“hey, apahal cikgu-cikgu sekolah nak ajar anak aku benda tak senonoh?”
“kerajaan ni gila ke apa, nak ajar pasal hal dalam kelambu kat budak kecik?”
Ehem, saya rasa, masyarakat (ibubapa) terlebih dahulu perlu disedarkan kepentingan pendidikan seks untuk anak kecil.
Pendidikan Seks itu, bukan ajar budak-budak apa rahsia malam pertama pasangan baru berkahwin. Bukan ajar anak kecil ‘how to make love’. bukan tayangkan video 'praktikal biologi' persetubuhan. Dan pasti juga bukan ajar titik-titik erotik untuk merangsang pasangan.
BUKAN!
Pendidikan seks itu, seiring dengan umur anak kecil itu. Anak kecil perlu dijelaskan mengenai perbezaan jantina, kebersihan anggota sulitnya, bahagian-bahagian tubuh badan yang perlu dilindungi dan dijaga dari disentuh sesuka hati oleh orang lain, kenapa kadang-kadang Kak Long dan ibunya tak boleh solat dan puasa…dan macam-macam lagi.
Juga perlu ditekankan dari segi penjagaan diri bila sudah akil baligh (bagi anak perempuan) supaya dia tahu jika ada yg bersikap salah laku terhadap dirinya, dia boleh melindungi diri atau meminta bantuan.
Pada saya, perlu dijelaskan dengan betul mengenai perbezaan jantina. Kadang-kadang saya pelik dengan sesetengah ibu bapa moden yang tidak menjelaskan secara langsung mengenai perbezaan jantina ini.
Situasi 1 :
“ibu, kenapa adik (girl, 3bulan) tak ada bird macam Abang(boy, 3tahun)”
“owh, bird adik belum tumbuh. Nanti baru bird adik tumbuh”
Situasi 2 :
“umi, mana bird kakak? Kenapa adik ada bird?”
“owh, bird kakak dah terbang masa kakak baby dulu”
Situasi 3 :
“kenapa malam tadi adik nampak ayah tindih ibu? Ayah jahat!”
“ayah tak jahat. Ibu dengan ayah cuma main gusti ja”
.
Keliru kan? keluru jadinya...
lukisan kanak-kanak mangsa deraan seksual
kredit : syahrilkadir.wordpress.com
Zaman ni, banyak sangat kes penderaan seksual pada kanak-kanak. Anak laki ke, anak perempuan ke, masing-masing perlu dijaga dan diambil perhatian. Anak perempuan dengan kes mangsa cabul, rogol dan dera. Anak laki? Oh, liwat-meliwat memang sangat glemer buat masa ini.
Masyarakat kita? Macam biasa lah. Bila ada kes, semua orang dan semua pihak menyalak marah dan mengaum-aum. Lepas tu, senyap sunyi. Tunggu ada kes baru yang berlaku pulak, masyarakat akan menyalak marah lagi.
Kes adik Nurin Jazlin? Senyap dah sekarang. Al-Fatihah untuknya.
Kes lain? Haa banyak! Meh saya nak lambakkan.
24.10.2009 - Kuantan - Seorang murid perempuan berusia 11 tahun dan adik lelakinya bukan saja didera oleh ibu tiri mereka, tetapi mangsa dipaksa menjadi hamba seks seorang lelaki sejak setahun lalu dengan upah antara RM5 hingga RM10.
Mangsa dan adik lelaki berusia sembilan tahun yang didera di seluruh badan, termasuk digigit di bahu sejak empat tahun lalu.
21.10.2009 - Kajang - Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.
Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun itu tergamak bersubahat dengan warga asing dan sanggup berbohong konon anaknya mati akibat didera pembantu rumah.
30.4.2009 - Georgetown - Seorang bapa mendera anak perempuannya sehingga mati sebelum ditanam di kawasan padang, kira-kira dua kilometer dari rumah mereka di Kampung Pisang, Air Itam di sini, tiga tahun lalu akhirnya terbongkar selepas didedahkan seorang kakak mangsa.
Kakak mangsa serta dua lagi adik-beradiknya juga mengaku pernah didera dan dicabul bapa mereka, yang dikatakan tidak bekerja serta mempunyai tiga isteri dan 10 anak. Anak dibunuh itu adalah hasil perkahwinannya dengan isteri kedua.
23.02.2009 - Kuala Lumpur - Bayi perempuan malang berusia setahun dikatakan menjadi mangsa cabul serta penderaan secara seksual selepas dia ditinggalkan oleh ibunya di rumah pengasuhnya.
Banyak! Banyak sangat.
Memang tak faham dengan lelaki pedophile macam ni. Rogol anak kecil! Celaka!
Mama saya pernah cakap,
“jaga diri elok-elok. Orang gila seks ni dia memang gila. Kalau buat lubang kat perdu pokok, pokok itu pun dirogolnya!”
Hey, situasi seorang gadis remaja bertubuh genit, pakaian seksi dengan skirt sendat pendek dan pinjam baju adik yang merayap di luar rumah pukul 1,2 pagi, diajak berbual dengan seorang lelaki, kemudian diajak berjalan-jalan, mahu dia mengikut. Dan seterusnya jadi lauk kenduri sekumpulan lelaki…..
Apa kamu fikir?
Gadis itu sendiri yang gatal tak menjaga diri, kan? Salah dia sendiri kan?
Tapi, bila seorang anak kecil dicabul, rogol, liwat dan dera…saya rasa sangat tersayat hati. Terus terbayangkan adik-adik dan juga anak-anak buah seusia mangsa.
Moga diri saya, keluarga saya, kawan-kawan saya dan semua orang…selamat sejahtera dan dilindungi Allah fizikal dan mentalnya.
4 komen tak puas hati:
dunia dah akhir zaman..setuju pendidikan seks di sekolah..lagipun zaman da berubah skunk..
Hmm..mungkin perlu diubah terma "pendidikan seks" tu.. Adalah lebih baik diterapkan "pendidikan moral" terhadap pelajar itu sendiri..
dah diperkenalkan Pendidikan Gender..tapi untuk modul PLKN...
mcm dah agak terlewat utk remaja 18tahun..
remaja skrg dah advance
salam singgah...
setuju sgt pendidikan seks diajar disekolah2. bayangkan bagaimana pula dengan kanak2 istimewa berusia belasan tahun yang masih berfikiran seperti kanak2 berumur 5 tahun tetapi mempunyai peningkatan hormon di dalam badan...
Post a Comment