Showing posts with label kawan serumah. Show all posts
Showing posts with label kawan serumah. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

Dr.Kartini, dapur rumah saya terbakar!

Api. Kecil-kecil menjadi kawan. Bila besar menjadi lawan. Klise kan. Hehe dah macam karangan UPSR Bahasa Melayu Penulisan dah ni.

Malam semalam, sedang saya duduk-duduk bersembang di meja makan dengan Amira & Farah Aina sambil mulut mengudap makanan, Cik Fazreen dan Cik Lubna tengah tung-tang-tung-tang memasak di dapur. Nasi goreng. Hish hish hish, sudah naik bahu! (baca : bau).

Tengok syok makan, Lubna dengan muka tenangnya mai bagitau kami bertiga,

“wei, dapur terbakar. gi tengok jab”



Maka saya, Mira dan Aina bangun dari meja makan menuju ke dapur dengan muka hero.
Tengok dapur dua penunu tu, api penunu dah ditutup. Tapi api kecil masih menyala-nyala di bawah. Pelik. Kenapa api ni sambar meja dapur tu pulak.

Aina cakap, “hah, chem lab management, chem lab management! Cepat Ain dengan Mira, kena buat apa tu”

Saya membalas, masih dengan nada suara tenang “haa, Dr.Kartini cakap kena padam api dengan kain basah”

Lubna, “aku takut dapur tu meletup kalau siram dengan air lah”

(chem lab management tu merujuk pada subjek yang saya, Fazreen dan Mira ambil semester ni, Chemistry Laboratory Management Technique. Dalam subjek ni ada la belajar mengenai teknik pengurusan makmal, termasuklah apa tindakan yang perlu diambil kalau berlaku kebakaran di makmal)

Maka Fazreen yang tengah pegang kain buruk (kecik secoit) basahkan kain tu di sinki, kemudian dia tekupkan pada api di dapur masak tu. Api dah besar sikit dari tadi.

Tapi nampaknya kain buruk basah tu tak memberi kesan langsung pun. Makin marak adalah.

Rupanya bahagian yang sedang terbakar tu adalah kotak tebal yang digunakan untuk melapik dapur tu. Huhu. Jadi bila letak kain basah pun, tak jadi apa. Sebab punca api tu di bawah dapur.

Min, “nak kena pegi pinjam pemadam api dekat pak guard ke ni?”

Api makin besar. Asap dah makin memenuhi rumah. Perlu diingatkan berdekatan dapur ada tong gas.

Tapi masa tu, rasanya tiada seorang pun dari kami yang panik. (mungkin ada yang panik tapi buat-buat muka selamba). Sempat berbincang-bincang dulu apa yang perlu dibuat.

Akhirnya, bila api tu dah makin besar dan terasa hangat membahang di dapur, barulah saya menadah air dalam jag, Mira menadah air dalam periuk, dan kami simbahkan air ke dapur yang terbakar.

Itupun dengan sopan santun supaya barang-barang makanan mentah (bawang, cili bla3) dalam laci tu tidak rosak kena air.

Isk!
Dah dua tiga kali simbah, barulah api padam sepenuhnya.

Kami lap sikit-sikit dulu air yang melimpah di lantai dapur. Kemudian pergi sambung makan!
Lubna sempat merungut nasi gorengnya belum cukup masak. Basah lagi nasi ni, katanya.

Hehe. Kebetulan sejak dua hari lepas ada graduan-graduan UPSI yang sedang berkonvo datang tumpang tidur di rumah kami.

Dan masa kebakaran dapur tu pulak, ibu seorang daripada senior yang berkonvo tu ada di bilik berdekatan dapur. Cikgu pencen. Dari Kelantan.

Melihat kami terus sambung makan (macam takda apa-apa jadi), dan meninggalkan ruang dapur agak lecah (niat di hati nak bersihkan dapur lepas habis makan), makcik cikgu pencen tu pulak yang tolong mopkan lantai dapur. Huhu!

Jenuhlah kawan-kawan serumah saya meminta makcik tu jangan terus mengemop. “Biar ja, nanti kami buat.”
Tapi, tahu lah saya yang nakal ni, dengan nada berbisik, buat macam menjerit,

“makcik, kalau dah mop lantai tu, bersihkan dapur yang terbakar tu sekali ya!”




Cukup kuat untuk di dengar orang di meja makan, tapi rasanya makcik tu tak dengar. Hehe.
Dan Lubna terus marah saya, “isk ko ni ain! Teruk betul!”
Kemudian makcik tu datang melepak sembang-sembang dengan kami di meja makan,
Dengan topik menarik,

CARA MEMILIH SUAMI YANG BAIK.

