Monday, May 31, 2010

perokok lelaki yang kurang subur

Saya rasa saya jenis agak lepas mulut. Biadap kata orang tua. Sentap kata keluarga debat. Lazer kata orang kampung. Ada juga yang cakap saya ni, ‘very outspoken’.

 

Ada kawan yang cakap, saya ni terlebih jujur. Saya akan cakap apa yang betul walaupun itu menyakitkan hati. Saya pernah jawab pada seseorang yang tanya kenapa saya begini, terus saja saya katakan,

 

“Keliling aku sudah terlalu ramai manusia hipokrit. Mulut manis depan kita, tapi belakang bawa cerita, mengumpat tak tentu hala. Biarlah aku jadi seorang yang mulutnya lepas kata, sebab apa yang aku cakap tu, sebolehnya aku katakan benda yang betul. Orang nak benci? Haha, bencilah. Aku tak kisah pun orang benci aku”

 

Hahaha. Sebabnya, saya akan cakap apa yang saya fikir. Kadang-kadang tak sempat nak fikir patut dicakap atau tak, tup-tup dah terkeluar dari mulut. Ops, sangat bahaya.

 

Sedang cuba mengawal. Selalu insaf. Maaf pada yang terasa hati.

 

Bila kerja ni, lagi lah bahaya. Berhadapan dengan ramai customer yang tak terjangka gaya dan ragam, saya selalu menahan hati supaya tak terlebih ramah lalu terkeluar perkataan yang menyakitkan hati.

 

Selalunya bila customer dah keluar dari kedai, barulah saya merungut pada staf yang jadi partner saya shif tu. Hehe.

 

Ada satu situasi yang buat saya tersenyum simpul bila teringat.

 

Lelaki : Dik, bagi Dunhill 14.

Gadis : Takda.

Lelaki : Laa. Marlboro 14 lah. Merah.

Gadis : Takda jugak. Kan mula bulan Jun semua rokok 14 dah takleh jual.

Lelaki : Memang lah, tapi hari ni kan baru 28 hari bulan. Hangpa sorokkan rokok 14 ka?

Gadis : Haha, takdak kerja saya nak buat macam tu. Tanya manager saya lah, bang.

Ni Marlboro Lite 14 ja ada lagi. Mau?

Lelaki : Haa, boleh lah. Mai sekotak.

 

Lalu saya dengan gaya comel ambil rokok yang diminta. Cuma tak suka bila customer nak Salem. Sebab rokok Salem di rak atas sekali. Tak sampai loh. Samaada kena meloncat sikit, atau kena berdiri atas kotak.

 

Sambil ambil duit, saya masih beramah

Gadis : Bang, ada beza ka rokok 20 dengan 14?

Lelaki : Isk hang ni. Aku luku pala (kepala) baru tau. Mesti la ada beza. Beza tang harga. Hehe. Tu ja la.

Gadis : Tapi sama ja bang. Nanti mati paru-paru hitam jugak. Dah la sperma jadi kurang subur. Sama ja la rokok 14 ka 20 ka.

 

Lelaki tu terus buat muka tercengang. Memandang saya tanpa kelip. Alamak, saya dah takut bagai nak mati. Habis lah, mesti kena marah sebab celupar. Huhu.

 

Lelaki : Betul jugak noh. Takpa lah macam tu. Aku tak jadi beli. Chewing gum kat mana?

 

Saya senyum melebar. Rasa nak gelak. Tapi tahankan saja.

 

Lelaki : Aku nak berenti merokok lah. Bulan depan nak kawen.

 

Haha. Patutlah. Dia jadi seram sebab saya ada sebut sperma jadi kurang subur kot. Baguslah, moga lelaki tu mampu berhenti merokok.

 

Notakaki : Dia berjaya berhenti merokok selama dua hari. Tiga hari kemudian dia mai beli Dunhill 20.

Sunday, May 30, 2010

Benarlah, hantu keluar malam.

Serasa saya sudah bertahun tidak duduk mengadap laptop. Huhu sejak kerja di Happy Mart ni, memang dunia maya kecil hati dengan saya. Dunia maya saya terabai.

 

Minggu ni, saya kerja shif malam. 11.00 malam hingga 7.00 pagi. Setakat ni sudah dua hari buat OT sejam, masuk pukul 10.00pm, dan satu hari OT 4jam, masuk pukul 7.00pm.

 

12jam kerja dari 7.00pm hingga 7.00am memang buat kepala gelong.

 

Customer di malam hari (pagi buta, kata orang) agak lain macam. Kebanyakkannya orang muda yang berembun. Happy Mart pula selang dua kedai dari cybercafé Netcity. Kiranya, kerja shif malam bukan bermaksud rilek goyang kaki. Customer masih boleh dikatakan ramai, walaupun tak seramai siang hari.

 

Kerja Malam Kena Usik?

 

Biasalah tu, orang perempuan tambah-tambah yang comel+kiut miut macam saya memang kerap didatangi penjual minyak urat. Setakat tanya nama & umur tu, saya okay lagi.

 

Yang lemasnya, bila ada customer minta nombor telefon. Adoii.. lemas, lemas, aku lemas. Haha.

 

Awal-awal kerja hari tu, bila ada yang minta nombor telefon, saya katakan, ‘tak boleh’.

 

Tapi masalahnya nak kena mengadap si lelaki yang tahan berdiri memujuk rayu depan kaunter cashier minta nombor telefon sampai lima hingga 10minit.

 

Malu, malu.

