Monday, November 23, 2009

Apa perkara yang mengharukan saya sebagai seorang pelajar?

Bila cikgu sekolah masih ingat saya. Ohh rasa sangat terawang-awang dan hati berbunga riang. rasa bahagia itu lebih dari bila dapat surat cinta dari secret admirer. Dan rasa bahagia itu serta merta menjadi sebak bila cikgu sekolah menengah meninggalkan mesej di blog, bertanyakan,

 

“ain, bila nak mai sekolah?”

Rasa sangat terharu bila tahu cikgu-cikgu sekolah sesekali berkunjung ke blog saya. Cikgu Rozai, Ustaz Hasrul, dan Cikgu Zaharah

Terharu. Dan dalam masa sama rasa bersalah sebab saya sendiri jujurnya, jarang menjejak kaki ke SMKA (P) AlMashoor walaupun wujud kesempatan. Ampunn..

 

Bila teringat zaman sekolah, memang banyakkk sangat perkara yang mengusik rasa dan jiwa. Terutamanya cikgu-cikgu, ustaz-ustazah yang dah meletakkan saya di tahap ini.

 

Iya mungkin bagi kamu yang lain, apalah yang ada dengan Pendidikan Sains (Biologi) di UPSI ini. Tak gah pun. Tak semegah kawan-kawan yang mengambil jurusan-jurusan lain yang nak menyebutnya pun terbelit lidah nenek di kampung.

 

Nurul Effah Hamzah di UTM – Kejuruteraan Kimia

Haziela Hamid di UKM – Genetik

Nur Aainaa Muhamad di UTM – Matematik dgn Pendidikan

*Nurul Amal Shaik Mohd Rodhi di USM – Mikrobiologi

Sharifah Nafisah di UIAM – Bahasa Arab dgn Pendidikan

Sharifah Nadiah juga di UIAM – Kejuruteraan ##### (tak amik major lagi, katanya)

Faiezah Shaik Farid di UMK – Bioteknologi

Azreena Zabidi di UIAM – Perubatan

Nur ‘Iffah Mohd Nasir di Syria (atau Jordan, tak pasti) – Syariah/Bahasa Arab

(kalau ada penambahan atau kesilapan, boleh letakkan di ruangan komen)

 

Opss ramai lagi yang hebat-hebat tapi saya tak berapa ingat mereka di mana sekarang. Alhamdulillah. Sahabat-sahabat seangkatan 5 Melur ramai yang berjaya dalam bidang pilihan masing-masing. Tahniah.

 

Zaman sekolah, zaman dipenuhi nasihat (seringkali dianggap leteran) oleh cikgu-cikgu kepada pelajar remaja yang orang kata ‘baru nak naik’. Tapi dalam banyak-banyak nasihat dan leteran itu, ada satu frasa yang sangat terkesan di hati saya.

 

Masa tu, dalam makmal Bio di SMKA (P) AlMashoor. Cikgu Zaharah cakap,

 

“sebutir intan takkan terhasil tanpa tekanan yang kuat”

 

Terus masa itu juga saya tuliskan frasa keramat (pada saya, tapi taktahu lah pada yang lain) dalam buku rujukan Biologi. Muka depan. Dan balik rumah saya tuliskan lagi frasa itu pada kertas A4 dan tampal di dinding bilik.

 

Masa nak SPM tu, frasa tu bagi saya cuma sekadar satu frasa yang cantik dan sedap didengar. Ala, masa SPM, apalah sangat tekanannya. Hehe, kedengaran kerek di sini ya.

 

Bila saya melangkah ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, saya masih menulis frasa “sebutir intan takkan terhasil tanpa tekanan yang kuat” di nota-nota saya, dan juga conteng-conteng di meja. Dan di KMPP, barulah saya terasa tekanan belajarnya. Siapa yang pernah berada dalam sistem matrikulasi sebagai persediaan pra-Universiti, akan tahu dan faham.

 

Bila sesekali saya rasa lemah dan tak mampu nak serap tekanan belajar di matrik,

Saya akan pejam mata dan sebut berulang-ulang kali,

 

sebutir intan takkan terhasil tanpa tekanan yang kuat

sebutir intan takkan terhasil tanpa tekanan yang kuat

sebutir intan takkan terhasil tanpa tekanan yang kuat

sebutir intan takkan terhasil tanpa tekanan yang kuat,

 

sampailah saya rasa dapat kekuatan semula.

 

Terima kasih, Cikgu Zaharah.

 

*Nota kaki :

Teringat Amal pernah cerita pada saya, dia terjumpa Cikgu Matematik kami semasa Tingkatan Lima, Cikgu Baharom baru-baru ini. Bila Amal pergi jumpa Cikgu Baharom, apa yang Cikgu ingat pasal dia adalah,

“hah kamu kan yang selalu tak buat latihan Matematik yang saya bagi”, kantoi Amal. dah berapa tahun pun Cikgu masih ingat.

Hihi, saya lah tu seangkatan dengan Amal.

9 komen tak puas hati:

myQza said...

aduhai.. kalau aku.. aku juga akan jadi begitu terharu!!

Nurul Amal said...

weyhh
haha
peribahasa tuh aku pon still ingat
btol la ckg zaharah ckp masa kita kat lab buruk tgkat bwh skali tu kan..he3
da lama x jumpa cikgu,2la beliau duk tnya bila nk p skola..huhu

heyy,yg kena halau wat keja math kat library tuh hang skali ok!kita la..haha..wat malu ja..cikgu baharom ingat tuh..=)

ain fathihah fhm said...

eh eh aku sekali ka? ingatkan hang, sheri n pejah saja.

hahaha.. best kan kena halau kuaq kelas.. buat muka toya ja. ceh tak reti malu sungguh.

paling aku ingat yg masa kena denda dgn cikgu Fiza, berdiri kt belakang kelas sambil pegang buku Kimia...kih3

mizz_aainaa said...

amal: lab buruk? ish3.. kejam gila..

ain: ak rsa cm ak seangkatan dgn hg jek kna denda dgn ckgu fiza.. hehehe..

Nurul Amal said...

hahaha,yg kena denda ngan ckg fiza tuh mmg ingat sgtla..da la kita ja..peh tuh ckh fiza mai tnya sorg2 psepa xwat keja..hushh,xmalu tol..shery ngan pejah duk ngan kita la xpasal depa pon xwat keja 2..haha..tp 5 org seingat aku..lg sorg iffah nasir kan..he3

ain fathihah fhm said...

haha si pejah dgn shery tu mg suka kata 'ni hgpa punya pasai la ni kami pun tak buat homework'..

haha kenangan btoi la. rindu3x.

ain fathihah fhm said...

Aainaa, TQ sudi tgl komen kt blog aku. hehe

ain fathihah fhm said...

makmal Bio kt bawah tu memang buruk ah weh.. haha

tetiba teringat plak kt Lab Asstant, Encik Rosyan. kih2.

Nurul Amal said...

yohh
miss dat moment=b
lab bio yg buruk..
huh
rosyan yg rndh2 2kan?
hahahaha
ingt3!