Monday, November 30, 2009

Adikku, inilah konsep ‘takda rezeki’.

Beberapa hari sebelum balik ke Penang untuk raya haji, saya dan Bihah berkesempatan meredah hujan dengan motor kak Nad ke pekan Tanjung Malim. Beli tiket keretapi, dan pergi cari hadiah Aini untuk adik-adiknya. Jenuhlah jugak melilau dalam kedai untuk cari hadiah yang sesuai. Dengan bajet 2rm satu! Dua ringgit, tahu!

 

Entah bagaimana, saya berkenan pula dengan tabung ladybird warna merah hitam yang comel. Harga pun, ok la. Dalam kemampuan kocek yang sengkek di hujung-hujung semester ini.

 

Untuk Kakak. Birthday girl yang kepoh. Hehe.

 

Masa kami sefamili meraikan hari lahir 4beradik di Pizza Hut baru-baru ini, saya lupa pulak nak bawa sekali hadiah tabung itu. Maka, esoknya, saya berikan kotak berisi tabung ladybird itu pada Kakak. Tak berbalut. Takda kad. Alaa, yang penting isinya, kan?

 

Kakak seronok sangat bila saya hulurkan kotak hadiah tu. Teruja muka dia. Sambil melompat-lompat, dia menjerit

 

“yea yea Tata yang cantik bagi Kakak hadiah!”

(sempat membodek plak)

 

Saya pula ketika itu tengah bercermin. Tak sempat perhatikan dia buka kotak tu.

 

“pranggg!!!”

 

Opss! Bila saya toleh ke arah kakak, dia tengah terpaku dan tabung ladybird tu dah syahid.

Pecah berderai.

Takda harapan nak diselamatkan. Hancur menjadi keping-keping kecil. Waaa!

 

Muka Kakak kelihatan gementar. Pucat lesi tak berdarah. Mungkin takut saya marahkan dia sebab pecahkan hadiah yang belum sempat dilihatnya itu. Baru saja keluarkan dari kotak, terus jatuh ke lantai dan pecah. Mungkin ‘kuchiwa’ dengan kegembiraan yang sempat 5saat dinikmatinya.

 

Saya pun masa tu tergamam jugak. Tapi terus suruh Kakak dan Adnin berdiri jauh-jauh sementara saya kutip serpih-serpihan tabung yang dah takda rupa ladybird tu.

 

Kakak dah macam nak menangis sangat-sangat dah. Alahai, takkan nak marah pulak. Lagipun saya takda rasa nak marah pun. Cuma terkilan sebab saya takda ganti hadiah lain dah untuk Kakak.

 

Saya cakap

“tak apa lah Kakak. Dah terpecah nak buat macam mana. Ni la namanya takda rezeki. Jangan nanges tau. Nanti Tata bagi hadiah lain lah kat Kakak ya!”

 

Kak Uda pun pujuk Kakak jugak. Mama pun sama. Muka Kakak memang monyok sangat-sangat dah. Moody ja dia. Nak tergelak pun ada bila saya tengok muka Kakak. Tapi kalau saya gelakkan dia, terus menangis pulak nanti. Tahan, tahan. Hehe

 

Mama cakap

“Kakak, tak apa. Takda rezeki Kakak nak dapat tabung tu. Allah dah tetapkan Kakak tak dapat hadiah tu. Contohnya, kalau makanan tu dah ada dalam mulut Kakak pun, tapi bila dah takda rezeki, mungkin makanan tu boleh terkeluar jugak dari mulut Kakak. Nanti Allah ganti dengan hadiah yang lebih baik.”

 

Alhamdulillah, nampaknya Kakak faham.

 

Esoknya, dia dah lupa pasal hadiah yang pecah tu. Tapi sempat pulak dia cakap pada saya,

 

“Tata la punya pasal ni, bagi Kakak hadiah kaca. Kan dah pecah. Kalau Tata bagi hadiah plastik kan tak pecah”

 

Aikk?? Saya jugak yang salah. Sekeh kang budak mulut murai tercabut ekor ni baru tau!






Nota Kaki :

Gambar ni semua di posing sakan bila Kak Uda pakaikan dia tudung. siap lilit-lilit lagi. seronok dia dapat pakai tudung dan ikut Kak Uda pi rumah kawan di Butterworth. Tu nanti mesti becok pulak cerita pengalaman dia dapat naik bas.

Friday, November 27, 2009

Tata, cepat balik!

Selesai peperiksaan, saya lewat sedikit balik ke rumah. Hari terakhir exam adalah 18hb/11 tapi 24hb/11 barulah saya balik.