 

Akhirnya saya ambil jalan mudah. Bila ada saja yang minta nombor telefon, terus saya ambil kertas resit, tulis nama & nombor telefon.

 

Beri pada si lelaki dengan senyuman, dan dia blah.

 

016-4949*** - NURUL

 

Senang, hati pun lega. Bagi saja nombor telefon Baba. Jadi, Baba la yang kena mengorat. Haha.

 

Kenapa Tajuk Entri Hantu Keluar Malam?

 

Customer malam gayanya lain macam. Muka nampak jahat. Hihi, pandai-pandai ja cakap orang lain muka jahat kan. Yelah, kalau dah gaya minta nombor telefon sambil menonggang botol Tiger, tak ke seram sejuk badan?

 

Dengan mata merah, nafas berbau masam, mata meliar tengok saya macam nak telan. Fuh, ketaq  lutut beb! Nak taknak, memang saya cepat saja tulis nombor telefon dan beri pada dia. Supaya dia cepat-cepat beredar.

 

Ehem, perlu ditulis, si penonggang Tiger tu, lelaki melayu, okay. Melayu Islam. Ops, tak boleh komen lebih-lebih. Malaysia Negara Islam Hadhari. Itu hak kebebasan individu. Huhu.

 

Malam minggu, sekitar 2 ke 4pagi, ramai orang baru balik clubbing dan singgah Happy Mart. Sekadar pemerhatian dua malam, ramai yang beli condom la. One-night-stand partner kot. Touch N Go.

 

Ada jenis customer yang kepalanya sudah naik air, sambil membeli, sambil berpelukan dan berciuman. Tangan si lelaki merayap di punggung si perempuan sampai terselak mini skirt. Ops, kan saya dah ternampak panty warna merah.

 

Apapun, setakat ini saya tak menyesal ambil keputusan berkerja di cuti semester semester. Ilmu dan pengalaman yang saya dapat ni, agak mustahil dicedok dalam dewan kuliah atau dari buku sains yang tebal + berat bata tu.

 

Nota kaki : Sekian lama tak menaip entri, idea menulis agak tersekat. Sadis.

Friday, May 21, 2010

Cerita kenakalan adik-beradik

dalam ekologi, terdapat beberapa jenis interaksi.

 

Competition (persaingan)

Predation (mangsa-pemangsa)

Parasitism (parasit)

Mutualism

Commensalism dan

Symbiosis.

 

Dari sekolah menengah belajar benda ni, hingga ke peringkat U. bezanya, makin tinggi tahap pengajian, makin mendalam kupasan.

 

Dan setiap kali belajar juga, saya sentiasa menambah (dalam hati, bukan dalam kertas peperiksaan) satu lagi jenis interaksi…

 

Iaitu,

 

Pembuli-mangsa buli.

 

Saya tak berminat nak menulis tentang kes buli antara pelajar sekolah. Itu biarkan Badan Disiplin sekolah yang buat kajian mendalam. (ehem, siapa cikgu disiplin sila angkat kening sambil fikir, ‘eh apahal aku pulak!’)

 

Jom saya berkisah tentang buli antara adik beradik. Bukan buli saling membenci atau bermusuhan, tapi kisah kasih sayang yang dizahirkan dengan cara yang nakal. Bukan setakat adik beradik, tapi termasuk juga dengan induknya.

 

Dulu masa saya kecil, ketika hingus masih meleleh, saya dan adik-adik (masa ni cuma ada saya, Angah dan Kak Uda) sangat gemar menerpa pada Baba bila dia balik dari kerja. Berlarian-larian berlumba siapa yang sampai dulu.

 

Bila dah sampai pada Baba, seorang minta didukung, seorang bergayut pada tangan, dan seorang lagi berpeluk pada kaki. Ada sekali tu Baba saya tergolek jatuh dengan ketiga-tiga kami sebab licin stokin yang belum dibuka.

 

Tabiat Baba, bila baru balik kerja atau baru lepas buat apa-apa kerja, dengan badan berpeluh dia akan panggil anak-anak,

 

“sapa sayang Baba mai cepat cium ketiak Baba!”

 

Maka kami yang tak bersalah ni dengan gembira dengan riang hati berlumba pergi cium ketiak Baba.

 

Kegemaran Baba mengusik anak-anak rupanya melekat pada saya, dan semua yang lain.

 

Masa saya di sekolah menengah, tingkatan 3 hingga 5, bila balik sekolah ja saya akan menjerit panggil Adilah (nama timangan : Kakak).

 

Masa ni Kakak baru reti berjalan & belum pandai bercakap sepenuhnya. Saya dengan baju sekolah akan menyandar keletihan di ruang tamu. Sambil itu, masa yang ada tidak boleh dibuang begitu saja.

 

“adik, mai sini cepat! Mai cium stokin Tata ni bau wangi ka busuk?”

 

Maka si Kakak  ni dengan taatnya akan mai cium kaki saya. Lalu menjawab,

 

“eiii, bucuk!” sambil buat hidung berkerut. Dan saya akan gelak terkekeh-kekeh sambil menunggu mama marahkan saya sebab buat adik macam tu.

 

Amirah (Kak Uda) pula, ada satu musim cuti sekolah ni, dia ada satu tabiat menyakat adik sampai menangis. Mangsanya? Sekali lagi si Kakak.

 

Tengah duduk saja-saja tengok TV  @ bersembang, tiba-tiba Kak Uda akan melaung,

 

“okay semua! Jom kita bogelkan kakak!”

