1.bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu (seperti murid sekolah, mahasiswa, jururawat, dan lain-lain), hostel
2.asrama putera (puteri) asrama yang khusus untuk pelajar-pelajar lelaki (perempuan)
3.rumah tempat tinggal pertapa, biara
Sekali pandang, perkataan asrama dan asmara hampir sama.
Bilangan huruf = 6
Huruf terlibat = A, S, M, dan R
Namun demikian, dua perkataan ini sama sekali tidak boleh disinonimkan
kerana asmara bermaksud ;
1.cinta, kasih, cinta berahi
bermain asmara bercinta-cintaan, bercumbu-cumbuan
3.berasmara bercinta-cintaan, berkasih-kasihan
Ayat: mereka sedang mabuk asmara;
4.bercumbu-cumbuan
keasmaraan jatuh cinta, dalam percintaan, kasmaran
5.asmara, cinta berahi
Ayat: angkatan muda yang masih hijau dan gila asmara sahaja.
Tidak menjadi kesalahan dari segi tatabahasa apabila kedua-dua perkataan ini digunakan dalam satu ayat ;
Ayat : Encik Punah dan Cik Ranah sedang berasmara di asrama.
Walaubagaimanapun, tanpa ikatan yang sah, berasmara di asrama menjadi satu kesalahan siasah sahsiah dan moral.
DUSSHHH!!
Cikgu BM : Oit Cikgu Biologi, awak tengah merapu apa dalam kelas saya? Get out!!
Cikgu Bio : huahuaahaha. Salah ek saya mengajar?
Kisah tamat dengan pertelingkahan kecil Cikgu BM dan Cikgu Bio di bilik guru.
Salam’alaik. Hari ini Cik Ain Fathihah yang kecik kiut dikerah menemankan Baba ziarah adik-adik di asrama di Kepala Batas (tempat Tun Abdullah Ahmad Badawi ni. KMPP pun kat sini jugak) berikutan Mama tidak sihat badan.
Okay, sebagai kakak yang mithali dan comel, saya bermotoran dengan Baba merentasi lautan, dari Pulau (Tanjung Tokong) ke Seberang (Kepala Batas). Takyah susah payah berenang-renang ke tepian pun, naik feri Penang saja.
Sampai di asrama sekolah Amirah Fatin (ting.5) dan Atiqah Farhani (ting.1), berlaku pula drama yang menyayat hati….
Saksikan
Scroll down ‘till end
ini Atiqah. nama timangan Kak Chik.
Masa saya dan Baba baru sampai, dia okay saja. sembang-sembang biasa. dia tanya juga kenapa Mama tak ikut. Perhatikan tuala biru kecil itu. Perhatikan juga kad merah-hitam tu. oh ho, kad hari ibu (dan hari lahir) untuk Mama.
.
.
sembang punya sembang, Baba tanya Kak Chik soalan cepumas.
"seronok tak duduk asrama?"
"syok tak ada ramai kawan?"
.
dan pertanyaan-pertanyaan biasa yang lain.
Amirah aka Kak Uda pula menyakat
.
"Baba tau tak, tiap-tiap malam Kak Chik menangis nak balik rumah..dia mai merengek-rengek kat Kak Uda"
.
tiba-tiba
.
.
Alamak, budak ni dah menangis betul-betul pulak dah! tadi okay ja.
Saya dengan mithalinya menahan gelak. Baba sebagai hero pujaan Malaya kena lah pujuk adik saya ni kan. Kalau biar saya yang pujuk, alamat banjirlah Kepala Batas. Makin meraung dibuatnya nanti."Alala, sayang Baba ni. Sabaq, hidup ni banyak cabaran. Nanti makin dewasa, makin banyak ujian. Tengok Tata belajar kat Tanjung Malim, jarang-jarang balik. Angah lagi jauh, belajar kat Terengganu, Baba nak pi tengok pun takleh, jauh. Kak Chik kan balik dua minggu sekali. Minggu yang tak balik rumah kan Baba Mama mai tengok"1...2...3...Keju!