.

19hb, saya menelefon Mama, untuk berbual dengan Kakak. Rindu dia. Semasa berbual, dia ada berpesan, "tata, balik hari sabtu tau!", dan saya pun dengan tidak berfikir apa-apa, terus berkata, "ok, tata balik hari sabtu k"

.

Namun, disebabkan ada perkara-perkara berbangkit yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat balik Penang lebih awal. Paksarela beli tiket tren 24hb.

 

Opss! Rupanya ada sebab kakak minta saya balik rumah hari sabtu. Rupanya hari sabtu, 21/11 adalah birthday dia. Saya betul-betul terlupa. Bila dah baca blog Mama, baru tahu hari ini hari ulangtahun kelahiran Kakak. Maaf dik, hehe. Tak ingat. Ramai sangat adik....

 

Dengan rasa bersalah (kot) saya telefon Kakak. Seronok dia bila saya dan famili debat UPSI nyanyikan lagu harijadi pada dia. Kakak suruh saya cepat balik sebab nak pi makan piza, katanya. Oh patutlah teruja sangat si Kakak ni. Seronok nak pi Pizza Hut rupanya.

 

Okay, ringkas cerita, setelah bergoyang-goyang dalam keretapi selama lebih 6jam dari Tg.Malim ke Butterworth, saya pun telah selamat sampai di rumah.

 

Hari berikutnya, kami serbu Pizza Hut di Gurney Drive. Jom jom tengok gambar...

untuk mengurangkan kos dan supaya lebih meriah, maka sesiapa yang tarikh lahirnya berdekatan, buat pakej sambut sekali ja. satu kek, kongsi la empat orang ya.

Kak Uda - 25/10

Kakak 21/11

Kak Chik 29/11

Angah 12/12hehe saja nak dengkikan adik-adik. sejak dari dulu kala, saya tak pernah kena kongsi kek birthday dengan sapa-sapa sebab tarikh lahir saya tak dekat dengan sapa-sapa pun. haha teruk punya kakak.

dan,

sejak saya darjah 5, tak pernah miss kek birthday untuk saya sampailah sekarang.

Terima kasih penganjur program terbaik.

terima kasih Baba Mama sebab dah buat yang terbaik untuk gembirakan hati anak-anak kalian.

ngapp! yum3x..bukan selalu boleh pi makan Pizza Hut, ye tak? 

Kak Uda dengan Baba pantang saya arahkan kamera kat depa, terus posing sakan. curik piza hangpa dalam pinggan tu kang baru tau! haha

Saya bergambar dengan Kak Uda, belated birthday girl. Kek Spongebob? huhu Mama yang pilih. memang kek spongebob perisa kopi lah jawabnya. mujur sedap!

dengan adik lelaki saya, Angah. ni saja lah anak teruna dalam kalangan anak-anak dara. Dik Nin kecik lagi. Ohh, mujurlah kamu tak jadi 'nox' adikku, walaupun membesar dalam kalangan adik-beradik perempuan.

nampak macam anak dengan ayah tak?

ni Kak Teh. iskk jangan tanya kenapa muka adik-adik saya lebih matured dari saya.

dan tentunya berbanding Angah, Kak Uda, Kak Teh dan Kak Chik, sayalah yang paling kecik.. erghh, kenapa kenapa??

dengan Mama!

dah balik rumah ni..lepak kat bawah rumah dulu. kekenyangan. burpp! Alhamdulillah. err, Adnin memang begitu. suka panjat-panjat. hehe. tertungging sana-sani. adehhh
.
.
.
Nota Kaki :
Mungkin ada yang mempersoalkan cara famili saya. Meraikan hari lahir adalah sesuatu yang wajar. tapi, Baba Mama tak pernah ajar kami untuk diberi hadiah mahal-mahal sempena birthday. sekadar makan-makan bersama. dan ada kek.
.
Jadi, birthday siapa pun, semua dapat manfaat dan sedapnya. hehe.

Monday, November 23, 2009

Ain, aku geli nak pinjam buku Bio hang! – Amal

Entri sebelum ni saya ada sebut pasal buku rujukan Biologi. Hehe, buku kesayangan zaman sekolah. Seingat saya, saya masih simpan buku warna hijau terbitan Fajar Bakti (sekarang Oxford Fajar) di rumah. Err, tapi saya tak ingatlah simpan di mana. haha

 

Buku Biologi tu antara buku paling lusuh dan lunyai dikerjakan saya. Puas hati bila buku tu nampak lusuh, tanda saya selalu belek dan tidak mengabaikan buku itu.

