Friday, October 16, 2009

itik pulang petang, punggung terkedek-kedek

dalam becok mulut saya berceloteh,
kadang-kadang memang ada perkara yang tak terungkap.

........

(diam tanpa kata)

..

ada orang rindu saya, katanya.

"aku rindu kamu juga",

cuma dalam hati.

.

.

ada orang sayang saya, katanya.

"mari kita sama-sama belajar apa itu sayang",

cuma dalam hati.

.

.

haipp!

sudahlah ain.

jangan layan jiwa-jiwang banyak-banyak.

iyalah.

.

.

.

*senyum*

*senyum kelat*

*senyum sinis*

*senyum senget*

.

.

ok,

saja letak gambar banyak-banyak.

untuk yang rindu saya.

maka tatap lah skrin laptop kamu sampai tembus mata pun tak apa.

hehe










Thursday, October 15, 2009

gadis ku dalam koma

Gadisku dalam koma, 
Seriuskah keadaannya,
 
Gadisku dalam koma, 
Seriuskah situasinya,
Dengarlah lagu ini bila sedar, 
Betapa pilu, tangisku, 
Ku berikrar takkan ingkar, 
Mogakan sembuh segera, 


Maafkanlah, diri ini jika pernah, 
Salah dan silap dengan mu, 
Ku berdoa ke atasmu, 
Moga kau pulih semula...

the times - gadis ku dalam koma
.
.
.
pelakon ;
gadis - Biebit (belong to Ain)
aduka - Mr.Ruski (belong to Lubna)
.
.
pengarah ;
Ain Fathihah
.
.
musik latar ;
gadisku dalam koma, the times

Wednesday, October 14, 2009

dia itu menyampah dengan kekiutan aku

Saya perasan kiut –miut, comel dan yang seantero dengannya.
Saya tak kisah apa mahu dianggap saya ini pada kaca mata kamu, dia dan kalian.
Apa omelan saya kali ini?

“huh si ain gedik tu, suka perasan lawa dalam blog dia. Tak malu puji-puji diri sendiri dalam blog?”

“budak ain tu memang perasan cun. Perasan! Bangga la tu ada ramai peminat dalam blog dia”

“gelenyar! Dia ingat follower dia ramai, blog dia best? Ntah apa-apa ja blog minah tu. Syok sendiri”


Hahaha
Hehehe
Hihihi


# hahaha = saya tak tahu orang yang mencemuh saya ini tak puas hati dengan saya, atau tak puas hati dengan blog saya

# hehehe = kalau pun sungguh dia tak sukakan saya dan penulisan saya, nampaknya dia memang tahu gaya saya menulis blog (selalu puji diri sendiri). Ops! Dia mungkin antara pembaca setia (kalau boleh dikatakan setia) blog ini. Terima kasih masih tegar membaca omelan-ngomelan cerita-ceriti hidup saya

# hihihi = saya memang berlapang dada dengan teguran seperti ini. Tegurlah secara anak jantan (walaupun kamu punya kromosom 44+XX, sama seperti kromosom saya). Bila kamu bercakap mengutuk kegedikan dan kekiutan saya pada orang lain di belakang saya, maka perkara yang kamu cakapkan itu selalunya memang sampai pada telinga saya.

Ain, orang itu memperlekehkan kamu. Dia kutuk kamu, maka kutuk lah dia semula. Ahaks!
Perlu ke?

TIDAK.

Saya berlapang dada.
*senyum*
Saya menerima seadanya.
*sengih*
Saya memang tak kan mampu dan memang mustahil untuk memuaskan hati semua orang di sekeliling saya.

# Perihal 1
Berkenaan saya yang perasan kiut-miut dan comel, memang itu saya akui.
Jadi? Apa masalahnya pada dia pun saya tak tahu lah.
Saya memang begini.
Pagi hari, sebaik saja bangun dari tidur dan memandang muka sendiri di cermin, juga semasa bersiap-siap sebelum ke kelas, dan semasa mengemaskan diri selepas mandi,
Memang tabiat saya,
Bila memandang cermin dan senyum pada diri sendiri, serta merta hati berdetik,

‘wow, comelnya aku’.

Hahaha.
Biarlah. Saya tahu bukan mudah mendapat pujian dari orang lain. Maka biarlah saya sendiri dengan yakin hati memuji diri sendiri.
Kalau bukan saya, siapa lagi mahu memuji diri ini.

# Perihal 2

Kamu, siapa pun kamu. Tak kira bagaimana orang lain memandang kamu, yakin lah dengan diri sendiri. Bukan perasan, bukan syok sendiri.
Cuma, tetapkan hati dan yakin dengan ketentuan Allah.
Kalau seseorang itu merasa cantik dalam dirinya, insyaAllah dia akan kelihatan cantik.

