tak tahu kenapa bila mula semester ni..
saya sering ditegur kawan-kawan seBio.
bukan sebab saya makin cerah berseri kerana guna produk Fair & Lovely pemutih kulit
bukan juga sebab saya makin bergaya lilit tudung melintang sini membelit sana
bukan juga sebab saya pakai baju baru, beg baru, kasut baru dan segala baru..
bukan! bukan!
dan tentunya semua perkara di atas tidak pun wujud pada diri saya.
hari pertama kelas, jumpa Fyda
"eh ain, kenapa makin mengecik ni?" katanya sambil menghayun-hayun tangan saya.
yang lain pula,
"ain tak makan ke..makin kecik ni.." sambil belek saya dari hujung pin tudung sampai hujung kad matrik dan mungkin juga hujung kain baju kurung saya.
mulanya saya memang tidak menghiraukan sangat.
sebab
sayakan memang maintain kecik, kuit, comel dan kecik. (perlu ke sebut kecik dua kali ni?)
kurang beberapa jam tadi,
ada perjumpaan di cafe KUO.
Mas kata,
"ain, kenapa ko ni? makin kecik. baju ni kan kecik ja. kenapa nampak besar & menggelebeh bila ko pakai?"
Hasni menambah,
"betullah ain. ko nampak makin mengecik. ko tak cukup makan ke?
teman serumah, Su pula..
"ain ni memang budak tak cukup umur lah. keciknya kau. macam baby ja. betul ke kau ni 19tahun?"
arghhh!
apakah?