Disebabkan entri blogger kacak sebelum ini, tidak semena-mena saya mendapat perhatian dari encik kacak si Asada Ryutaro untuk menerima wasiat dari dia. Ikhlas ke ni beri wasiat pada saya, encik Asada?
Dia berikan pada saya seekor lembu hitam yang seksi menawan. Elok ja saya tengok lembu ni, terfikir-fikir satu perkara. Lagi bagus kalau Asada sponsor seekor lembu untuk kenduri kahwin saya nanti. Haa dah jimat bajet untuk seekor lembu.
Soalan 1 : Thank and link the person that gave you the cow.
Terima kasih untuk wasiat ni, Asada. (nama sebenar dia masih belum diketahui). Lembu ni dah bertukar rumah dari satu blogger ke blogger yang lain. Untung juga jadi lembu. Walaupun tak hensem takda janggut+jambang macam Asada, ramai sungguh blogger yang mahu pamerkan lembu hitam ni di blog masing-masing.
soalan 2 : Bagi balik wasiat ni kat 7 blogger yang paling aktif
err…sapa nak mewarisi lembu hitam ni? Meh amik meh.
soalan 3 : Bagitau yang diorang dapat wasiat ni daripada orang kaya kampung sepening lalat.
(copy-paste balik dari Asada sebab tak faham soalan ni, huhu)
untuk makluman kepada penerima wasiat ni, Orang Kaya Kampung Sepening Lalat yang bagi lembu ni. berapa banyak la lembu dia ada, tu saya tak tau. hehe.. tahniah lah sebab nama anda tersenarai dalam penerima subsidi skim baja petani ni.. eh, silap.. cam tok penghulu lak aku cakap.. lembu.. lembu.. bukan skim baja. hahaha..
soalan 4 : cerita 3 perkara yang selalu anda buat sambil tengok tv.
Peluk bantal.
Pegang remote.
Usik adik kecik bila iklan.
soalan 5 : bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan.
Taktahu nak jawab apa. Apa yang pelik ya.
Budu?
Lulus.
Cencalok?
Lulus.
Sambal tempoyak?
Lulus.
soalan 6 : cuba bagitau berapa orang dah kawan anda di Facebook.
465.
sedang berusaha membuang ‘kawan’ yang tak berapa nak berkawan dari senarai.
soalan 7 : soalan cepumas, macam mana korang berjumpa spouse or pakwe or makwe.. kat mana?
Err..macam mana nak cakap ya. Kenal kat Friendster. err..lagi..lagi...isk! rahsia lah. malu nak cakap.
5 komen tak puas hati:
hah?? saya berjambang??? manade jambang?? erkk!!!
tQ sudi terima wasiat ni ea.. jaga elok2 lembu tu..
kalau nak sponsor lembu utk kenduri kawen, boleh je. hantar surat permohonan, nanti kita akan usulkan pada pihak atasan lah.
dalam masa terdekat kita tunggu lah apa jwpn daripada pihak mereka. kalau lulus, dapatlah. kalau tak lulus, jangan sedih pulak, mungkin belum rezeki..
(ayat penghulu kampung sepening lalat)
waaaa, dapat wasiat dr asada....xpe2..nasib bukan si H..=p
wa dapat wasiat dari abang kacak..
abang kacak yang lagi satu tak sempat lagi nagi wasiat kut ya..
sibuk...
Elok la tu. Sapa lahir bulan May macam IM, sah... lahir dalam bulan lembu!
Jangan jadi lembu dah lah!
wow..tahniah dapat ..pujian .dari Hami Ashraf..teruskan..kami ...pun rasa ..teruja.. jua..apabila blog dikunjungi ramai
Post a Comment