 

Biasanya Kak Uda akan bergelut sungguh-sungguh untuk menanggalkan pakaian Kakak satu persatu. Apalagi si adik ni pun menjerit-jerit lah minta tolong & berusaha nak lari.

 

Tapi, gadis 15tahun bergusti dengan gadis kecil 5tahun, memang dah tahu sangat lah siapa yang menang. Kesian si Kakak lepas tu akan menangis-nangis pergi mengadu pada Mama, sambil berlari-lari membawa baju-seluarnya untuk dipakai semula.

 

Kami yang lain? Haa tolong tengok & tolong gelak saja lah. Ha Ha Ha! Kejam gila.

 

Ini sindrom kakak-kakak yang duduk asrama, bila balik rumah, tidak-boleh-tidak mesti nak menyakat adik. Mama? Ngee, tak larat nak marah dah kot. Sampaikan mama ada keluar ayat bisa,

 

“haishh, rimas betullah hangpa semua ni ada kat rumah. Adik-adik asyik menangis aja lah!”

 

Nak buat macam mana. Kami 7 beradik, 5 yang atas umur agak rapat. Kecuali Kakak dan Adnin yang keluar kemudian, ditambah pula beza umur agak jauh.

 

Saya 20, Angah 19, Kak Uda 17, Kak Teh 14, Kak Chik 13…. Kakak 7 dan Adnin 4.

 

Bila tengah musim cuti, semua ada di rumah. Maka kami berempat gadis-gadis remaja akan ada gosip-gosip gegirlsss. Rajinlah berkumpul dalam bilik, bersembang dengan pintu berkunci. Bahaya, bahaya! Nanti Mama dengar.

 

Biasalah adik beradik perempuan akan ada cerita ceriti pasal pakwe, orang yang jual minyak urat @ mengorat, pasal haid & perkembangan sekunder perempuan, pasal bra & panty, tuala wanita yang mana best & tak best, termasuklah sekali bercerita apa yang berlaku di sekolah. Kes dengan cikgu. Kes dengan kawan. Kes dengan senior junior.

 

Masalahnya di sini?

Si Kakak yang kepoh & banyak mulut ni takleh simpan rahsia langsung. Elok ja dia dengar apa-apa dari kami, dengan segera dan pantas terus berlari ke bilik Mama & bagitau apa yang dia dengar.

 

Geram tak? Haha.

 

Masa cuti semester lepas, saya dapat 1 satu idea.

 

Bila kami (Tata, Kak Uda, Kak Teh & Kak Chik) nak berkumpul empat orang dalam bilik, kami akan cakap,

 

“okay, jom masuk bilik. Sapa yang ada bulu ketiak ja boleh ikut masuk! Jom!!!”

 

Dan si Kakak dengan muka monyok, dia takkan ikut masuk bilik. Sebab dia faham & tahu dia takda bulu ketiak.

 

Ngee, memang tak senonoh. Tapi sangat menjadi.

 

Mama : haa Kakak? Kenapa ni muka masam? Pi la sembang dengan depa dalam bilik sana.

Kakak : Tak boleh, sebab Kakak takda bulu ketiak.

Mama : ?????

Tuesday, May 18, 2010

Rokok dan Kempen 'No Plastic Bag'

Salam’alaik. Sejak seminggu bekerja sambilan mengisi masa cuti semester ni, kuranglah masa saya berpoya-poya di internet. Seminggu training 9pagi hingga 5petang, malamnya jam 9p.m saya sudah mengantuk.

 

Letih, memang letih. Demi gaji ilmu dan pengalaman baru, saya gagahkan jua. Banyak sangat belajar benda baru. Hari-hari mengadap orang pelbagai ragam.

 

Saya bekerja di Happy Mart, kedai 24jam barang serbaneka ala 7E. bezanya Happy Mart ni dengan 7E, Happy Mart ni cuma ada 21 cawangan di seluruh negeri Pulau Pinang. Manakala 7E ada beribu-ribu francais di seluruh Negara.

 

Hari pertama dan kedua training, ketika saya masih terkial-kial di kaunter cashier, bila ada customer minta rokok sekian sekian, saya memang buat muka tercengang.

 snap gambar ni curi-curi sebab kedai ada CCTV.hehe

“Dunhill 20 satu”

 

Hah?

 

“Salem Elite 14!”

 

Huh?

 

“PallMall Sky Blue 20 dua kotak”

 

Heh?

 

Ini dah seminggu training, dengan bangganya saya dah kenal hampir semua rokok yang ada di rak rokok belakang kaunter cashier ni. Best-best. Dah tak kena marah sebab salah bagi rokok @ lambat mencari-cari ambil rokok yang diminta.

 

Kerja di Happy Mart, bukan setakat jadi cashier..kena juga kira stok, susun barang-barang yang baru sampai, lap pintu cermin, buka & tutup sales setiap shif (yang ni saya tak cekap lagi), cuci aircond termasuklah jadi gadis kaunter pertanyaan.

 

Auntie cina usia 60an ;

“hello..good morning. Miss, can you tell me how to reply my daughter’s SMS?”

 

Okay, satu kerjalah pulak nak kena ajar auntie ni cara nak balas mesej anak dia guna HP.

Saya pun mengajar dia secara ringkas dengan gembira sebab visi syarikat adalah,

 

‘Make Our Customer Happy’

 ini pun snap curi-curi jugak

Maka auntie cina tu pun dapatlah membalas mesej anaknya dengan gembira juga.

