Friday, February 27, 2009

keliru ilusi dan realiti

apa perasaan kamu kalau sesuatu yang mati-mati kamu sangkakan mimpi, rupanya telah pun berlaku dalam dunia nyata?
ini bukan ilusi, ini realiti...
dan telah pun berlaku pada saya.

Semester ini saya ada kawan serumah baru.
Dua orang. Cantik orangnya. Orang kelantan. Putih melepak. Cun. Course Pendidikan Seni Visual.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah malam tadi. Jujur. Walaupun dua orang kawan serumah kami yang baru itu lain sikit pe'elnya berbanding kawan-kawan seBio, saya terima tanpa sebarang masalah.

Apa yang masalah?
Rumah bising berdentum-dentam sekitar jam 3 ke jam 4 pagi, dengan suara pontianak mengilai (opss, saya tak pasti dari mana hadirnya pontianak berikut, memang seram!)
Saya terima, saya anggap tiada masalah.

Kehadiran kawan-kawan mereka yang kerap dan agak ramai, dengan suara yang juga mengilai-ngilai, pintu rumah ditutup secara berdentum...DAMMM!!!, kasut dibawa masuk ke dalam rumah sehingga kawasan dapur...
Saya terima, saya anggap tiada masalah. Mungkin itu stail orang seni agaknya.
dan yang lain-lain, tidak mahu saya coretkan di sini, keterlaluan agaknya.

Alhamdulilllah, saya terima seadanya. Kawan-kawan saya. Kenalan saya.

Alkisah bermula...malam tadi saya pening kepala + selsema. Dua hari bermain hujan secara tidak sengaja. Payung yang diguna bagai tak memberi makna. Saya tetap basah kuyup, dek angin kuat yang membawa hujan.
Malam tadi juga, sebelum saya tidur.. Saya melarutkan sebiji pil panadol Soluble dalam setengah cawan air. Jam 12mlm saya sudah bersiap untuk tidur. Pening kepala, amat! ditambah dengan hidung yang tidak selesa angkara selsema. Tak apalah, saya terima seadaanya.

Saya tidak pasti jam berapa, tiba-tiba tidur saya terjaga. Telinga dapat menangkap bunyi bising yang maha dasyat di gegendang telinga saya. Suara hilai tawa pontianak, bunyi pintu berdentum dan bunyi tapak kaki(kasut) yang dihentak-hentak.

Ahh, seperti biasalah. Seperti malam-malam sebelumnya. Seperti malam-malam yang saya dapat terima keadaan itu seadanya. Mungkin stail mereka begitu agaknya. Saya terima.

Kemudian seperti biasa, seperti malam-malam sebelumnya...tidur tidak nyenyak akibat bunyi-bunyi seni yang pada telinga saya keterlaluan itu. Saya meneruskan tidur. Dalam hati sebal menahan geram.

Selepas meneruskan tidur..saya berasa kepala saya makin sakit dek bunyi-bunyi orang seni itu. entah bagaimana, dalam sekejab waktu saya boleh bermimpi.. bukan mimpi biasa. tapi mimpi saya memarahi orang. Dengan suara saya yang agak ditinggikan, dengan ayat yang agak tajam barangkali. Yang pasti saya bermimpi memarahi orang..

Tak apalah, rezeki saya mungkin. Geram yang terpendam sekian lama dapat saya lepaskan dalam mimpi. Hehehe. Hati rasa seronok, la la la.

Paginya, saya bangun tidur dengan mata sembab dan kepala masih pening-pening lalat. Agaknya lalat pun tak pening macam saya, kan.

Kemudian, dengan suara bangga saya berkata pada Amy,

"ehh Amy. Malam tadi aku mimpi aku marah budak-budak bising tu la"
"mana ada kau mimpi. Betullah kau marah diorang. Aku dengar suara kau marah-marah malam tadi"
"hah? aku ingatkan aku mimpi je...!" cuaknya rasa hati. Tak semua orang boleh ditegur. Ditegur dengan cara baik pun booo layan, inikan pula dengan suara tinggi.

Patutlah pagi sebelum kelas pukul 8, kawan saya yang dua orang itu bersikap pelik. Kasut dihentak-hentak makin kuat. Suara bercakap mengalahkan bercakap dengan orang nun di hujung padang. Pintu bilik dan pintu rumah dihentam bertambah kuat, DAMMM!!!
protes agaknya.

Mimpi, yang saya sangkakan cuma ilusi, rupanya realiti.
Saya bersalahkah?

Wednesday, February 25, 2009

jangan main dalam makmal

Hee, entah kenapa, wireless di KUO sangat teruk akhir-akhir ini.
susah nak dapat sambungan internet dari kolej..
huuu...
Akibatnya, budak nakal ni secara tiba-tiba menjadi rajin untuk bawa laptop semasa perbincangan PBL. di makmal Bio pula tu...internet agak lajuuuu di sini. ada urmphh!
hahaha (lagi gelak jahat)
Orang lain bincang PBL, saya seronok main webcam kat laptop pulaa..
hohoho, bajet comel

jangan main-main haaa!!