Saya dan Kak Uda, bagai tiada apa-apa berlaku, kami snap gambar berdua.
diselang-selikan dengan kekekan ketawa kami berdua menggelakkan Kak Chik yang dah mula sedu-sedan menangis.Baba masih memujuk....Kami masih bergambar...
eh!! tiba-tiba tengok Baba pun menangis jugak daaaa!
Snap dari jauh. Semangat nih ambil gambar nak tunjuk kat Mama.
24 komen tak puas hati:
salam..
tata..kak uda, sian kak cik..
naper usik kak cik sampai nangis camtu...
cheese3 punya kakak
dua babak berlaku di situ..
lau aku la..aku wat cm ang jak la..aku suka sakat adik aku smpai nangis.....terasa agak puas sebenarnya...so aku fhm situasi ang..
terharu sgt tgok baba pelok2 kak chik
tbe2 jeles
haha
.
blik ni mau nagis jgk la
tbe2 homesick
.
ade yg nk pelok x??
haha
alahaiii sedeynye.. teringat mse dok asraman dulu.. huk huk huk sob sob sob T_T sabaq ea k.chik..
hahahaha..
dak nih.. bukannya nk join pujuk. ntah2 dia dulu pun sama camni gak. cengeng.. kekeke :P
sian ngn kak chik. hahahaha..
kirim salam ngn adik kamOo.. semoga suatu hari nanti dia jadi orang yang lebih tabah menghadapi dugaan :)
=) nice..story... ish..kejam juga jadi akak yang menyakat adiknya sampai nanges...
Mama, bukan tata yg mula.. kak uda yg duk ejek dia dulu..tata pun apa lagi, join sekaki lah kan. rugi la usik adik kalau dia tak nanges..hwa3!
Una, jeles?
okay3, lepas ni ain gtau Baba ain suh dia peluk Una jugak. hahaha.
Mira, yeahh!! alang menyakat adik biar sampai menangis. cikgu kita kan dah pesan, buat keja jangan separuh jalan. tak elok. haha
Lovillea, tengok dia menangis, saya pun teringat zaman duduk asrama jugak. saya dah merasa, sekarang cuma gelakkan adik2 yg baru nak merasa pulak
Asada, ya nanti saya sampaikan bila kak chik balik rumah. hik3.. ala biar la nak gelakkan adik2. dulu masa saya menangis, takdak sapa nak gelakkan! pengalaman duduk asrama memang sgt bagus. ajar diri macam2.....
encik kapten, tu bukan kejam. tu caranya bergurau mesra. hehe. kalau Baba takda, saya pujuk la.. Ni Baba ada, kita serahkan pada yg lebih pakar! haha
sweet and touching jer..
nah amik award nih...
http://www.nirelwof.co.cc/2010/05/sunshine-award.html
ain, dari x leh nangis boleh nangis..cam kita jek..hek3~~
ooo... anak abah, ekk..
sweetnya baba awak..huhuhu,,sy da xde abah
ahha~~
alolowh cyan adek dye
homesick lg tuh (:
kgunaan adik bradik mmg best mcm tu.. yg top akan menindas yg kecik
nirelwof, memang sweet. terlebih gula. hee
faina, haah mengada2 macam hang kot. kui3
IM, mesti la anak Baba. kalau anak Mama sorang, tak jadi anak..
miss hav0c, Al-Fatihah untuk abah awak. awak tunggu nak dapat ayah mertua pulak ya
Scya Lollita, biasa la budak2 baru duduk asrama. kalau tak homesick, jadi pelik pulak
Lun, haha! tau takpa. nak buat macam mana, lumrah adik beradik. kalau tak buli yg kecik, macam takbest plak sehari hidup.
comel sgt tgk Baba Ain hehe :D
zaman sekarang ni ramai budak2 sekolah berasmara penuh ni yg dok ceruk2 berasrama tanpa perasaan malu. teruk btol kan diorg. ish2..
eh, btol kan bahase saye tu? ahaks..
kesiannya kat kak chik. terharu sampai menagis fiza dibuatnya. Teringat masa sekolah asrama dulu, belum sempat saya nak nak nanges adik2 dah nanges dulu sebab terpaksa berpisah dengan kak long depa.. :) rasa sgt penting dan dihargai ketika itu.. hahahah tapi bila bertemu mengalahkan anjing n kucing!!
Post a Comment