 

Wanita india sebaya Mama saya ;

“kat mana kedai kek?”

 

“you jalan terus, dekat bangunan Prima Tanjung jugak, ada Twin Bakery”

Mujur saya tahu.

 

Seminggu ini, saya memang betul-betul berhadapan dengan 1Malaysia lah. Cina india melayu jepun omputih orang putih Vietnam indon Myanmar Bangladesh Pakistan etc.

 

Lagi satu perkara yang menarik, Pulau Pinang kan ada kempen “No Plastic Bag” pada hari isnin, selasa dan rabu. Beli barang takda beg plastik. Kalau nak juga, kena bayar 20sen.

 

Orang cina & india selalunya takda masalah dengan polisi ini. Biasanya depa bawa dengan tangan atau masukkan barang dibeli dalam beg saja. dan ramai juga yang bawa siap-siap beg plastik atau beg kain untuk masukkan barang.

 

Tapi bila orang melayu (terutamanya perempuan), bila barang dibeli tak dimasukkan dalam beg plastik, depa akan tanya,

 

“mana beg plastik?”

(walaupun kat kaunter tu dah ada nota bertulis “No Plastic Bag Today. Pay 20cent per bag”)

 

“hari ni isnin, takda beg plastik, kak”

(jawab saya sambil menunjuk arah nota tu)

 

“habis tu macam mana nak bawa ni”

(padahal cuma beli Coke setin dan biskut Tiger)

 

“bawalah, dengan tangan”

(jawab saya sambil senyum palsu)

 

“takdak, takdak! Aku nak beg plastik jugak!

(heh, dia naik angin plak dah)

 

“Akak boleh bayar 20sen kalau nak beg plastik”

(kata saya sambil menunjuk nota tu lagi sekali)

 

Kemudian perempuan melayu tu menjengilkan matanya besar-besar pada saya, ambil barang yang dibeli kemudian keluar dari kedai sambil mulutnya membebel-bebel

 

“tak guna punya kedai. Menyusahkan orang. Paria! Puki mak hang aih! Beli barang tak bagi plastik. Bodoh babi!”

 

Erkk? Saya pulak yang kena marah. Pi lah marah Lim Guan Eng sana. Lagipun, apa salahnya kempen Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik ni.

Wednesday, May 12, 2010

Happy Condom

Hari kedua bekerja

Masa : 11.30pagi

 

Seorang remaja lelaki, berpakaian seluar sekolah dengan T-shirt Hujan,

masuk Happy Mart, capai kotak  kecil warna merah berimej hati bertanduk, kemudian bayar di kaunter,

 

dan keluar dengan muka tiada perasaan. Sempat bersiul-siul.

 

Dia nampak biasa saja. okay, muda-muda dah kahwin. Anak orang kaya agaknya.

 

*ka-ching!*

 

 

Masa : 2.30petang

 

Seorang lelaki berusia antara 45tahun hingga 50tahun, pakcik berkumis kelabu (rerambut hitam+putih), rambut separuh beruban dan memakai cincin batu merah di jari manis tangan kanan.

 

Pakcik tu masuk kedai, pusing kedai dua kali, muka mencari sesuatu. Dengan muka keliru, dia menggamit tangan memanggil saya menghampirinya. Saya pun keluar dari kawasan cashier.

 

Pakcik tu bercakap dengan suara perlahan, hampir di telinga saya, dengan tangan gaya berbisik,

 

“dik, kondo ada?”

 

“hah, kondo? Apa tu?”

 

“kondo la..kondo!”

 

“kondominium ke?”

 

“alah, kondo la. Err, kondom kot. ada?”

 

“ada, kat depan kaunter tu”

(sambil tangan saya menunjuk ke rak kondom di hadapan kaunter)

 

Lalu pakcik tu beredar menghampiri rak kondom tu. Dia masih memerhatikan rak tu dengan muka keliru. Lalu dia memanggil saya sekali lagi,

 

“dik, yang mana satu?”

 

“err, yang kat situ la. Semua tu kondom la, pakcik”

(muka saya dah blushing, cettt! Tanya yang mana satu pulak. Mana la saya tahu pakcik tu nak guna yang mana!)

 

Pakcik tu masih bermuka blur memandang susunan kotak-kotak kecil berjenama Durex tu.

 

Merah-Biru-Ungu-Putih-Kuning-Oren-Coklat

 

Setelah 5minit berdiri mengadap kotak-kotak kecil Durex tu, Pakcik tu pun mencapai 1kotak kecil warna merah, lalu bayar di kaunter.

 

Belum sempat saya pulangkan wang baki, terus dia masukkan kotak tu dalam poket seluarnya.

 

*ka-ching!*

 

Persamaan dua lelaki dua generasi ini?

 

1.Melayu

2.Beli Durex Love Condom.

 

Slogan : You Are Happy, We Are Happy

Company : All Happy

~HAPPY MART~

Monday, May 10, 2010

tangis=asrama, bukan asmara!

Menurut kamus, asrama bermaksud ;

 

1.bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu (seperti murid sekolah, mahasiswa, jururawat, dan lain-lain), hostel

2.asrama putera (puteri) asrama yang khusus untuk pelajar-pelajar lelaki (perempuan)

3.rumah tempat tinggal pertapa, biara

 

Sekali pandang, perkataan asrama dan asmara hampir sama.