 

Tapi, buku itu ada ‘sesuatu’ yang sering menjadi kutukan kawan-kawan yang selalu belajar bersama saya.

Ini.........

Haha. Amal, Faiezah, Che’ Pah dan Sherry selalu cakap geli nak pinjam buku saya. Depa merungut banyak sangat contengan ala-ala berudu dan telur mata tu di buku saya. Hampir setiap mukasurat! Dan setiap mukasurat tu ada banyak ‘berudu’  dan satu telur mata.

 

Saya akan lukis ‘telur mata’ dengan saiz yang besar. Kemudian kepala ‘berudu’ tu kecil sedikit dari saiz ‘telur mata’, dan ekornya panjang berlingkar-lingkar. Ada juga ‘berudu’ yang berlaga sesama sendiri dan ‘berudu’ yang hilang arah dalam menuju ke arah ‘telur mata’

 

Suka hati lah!

Entah kegemaran atau tabiat, tatkala Cikgu Zaharah mengajar, sambil dengar saya akan melukis banyak-banyak ‘berudu’ tu di buku. Juga semasa ulangkaji atau study group dengan kawan-kawan, saya akan tambah koleksi ‘berudu’ tu di buku saya.

 

Hehehe. Motif sangat suka lukis berudu tu, kan kan kan??

 

Telur mata = ovum (gamet perempuan)

Berudu = sperma (gamet lelaki)

Apa perkara yang mengharukan saya sebagai seorang pelajar?

Bila cikgu sekolah masih ingat saya. Ohh rasa sangat terawang-awang dan hati berbunga riang. rasa bahagia itu lebih dari bila dapat surat cinta dari secret admirer. Dan rasa bahagia itu serta merta menjadi sebak bila cikgu sekolah menengah meninggalkan mesej di blog, bertanyakan,

 

“ain, bila nak mai sekolah?”

Rasa sangat terharu bila tahu cikgu-cikgu sekolah sesekali berkunjung ke blog saya. Cikgu Rozai, Ustaz Hasrul, dan Cikgu Zaharah

Terharu. Dan dalam masa sama rasa bersalah sebab saya sendiri jujurnya, jarang menjejak kaki ke SMKA (P) AlMashoor walaupun wujud kesempatan. Ampunn..

 

Bila teringat zaman sekolah, memang banyakkk sangat perkara yang mengusik rasa dan jiwa. Terutamanya cikgu-cikgu, ustaz-ustazah yang dah meletakkan saya di tahap ini.

 

Iya mungkin bagi kamu yang lain, apalah yang ada dengan Pendidikan Sains (Biologi) di UPSI ini. Tak gah pun. Tak semegah kawan-kawan yang mengambil jurusan-jurusan lain yang nak menyebutnya pun terbelit lidah nenek di kampung.

 

Nurul Effah Hamzah di UTM – Kejuruteraan Kimia

Haziela Hamid di UKM – Genetik

Nur Aainaa Muhamad di UTM – Matematik dgn Pendidikan

*Nurul Amal Shaik Mohd Rodhi di USM – Mikrobiologi

Sharifah Nafisah di UIAM – Bahasa Arab dgn Pendidikan

Sharifah Nadiah juga di UIAM – Kejuruteraan ##### (tak amik major lagi, katanya)

Faiezah Shaik Farid di UMK – Bioteknologi

Azreena Zabidi di UIAM – Perubatan

Nur ‘Iffah Mohd Nasir di Syria (atau Jordan, tak pasti) – Syariah/Bahasa Arab

(kalau ada penambahan atau kesilapan, boleh letakkan di ruangan komen)

 

Opss ramai lagi yang hebat-hebat tapi saya tak berapa ingat mereka di mana sekarang. Alhamdulillah. Sahabat-sahabat seangkatan 5 Melur ramai yang berjaya dalam bidang pilihan masing-masing. Tahniah.

 

Zaman sekolah, zaman dipenuhi nasihat (seringkali dianggap leteran) oleh cikgu-cikgu kepada pelajar remaja yang orang kata ‘baru nak naik’. Tapi dalam banyak-banyak nasihat dan leteran itu, ada satu frasa yang sangat terkesan di hati saya.

 

Masa tu, dalam makmal Bio di SMKA (P) AlMashoor. Cikgu Zaharah cakap,

 

“sebutir intan takkan terhasil tanpa tekanan yang kuat”

 

Terus masa itu juga saya tuliskan frasa keramat (pada saya, tapi taktahu lah pada yang lain) dalam buku rujukan Biologi. Muka depan. Dan balik rumah saya tuliskan lagi frasa itu pada kertas A4 dan tampal di dinding bilik.