Tuesday, February 24, 2009

terlajak-lajak

Alhamdulillah
dah selamat sampai KUO
mujur selamat!!

naik tren dari Butterworth ke Tanjung Malim
entah apa malang, terlepas stesen Tanjung Malim

tren tu pula tak berhenti di Kuala Kubu, Rasa dan Batang Kali!
arghh, jauhnya terlajak

terpaksa menurunkan diri dengan kebingungan di Rawang
terpinga-pinga (nampak sangat budak kampung)
beli tiket LRT dari Rawang ke Kuala Kubu

dah sampai stesen KTM Kuala Kubu,
nak kena cari bas ke Tanjung Malim
pakcik kaunter cakap, "adik jalan ke jalan besar, dua minit nanti jumpa hentian bas ye"

ahh, macam tipu je
aku jalan hampir 15minit baru jumpa jalan besar
(atau kaki aku yang pendek ke?jalan lambat)

tunggu pulak bas dengan muka toya
ahh, memang muka aku sangat sekupang
tunggu punya tunggu, silap arah tunggu bas pulak

lintas jalan, terkedek-kedek (dalam beg ada jeruk untuk Amy, berat!)
tunggu bas lagi
dengan muka semakin toya

akhirnya, ada bas ke Tanjung Malim
naik dengan gembira
(sempat plak tertidur dalam bas! kalau terlajak lagi, kan naya je)

sampai ke pekan Tanjung Malim
telefon pakcik keta sapu

dan...

yeaa! dah ada di KUO sekarang ni
ngehh ngeh ngehhh

moral daripada cerita ini adalah :
1. jangan percaya makcik yang duduk sebelah anda dalam tren (sebab makcik tu cakap tu stesen Behrang, padahal tu stesen KTM Tanjung Malim! tapi takpe la, kasi can kat makcik tu sebab anak dia nak pi temuduga kerja)
2. jangan buat muka terlalu toya, nanti orang tengok anda pelik
3. kerajaan, tolong la majukan sikit Kuala Kubu tu, macam pekan mati tau tak! seram aku
4. jangan terkesan dan gabra bila ada orang mengusik pasal culik (ahh, ni abg Din la ni..menyakat! aku dah ketaqqq tau.. eh, muka macam aku ni ada kebarangkalian untuk diculik tau. ehemm3, i kan cumil)
5. errr, tak tau nak merepek apa dahh..Lapaqqq ni! jom p makan jom

Monday, February 23, 2009

kalau aku Ultraman, aku nak alih UPSI

hari isnin ada kelas EDU dan Lab Histo
aku?
berada di rumah
rumah mana?
penang la..

ngehh3x...
tetiba balik penang, tak dirancang sangat
tetiba taknak balik tanjung malim

boleh tak aku nak alih UPSI ke Tanjung Tokong?
jadi aku takkan terponteng(terrrr??) kelas hari isnin.

hahahaha (gelak jahat)

Thursday, February 19, 2009

nakal dalam makmal


Salam'alaik. Hahaha...nakal mode!
dalam makmal, jangan YM! jangan update blog!

Wednesday, February 18, 2009

saya rindukan buah hati

Salam'alaik. Tidur saya tidak nyenyak. Seakan ada sesuatu yang mengganggu perasaan. Resah. Gelisah. Saya kerindu-rinduan. Saya merindu. Saya perindu. Siapa? Ya, saya rindu buah hati saya. Jauh dia di sana. ehh, bukan-bukan..saya yang jauh dari dia. Bila berjauhan, saya rindukan bau dia. Bau dia sudah semakin memudar di ruang hidung saya. Bila berjauhan, saya rindukan rengekan manja buah hati saya. Suara rengekannya sudah tidak segar lagi di telinga saya. Arghhh! Saya sangat rindu dia. Tolong...
Muhammad A'dnin Firdaus bin Mohd Roshidan Hati saya kadang-kadang merintih. Mengapa saya perlu jauh dari dia. Tolong....saya amat rindu pada keletah nakal dia. Rindu pada gelagat manja dia.
Bila terpandang kanak-kanak sebaya dia di sini, saya dengan cepat memaling muka. Tak sanggup teringatkan buah hati saya yang seorang ini. Aduhhh, peritnya menanggung rindu.
Dia sudah sebati dalam hidup saya. Dia sebahagian dari saya. Gelak tawanya sentiasa terbayang-bayang di ruang mata saya.
Tangisnya, rajuknya, sedih dia memang saya tak lupa... Duhai hati, bersabarlah...
Dedikasi buat adik-adik ku Afnan, Amirah, Adeebah, Atiqah, Adilah dan Adnin..
Kakak akan balik
tak pernah lupa
sayang adik
Tak mengapa dik
Jangan bimbang
Ibu ada
Ayah ada
Keperitan pasti ada penawarnya
Insyaallah
sama-sama doakan
Dari jauh kakak menangis
kerna rindu
padamu
Tapi
Adik harus mengerti
ada tugas
Ada kerja
Tak semudah seperti adik fikirkan
Tunggu
Kakak akan kembali
Bila kakak mahu pulang
Tiap kali itu disuarakan
di sudut hati
Kakak menangis
Mengenang nasib
Apakan daya
Pasti ada hikmah disebaliknya
Suatu hari nanti
Kau akan mengerti
Ayah, ibu dan kakak
Sentiasa mendoakan
Kesihatan
Kesejahteraan
Selalu
Kadang-kadang bingung
Buntu
risaunya ayah dan ibu
Namun
gagahkan jua diri
Redha kehendak Illahi
Itu ujian
Adik sayang
Hanya mati tiada penawarnya
Teruskan senyum
Kuatkan semangat
Insyaallah
Senyummu memberi harapan
yang tinggi
Semoga bahagia
Di samping ibu

Tuesday, February 17, 2009

my turn - public speaking

tajuk public speaking saya hari ini adalah,

Body Language in Flirting

hehe, jangan tinggal komen tak puas hati yang pedas-pedas yaa!