Friday, February 27, 2009

keliru ilusi dan realiti

apa perasaan kamu kalau sesuatu yang mati-mati kamu sangkakan mimpi, rupanya telah pun berlaku dalam dunia nyata?
ini bukan ilusi, ini realiti...
dan telah pun berlaku pada saya.

Semester ini saya ada kawan serumah baru.
Dua orang. Cantik orangnya. Orang kelantan. Putih melepak. Cun. Course Pendidikan Seni Visual.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah malam tadi. Jujur. Walaupun dua orang kawan serumah kami yang baru itu lain sikit pe'elnya berbanding kawan-kawan seBio, saya terima tanpa sebarang masalah.

Apa yang masalah?
Rumah bising berdentum-dentam sekitar jam 3 ke jam 4 pagi, dengan suara pontianak mengilai (opss, saya tak pasti dari mana hadirnya pontianak berikut, memang seram!)
Saya terima, saya anggap tiada masalah.

Kehadiran kawan-kawan mereka yang kerap dan agak ramai, dengan suara yang juga mengilai-ngilai, pintu rumah ditutup secara berdentum...DAMMM!!!, kasut dibawa masuk ke dalam rumah sehingga kawasan dapur...
Saya terima, saya anggap tiada masalah. Mungkin itu stail orang seni agaknya.
dan yang lain-lain, tidak mahu saya coretkan di sini, keterlaluan agaknya.

Alhamdulilllah, saya terima seadanya. Kawan-kawan saya. Kenalan saya.

Alkisah bermula...malam tadi saya pening kepala + selsema. Dua hari bermain hujan secara tidak sengaja. Payung yang diguna bagai tak memberi makna. Saya tetap basah kuyup, dek angin kuat yang membawa hujan.
Malam tadi juga, sebelum saya tidur.. Saya melarutkan sebiji pil panadol Soluble dalam setengah cawan air. Jam 12mlm saya sudah bersiap untuk tidur. Pening kepala, amat! ditambah dengan hidung yang tidak selesa angkara selsema. Tak apalah, saya terima seadaanya.

Saya tidak pasti jam berapa, tiba-tiba tidur saya terjaga. Telinga dapat menangkap bunyi bising yang maha dasyat di gegendang telinga saya. Suara hilai tawa pontianak, bunyi pintu berdentum dan bunyi tapak kaki(kasut) yang dihentak-hentak.

Ahh, seperti biasalah. Seperti malam-malam sebelumnya. Seperti malam-malam yang saya dapat terima keadaan itu seadanya. Mungkin stail mereka begitu agaknya. Saya terima.

Kemudian seperti biasa, seperti malam-malam sebelumnya...tidur tidak nyenyak akibat bunyi-bunyi seni yang pada telinga saya keterlaluan itu. Saya meneruskan tidur. Dalam hati sebal menahan geram.

Selepas meneruskan tidur..saya berasa kepala saya makin sakit dek bunyi-bunyi orang seni itu. entah bagaimana, dalam sekejab waktu saya boleh bermimpi.. bukan mimpi biasa. tapi mimpi saya memarahi orang. Dengan suara saya yang agak ditinggikan, dengan ayat yang agak tajam barangkali. Yang pasti saya bermimpi memarahi orang..

Tak apalah, rezeki saya mungkin. Geram yang terpendam sekian lama dapat saya lepaskan dalam mimpi. Hehehe. Hati rasa seronok, la la la.

Paginya, saya bangun tidur dengan mata sembab dan kepala masih pening-pening lalat. Agaknya lalat pun tak pening macam saya, kan.

Kemudian, dengan suara bangga saya berkata pada Amy,

"ehh Amy. Malam tadi aku mimpi aku marah budak-budak bising tu la"
"mana ada kau mimpi. Betullah kau marah diorang. Aku dengar suara kau marah-marah malam tadi"
"hah? aku ingatkan aku mimpi je...!" cuaknya rasa hati. Tak semua orang boleh ditegur. Ditegur dengan cara baik pun booo layan, inikan pula dengan suara tinggi.

Patutlah pagi sebelum kelas pukul 8, kawan saya yang dua orang itu bersikap pelik. Kasut dihentak-hentak makin kuat. Suara bercakap mengalahkan bercakap dengan orang nun di hujung padang. Pintu bilik dan pintu rumah dihentam bertambah kuat, DAMMM!!!
protes agaknya.

Mimpi, yang saya sangkakan cuma ilusi, rupanya realiti.
Saya bersalahkah?