Tuesday, April 26, 2011

mari kita saling berbagi dan menjaga.

Hooyeh hooyeh Alhamdulillah peperiksaan akhir semester enam dah berakhir. Boleh jawab tak boleh jawab, err itu belakang kira dulu. Bagi saya sempat tarik nafas lega,

phiuu.

Tak sempat saya nak lepas nafas lega habis-habis, dah terfikir pasal latihan mengajar pula. Saya akan pakai tag nama cik guru Nurul bermula 9 Mei hingga 25 Ogos. Entri ini saya buat khas untuk kawan-kawan seBio yang akan tengok hidung saya sepanjang 4bulan akan datang.

memperkenalkan, bakal cikgu-cikgu Biologi paling comel seantero rumah sewa.

1. Robiah Romli, dari Taiping. tu nama kampung dia, nama glamour kat sini, Ruby. Kelas gituu. Saya dah kenal dengan Ruby ni dari zaman matrikulasi lagi, tapi kenal biasa-biasa ja lah. Bila dah masuk UPSI dan sama-sama seBio pun, saya masih kenal gitu-gitu aja dengan Ruby. Kenal cuma sebagai coursemate. Belum ada talian hati mu ke hati ku.

2. Amirah Shamsudin dari Penang. Rumah dia depan tapak pesta Penang, betoi ka Mira. hehe. Mira ni sekolah di SMKA (P) Almashoor. pra-u di KMPP. kemudian UPSI. eh perasan tak, perasan tak tempat dia belajar dari sekolah sampai ke U sama dengan saya. Tapi saya baru saja rapat dengan Mira ni sejak semester 5.

Zaman sekolah selalu sekelas, tapi tak berapa rapat dan kenal mesra sebab Mira geng budak baik, mana ada nakai-nakai dan bising macam saya ni. Hoho.

3. Syadida Zakaria. Tiada alamat blog Dida disertakan dengan nama. Haha. Tak payah klik. Ini orang kampung saya, tokyo Tokai mari. Sebulan lepas baru perasan IC kami poskod sama (IC saya guna alamat kampung Baba). Ini pun muka KMPP. Masa kat matrikulasi, bila saya nampak dia, dia dari surau Annur. Bila dia dari surau Annur ja, saya nampak dia. Tapi masa tu cuma senyum-senyum. Tak tegur dan tak kenal nama. Siapalah saya nak berhooyeh-hooyeh dengan gadis tudung besar. Terasa kecit diri ini.

Dida ni, dari semester satu saya dah biasa buat kerja dengan dia. Bukan kerja amal mahupun kerja haram, tapi semata-mata projek mini subjek-subjek, assignment itu ini dan kelas amali. Kenal setakat kerja-kerja rasmi itu saja lah. Semester ini baru rapat dengan Dida, itupun sebab kelas dia banyak sama dengan kelas saya. Rimas dah asyik tengok muka dia ni. Haha.

4. Sarah Sazliana dari Jitra. Sebaya saya. Kami sama-sama pernah lompat katak kelas masa darjah tiga dulu. Adik beradik ramai macam saya jugak. Anak sulung macam saya jugak. Yang tak sama, dia ni pandai. tapi saya lagi pandai. Muahaha.

Saya tak pernah buat kerja atau assigment dengan Chaah sebelum ni. Cuma semester lepas baru ada peluang kenal lebih dekat dengan Chaah. Itupun sebab dalam kelas EDU yang 6jam kredit tu, pensyarah buat kelas secara santai dan kami boleh selalu sembang-sembang dan makan-makan dalam kelas.

5. Nurul Ain dari Penang. Saya letak link blog beliau. blog Nurul ni best, saya suka baca. Nurul sebaya dengan Chaah. Agak keanakan, dalam kelas suka menyakat orang. Mungkin agak ramai orang tak suka si Nurul ni sebab mulut dia terlalu jujur, senang cakap kuat menyentap lah.


6. Hasinah Nasihah. kecuali Sinah, lima orang di atas menyewa bersama di Sungai Petani nanti. Sinah orang Sg.Petani juga, jadi apa kejadahnya dia nak menyewa rumah kan. Bahagiaanyaaa duduk rumah sendiri masa praktikum.

Si Sinah ini pun, saya tak begitu kenal rapat juga. Baru semester lepas kerap berbual-bual dengan dia. Makin naik semester, makin melawa ini budak. Lembut orangnya. Dia suka cakap macam ni, "amboi ain! nakai ek!" kat saya. dan...dan...dan...saya ada nombor telefon pakwe Sinah! haha. eh macam tak perlu bagitau ja kan.

sekian. ini sajalah enam orang rakan seBio yang akan selalu tengok hidung saya semasa praktikum nanti. moga kita saling berbagi dan menjaga.

nota tumit kaki : gambar yang digunakan adalah gambar yang diambil semasa hari pertama pendaftaran di UPSI tiga tahun lepas. Saya cari dalam portal UPSI. gambar ini lah yang digunakan dalam kad matrik kami. sengaja saya gunakan gambar suci dan naif ini.

nota tumit kasut : semua dah ada yang punya. tak payah susah-susah minta nombor telefon kawan-kawan saya ek. Haha.

3 komen tak puas hati:

Ruby said...

rasa macam nak menangis tengok gambar sendiri kat blog ni...muahaha..
cukup pakej, tudung senget, spek senget nasib baik orgnye kpala tak snget...

Kuszie Cream said...

ramai ja sebilik??

ni dh leh wat team basket ball hahaha XD

Anonymous said...

caah dah ada yg punya ke??