 

Bilangan huruf = 6

Huruf terlibat = A, S, M, dan R

 

Namun demikian, dua perkataan ini sama sekali tidak boleh disinonimkan

kerana asmara bermaksud ;

 

1.cinta, kasih, cinta berahi

bermain asmara bercinta-cintaan, bercumbu-cumbuan

3.berasmara bercinta-cintaan, berkasih-kasihan

Ayat: mereka sedang mabuk asmara;

4.bercumbu-cumbuan

keasmaraan jatuh cinta, dalam percintaan, kasmaran

5.asmara, cinta berahi

Ayat: angkatan muda yang masih hijau dan gila asmara sahaja.

 

Tidak menjadi kesalahan dari segi tatabahasa apabila kedua-dua perkataan ini digunakan dalam satu ayat ;

Ayat : Encik Punah dan Cik Ranah sedang berasmara di asrama.

 

Walaubagaimanapun, tanpa ikatan yang sah, berasmara di asrama menjadi satu kesalahan siasah sahsiah dan moral.

 

DUSSHHH!!

 

Cikgu BM : Oit Cikgu Biologi, awak tengah merapu apa dalam kelas saya? Get out!!

Cikgu Bio : huahuaahaha. Salah ek saya mengajar?

 

Kisah tamat dengan pertelingkahan kecil Cikgu BM dan Cikgu Bio di bilik guru.

 

Salam’alaik. Hari ini Cik Ain Fathihah yang kecik kiut dikerah menemankan Baba ziarah adik-adik di asrama di Kepala Batas (tempat Tun Abdullah Ahmad Badawi ni. KMPP pun kat sini jugak) berikutan Mama tidak sihat badan.

 

Okay, sebagai kakak yang mithali dan comel, saya bermotoran dengan Baba merentasi lautan, dari Pulau (Tanjung Tokong) ke Seberang (Kepala Batas). Takyah susah payah berenang-renang ke tepian pun, naik feri Penang saja.

 

Sampai di asrama sekolah Amirah Fatin (ting.5) dan Atiqah Farhani (ting.1), berlaku pula drama yang menyayat hati….

 

Saksikan

Scroll down ‘till end

ini Atiqah. nama timangan Kak Chik.


Masa saya dan Baba baru sampai, dia okay saja. sembang-sembang biasa. dia tanya juga kenapa Mama tak ikut. Perhatikan tuala biru kecil itu. Perhatikan juga kad merah-hitam tu. oh ho, kad hari ibu (dan hari lahir) untuk Mama.

.

.

sembang punya sembang, Baba tanya Kak Chik soalan cepumas.

"seronok tak duduk asrama?"

"syok tak ada ramai kawan?"

.

dan pertanyaan-pertanyaan biasa yang lain.

Amirah aka Kak Uda pula menyakat

.

"Baba tau tak, tiap-tiap malam Kak Chik menangis nak balik rumah..dia mai merengek-rengek kat Kak Uda"

.

tiba-tiba

.

.

Alamak, budak ni dah menangis betul-betul pulak dah! tadi okay ja.


Saya dengan mithalinya menahan gelak. Baba sebagai hero pujaan Malaya kena lah pujuk adik saya ni kan. Kalau biar saya yang pujuk, alamat banjirlah Kepala Batas. Makin meraung dibuatnya nanti."Alala, sayang Baba ni. Sabaq, hidup ni banyak cabaran. Nanti makin dewasa, makin banyak ujian. Tengok Tata belajar kat Tanjung Malim, jarang-jarang balik. Angah lagi jauh, belajar kat Terengganu, Baba nak pi tengok pun takleh, jauh. Kak Chik kan balik dua minggu sekali. Minggu yang tak balik rumah kan Baba Mama mai tengok"1...2...3...Keju!

Saya dan Kak Uda, bagai tiada apa-apa berlaku, kami snap gambar berdua.


diselang-selikan dengan kekekan ketawa kami berdua menggelakkan Kak Chik yang dah mula sedu-sedan menangis.Baba masih memujuk....Kami masih bergambar...

eh!! tiba-tiba tengok Baba pun menangis jugak daaaa!

Snap dari jauh. Semangat nih ambil gambar nak tunjuk kat Mama.

Saturday, May 08, 2010

Apa Yang Hebatnya dengan Generasi Hebat AF

Salam bau laut Penang terchenta. Sejak balik bercuti ni, selalu juga mengadap TV, selain mengadap adik (menyakat sampai menangis). 

 

Masa tukar-tukar siaran cari rancangan yang menarik perhatian, tertengok la kejab Diari Akademi Fantasia. Jangan tanya saya pasal peserta AF8, siapa tersingkir, siapa bakal juara. Takkenal siapa pun.

 

Ada satu perkara yang menarik perhatian. Semua budak-budak AF tu melilit benda hijau macam tali di kepala, tangan etc.

 

Apa benda tu? Woo, macam tali kasut. Warna hijau yang cambest.

 

Ohh, rupanya memakai tali kasut hijau secara kreatif tu termasuk dalam kempen Generasi Hebat oleh Brands. Pati ayam tu… nanti nak cuba Pati Ayam Brands tu lah, katanya menambah tenaga supaya kekal aktif.

 

Isi pati kempen pun sangat bagus,

 

Handal & Genius

Mahu handal, fikiran dan minda kena cergas, badan kena sihat. Handal memang ada kaitan dengan diri kita. Sebelum apa-apa, kenali diri kita dan tahu apa matlamat serta keupayaan kita. Barulah kita handal!

