heyy tira
aku rindu hang!
UPSI DIKENAKAN PERINTAH KUARANTIN
MULAI ESOK SEHINGGA SUATU TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU
SEMUA URUSAN RASMI DAN TAK RASMI DIBATALKAN SERTA-MERTA
DILARANG PERGI KE KAMPUS
==========================
PERINTAH KUARANTIN KEPADA
SEMUA KOLEJ2 KEDIAMAN :
KOLEJ UNGKU OMAR
KOLEJ HARUN AMINURRASHID
KOLEJ ZA'BA
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
DAN
UNIT KEDIAMAN LUAR KAMPUS
bermula semester ini, melalui subjek Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar, EDU (untuk kak aini & kak nadiah yang sedar angau menunggu konvo, nama lama subjek ni adalah Psikologi Pendidikan) saya diperkenalkan oleh Dr.Mahani sistem tugasan secara online.
....
.........
....namun, biasalah...dah nama pun benda baru (baru bagi kami, mungkin sudah terlalu biasa bagi orang lain), banyak pro & kontranya. banyak cakap-cakap belakang yang mungkin kedengaran terlalu negatif.
...
...
....apa lainnya cara menjawab tugasan secara online ini? (lain bagi saya okeyyy!)
.... 1. Dr. Mahani akan memuatnaik soalan-soalan secara mingguan. disertakan bersama link untuk jurnal yang perlu dirujuk. pelajar perlu membuat ulasan jurnal berdasarkan tajuk yang diberikan. jurnal ilmiah yang perlu dirujuk mestilah tidak dapat tidak yang diiktiraf kesahihan dan keilmiahannya. sila jenguk kalau berminat American Psychological Association.
..... 2. masa menjawab ditetapkan. soalan dimuatnaik dalam portal myguru upsi pada hari isnin. dan perlu dihantar semula dalam ruangan online forum di myguru juga pada hari isnin sebelum 6petang.
...... 3. ulasan jurnal tau! bukan mengalihbahasa jurnal yang dalam bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu..hehe
....
...... 4. ada yang kata, cara ni membebankan. menyusahkan. tidak praktikal bla..bla..bla! susah nak buka e-jurnal library upsi, sistem tidak mesra pelajar..! menyampah! haha..
....
..... 5. tapi bagi saya, saya agak menyenangi sistem tugasan secara online ini. yelaa kan, tak payah print out hasil tugasan dalam berkajang-kajang kertas A4..tak payah berebut-rebut naik bas untuk pergi bilik pensyarah bila nak hantar tugasan..duduk saja di depan laptop, tung tang tung tang bunyi keyboard laptop dan zaasss! tugasan siap dihantar. best la...
...
..jimat, mudah dan cepat! ye kan?
......
...6. haha, ini bukan entri membodek. cuma menyatakan pendapat saja.
haa, jom kongsi sedikit tips.
siapa kata dalam kuliah Plant Phisiology semata-mata berkisar pasal tumbuhan?
takda tau
belajar juga pasal kehidupan
pensyarah pun bagi macam-macam tips yang kadang-kadang (tapi selalunya) dipandang sepi oleh generasi muda macam kita ni....
============================
pensyarah Plant Phisiology
juga KJ Biology (bukan Khairy Jamaluddin, tapi Ketua Jabatan),
Dr.Hashimah bagi tips menarik tadi
katanya, sebagai guru
seharusnya guru-guru ini mempunyai bau-bau yang menarik
dan tidak menyeksa rongga hidung pelajar
juga sebagai pelajar, seharusnya mempunyai bau-bauan
yang tidak membuatkan hidung guru/pensyarah kembang kempis bila kamu berjumpa mereka
perlukah wangian berbotol cantik bernilai ratusan ringgit untuk membuatkan bau tubuh anda menyenangkan?
perlukah berbedak harum berkilo di badan untuk menjadikan badan kamu harum memikat?
ahh, tak. tak.
saya tak maksudkan begitu
bukan berwangi-wangian untuk menarik perhatian kumbang sesat
bukan berwangi-wangian sampaikan orang sekitar 3 meter kamu boleh terbersin
bukan berwangi-wangian yang boleh buatkan orang sihat sakit kepala.
bukan!
cukuplah menghindarkan bau badan kamu
cukuplah menyingkirkan bau tengik ketiak kamu
supaya orang sekeliling kamu tak melarikan diri bila nampak kelibat kamu
jangan buat orang demam dan muntah lewah bila kamu bersama dia
eh ain! ain!
kenapa melalut?
kata nak bagi tips tadi?
haa, hehehe..
tipsnya adalah..
bila bangun pagi-pagi,
masa mandi pagi..