 

Masa nak SPM tu, frasa tu bagi saya cuma sekadar satu frasa yang cantik dan sedap didengar. Ala, masa SPM, apalah sangat tekanannya. Hehe, kedengaran kerek di sini ya.

 

Bila saya melangkah ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, saya masih menulis frasa “sebutir intan takkan terhasil tanpa tekanan yang kuat” di nota-nota saya, dan juga conteng-conteng di meja. Dan di KMPP, barulah saya terasa tekanan belajarnya. Siapa yang pernah berada dalam sistem matrikulasi sebagai persediaan pra-Universiti, akan tahu dan faham.

 

Bila sesekali saya rasa lemah dan tak mampu nak serap tekanan belajar di matrik,

Saya akan pejam mata dan sebut berulang-ulang kali,

 

sebutir intan takkan terhasil tanpa tekanan yang kuat

sebutir intan takkan terhasil tanpa tekanan yang kuat

sebutir intan takkan terhasil tanpa tekanan yang kuat

sebutir intan takkan terhasil tanpa tekanan yang kuat,

 

sampailah saya rasa dapat kekuatan semula.

 

Terima kasih, Cikgu Zaharah.

 

*Nota kaki :

Teringat Amal pernah cerita pada saya, dia terjumpa Cikgu Matematik kami semasa Tingkatan Lima, Cikgu Baharom baru-baru ini. Bila Amal pergi jumpa Cikgu Baharom, apa yang Cikgu ingat pasal dia adalah,

“hah kamu kan yang selalu tak buat latihan Matematik yang saya bagi”, kantoi Amal. dah berapa tahun pun Cikgu masih ingat.

Hihi, saya lah tu seangkatan dengan Amal.

Saturday, November 21, 2009

i'm not single but still available.. shuhhhh!

Ada suara-suara sumbang yang pernah bertanya,

“ain, kenapa kau tak cakap kau ada pakwe ke tak dalam blog?”

 

“ain, ko sorokkan pakwe ko sebab taknak orang tahu ko kapel ke?”

 

“teruknya mu ain bila mu buat-buat macam takda bf. Nak cari bf baru lah tu!”

 

Adess...helloo encik-encik dan tuan-puan pembaca blog yang disayangi dan dihormati sekalian. Ini blog peribadi Ain Fathihah. Cerita saya. Kisah saya. Sesekali boleh lah saya selitkan mengenai pakcik Fadzil. Sekali-sekala!

 

Tak sanggup saya nak masukkan semua kisah mengenai kami. Takkan lah tiap-tiap entri saya perlu masukkan ayat cintan cintun begini,

 

‘saya sayang dia ketat-ketat’

‘cinta sampai mati’

‘ i’m yours, you’re mine’

‘jangan siapa-siapa berani kacau jejaka ini sebab dia hak milik saya sepenuhnya’

(haha, ayat ditiru dari seorang blogger gadis. Takleh bagitau siapa)

 

Perlu ke?

 

Saya sendiri tak gemar membaca blog gadis-gadis yang menulis segalanya berkisar tentang bf, buayafren masing-masing. Bluekk, nak baca pun kadang-kadang geli-geli gitu. Inikan pula saya nak menulis sedemikian. Tapi tunggu lah bila saya dah nikah+kahwin nanti, insyaAllah akan selalu ada cerita pasal suami saya. Haha bajet macam dah nak kawen esok lusa kan?

 

Bosan lah nak baca blog yang asyik-asyik nak tulis ‘bf ku tersayang cuma SMS sembilan puluh sembilan kali hari ini dan sebab tak cukup seratus mesej sehari, adakah dia sudah tak sayang padaku?’

 

 Asyik-asyik nak tulis ‘hari ini cinta kami berumur genap tiga minggu’, kemudian esoknya tulis pula ‘hari ini cinta kami berumur tiga minggu satu hari’. Dan bila berselisih dengan bf perlu ke tulis dalam blog dan bagitau satu dunia (itupun kalau ada orang baca blog kamu),

 

‘aku gado dengan my sayang, aku nanges teresak-esak sampai tertidur. Arghhh, kenapa dunia tak adil pada aku’

 

Heyy, saya memang cukup bosan kalau termasuk dengan sengaja ataupun tak sengaja dalam blog-blog macam ni. Tapi, perlu diingatkan, blog ini sifatnya peribadi, maka suka hati dia lah nak tulis apa dalam blog dia asalkan jangan paksa saya jadi followernya! Haha.

