nak naik mencelapak atas jamban duduk kan.
sejak masuk UPSI, menetap di asrama Kolej Ungku Omar, mula-mula tu seksa jugak la nak guna jamban duduk tu. serius tak selesa. awal-awal dulu, sanggup tahan berak sebab takmau guna jamban duduk. huhu. kalau tengah sakit perut sangat-sangat tu, bila meluru masuk tandas, tengok aja jamban duduk,
sebulan di UPSI, saya terbiasa guna jamban duduk. malah, rasa lagi suka guna jamban duduk sebab tak lenguh kaki mencangkung. satu tahun di asrama, dua tahun di rumah sewa di sekitar UPSI, memang saya berjamban duduk bila mahu menunaikan hajat.
masalahnya, bila saya sesekali balik rumah atau pergi mana-mana tempat yang guna jamban cangkung, serius saya rasa sangat seksa mau berak. sanggup tahan berak sebab nak cari jamban duduk jugak. lihat, betapa mudahnya manusia berubah bila wujud kebiasaan yang awalnya dipaksakan.
sekarang ni, bila duduk rumah sewa, perkara yang sama berulang. awalnya saya bermasalah nak berak di jamban cangkung. huuu, lenguh rasanya. dan tak selesa. macam biasa, bila dah lama-lama, rasa dah biasa.
manusia. ma-nu-sia (apa yang kamu lupa). sengaja saya gunakan contoh berak sebab semua orang pun hari-hari mau berak. rasa lebih dekat di hati bila guna contoh begini.
macam tu lah kita, banyak perkara yang kita rasa payah nak terima, kita tolak mentah-mentah, tidak boleh tidak kita takmau benda tu.......tapi bila dah terpaksa, lama-lama kita akan biasa dan terbiasa. lalu menjadi kebiasaan.
kenapa?
sebab hidup ini dinamik. sentiasa berubah tapi masih stabil.
nota tumit : seperti biasa, entri saya perlu dibaca serentak dengan memikirkan perkara-perkara tersirat di sebalik penceritaan langsung.
7 komen tak puas hati:
jadilah orang yang fleksibel. boleh guna semua. hihi :P
aa..
betul tu.. kalau ada jamban berdiri, gunakanlah jamban berdiri dengan baik haha
saya suka jamban duduk.sambil tu boleh main game kat handphone.
huhu..samela..kalo dari keselesaan,memangla tandas duduk..tapi dari segi kesihatan,tandas cangkung jauh lagi elok..dekat hostel,memanng tandas duduk di bilik..tapi bile boleh guna yang cangkung,saya akan guna cangkung jugak..-)
camana mengajar harini? luar biasa ata sudah biasa?
tak smestinya kena komen psl jamban tuh..
betoi la benda kalau awal2 terpaksa, lama2 dah biasa.
mcm niat jugak la. daripada niat awal terpaksa, lama2 jadi la niat rela.
peace ni war
;]
jamban duduk @ jamban cangkung (sebut: tinggung)..tetap dgn gaya cangkung..x rela nak duduk..yucks!
Post a Comment