(ini cuma untuk orang yang mandi awal pagi saja,
bukan untuk orang yang mandi cuma bila matahari menjangkau kepala)
sebelum gosok gigi tu
berkumur-kumur air dalam mulut kamu..
jangan buang air kumur tu lagi
tapi
gunakan air kumur tu untuk basuh ketiak
hihihihi..
basuh ketiak dengan air kumuran?
hahaha,
saya cuma menahan ketawa
si syakir duk gelak terkekek-kekek..
Dr. Hashimah kata,
cara itu memang berkesan..
mudah, cepat dan murah
tak keluar kos pun kan?
makanya kamu yang berbau tengik, hangit dan masham ketiaknya
silalah gunakan air kumuran di pagi hari untuk basuh ketiak..
lumur betul-betul ya!
salam'alaik...
Bagi sesetengah orang, cara mendapatkan pelajaran yang berguna adalah tidak dapat tidak harus pergi ke ceramah motivasi, ceramah agama dan kelas pendidikan sivik. Mungkin bagi mereka begitu.
kamu pernah rasa apa itu jatuh cinta? cinta itu bagaimana? di saat ribuan manusia lain terawang-awang memahami makna cinta, kamu mengaku kamulah manusia paling bahagia dek cinta?
Saya tak pasti bagaimana, bila, mengapa dan kenapa saya jatuh cinta. Ahh, saya tidak gemar menggunakan frasa jatuh cinta dalam entri ini. Saya rasa lebih tepat saya menggunakan frasa jatuh sayang.
Ya, saya jatuh sayang. Bukan sekali, tapi berkali-kali.
Saya jatuh sayang pada lelaki itu. Lelaki yang baru saya kenal kurang dua minggu.
Tak tahu bagaimana, saya dirasuk cinta dan sayang padanya. Pada kali pertama saya melihatnya, cuma wujud perasaan yang kosong. Saya bukan jatuh sayang pandang pertama. Bukan bukan!
Kini setelah seminggu bersama....sungguh. saya telah jatuh sayang. Sayang yang bermula dari hati yang kosong. Saya mula terpikat. Saya mula jatuh hati. Saya mula menjadi perindu. Saya menjadi seseorang yang sering rindu pada raut wajah lelaki itu. Saya rindu pada bau lelaki itu. Saya rindu untuk melepaskan peluk cium saya pada dia.
Ahh, hati rawan dilamun sayang.
Terlalu lembutkah hati saya untuk menyayanginya dengan terlalu mudah?
siapa?
lelaki ini......
inilah roommate saya!
Saya menetap di Taman Bahtera semester ini. Seminggu di sini, bolehlah dikatakan saya dapat menyesuaikan diri seadanya. teman-teman serumah baru yang tidak bermasalah dengan saya...setakat ini, tak tahu lah esok lusa bagaimana.
Deret rumah saya ni, di kiri rumah perempuan. tetapi, ops! di kanan rumah lelaki. bab rumah di sebelah kiri, (juga setakat ini) saya tiada masalah. tapi masuk bab rumah di sebelah kanan, buat saya sedikit cuak bila memikirkannya.
kenapa?
penghuni-penghuni lelaki rumah sebelah mengorat sayakah?
penghuni-penghuni lelaki rumah sebelah mengusik sayakah?
atau mereka mengayat saya?
(waa, semua pernyataan perasan diri)
jom, kita intai satu persatu macam mana gelagat jiran saya ini. buat pengetahuan, kesemua mereka adalah pelajar DPLI, iaitu kursus diploma pendidikan lepasan (tak pasti sama ada lepasan atau lanjutan) ijazah. alaa, dpli ni agak popular di kalangan lepasan ijazah. terutama yang dah graduat (dah berijazah) tapi tak dapat kerja (mungkin sebab KI rendah, pointer tak bagus dan bla3 alasan mereka yang menganggur) ahaks! jalan mudah? mohon untuk mengikuti DPLI atau KPLI untuk jadi guru. cehh!