 

Explorasi & Open Minded

Selain itu, kita perlu lebih banyak meneroka (explore) dan juga minda kita kena terbuka. Pendek kata, pendapat orang lain kita kena dengar. Contohi kejayaan orang lain. Kalau mereka berjaya, kita juga boleh berjaya.

 

Boleh Go-getter

Hidup ini satu percaturan. Kalau boleh dalam setiap perlawanan, kita nak berada di hadapan dan kita adalah pemenang. Itu pentingnya usaha.

 

Aktif Alert

Pendek kata, untuk jadi Generasi Hebat, kita kena lebih bersedia menghadapi setiap apa yang bakal berlaku.

 

Tekun – Determined

Jangan cepat putus asa. Orang cepat menyerah kalah biasanya semangat tak berapa kuat. Bila semangat tak kuat, pasti kita akan kalah dengan senang, betul tak?

 

Cuma satu perkara yang lucu bagi saya, sampai saya tersenyum sinis seorang diri adalah,

 

Ikon Generasi Hebat adalah budak AF. Hahaha. Maaf peminat-peminat AF di luar saya. Saya memang tak suka Akademi Fantasia. Rancangan realiti hiburan tu buat adik-adik sekolah di Malaysia dan remaja-remaja seusia saya berfantasi setiap hari. ini pendapat peribadi dari saya yang tak sebagus mana.

 

Cita-cita bukan lagi cikgu, polis, doctor, jurutera ect..tapi cita-cita tinggi melangit setinggi lutut adik kecil 4tahun saya…

 

Habis SPM nak masuk AF, Malaysian Idol, Gangstarz, Audition, Mentor bla..bla..bla..!

 

Pelajaran entah ke mana. Kenapa tidak, kalau dah betul minat musik, minat seni suara, sambung belajar lagi..dalami betul-betul apa itu musik, apa itu lontaran vokal, apa itu pitching lari.

 

Apa yang hebatnya jika lepas tamat Akademi, masih terkial-kial mencari ruang dalam industri hiburan. Bila tak mampu survive, balik kampung tolong keluarga jual sate. Berapa ramai budak AF yang ada album penuh? Ahaha, yang takda album lagi ramai. Dah 3-4 tahun keluar AF, masih nyanyi lagu orang.

 

Janganlah cuma penuhkan ruang akhbar di ruangan hiburan dengan kisah dengan siapa kamu bercinta, dengan siapa kamu putus cinta, hal saman-menyaman, hal kena tangkap basah.. Malu weh, malu!

 

Wonder Girls dan Rain itu, bertahun-bertahun diletakkan dalam latihan, barulah dikeluarkan menjadi artis. 1dunia kenal.

 

Tapi, di Malaysia,

Cuma 3 bulan dalam latihan, mampukah lahirkan bintang?

Friday, May 07, 2010

Asada Ryutaro berwasiat kepada ku. 'Wahai Ain Comel......'

Salam’alaik. Cuti-cuti Malaysia~~

 

Disebabkan entri blogger kacak sebelum ini, tidak semena-mena saya mendapat perhatian dari encik kacak si Asada Ryutaro untuk menerima wasiat dari dia. Ikhlas ke ni beri wasiat pada saya, encik Asada?

 

WASIAT DARIPADA ASADA RYUTARO

Dia berikan pada saya seekor lembu hitam yang seksi menawan. Elok ja saya tengok lembu ni, terfikir-fikir satu perkara. Lagi bagus kalau Asada sponsor seekor lembu untuk kenduri kahwin saya nanti. Haa dah jimat bajet untuk seekor lembu.

 

Soalan 1 : Thank and link the person that gave you the cow.

 

Terima kasih untuk wasiat ni, Asada. (nama sebenar dia masih belum diketahui). Lembu ni dah bertukar rumah dari satu blogger ke blogger yang lain. Untung juga jadi lembu. Walaupun tak hensem takda janggut+jambang macam Asada, ramai sungguh blogger yang mahu pamerkan lembu hitam ni di blog masing-masing.

 

soalan 2 : Bagi balik wasiat ni kat 7 blogger yang paling aktif

 

err…sapa nak mewarisi lembu hitam ni? Meh amik meh.

 

soalan 3 : Bagitau yang diorang dapat wasiat ni daripada orang kaya kampung sepening lalat.

 

(copy-paste balik dari Asada sebab tak faham soalan ni, huhu)

untuk makluman kepada penerima wasiat ni, Orang Kaya Kampung Sepening Lalat yang bagi lembu ni. berapa banyak la lembu dia ada, tu saya tak tau. hehe.. tahniah lah sebab nama anda tersenarai dalam penerima subsidi skim baja petani ni.. eh, silap.. cam tok penghulu lak aku cakap.. lembu.. lembu.. bukan skim baja. hahaha..

 

 

soalan 4 : cerita 3 perkara yang selalu anda buat sambil tengok tv.

 

Peluk bantal.

Pegang remote.

Usik adik kecik bila iklan.

 

soalan 5 : bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan.

 

Taktahu nak jawab apa. Apa yang pelik ya.

Budu?

Lulus.

Cencalok?

Lulus.

Sambal tempoyak?

Lulus.

 

soalan 6 : cuba bagitau berapa orang dah kawan anda di Facebook.

 

465.

sedang berusaha membuang ‘kawan’ yang tak berapa nak berkawan dari senarai.

 

soalan 7 : soalan cepumas, macam mana korang berjumpa spouse or pakwe or makwe.. kat mana?

