Monday, June 20, 2011

takut terkena bayi

nota awal : ini bukan entri melucah. saya cuma nak ambil mood jadi cikgu Bio ni.


Sebentar tadi, saya merayau-rayau di alam maya untuk baca berita. hmetro, bharian, UtusanOnline, Harakahdaily, kosmo, tukartiub dan lain-lain web yang difikirkan wajar.

Semasa menjengah di hmetro, setelah baca berita global, tempatan, rap, bisnes lalu saya pun baca ruangan-ruangan lain. suka baca kolum bimbingan bersama Dang Setia dan soal jawab agama. Tak lupa, slot bersama pakar, pakar sakit puan/tuan, pakar jantung, dan pakar kanak-kanak.
(perasan tak saya tak baca ruangan sukan? hehe. memang tak pernah baca pun)


Semasa menjejak di ruangan Dr.Ismail Tamby, pakar seksualogi malaysia, saya sempat tergelak-gelak bila membaca satu soalan yang berbunyi begini;

Risau seks ketika hamil.
ISTERI kini hamil anak pertama kami dan usia kandungan mencecah tujuh bulan. Masalahnya isteri mahukan hubungan seks tetapi saya bimbang akan menjejaskan kandungan kerana takut terkena bayi di dalamnya.

oh.. hahaha. takut terkena bayi? terkena bagaimana? tercucuk bayi? adoi.

gelak, gelak juga. mari kita belajar sama-sama. maafkan saya sebab tergelak. huhu. orang yang tak gelak bermaksud mungkin orang tu belum tahu.

Sebelum saya pergi lebih lanjut, mari kita lihat secara pandang telus organ dalaman wanita, bahagian peranakan saja.

nampak tak bayi lidi tu? terketar-ketar lukis guna tetikus tau. haha. semasa akviti seksual, penis cuma boleh masuk setakat ruang vagina (corong faraj) saja. Bila ada fetus (fetus adalah bayi semasa dalam kandungan, bila dah keluar dari perut mak, baru panggil bayi, ok) hasil persenyawaan, fetus akan melepak di bahagian uterus (rahim).

antara uterus dan vagina, ada cervix (pintu rahim). baca ; pintu. pintu rahim.

Ni rajah fetus berusia 34 minggu. Dia lepak secara kuang balik. Placenta adalah uri. Umbilical cord tu tali pusat.

berbalik kepada soalan, secara logiknya, jika aktiviti seksual dilakukan semasa isteri hamil, penis tidak akan terkena fetus. sebab?

1. penis mungkin tidak cukup panjang pun untuk sampai ke pintu rahim.
2. kan ada pintu rahim, jadi penis takkan mengapa-apakan fetus kalian.

Air mani juga tidak akan menghampiri fetus, sebab makhluk manusia yang dijadikan Allah ni sangat kompleks dan menakjubkan sistemnya. Bila isteri dah hamil, akan ada selaput khas yang menutupi pintu rahim, yang akan menghalang kemasukan sperma ke bahagian rahim.

Jadi lelucon mengenai perbualan dua beradik kembar dalam rahim (pasal siapa yang sembur depa dengan air) itu adalah tidak tepat. haha. dah sah-sah la khayalan pereka cerita saja.

semasa di matrikulasi, saya baru dapat tahu saiz rahim ketika anak dara / tidak mengandung adalah sebesar telur ayam. wah, sangat kagum sebab rahim yang sebesar telur ayam tu sangat elastik sampai boleh memuatkan seorang fetus 3 kilo dan kuat menggeliat pulak tu.

sebelum ni tak tahu, sekarang dah tahu kan?

ngee tak sabar nak rasa ada benda hidup bernama Ain Junior dalam badanku.

11 komen tak puas hati:

faINa989 said...

soalan yg dia tny tu agak kelakarlah. Lawak. tp kalau dia x belajar sains x blh nk buat apa.

tp serius lawak kalau byg boleh tembus smpi baby.. hak3..

nanad said...

heh..kelakar la jgk..btw,nice info :)

IMANSHAH said...

cg bayo smk ibrahim yg baik

Guru said...

yalah cikgu bio... nanti akak masuk untuk cerap boleh?

HEROICzero said...

tak rasa ke macam comel jek suami dia, risau terkena bayi?

HAHAHA.

couverv said...

hello, ha ha kesian la baby tu, 'geletek2 dia buat apa !

Unknown said...

kelakor pon..ade jgk info..ehhee..

kapten said...

cutenya baby ain lukis dalam rahim tue...heheheh

MaMa MoDeN said...

salam
tumpang mencelah, ada pendapat mengatakan aktiviti kelamin suami isteri ketika isteri mengandung ( utamanya diakhir2 kehamilan ) akan lebih memudahkan proses kelahiran bayi... ada pendapat mengatakan cecair ketika hubungan intim itu merupakan selusuh terbaik bagi ibu2 untuk melhirkan... maaf, sekadar memberi pandangan melalui pengalaman...

Azym Azizi said...

Kagum dgn wanita. Ruang sebesar tu mampu terbuka luas utk keluarkan bayi..huhu T_T

OMAR BIN OTHMAN said...

blogger fathihah..perkataan mgkin mengenai panjang penis 2 menarik perhatian saya..bgaimana dengan penis yg begitu pnjang or mmg xde ??..wah soalan kepada cikgu bio..sekadar nk dapat info ...