1. semasa saya baru masuk ke rumah ini, sempat terjeling bil air untuk bulan lepas. rm129! huh? masa cuti semester kenapa bil air tinggi pulak? musykil huh. hal sebenar diketahui bila saya berbual dengan teman sebilik saya.
2. orang rumah sebelah kerapkali (boleh dikatakan setiap petang) menggunakan pili air di laman rumah kami untuk cuci motor, cuci kereta, dan cuci kasut. apabila orang rumah saya menanggalkan paip yang disambung ke pili rumah kami, keesokkannya paip tu akan bersambung semula ke pili kami. huh? adakah paip air itu menyambungkan dirinya sendiri ke pili rumah kami? mungkin sebab paip air itu lebih tertarik untuk bergayut di pili air rumah perempuan.
3. orang rumah sebelah selalu letak motor dan kereta di laman rumah kami. huh? tak boleh ke letak di laman rumah sendiri. dah la letak kereta sampai rapat sangat ke pintu rumah kami. susah la nak keluar masuk dari pintu depan rumah tau!
4. orang rumah sebelah macam saja-saja lalu lalang di laman rumah bila mereka mahu keluar & masuk ke rumah. isk! dah la rumah perempuan. tak segan ke lalu rumah perempuan sambil pandang-pandang ke dalam rumah? apa hal?
5. bila ada orang rumah ni memasak, akan muncullah seseorang dari rumah sebelah dan menjengahkan muka di tingkap dapur. dengan tak malunya akan sergah orang rumah ini yang sedang memasak, 'hah, masak apa tu, mai la sikit!'... isk, peliknya. tak malu ke jengah-jengah dalam rumah perempuan, hah??
6. ampaian baju di belakang rumah. di ruang terbuka. ada ahli rumah ini yang pernah nampak lelaki dari rumah sebelah mengusik-usik ehem3 di ampaian rumah kami. apa ehem3?! seluar dalam perempuan tau! apa kes? lelaki itu gila seks kah?
7. suatu petang (beberapa hari lepas), seorang ahli rumah saya, S (bukan nama sebenar, haha) menegur lelaki dari rumah sebelah yang sedang guna pili air di laman rumah kami untuk membasuh kasut. padahal pili air rumah mereka betul-betul di sebelah pili air kami. tak reti guna pili rumah sendiri ke? bil air rumah kami la yang mahal nanti, tau tak!
kata S, 'eh awak..ni tersalah guna paip ke?'
nak tahu apa jadi? mulanya saya sangkakan lelaki itu akan tersipu-sipu malu dan bertukar guna pili rumah sendiri. tapi sebaliknya, dia melenting kasar
'ahh, bising lah. jangan sibuk-sibuk! aku bayar tau! dua ringgit'
kemudian teman serumah saya, S dan lelaki itu berbalas-balas cakap. bertikam lidah.
huhu.
kemudian lelaki itu balik ke rumahnya. terdengar suaranya bising-bising (mengamuk la konon) kepada kawan-kawannya.
8. esok paginya, awal-awal pagi saya turun ke tingkat bawah sambil bawa laptop. hajat di hati nak online dan berpoya-poya. sekitar jam 7.45 pagi. dengar suara rumah sebelah mula bising beramai-ramai. bising terkawal, dan boleh diterima dek akal. biasa la nak pergi kelas memang teruja kot. namun, apa yang tidak menyedapkan hati, saya terdengar suara seorang lelaki mengomel-omel. 'kurang ajar punya perempuan..bla3..' dan......
danggg!! pintu rumah saya ditendang. huh???