 

Err..macam mana nak cakap ya. Kenal kat Friendster. err..lagi..lagi...isk! rahsia lah. malu nak cakap.

 

Haa habis pun soalan. Sudah sudah! Takmau lagi wasiat-wasiat @ tag. Hehe.

Wednesday, May 05, 2010

Blogger Kacak yang Bikin Hati Gua Goncang!

Berapa ramai blogger kacak (lelaki lah, ada ke perempuan kacak?) yang bila kamu masuk blog dia, jantung berdetak laju. Rasa nak gugur? Rasa bagai direntap? Iman kelip-kelap? Duhh.  

 

Jangan ingat orang lelaki saja suka cuci mata. Orang perempuan pun sama tau. Cuma kami gadis-gadis pemalu di dunia nyata, akan sangat sedikit teruja dengan blogger-blogger sedap mata memandang ni.

 

Entri ini akan saya ceritakan blogger kacak yang bikin kecoh rumah saya. Rumah sewa, bukan rumah mak ayah. nak mampos gedik-gedik depan mak ayah.

 

Rumah saya ada tiga orang blogger amatur. Masih amatur, belum blogger tegar. Apa saja pasal blog, kami kongsikan bertiga. Tiga saja. habis nak buat macam mana yang lain buta internet. Blog pun taktau. Window 7 dengan Office 2007 pun taktau apa beza.

 

Seorang blogger kacak ni, saya mula tahu blog dia bila seorang housemate saya, Gadis M cerita pasal entri dia berkenaan tempat duduk lelaki perempuan diasingkan dalam bas. Saya teruja. Islamiknya dia. Buka laptop & cari blog dia.

 

Perghh, header saja sudah mengancam jiwa. Bila baca entri-entri dia, fuh..! penulisannya sama kacak dengan orangnya. Sejak itu blogger lelaki ini jadi fenomena antara kami bertiga. Mungkin juga ribuan follower gadis-gadis blog HA.

 

(cakap dengan kuat dari bilik sendiri)

Gadis F : weiiiii!!! HA masuk blog akuuu!

 

Cukup kuat untuk didengar oleh saya dan Gadis M. Lalu kami berdua menerpa ke bilik Gadis F. semata-mata nak tengok apa blogger HA tulis di shoutout box Gadis F.

 

 

(sambil menekur kepala)

Gadis M : ergghh, kenapa HA tak masuk blog aku ni……..(suara sayu)

 

Sejak itu sepertinya Gadis M dan Gadis F bersaing menanti-nanti blogger HA menjejak kasih di blog masing-masing. Seakan sudah menjadi satu hiburan pula mendengar nama HA diomel-omelkan di rumah saya.

 

Gadis M : waa, HA masuk blog aku!

Gadis F : eleh, dia pun masuk blog kite jugak!

 

Oppss, kami gatalkah? Terpulang pada tafsiran pembaca. Kami meminati HA disebabkan gaya penulisannya. Santai berdakwah. Tegurannya tak terasa pedas, tapi terkesan di hati. Kacak? Wahh itu bonus.

 

Akhir semester, saya pula yang menekur kepala,

 

“wei…kenapa HA tak pernah masuk blog aku pun!”

 

Hahaha. HA aka Hami Asyraff.

 

Blogger kacak kedua, pelik namanya. Awal-awal dengar nama dia dari Gadis M dan Gadis F, saya tak ambil pusing sangat. Satu hari, mereka tunjukkan FB dia.

 

Perghh! Jejaka seorang ini lagi bikin hati kami goncang. Haha.

 

Asada Ryutaro. Rasanya macam bukan nama dia. Huhu. Saya tak tahu apa nama sebenar dia. Okay abaikan. Jejaka Asada ni agak friendly orangnya. Baguslah buat saya tak jemu nak masuk blog dia. Hari-hari pun takpa. Hihihi.

 

*Asada, sila blushing*

Dua nama ini menjadi gurauan sesama kami bertiga. Pemangkin semangat nak berblogging. Muahaha, sangat tak menahan.

 

Ehem, diingatkan…kami minat blogger berdua ni takda lah sampai tahap berangan nak bercinta dengan mereka. No no no!

Tuesday, May 04, 2010

ragam rakan serumah perempuan

Salam’alaik. Salam bau laut Penang. Harum harum di hati. Hehe. Ini ayat untuk bikin panas sesiapa yang masih terkandas di kampus dan belum pulang bercuti.

Susulan daripada entri roommate saya, terasa nak buat entri baru berkenaan housemates pula.

Rumah manis rumah!

Saya suka duduk rumah sewa sekarang. Ada 6 bilik. 1 bilik 2 orang. Maka saya ada 11 rakan serumah pelbagai pe’el dan ragam. Lumrah hidup bermasyarakat, tambah-tambah orang perempuan. Banyaklah masalah perkara berbangkit.

DAPUR

Pernah dengar orang cakap ‘orang perempuan tak boleh berkongsi dapur’?. Hipotesis ni timbul bila wujud masalah bila menantu dan mertua tinggal serumah. Selalunya Kadang-kadang bermasalah sikit antara menantu dan mertua tambah-tambah bila kongsi dapur.

Mertua : dapur ini aku yang punya!

Menantu : langkah mayat saya dulu kalau mak nak conquere dapur ni!

Saya ingatkan perkara itu takkan berlaku di rumah bujang. Kes biasa, bila guna dapur (termasuk perkakas dapur). Dah guna tak reti basuh. Kupas bawang kulit bawang bersepah-sepah di lantai. Kalau dah tahu malas menyapu, buat kerja lapik la surat khabar.

