Thursday, March 04, 2010

Ustaz saya di sekolah memang tak kenal Pokemon

Rasanya, ramai yang kenal dengan watak anime ni kan. Pokemon. Budak-budak pun kenal. Tapi, sungguh cakap, saya cuma kenal watak Pikachu kuning-kuning ni..yang lain tak tahu langsung.

 

Ada satu kisah pasal Pokemon ni yang buat saya tersenyum simpul sampai hari ni..

 

Kisahnya, semasa saya di Tingkatan 5, cikgu subjek Pengajian Quran & Sunnah adalah Ustaz Adnan (rindunya!)..

 

Ada satu hari tu, Ustaz masuk mengajar di kelas saya, 5 Melur (Sains 1). Kelas 5Melur adalah diapit oleh kelas 5Mawar (Akaun) dan 5Melati (Sains 2).

 

Semasa Ustaz Adnan sedang mengajar tu, kedengaran suara riuh rendah dan agak bising di kelas 5Mawar. Entah apa yang diriuhkan. Ustaz agak terganggu dengan suasana bising tu. Kami yang tengah belajar ni pun rasa terganggu dengan bunyi pekik dan gelak tawa dari kelas sebelah.

 

Kemudian, Ustaz keluar dari kelas saya, dan pergi ke kelas sebelah (5Mawar)..

Dia ketuk pintu belakang kelas yang tertutup kuat-kuat.

*stail di sekolah saya adalah, pelajar suka tutup rapat2 pintu dan tingkap kelas bila takda Cikgu, dan ada yang buka tudung sebab panas.

 

Dan selepas dengar bunyi ketukan pintu oleh Ustaz Adnan, serta-merta ada satu suara menjerit

(saya memang kenal suara siapa tu. Alhamdulillah sekarang gadis yang agak nakal masa zaman sekolah dulu, tengah ambil Syariah Law di UDM)

 

“Whose that Pokemonnn???”

 

Kawan-kawan kelas saya kelihatan agak tersentak dengan suara jeritan tu. Mungkin pelajar kelas 5Mawar yang bertanya begitu, mahu bergurau sesame kawan-kawan. Rasanya dia memang tak sangka langsung orang yang mengetuk kuat pintu kelas dia tu, adalah Ustaz Adnan.

 

Terus Ustaz Adnan berpatah balik masuk ke kelas saya. Sambil itu Ustaz merungut,

 

“isk, kita nak pi tegur dia, dia kata kita puki”

 

Jadi, P&P seterusnya di kelas saya pada ketika itu menjadi suram sebab Ustaz dah moody.

12 komen tak puas hati:

scr said...

hahaha....ain aku ingat peristiwa ni...ades...aku x larat dok tahan gelak ngan sham..hehe

MaMa MoDeN said...

hahahahahaha salam ta,
mama gelak sorang2 depan pc baca entry tata ni.

lawak sungguh ustaz adnan tata tu..

semoga ustaz kembali sihat seperti sediakala... Amin

ain fathihah fhm said...

hehe, tu lah. masa tu aku pun nak tergelak. tapi tahan je lah sebab tengok muka Ustaz tak puas hati.

ain fathihah fhm said...

Mama, kami masa tu dalam kelas lagi lah keliru nak gelak ke, taknak. haha. bila pikir balik, nakai betoi budak2 Almashoor P ni.

adeebahfarzana said...

HAHA,
ta, lawak la ustd adnan .
SILAP DENGAQ kott .
kui3, gelak mau x mau ja nih .
budak2 AP mang suka bkk tdung lam klas,
n ttup pntu rpat2 . kui3, SAYA DIANTARANYA ... siap baring2 blakang kelas lagi kot.

Fiq said...

haha. bukan salah ustaz. salah org yang x jaga mulut=)

ninim said...

hahaha
kesiannya kat ustaz tu

hentian said...

Begitu hebat pengaruh Pokemon tu ya... Sampaikan cikgu pun terpengaruh!

Anonymous said...

ahakss...i kno ustad adnan tu..my ex-lecturer..mesti kelako gile time tu..hehe

musya said...

hahahahha..lwk gila wei..asa mcm nk golek2 gelak..klu ak da lam kls 2 gak..mau ak gelak guling2 apa..hahahah

ain fathihah fhm said...

so bayangkan lah kesenakkan perut kami duk tahan gelak masa dlm kelas tu. hehe

fatimajamil said...

hahahha...ak engt!!!