 

Bukannya saya tak suka baca kisah cinta. Sukaaa sangat! Blog cinta yang kisahnya paling saya suka baca, blog Warna Nostalgia (blogger Encik Diman). Perghh, memang mengancam jiwa.

 

Lagi satu sebab minor kenapa saya tidak menulis sangat pasal bf, sebab blog ini, ini, ini, ini, ini, ini, dan ini! Haha nasiblah kan saya ada keluarga blogger, maka tidak boleh terlalu over menulis pasal bf sebab Baba Mama saya akan sentiasa memantau blog saya dan mengikuti perkembangan kehidupan saya.

& malu lah adik-adik baca kakak depa tengah angau tak hengat dunia!

Friday, November 13, 2009

kelingking bertanda (pesan ayahanda)

Dalam hidup, selalunya ada dua persimpangan. Kiri dan kanan. Mahu memilih hitam, atau putih. Iyakah? Selalunya saya merasakan soal hidup bukan mengenai hitam atau putih. Tapi kelabu. Hoho..

Pendahuluan yang tak berkaitan pun sebenarnya. Cikgu BM, jangan potong markah saya. Sebenarnya entri ini saya mahu bercakap tentang kiri dan kanan. Ada apa dengan kiri kanan?

Begini, masa anak-anak dulu, seingat saya ketika umur kurang 4 tahun. Macam biasa lah, seperti ibu bapa lain, Baba & Mama akan ajar macam-macam perkara. Pendidikan tidak formal.

Warna – nasi warna putih, daun warna hijau, sirap warna merah, baju Tata warna kuning, baju Baba warna ungu, baju Mama warna kelabu

Saiz & Kuantiti – ini besar, ini kecil, bola ini lebih besar dari bola kecil itu, pensel dalam bekas ini lebih banyak dari pensel warna dalam bekas itu, susu dalam botol ini penuh, setengah dan kosong (sudah habis diminum! Sapa entah masih minum susu botol sampai umur 5tahun, hehe)

Benda – ini motor, ini TV, ini buku, itu mesin taip Baba, ini lipstik Mama, itu lori besar, di sana lori kecil, itu ayam (yang selalu berak kat halaman rumah), itu pula angsa (yang selalu kejar budak-budak yang lalu-lalang depan dia, cis)

........

........

Belajar sambil bermain, seronok kan zaman anak-anak. Zaman U ni pula, belajar sambil tersengguk-sengguk. Adik-adik, jangan contohi kakak kalian.

Ada satu perkara yang Baba ajar, melekat kaedahnya sampai sekarang. Masa kecil (dan sampai sekarang pun), saya agak sukar membezakan kanan dan kiri. Maka, Baba ajar ;

“Tengok jari kelingking Tata, yang mana ada tahi lalat, itu kanan. Jari kelingking yang tak da tahi lalat, itu kiri.”



Dan saya akan tengok jari kelingking untuk membezakan arah kanan dan kiri, anggota badan kanan dan kiri dan apa saja yang berkaitan dengan kanan dan kiri. Nak makan, tengok dulu tangan mana yang jari kelingking ada tahi lalat, maka saya akan makan dengan tangan itu. Hehehe.

Rupanya kebiasaan dari kecil, ketika zaman anak-anak, terbawa-bawa hingga menjejak dewasa (tiru blogger Amir : Menjejak Dewasa). Saya masih sukar membezakan kanan dan kiri tanpa melihat jari sendiri terlebih dahulu.

Dan tentunya saya sangat ‘fail’ bila kena kawad kaki! Arghh, susahnya. Mana nak pusing kiri, mana nak pusing kanan, saya selalu keliru. Komanden suruh pusing kanan, saya terpusing kiri. Dan sebaliknya. Takkan nak angkat tangan tengok jari kelingking masa kawad kan? masa kawad kaki kan kena berdiri tegak.

Ngee, entah sampai bila saya perlu bergantung dengan jari kelingking bertahi lalat ni. Apapun, terima kasih ayahanda sebab dah ajar saya bezakan kiri dan kanan.

Juga, kiri dan kanan kehidupan.

Monday, November 09, 2009

persediaan exam Ain Fathihah

Lain orang, lain ragamnya menghadapi peperiksaan.

Alhamdulillah, tiga subjek dah selesai. Selesai peperiksaan bukan bermakna jodoh sudah tamat. Kalau-kalau panjang jodoh, mungkin akan jumpa lagi subjek itu semester depan (ahh, jangan!)

 

Entri kali ini, saya nak kongsi apa persediaan saya sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester tiga.