Saya tahu, kamu juga tahu.
Bila Allah sebut , “Sesungguhnya AKU telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian”,
Redha lah dengan kejadian Allah. Yakin Allah telah mencipta kita secantik-cantik kejadian.

Biarlah, hidung kamu pesek sepesek hidung saya, pipi kamu tembam dan lebih tembam dari pipi saya, mata kamu redup kuyu serupa mata saya yang nampak sepet , bulu mata kamu elok melentik lebih dari bulu mata saya yang lurus ke bawah macam bumbung rumah ini..

Ini kejadian Allah, mesti ada sebab. Mesti ada hikmah.
Haa, kira cantiklah ni.

Yakin diri kita sudah sesempurna kejadian.

Cantik kita pada pandangan Allah.
Cantik kita pada mata bakal jodoh.


Ceh cehh, bakal jodoh.
Cukuplah bakal jodoh kita merasakan kita cantik pada matanya.

Hehe.
Motif?

Tuesday, October 13, 2009

hati yang sudah jarang berbisik

kata orang, lumrah manusia itu, belajar.

bukan setakat pelajar yang mendapat 'title' pelajar secara rasmi,

tapi, kita semua adalah pelajar yang akan sentiasa belajar.

maka, belajarlah kamu selagi mampu.

hidup berdikari sendiri itu suatu pelajaran.

berkenal-kenalan itu sudah tentu nyata suatu pembelajaran.

hidup bertolak-ansur itu pembelajaran.

mengubah tingkah tidak baik kepada tingkah yang lebih molek, juga suatu pembelajaran.

.

.

saya, Ain Fathihah yang sentiasa bercita-cita mahukan hari ini lebih baik daripada semalam dan berkehendakkan hari esok yang lebih baik daripada hari ini.

.

.

Moga DIA mempermudahkan jalan. jalan yang betul lurus buat saya. jalan yang DIA pasti tahu yang terbaik buat saya.

.

.

iyalah,

kerja DIA siapa kita untuk menjangka?

pasti,

DIA bekerja dengan cara penuh rahsia dan tak terjangkau dek akal cangkat saya untuk diselami.

.

.

Mohon doa usai solat,

moga ALLAH mempermudahkan jalan buat saya.

Saturday, October 10, 2009

kawen jom

lelaki : awak, awak nak kawen dengan saya tak?

perempuan : nak! nak! nak!

lelaki : bagus. awak tunggu ya, hujung minggu ni saya hantar rombongan meminang. kita bertunang ya.

perempuan : yeaa!!!

.

.

.

huhh??

Friday, October 09, 2009

gambar skandal

motif gambar ini?
saja-saja letak.
gambar yang dah lama terperuk dalam 'draf' blog ini.
kesian kamu ya,
terabai,
dan kurang kasih sayang.
.
.
maka, saya yang punya kuasa veto terhadap blog saya dengan penuh ta'zim dan bangganya,
mem'publish'kn gambar ini.
.
.
gambar penuh kenangan.
dan kontroversi.
.
.
ehh? apa yg kontroversi?
ok ja gambar ini.
iskk..iskk..iskk!
.
.
.
Ain! cepat godek-godek balik folder gambar lama.
eh eh? super impose?
hee, takdak lah.
ain, jangan bagi alasan.
.
.
.
hermm bila tengok gambar ni,
rasa rindu pulak.
bukan rindu fawez!
rindulah.
rindu itu.
rindu masa lalu.
rindu nak ikut pasukan debat UPSI pi berdebat lagi.
.
.
.
gambar ni di'snap' oleh Hafiz.
curi-curi,
maka saya boleh potong tangan (ke nak potong kamera) dia sebab curi-curi ambil gambar saya sedang berskandal dengan fawez.
.
.
.
haipp! bukan skandal lah.
kebetulan sedang menunggu makanan yang dipesan di RnR Rawang.
gambar ini diambil semasa saya dan keluarga debat yang lain baru balik dari debat ASTAR di UM, semester lepas.
lihat, muka saya terkejut bila baru perasan Hafiz sedang membidik kamera ke arah saya dan fawez. berdua!
masa tu dalam hati,
ahh, habis lah isu skandal telah terbukti dengan gambar berdua begini.
hehehe.
.
.
RINDU!
insyaAllah hujung tahun ini kalau ada rezeki,
akan berkampung di UM, Debat Diraja 2009.
.
.
rindu nak berjaga sampai awal pagi,
cari bahan-bahan debat
(ayat seorang pengiring tegar)
zzzzz

Sunday, October 04, 2009

sumpah kamu takkan kenal

Ha Ha Ha!

pura-pura naif yang orang takkan kenal bila gambar-gambar di bawah telah ditutup muka (bahagian mata sahaja).

Jangan pandai-pandai nak teka siapa di dalam gambar.

Tudung Syria