berbual (ym) dengan Sumi baru-baru ini.
"mu rasa penulisan aku ada peningkatan tak?"
"urm..statik kot. sama ja aku rasa"
"tak apa lah macam tu. saja tanya"
==================
Kamu pernah tak rasa begini
'eh, kenapa bila aku baca entri dia ni, rasa best lah. nak baca lagi'
'eh, dia yang marah dalam entri ni. kenapa aku pun rasa nak marah juga ni'
'waa, syahdunya entri dia'
pernah tak? heh, saya selalu! tahniah pada penulis blog yang selalu membuatkan saya kagum. erm, sebenarnya cemburu. hehe
.....JOM KONGSI! BAGAIMANA DIA LAKUKAN......
~abqori~
contoh 1
Ayat sebelum disuntik:
Manalah cucu Sultan yang berumur tujuh tahun itu tahu untuk membalas bulian abangnya kerana beliau masihlah amat kecil lagi. Mujur tangisannya itu sering didengari oleh putera bongsu merangkap bapa saudaranya. Putera bongsulah yang sering memujuknya dengan menyuruh kekanda sepuluh tahun beralah.
Ayat selepas disuntik:
Manalah cucu Sultan yang berumur tujuh tahun itu tahu untuk melakukan rusuhan memberontak kerana beliau masihlah amat kecil lagi. Mujur tangisan revolusinya itu sering didengari oleh putera bongsu merangkap bapa saudaranya. Putera bongsulah yang sering menenangkan keadaan yang huru-hara itu dengan mengembalikan hak pada yang sepatutnya.
contoh 2
Ayat sebelum disuntik :
Tetapi bagi saya jika terjaga di malam hari sewaktu winter, jaga saya itu bermakna saya telah tidur melebihi kadarnya disebabkan hari masih belum-belum siang.
Ayat setelah disuntik :
Tetapi bagi saya jika terjaga di malam hari sewaktu winter, jaga saya itu bermakna saya telah lebam ketiduran disebabkan hari masih belum-belum siang.
===========
Elakkan menulis entri yang hanya menceritakan tentang perjalanan kehidupan kamu yang seolah-olah semakin hari semakin tiada harapan. Siapa yang mahu membaca kisah-kisah seperti ini kan? Pembaca yang baik membaca untuk mencari ilham dan memotivasikan diri. Mungkin juga mahu berkongsi kisah orang lain dan cuba menempatkan dirinya dalam situasi penulis. Semua orang boleh menulis tapi tak semua penulis mampu membuatkan pembaca merasai dan menghayati isi penulisannya.
........
Berikut adalah contoh-contoh entri yang mengecewakan dan membosankan pembaca ;
Entri pertama :
Hari ini aku bangun lambat. Terpaksalah aku ponteng satu kelas. Bila masuk bilik mandi pula, aku perasan yang berus gigi dah patah, digigit tikus agaknya. Habislah aku kena beli yang baru. Walhal duit pula tiada. Kawan-kawan pula entah bila nak bayar hutang. Kalau ikutkan hati, nak saja aku lempang muka diorang sorang-sorang. Teruk betul hidup ini.
Entri Kedua :
Bosannya malam ini. Kawan-kawan semua pula sibuk menyanyi. Macam sedap sangat suara. Perasan bagus. Tension aku. Dahlah di kelas tadi, aku kena denda berdiri dua jam lebih, semata-mata sebab aku lewat lima minit. Bukannya apa, dah tadi aku terpijak tahi kucing. Takkanlah aku nak masuk kelas busuk-busuk macam itu. Mestilah aku basuh dulu. Lecturer pula tak faham. Ikutkan hati nak saja aku tukar kolej. Tinggalkan terus life aku yang worst di sini.
Entri Ketiga :
Kenapalah hidup ini teruk sangat? Semua yang aku buat semuanya serba tak kena. Kawan-kawan pula semuanya perangai entah macam apa. Entah macam mana lah aku boleh berkawan dengan diorang. Aku tahu, diorang ini memang sengaja menganggu hidup aku. Kalaulah aku ada kereta, nak saja aku langgar diorang semua. Lepas itu, aku reverse kereta itu ke depan belakang sampai lumat tubuh diorang. Baru puas hati aku. Tapi, macam kejam sangat pula. Dah, nak buat macam mana? Aku dah tak boleh tahan dengan diorang. Lagipun, selama ini, diorang inilah yang buatkan hidup aku rasa macam sampah.
.....
ini belum termasuk lagi dengan entri yang penulisnya telah keterlaluan merogol bahasa dan merojak-rojakkan bahasa dalam penulisannya. tahulah ini negara muhibah, hidup berbilang kaum tapi perlukan merojakkan bahasa sendiri sehingga hilang identiti? dan juga entri yang menggunakan bahasa SMS melampau dan terlalu memendekkan patah kata sehingga tidak mampu dibaca. maka jadilah penulisan anda itu syok sendiri.
.
.
.
apa pun, ini cuma sekadar tips menjadikan penulisan kamu menarik. mana tahu entri berdasarkan pengalaman hidup kamu mampu menjadi inspirasi kepada anak cucu di kemudian hari. andaikan 40tahun nanti cucu kamu terjumpa blog kamu.
"Tok Mama, srikandiputri.blogspot itu blog tok mama ke? seronok saya baca. kawan-kawan saya pun cakap tok mama best"
atau
"atok, inibelogsukahatiaku.blogspot itu blog atok ke? wahh, teruknya atok masa muda. malu lah, kawan-kawan saya dah jumpa blog atok. mana saya nak letak muka ni haa.."
.
.
.
haha, jauh pula saya fikir. sampai ke cucu. opss..! saya tahu blog saya sengal. bak kata fawez, 'sengal lah ko ni Ain'..