Peringatan : Ini bukanlah blog pakar motivasi, maka apa yang saya lakukan perlu difikirkan beribu-lemon kali sebelum dijadikan panduan.

 

UBI 1042 English for Communication 2

Saya ni sejak anak-anak memang ketara kelemahan saya dalam subjek ini. Bahasa Inggeris. Mungkin sebab saya kurang rajin membaca bahan-bahan bacaan berbahasa inggeris, dan juga kurang rajin menelaah subjek ini.

 

Laptop saya memang tiada lagu-lagu inggeris. Semuanya cuma lagu-lagu melayu (malaysia-indonesia). Balik-balik lagu yang saya ulang, Sudirman, P.Ramlee, BPR, Ukay’s, Opick, Ebiet G.Ade dan lagu-lagu lama. Jangan cuba-cuba nak cari lagu baru dalam laptop saya, err, takda rasanya.

 

Nasyid? Heh, cuba la cari. Sapa jumpa lagu nasyid dalam laptop saya, saya belanja makan kentang goreng.

 

Kalau tak terasa nak dengar lagu, saya cuma akan ulang-ulang dengar ceramah motivasi Dato’ Fadzilah Kamsah.

 

Kesimpulannya, laptop saya memang membosankan.

 

Maka, sebagai persediaan menghadapi paper EC 2, saya punggah-punggah folder CD, cari CD lagu Inggeris yang ada dalam simpanan saya. Sambil dengar lagu, saya cari liriknya dan cuba nyanyi sama. melalakkk! Hujan tak hujan, belakang kira. Hehe.

 

Barulah saya tahu lagu-lagu inggeris ni memang sedap didengar oleh telinga.

 

Boy I missed your kisses all the time but this is

Twenty five minutes too late

Though you travelled so far boy Im sorry you are

Twenty five minutes too late

 

Ngee, best gak cerita dalam lagu ni. Jadi sapa-sapa yang ada simpan perasaan pada seseorang tapi tak terluah, cepat-cepat la jumpa mak ayahnya dan masuk meminang. Haha.

 

Because of you

I will never stray too far from the sidewalk

Because of you

I learned to play on the safe side

So I don't get hurt

Because of you

I find it hard to trust

Not only me, but everyone around me

Because of you

I am afraid

 

Waa, lagu ni lagi menyentuh hati. Terus saya cari klip video lagu ni. Meleleh beb. Kisah seorang anak yang jadi mangsa perceraian ibu bapa. Anak tu jadi tak yakin diri, rasa susah nak percaya orang, dan rasa hidupnya kosong. Uhuhu..

 

I don't care who you are

Where you're from

What you did

As long as you love me

Who you are

Where you're from

Don't care what you did

As long as you love me

 

Ni pun, hehe.. tapi, cinta sedalam mana takkan buat hidangan tengah hari turun dari langit kan?

Boleh ke seorang lelaki tu cakap,

“I takda kerja, I takda harta. Tapi I ada cinta yang segunung tinggi untuk U. Kawen la dengan I, demi cinta suci ini”

 

Haa, kamu perempuan-perempuan. Sila jauhi lelaki macam ini. Ini lelaki yang tak bertanggungjawab. Kamu takkan boleh pergi kedai runcit dan cakap, “pakcik, saya dan suami saya sudah seminggu tiada apa-apa untuk dimakan, tapi kami ada cinta yang hangat membara. Boleh tak beri kami beras sekilo dan sardin tiga tin?”

 

TBG 2013 Genetik

 

Buku rujukan berharga RM85 setebal 3cm masih suci murni dan bersih hingga ke hujung semester. Ini bermakna, Ain Fathihah sangat pandai menjaga buku. Ok tipu saja. Sebenarnya jarang belek buku Genetik tu, maka sebab tu la buku tu masih berbau kedai. Huhu, adik-adik, jangan tiru macam saya.

 

Hampir peperiksaan, baru saya membuka dan membelek buku Genetik pada mana yang patut. Kemudian baru lah sedar, buku ni sangat menarik. Biasa la kan buku Biologi, banyak gambar dan warna-warni.

 

Pensyarah selalunya akan bagi tutorial sebagai assignment untuk dikunyah dan dihadam sebaiknya. Maka, buatlah tutorial yang pensyarah beri itu sesungguh hati. insyaAllah bermanfaat untuk masa depan kamu. Hehe.

 

TQ Dr.Fatimah!