Kemudian, orang lain yang nak guna dapur kemudiannya, sama ada terpaksa kemaskan sepah yang dibuat orang orang sebelumnya, atau cuma berleter-leter pasal dapur tak dikemas semula. Ada dua cara mengatasi :

tegur dengan hemah

“sori. jenab, hang guna kuali tadi kan? Tolong basuh sekarang boleh tak. Aku nak guna la. TQ ya!”

Atau

Perli pedas-pedas secara kuat+nyaring

“sapa guna kuali goreng teloq tadi tak reti basuh balik hah? Aku nak guna tengok kuali kotoq”

Padahal orang yang tak basuh tu ada depan mata.

Memotong giliran.

Kamu sedang menyiapkan bahan-bahan untuk masak, elok dah nak siap & tinggal nak ambil kuali, secara tiba-tiba dan tergesa-gesa rakan serumah anda keluar dari bilik dan terus ambil kuali, letakkan atas dapur. Kemudian dia baru buka peti ais keluarkan sayur, cabai, ikan etc.

Dan dengan selamba dia cakap, “weh aku guna dulu. Aku dah letak kuali dah. Ko guna lepas aku guna!”

Agak-agak, kamu hangeennnn satu badan tak?

BILIK AIR

Rumah saya ada 3 bilik air. Dua di tingkat atas. Bilik air di tingkat atas agak luas berbanding bilik air bawah. Biasanya penghuni bilik 1 dan 2 kerap guna bilik air A. Penghuni bilik 3 dan 4 pulak kerap guna bilik air B. tapi bebas je lah nak guna yang mana pun. Takda aturan, cuma kebiasaan.

Secara muafakat, bilik 1 dan 2 ada giliran cuci bilik air. Tapi sorang gadis X ni taknak cuci tandas masa giliran dia cuci bilik air, dengan alasan dia poo-poo kat tandas di bilik air sebelah. Kamu rasa, dia cuci tak tandas bilik air sebelah walaupun dia guna bilik air tu untuk poo-poo?

Teknik melepaskan diri yang sangat bijak dan teruk.

Agak-agak pengguna bilik air B yang cuci bilik air B, hangin tak?

Sunday, May 02, 2010

cara menamatkan riyawat suami tua+kaya dengan cepat

Salam. Saya dah habis exam. Saya dah berada di rumah. Pada sesiapa yang masih terkandas memerah otak menghadapi exam, selamat maju jaya saya ucapkan.

 

Macam biasa, bila dah ada di rumah, akan rajin tengok TV sebab TV selalu terpasang. Bagi saya yang ada adik kecil, nak taknak terpaksa mengadap saluran yang kekartunan ni. Boleh kenal dah si Hagemaru, Kapten Boleh, Putera Syazlan etc. Dan juga, bila ada di rumah, akan banyaklah tertengok drama Melayu. 

 

Drama Melayu, macam biasalah, mesti ada banyak babak makan. Kemudian, kalau kes kahwin paksa, anak Dato’ mesti kena kahwin dengan anak Dato’ (kes AdaMaya), habis tu, rakyat marhaen ni tak kena kahwin paksa ke?

 

Lepas tu, drama Melayu selalu berkisar bisnes orang kaya-kaya, bincang projek juta-jutan punyaaa.. Rumah besar gabak. Mesti ada driver, orang gaji, kereta merc, rumah pintu pagar auto, makan lauk pauk penuh meja, pinggan mangkuk berjenama, makan bersudu, sarapan pagi minuman oren, roti bakar. Pendek kata, melampau-lampau gaya mewah kehidupan yang dipaparkan. Tapi, realitinya kehidupan majoriti orang Melayu, bagaimana ya?

 

Hero & heroin kaya raya mesti cantik cun melecun, & hensem gila. Contoh nama yang selalu sangat diguna ; danial, adam, bella, maya, linda, rina..bla..bla.. Banyak lagi ah. Bluekkk, yeka? Rasanya macam agak jarang nak jumpa individu lahir 1970-1990 nama macam tu. Budak-budak umur bawah 10tahun sekarang, yelah trend nama macam tu.

 

Bila ada drama tema perempuan muda kahwin lelaki berumur yang harus kaya, kena ada babak si isteri muda bergetah masukkan racun dalam makanan suami. Iskk, bab ni memang saya terfikir lebih dari yang lain. Kenapa nak kena susah payah racun suami? Kalau nak bunuh pun, tak payah susah payah taruk racun lah. Buat bukti kes polis ja nanti (harus polis Gerak Khas).

 

Meh, saya nak kongsi apa yang saya terfikir kalau si isteri muda bergetah nak menamatkan riwayat sang suami dengan cepat.

 

Mudah ja. Hari-hari masak sedap. Yum yum! Masak makanan bersantan berlemak yang best-best, buatkan kuih-muih untuk minum petang yang manis-manis, air pun air sedap-sedap, taruk gula/pemanis kaw-kaw punya. Pendek kata semua makan berkolestrol tinggi lah.



Tak payah susah payah dah letak arsenik dalam makanan suami tua. Masak sedap-sedap macam ni, pasti dalam masa kurang 3tahun, orang tua tu dah kena penyakit tiga serangkai, penyakit orang kaya. Sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

 

Kalaupun si suami tu mati masa buat pembedahan pintasan jantung koronari, ada ke sesiapa nak syak ini angkara si isteri?

 

Muahahahaha! Gelak jahat.