'terima aku seadanya'.
dan kemudian kami saling mengikat kata, mari kita saling terima diri masing-masing seadanya kita.
Lima tahun berlalu, kami masih begini. status masih sama, saya masih cik ain. apa nak buat, encik Baba belum bagi permit saya mau menikah. haha. opss. dalam tempoh lima tahun ini, saya berubah. Fadzil juga berubah. Hidup sentiasa dinamik, bukan. apapun, pengikat kata 'terima seadanya' antara kami juga masih berjalan seperti biasa.
alam perkenalan antara saya dan dia sentiasa indah. alahai, mesti la indah, orang tengah dilamun sayang kan. kesempatan berjumpa sesekali baru ada. bersua mata cuma beberapa jam dalam satu pertemuan. petik jari, mudah saja berlakon dalam tempoh yang tak lama ini.
masa ini, saya lah intan, dia lah baiduri. kau lah yang terbaik untukku. hey jangan nak tipu, kita semua begitu.
katakan, saya ada rezeki berjodoh dengan fadzil dalam masa dua tahun akan datang. selepas perkahwinan juga, kata orang, masa inilah belang sebenar terdedah. selepas berkahwin baru tahu oh rupanya kau ni suka korek hidung calit merata. oh rupanya kau ni tidur pakai stokin sebelah. oh rupanya kau ni jenis seluar dalam bersepah. oh rupanya kau ni begini, kau ni begitu.
mungkin ini yang berlaku selepas tiga tahun perkahwinan,
suami : Ain, kenapa biar kain baju tak berlipat? pi la lipat sekarang, semak mata abang tengok.
isteri : eh abang ni kenapa hah? suruh-suruh saya pulak. saya tak suka la lipat kain. dari zaman anak dara lagi saya memang tak lipat kain.
suami : tu dulu, zaman anak dara. sekarang ain isteri orang, dah jadi ibu dah pun.
isteri : abang ni teruk tau! abang mungkir janji! dulu abang kata nak terima saya seadanya! sekarang ni abang nak paksa-paksa saya berubah ikut kehendak abang pulak! hantar saya balik rumah mak saya sekarang jugak! (sambil mengongoi-ngongoi menangis)
suami : pulakk dahh....
mungkin juga ini yang berlaku
suami : ain, ain masak apa hari ni. laparnya perut abang. tadi kat opis tak sempat nak makan la, sayang.
isteri : saya tak masak la hari ni.
suami : kenapa tak masak? abang lapar ni. pi la masak untuk abang ye.
isteri : abang ni kenapa? dah saya memang tak reti masak. masa mak abang meminang saya dulu, bapak saya dah bagitau kan saya ni memang tak reti masak. tapi mak abang cakap takpa takpa asalkan keja.
suami : yelah, tu tiga tahun dulu. takkan dah tiga tahun kawen pun, tak reti masak lagi kot.
isteri : saya takmau masak. saya tak suka duduk kat dapur! abang pegi makan luar je lah. kedai mamak kan banyak.
suami : nak masak kat suami pun berkira ke...
isteri : abang ni melampau! abang dah lupa ke janji abang dulu? abang kata nak terima saya seadanya kan! kenapa sekarang ni sibuk-sibuk suruh saya berubah? saya tak suka lah macam ni. ceraikan saya! ceraikan saya!
suami : pulak dahh....
(senyum).
ya mungkin ada pembaca yang senyum sinis baca entri ini. maaf ya, saya bayangkan pihak yang teruk dalam dialog bayangan saya adalah pihak perempuan. untuk ingatkan diri saya. apahal pulak sibuk-sibuk nak cari orang lelaki salah tang mana kan. hehe.
terima seadanya.
begitukah? adakah bila pasangan dah berjanji setia
tak kejamnya saya pada diri sendiri, pada pasangan dan pada bakal anak-anak jika saya berkeras takmahu berubah atas alasan suami saya patut menerima saya seadanya saya?
kalau suami paksa saya berubah atas perkara-perkara yang diluar kawalan, logik juga lah saya mau membantah. kalau hidung pesek ini dipaksa dimancungkan, kalau rambut hitam ini dipaksa diwarnakan karat jingga, kalau kaki dua dipaksa jadi kaki tiga..
tapi, untuk perkara-perkara asas, seperti tanggungjawab dan amanah asas seorang isteri dan ibu, tegakah saya menafikan hak suami dan anak-anak, atas alasan,
terima saya seadanya.
hurm, terkadang madah cinta sering juga disalah guna, ya.
7 komen tak puas hati:
terima seadanya bila sesuatu xleh diubah..kalau berubah demi kebaikan ape salahnya kn..hehe
berubah ke arah yg lebih baik secara istiqamah, itulah yg terbaik..biar sedikit demi sedikit tapi terus bertambah baik berbanding menafikan kebaikan yg akan diperoleh dgn berubah tanpa mahu berubah..hijrah itulah ygg terbaik dlm hidup kita..ingatan buat diri abg juga :)
setuju dengan cikpepel :)
terima seadanya...
kalau sepuluh tahun kawin, still duk terima la seadanya, mcm yg hg ckp bab tak reti masak, tak reti buat kerja rumah... memang betul nak kena la!
nice one. terima seadanya, tapi perlu berubah ikut kesesuaian dan peredaran masa. :)
aku suka baca entry nieh :)
macam ain kata... hidup kan dinamik.
terima seadanya waktu itu, bukan yang 3 atau 5 tahun lepas..
seadanya waktu itu seperti mungkin selepas 10 tahun, rambut beruban, gigi dah tanggal sebatang dua, perut dah berlapis, dagu pun begitu... terimalah seadanya
wewit.
ain, cepat berubah! ;p
Post a Comment