 

TKU 1033 Kimia Asas 1

 

Ini memang antara subjek yang kurang mendapat kasih sayang saya. Quiz 1 dan Quiz 2 memang hancur sehancur-hancurnya. Bila kuiz rendah, bermakna carry marks rendah. Bila carry marks rendah, memang membantutkan semangat dan rasa ‘down’ sangat. Eh bukan Down Syndrome ya.

 

Dua hari sebelum exam subjek ini, saya selak kertas soalan kimia tahun 2006.

Erm,

 no 1.....errr

No 2....iskk

No 3.....errr

No 4....zzzz (tertidur)

No 5....errr

No 6....iskk

No 7...hurm..

No 8...ermm..

No 9...waa..

No 10..waa!!!

 

10 soalan pertama pun saya dah tak reti jawab. Arghhh! Ini bukan perkara alang-alang nan kepalang (bak kata Abg Din). Terus rasa sangat takut dengan kebodohan diri. Serta-merta nak ketawa dengan kebodohan diri.

 

Tapi, tetiba ‘hujan’ lebat..menderu-deru ‘hujan’. Sob sob, boleh pulak saya menangis teresak-esak sebab tak mampu nak jawab soalan. Takut, ketaq tali perut che’!

 

Lepas menangis, biasa la mesti rasa pening kepala. Kemudian tertidur semalaman tak study. Maka hanguslah sepetang dan semalaman tanpa menelaah. Entah apa-apa ja lah si Ain Fathihah ni.

Jangan tiru macam saya.

dua subjek lagi.... jom study!

Sunday, November 08, 2009

Kekasih Halal

Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha
Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis kuberdoa jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal memeluk halal mencium mu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

haha motif sangat letak gambar sendiri

tiba-tiba sangat suka lagu ni

comel sangat

.

.

Hey kamu, mahu jadi kekasih halalku?

Friday, November 06, 2009

tahniah Fika


Tahniah Pika @ Kak Pek.

Syafiqa Amirol Melvin atau panggilan mesranya, Fiqa berjaya mengenepikan empat finalis lain - Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia) dan Putri Noor Nawal Ramlan (Putri) - untuk merangkul gelaran Gadis Melayu 2009.

.

.

hehe Fika ni dulu jiran bilik sebelah masa kat KMPP dulu. Saya bilik B4.3.5, Pika bilik B4.3.7.. mula-mula masuk matrik dulu, bila selisih dengan Fika bila nak ke kelas @ bilik air, terus terdetik, "mak aiii, cunnya dia ni."

.

Teringat balik masa kami budak2 blok B4 paksa Fika masuk pertandingan Busana Muslimah, House of Jubah antara blok-blok perempuan di matrik Penang. dah dalam blok kami tu Fika ja yang paling menawan cun tinggi lampai, maka semua tolak dia untuk jadi wakil blok B4..

.

dia jahit sendiri manik-manik kat jubah dia, bagi lawa. lepas tu ramai-ramai duk tolong dia testing-testing selendang malam sebelum hari pertandingan.

.

Yang lawaknya, Fika ni bercermin mata. masa duk buat 'fashion show' atas pentas, Fika tak pakai spec. Mata dia memang tak nampak. Jalan pun menonong laju ja atas pentas. Pi kiri, pi kanan, pusing2 tengah pentas, dengan kadar laju dari biasa. hehe.

.

Yang saya ingat, malam sebelum paper final Biologi semester dua, saya semalaman di bilik Fika, paksa Fika ajarkan saya and Aishah bilik hujung pasal genetic biotechnology. ada pulak soalan yang Fika ajar tu. hehe. tq tq

.

Sekarang dah jadi Juara Gadis Melayu 2009 kamu ya Pika.. Tahniah..tahniah..

Jangan lupa sambung study balik tau.. UKM menunggu.

ini cilok gambar fika masa di matrik, dari Siti Aishah, classmates saya di UPSI. dia dan Husna (roommate masa matrik) sekelas dengan fika masa di matrik dulu. KMPP (bold sikit).

.

saja letak gambar-gambar Fika. dia ni dah memang cun. natural. tak mekap pun cun.

Thursday, November 05, 2009

cara normal redakan tekanan peperiksaan - celup kaki di sungai kalumpang

exam, exam jugak.. hidup mesti diteruskan. kebetulan saya dah memang merengek-rengek nak main air dari awal semester lagi, tapi takda sapa layan rengekan saya, huhu. terpaksa la tahan diri saja.

kebetulan pula akak-akak bilik sebelah saya merancang nak pi mandi sungai, dan mengajak saya dan roommate turut serta. mulanya plan nak pi Sungai Samak dengan basikal.

.

