Saturday, May 08, 2010

Apa Yang Hebatnya dengan Generasi Hebat AF

Salam bau laut Penang terchenta. Sejak balik bercuti ni, selalu juga mengadap TV, selain mengadap adik (menyakat sampai menangis). 

 

Masa tukar-tukar siaran cari rancangan yang menarik perhatian, tertengok la kejab Diari Akademi Fantasia. Jangan tanya saya pasal peserta AF8, siapa tersingkir, siapa bakal juara. Takkenal siapa pun.

 

Ada satu perkara yang menarik perhatian. Semua budak-budak AF tu melilit benda hijau macam tali di kepala, tangan etc.

 

Apa benda tu? Woo, macam tali kasut. Warna hijau yang cambest.

 

Ohh, rupanya memakai tali kasut hijau secara kreatif tu termasuk dalam kempen Generasi Hebat oleh Brands. Pati ayam tu… nanti nak cuba Pati Ayam Brands tu lah, katanya menambah tenaga supaya kekal aktif.

 

Isi pati kempen pun sangat bagus,

 

Handal & Genius

Mahu handal, fikiran dan minda kena cergas, badan kena sihat. Handal memang ada kaitan dengan diri kita. Sebelum apa-apa, kenali diri kita dan tahu apa matlamat serta keupayaan kita. Barulah kita handal!

 

Explorasi & Open Minded

Selain itu, kita perlu lebih banyak meneroka (explore) dan juga minda kita kena terbuka. Pendek kata, pendapat orang lain kita kena dengar. Contohi kejayaan orang lain. Kalau mereka berjaya, kita juga boleh berjaya.

 

Boleh Go-getter

Hidup ini satu percaturan. Kalau boleh dalam setiap perlawanan, kita nak berada di hadapan dan kita adalah pemenang. Itu pentingnya usaha.

 

Aktif Alert

Pendek kata, untuk jadi Generasi Hebat, kita kena lebih bersedia menghadapi setiap apa yang bakal berlaku.

 

Tekun – Determined

Jangan cepat putus asa. Orang cepat menyerah kalah biasanya semangat tak berapa kuat. Bila semangat tak kuat, pasti kita akan kalah dengan senang, betul tak?

 

Cuma satu perkara yang lucu bagi saya, sampai saya tersenyum sinis seorang diri adalah,

 

Ikon Generasi Hebat adalah budak AF. Hahaha. Maaf peminat-peminat AF di luar saya. Saya memang tak suka Akademi Fantasia. Rancangan realiti hiburan tu buat adik-adik sekolah di Malaysia dan remaja-remaja seusia saya berfantasi setiap hari. ini pendapat peribadi dari saya yang tak sebagus mana.

 

Cita-cita bukan lagi cikgu, polis, doctor, jurutera ect..tapi cita-cita tinggi melangit setinggi lutut adik kecil 4tahun saya…

 

Habis SPM nak masuk AF, Malaysian Idol, Gangstarz, Audition, Mentor bla..bla..bla..!

 

Pelajaran entah ke mana. Kenapa tidak, kalau dah betul minat musik, minat seni suara, sambung belajar lagi..dalami betul-betul apa itu musik, apa itu lontaran vokal, apa itu pitching lari.

 

Apa yang hebatnya jika lepas tamat Akademi, masih terkial-kial mencari ruang dalam industri hiburan. Bila tak mampu survive, balik kampung tolong keluarga jual sate. Berapa ramai budak AF yang ada album penuh? Ahaha, yang takda album lagi ramai. Dah 3-4 tahun keluar AF, masih nyanyi lagu orang.

 

Janganlah cuma penuhkan ruang akhbar di ruangan hiburan dengan kisah dengan siapa kamu bercinta, dengan siapa kamu putus cinta, hal saman-menyaman, hal kena tangkap basah.. Malu weh, malu!

 

Wonder Girls dan Rain itu, bertahun-bertahun diletakkan dalam latihan, barulah dikeluarkan menjadi artis. 1dunia kenal.

 

Tapi, di Malaysia,

Cuma 3 bulan dalam latihan, mampukah lahirkan bintang?

14 komen tak puas hati:

- said...

hoh!
af...dulu2 mmg addict a
tp skrg?
haha ntah la...
bye2 rasanya~

amirah said...

lau aku boleh x jd generasi hebat?

Ariff Budiman said...

Inilah yang dikatakan cinta dunia dan takut mati. Ibu bapa boleh menangis melihat anak mereka terkeluar AF. Berapa ramai orang menangis melihat penderitaan umat islam yang dibunuh di Palestin. Kita dizaman memasuki lubang biawak.

Anonymous said...

x pernah tengok af yang baru ni.huhu..

Unknown said...

melalut je semua ni...

syahira ariff said...

tak minat AF
=[
tak relevan kan AF sekarang?

Surau Al-Ghafur said...

penyanyi dijulang tinggi..contoh2 yg x sepatutnya dijadikan ikutan diri..sedangkan, ulama2, ilmuwan2 dipandang sebelah mata je..itu pun lau ade sebelah mata la nk pndg..lg teruk ade yg x pndg lgsung..sedarlah, manusia menuju kepada pengakhiran yg sungguh menyedihkan..

NICK IRFAN said...

sy dulu hanya AF5 je yg layan lps tu habis skola x layan dh AF ni.... hehe

rizputra7 said...

tengok raja lawak lagi bagus hehehe..

shameel Iskandar said...

Sy tertarik ttg cita-cita. saya selaku guru pun amat tak bersetuju dgn kegilaan AF ni. Student yg sepatutnya bercita tinggi ( tak kiralah nak jadi apa doktor ke, jurutera ke atau apa2 ke).

Tapi, dgn AF seolah2 x payah belajar tinggi. memadai setakat SPM, pas2 masuk AF. Perkataan Akademi pun tak sesuai utk digandingkan dgn Fantasia. Seolah2 akademi/kampus ni utk berkhayal. Siap ada konvo lagi tu.
nasin baik AF takde dekan dan naib canselor

Faridrashidi.Com said...

Assalamualaikum,

Semoga tuan blog sihat sejahtera hendaknya.

Ya, tiada relevan langsung. Bukan hebat, tapi musibat!

From Tanta> www.faridrashidi.com

ain fathihah fhm said...

cikgadis, yup..masa AF1-3 dulu memang demam habis rasanya...budak kecik taktau cakap pun dah reti kenal mawi

ain fathihah fhm said...

mira nak jadi generasi hebat? insyaAllah. bukak sem kita study group! hehe

Anonymous said...

AF ke..Raja Lawak ke..semua ni buat org Melayu nmpk bodoh..hanyut dengan hiburan yg x ke mana? 'Generasi Hebat'? Please la..'Sampah Hanyut' kot..bangga ke jd juara atas pentas?? Org Cina pandang "ni la org Melayu..biar diorg leka dgn hiburan..kita conquer ekonomi kaw2 punya..esok2 org Melayu lps habis populairiti ni gak la nk dtg melutut minta keja"..x ke mana pun sbnrnya..