9. tengah harinya, drama berlaku lagi. kebetulan saya pening kepala lalu tertidur dan tidak mengetahui apa yang berlaku. saya cuma tahu kisah apabila Aina masuk bilik dan menceritakan drama yang betul-betul baru berlaku kepada saya yang masih mamai-mamai baru bangun tidur.
drama 1 : si lelaki lalu di hadapan rumah kami, dan tetiba melenting, 'apa pandang-pandang!!' kepada isi rumah kami.
drama 2 : kak Neha yang bengang disergah secara tiba-tiba begitu, keluar dari rumah dan pergi ke rumah sebelah. bertanya dengan nada seadanya. tanpa ditinggikan pun suara. 'kenapa ni marah-marah. sesama jiran sebelah, tak boleh ke hormat sikit?'
drama 3 : mungkin berasakan kejantanannya tercabar, si lelaki rumah sebelah terus naik darah. darah muda orang yang dah berijazah.. kata Aina, lelaki itu sambil menjerit, 'baik akak masuk rumah sekarang!', sambil tangannya diangkat tinggi. buat apa? tangannya diangkat tinggi betul-betul untuk menampar kak Neha. tangannya dihayun laju mencari sasaran. pastilah pipi perempuan kak Neha yang menjadi sasaran tangan jantannya.
drama 4 : mujur seorang kawan si lelaki panas baran menahannya, sambil menyuruh kak Neha balik ke rumah.
drama 5 : lelaki yang ditegur berkenaan pili air semalamnya, meluru ke arah pintu rumahkami. teriaknya, 'panjang mana? panjang? aku cari panjang! hah, kau panjang. jaga kau! aku dendam dengan kau! jaga kau!'.. digelarnya teman serumah saya, S sebagai si panjang. kebetulan dia memang tinggi lampai pun orangnya.
drama 6 : kak Neha yang merasakan kami diugut, (yela, cakap kasar macam tu. dan mengancam untuk melakukan kekerasan dengan penampar pula) terus menelefon polis untuk membuat laporan. di laman rumah juga kak Neha membuat panggilan. 'saya nak nombor telefon balai polis ulu bernam sekarang, ada orang ugut kami'. lantang suara kak Neha membuat panggilan telefon.
drama 7 : seorang rakan mereka terdengar suara kak Neha membuat panggilan telefon. terus dia masuk ke rumah dan memberitahu kawan-kawannya yang lain. dengan pantas dan segera, seorang demi seorang mereka keluar dari rumah. yang ada motor menghidupkan enjin motor dan terus berdesup pergi. yang ada kereta masuk ke dalam kereta, hidupkan enjin dan meluru pergu. tak tahu pergi ke mana, petang baru balik. aiyaa!!
10. banyak lagi rentetan peristiwa yang tidak sempat saya tuliskan. banyak bebenor! kata orang perak.
......lenguh menaip...nantilah sambung lagi..hehe....
tak tahu kenapa bila mula semester ni..
saya sering ditegur kawan-kawan seBio.
bukan sebab saya makin cerah berseri kerana guna produk Fair & Lovely pemutih kulit
bukan juga sebab saya makin bergaya lilit tudung melintang sini membelit sana
bukan juga sebab saya pakai baju baru, beg baru, kasut baru dan segala baru..
bukan! bukan!
dan tentunya semua perkara di atas tidak pun wujud pada diri saya.
hari pertama kelas, jumpa Fyda
"eh ain, kenapa makin mengecik ni?" katanya sambil menghayun-hayun tangan saya.
yang lain pula,
"ain tak makan ke..makin kecik ni.." sambil belek saya dari hujung pin tudung sampai hujung kad matrik dan mungkin juga hujung kain baju kurung saya.
mulanya saya memang tidak menghiraukan sangat.
sebab
sayakan memang maintain kecik, kuit, comel dan kecik. (perlu ke sebut kecik dua kali ni?)
kurang beberapa jam tadi,
ada perjumpaan di cafe KUO.
Mas kata,
"ain, kenapa ko ni? makin kecik. baju ni kan kecik ja. kenapa nampak besar & menggelebeh bila ko pakai?"
Hasni menambah,
"betullah ain. ko nampak makin mengecik. ko tak cukup makan ke?
teman serumah, Su pula..
"ain ni memang budak tak cukup umur lah. keciknya kau. macam baby ja. betul ke kau ni 19tahun?"
arghhh!
apakah?
sebagai bakal guru (insyaAllah) Biologi, saya boleh dikatakan mengikuti perkembangan isu-isu PPSMI ini..
ada kumpulan yang menyokong
ada kumpulan yang menentang
ada yang neutral
ada yang tidak ambil tahu
ada yang kata, 'ahh, ini kerja kerajaan untuk menentukan dasar, kita sebagai rakyat marhaen, kita angguk-angguk geleng-geleng sajalah'
++++++++
19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah
Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah
Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.
Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."
8 Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.
=============
=================
saya tertarik dengan pendapat pensyarah kimia saya, Prof Ramli dalam kelas pertama saya untuk semester tiga, isnin baru-baru ini. katanya "saya merasakan adalah perlu seorang guru membawa pelajarnya meneroka alam sains dalam bahasa yang difahami. katakan kamu mengajar di Kelantan, maka kamu perlu mengambil tahu sedikit-sedikit dialek tempatan supaya pelajar kamu faham apa yang cuba disampaikan. contohnya, jika kamu menyebut 'tembikai', anak-anak kampung di Kelantan takkan tahu apa itu tembikai. mereka cuma tahu, 'timun cina'. sedangkan bahasa sama tapi dialek yang berbeza pun sudah menimbulkan kekeliruan inikan pula bahasa yang asing di telinga pelajar, anak-anak yang baru hendak mengenal alam sains..."
1. semester 1 sesi 09/10 telah bermula hari ini, secara rasminya. Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan memasuki semester baru. sudah tiga semester rupanya. cepat sungguh!
.............
2. saya berpindah ke rumah sewa di Bahtera Terrace. Alaa, depan KUO ja pun. rumah teres dua tingkat, 6 bilik tidur dan 3 bilik air, berserta dengan dapur dan ruang tamu yang boleh dikatakan selesa.
.............
3. makanya, saya ada 11 teman serumah baru kali ini. muka-muka baru yang akan 'hang tengok aku, aku tengok hang' dengan saya sepanjang semester ini mungkin.
.............
4. Mira & Min, teman seBio tapi tak sama kelas. Ika, Mas, Su & Lubna bakal cikgu-cikgi Pendidikan Sejarah. Farah Aina, Pendidikan Sains (Fizik). Syikin+Syikin dua orang yang namanya sama duduk di bilik sama bersama-sama. hehe. untuk memudahkan, seorang dipanggil Angah. Kak Wana & Kak Niha senior semester 7.
.............
5. teman sebilik saya, Nuriha aka Kak Neha masih belum saya jumpa 'muka ke muka'. kata Angah, dia bakal guru Pendidikan Bahasa Melayu. sedang cuti bersalin, huhu. mungkin tak lama lagi baru dia sampai. jadi, sementara menunggu teman sebilik saya sampai, maka saya berseorangan. tidur seorang, mandi dah tentu seorang, makan biskut dalam bilik seorang, baca akhbar seorang, saya tengok dinding dan dinding malu-malu tengok saya balik.. hehe..
.............
6. paling penting, internet kurang memuaskan di bilik saya. maka untuk menitipkan sepatah kata dan berpatah-patah kata bebelan saya kali ini, saya terpaksa mengusung diri sendiri bersama-sama laptop dan tetikus ke bilik Farah Aina. menjadi merpati penumpang. bahasa bio, parasitism!
......................................
......................................
saja nak letak gambar sefamili.
di ambil masa cuti semester yang baru berlalu.
motif?
huhuhu..
eh, bila cuti lagi eh?
sebelum ni saya dah kenalkan kalian dengan kak bibah kan?
okey, kali ni jom kita intai-intai sorang lagi akak cantek di UPSI.
ahh, UPSI memang ramai perempuan cantek. tentunya bukan saya.
sebab saya cuma comel + kiut.
===================
akak cantek kali ini adalah Kak Aini.. (dia 'mataku', saya 'mata')
Saja nak promosikan blog akak cantek ni. blogger baru. Sebagai senior dalam dunia blogger, maka saya wajar memberi sedikit sokongan yang termampu.
sesiapa yang ada membaca entri ini, kamu digalakkan ziarah dan singgah di blog Kak Aini, demi keselamatan keluarga kamu dan bakal anak-anak kamu.
sebab apa? opss, Kak Aini ni garang tau! hehe.
sudah tamat pengajian di UPSI. bakal menjadi cikgu muda yang garang + cantek.
jadi, tengok saja boleh. ngorat jangan!
p/s : Kak Nadiah, jangan kecik hati ya..akak pun cantek. hehe