4 orang, seorang satu basikal. perghh terus hati saya terdetik, habis la saya pi Sungai Samak naik basikal, mau turun 10kilo. maka tinggallah saya badan sekeping.

.

kemudian tukar plan, roommate saya Kak Neha mungkin tak boleh berbasikal jauh, luka pembedahannya semasa bersalin belum sembuh sepenuhnya. carik-carik motor, nak pinjam untuk ke Sungai Samak. Okay sikit kot naik motor.

.

tengah-tengah malam sebelum hari kejadian, Kak Shikin dengan girang hati riang gembira memberitahu saya, "Ain kecik, bagitau Kak Neha kita tak jadi pi sendiri. Abang kawan akak, Una boleh hantarkan. Kita pi mandi kat Kalumpang lah, tak jadi pi Sungai Samak"

.

hah, dah senang nak senang lagi. best-best, ada orang hantar.

terus saya tanya pada Kak Shikin, "eh abang Una tu hensem tak?"

(soalan yang sangat tak perlu, haha tapi dah nama pun Ain Fathihah)

"rasanya tak hensem kot", segera pula Kak Shikin jawab. malas nak layan loqlaq saya la tu.

.

.

esok paginya, Kak Ngah dan Kak Shikin bangun awal, buat bekal. Dua jenis nasik goreng dan air oren, cukup untuk 10 orang. yang join 5 orang saja, tapi perlu ambil kira masing-masing punya perut tong. 

.

.

Saya dan Kak Neha memang teruja nak mandi sungai. oh jakunnya saya jarang dapat jumpa sungai best. nak pi tu, memang dah pakai siap-siap tshirt dan seluar trek yang akan dibawa kecebur kecebur dalam air.

.

tapi bila tengok Kak Ngah dan Kak Shikin bersiap, sakan dengan blaus dan jeans. erkk, apakah? sempat mekap lagi. waa kan nak pi mandi sungai ja, tak payah la lawa-lawa.

.

sampai Kalumpang, cari wakaf dan terus buka bekal, menyantap. kes tak sarapan dulu. hehe. habis makan saya tak sabar-sabar terus buka baju eh buka selipar ja, terjun sungai buat kuak lentang. isk tipu lagi. sebenarnya saya cuma celup kaki sikit-sikit. sejuk! dah basah kaki baru masuk sungai sampai lutut. tu pun dah gigil-gigil dah.

.

cuma saya, Kak Neha dan Una yang mula main air dulu. akak berdua yang melawa pusing-pusing sekitar, bergambar sakan. nak letak Facebook katanya.

.

macam biasa, air sungai Kalumpang memang deras. deraslah, dah kawasan agak berjeram. huhu letih badan nak tahan dari dihanyutkan air. tapi seronok buat-buat hanyut dan Kak Neha kelam kabut tangkap saya. ngee hehe.

ini dah lepas mandi, dan bersiap nak balik. eh takda gambar main air? tak payahhh!

.

saya suka jambatan gantung ni, tapi tak bergoyang sangat. kalau goyang kuat, lagi seronok nak lompat-lompat masa lalu atas ni. kan kan.

.

posing dulu sebelum balik. wajib ni. bukti. hehe.

.

ini roommate saya, Kak Neha. nama tak glemer dia, Nuriha Ismail.

cun? hehe. memang cun. nampak tu?

Puan Nuriha Ismail.

anak dua dah ni.

member sebilik, sekepala, sama loqlaq, suka melalak, selalu golek-golek sekatil sambil sembang2, sama2 lapar perut bila tengah malam, makan megi semangkuk, boleh tukar2 kasut & baju sebab sama saiz, berebut kek coklat, kongsi air blackcurrant goncang, bla3..

.

dah satu semester rupanya saya sebilik dengan Kak Neha. rasa macam ada kakak kat sini.

TQ!

Wednesday, November 04, 2009

untuk adik nurul arifah

salam. baru-baru ini saya dapat pesanan di entri aku & puisi kanak-kanak.

begini katanya ;

Assalamualaikum kak ain, kak ain, boleh tak kakak tuliskan sebuah syair bertajuk ilmu jika boleh terima kasih banyak banyak. Assalamualaikum



dari nurul arifah 

umur 8 tahun.

.

.

adik nurul, akak tak tahu macam mana nak hubungi adik.

insyaAllah akak boleh buatkan, tapi tak sempat nak buat dalam masa terdekat ni, tengah exam.

nanti bila akak dah buat (akak cuba secepat mungkin), akak postkan syair ilmu tu dalam entri akak seterusnya ya.