Sunday, June 21, 2009

aku di zaman hingusan


semalam, sengaja merayau-rayau dalam fs kawan.. terjumpa gambar ini.. gambar kenangan zaman hingusan (macam la sekarang dah cukup matang)..

zaman dikelilingi cikgu-cikgu dan ustaz-ustazah yang suka ber'pot-pet-pot-pet' sebelum mula kelas..kamu jangan begini, kamu perlu begitu, kamu jaga diri, kamu perlu fikirkan masa depan..bla bla bla..

zaman kena pakai 'kad bahasa' pada tudung labuh sekolah (kad yang kena tulis 10 perkataan dalam tiga bahasa BM-BI-BA, perlu dihafal dan setiap minggu kena tukar, tapi aku cuma tukar perkataan baru bila rajin)..

zaman bilamana aku pergi sekolah awal cuma sebab nak meniru kerja sekolah kawan.. buat muka tak malu pergi meja ct khadijah yang datang awal, minta buku dia.. 'weh, meh buku hang. aku tak buat lagi kerja sekolah yang cikgu nak hari ni..' heh, sangat la tak malu 'oh, patut la hang mai awal hari ni. selalu kan hang yang paling lambat sampai sekolah'

zaman kena halau berdiri di luar kelas bila tak buat kerjarumah matematik cikgu Baharom.. seronok gak rupanya kena berdiri kat luar kelas. ahh, mujur sekolah semua perempuan, boleh buat muka tebal...hihi

zaman kena berdiri di belakang kelas sebab tak buat tugasan yang cikgu Fiza bagi.. selalunya satu kelas akan siapkan kerja sekolah cikgu Fiza, cuma aku-amal-shery-faiezah yang terkecuali. hasilnya, buat muka sekupang ja la masa kena berdiri kat belakang kelas. boleh duk gelak-gelak pulak sesama kami..

zaman yang aku akan terketar-ketar lutut dan segala anggota badan bila kena ke depan kelas dan buat presentation dalam bahasa inggeris (ouchh, dulu aku sangat la tak suka subjek BI). baru sekarang terasa pentingnya kebolehan bertutur dengan baik dalam bahasa inggeris. betullah cakap teacher Harlina.

zaman aku suka subjek biologi, kagum dengan cikgu zaharah sangat2, sebab dia pandai biologi. sanggup aku pergi makmal awal bila kelas biologi, ambilkan laptop cikgu dan LCD, pasang siap-siap dalam makmal. bila cikgu zaharah masuk, boleh terus mengajar. tempat paling depan (betul-betul depan muka cikgu tu, memang tempat aku la..sanggup sakit leher kena dongak agak tinggi asalkan aku puas hati dapat duduk depan sekali, dekat dengan cikgu). tak sangka pulak aku bakal cikgu biologi. insyaAllah, doakan. hehe.

zaman aku memang bodoh dan bengap gila masa kelas matematik tambahan. tercengang-cengang bila cikgu freshie mengajar. cikgu rozai. satu apa pun aku tak faham. pernah sekali aku menangis masa duk buat latihan matematik tambahan dalam kelas. menangis sungguh-sungguh pulak tu. masa tu fikir, kenapa la aku bodoh sangat ni..tak faham & tak dapat tangkap isi pelajaran langsung. Faiezah la yang baik hati ajarkan aku pasal AddMath pelan-pelan..ajar satu-satu..langkah demi langkah...sampai aku faham!

banyakkkknya kenangan.

aduhhh, rindunyaaa!!! 

16 komen tak puas hati:

kin said...

kenangan mmg indah kan?
=')

a mother said...

Pernah gak merasa jadi cikgu, tapi kejap jer.. sudah cukup untuk menyedari betapa sukarnya tugas seorang guru ni..

neem said...

rindu!

Azym Azizi said...

Yep..sekolah adalah zaman utk nakal2..haha

F.Aminurrashidd said...

ko kena halau duk luar kelas?
aku kene bersila belakang kelas, just becoz, aku x siapkan tugasan. hahahahaha~

Ummu Mishkah said...

memang manis zaman belajar kan?

umi kalsom said...

ain fatihah... ;)
kebetulan..aku pun ada post psl skol
rindu la...
rindu sgt...
hhhmmm....nuthing more can be said.:)

Luth Textile said...

sama la kita..
jgn hidup dengan kenangan..

Ibnurashidi said...

Salam ziarah,

Apa khabar tuan rumah?

Jjemputlah ke blog ya. Boleh exchange link dan bertukar pendapat.

Hajin said...

baru juga aku halau pelajar kemarin, terlampau dajal.

ain fathihah fhm said...

kin, kenangan mg buat kita rasa bernyawa..sgt sayang kenangan2 ku!


a mother, guru zaman skrg tugasnya pelbagai. dari jadi tukang kebun sekolah utk hiasan landskap sekolah hingga lah ke menjadi tok bomoh merawat pelajar histeria...tugas2 pengurusan yang menimbun, memang buat guru2 lelah. mereka memang manusia terhebat, kn? rindu cikgu2 sekolah..


nim, rindu juga!


heyy azym, hang mesti ketua budak2 nakal dulu kan? hehe..


fawez, memang lenguh kena siapkan homework sambil bersila kan..hik3..



la la la..

ain fathihah fhm said...

ummu mishkah, masa berada di sekolah dulu memang sangat bahagia hati...


kalsom! rindu hang wehh...kebetulan entri kita nk dekat sama pulak. hehe.. nice blog, kalsom...

ain fathihah fhm said...

Luth, hidup dengan kenangan la best! boleh buat saya tersengih2 seorang diri. hehe

yup FaridRashidi, sudah jenguk blog awak sebelum dijemput lagi..hehe..dh jd follower kt blog awak yang sangat berinformasi. TQ ya!

ain fathihah fhm said...

Cikgu Hajin, tegas dan garang itu perlu kan? tlg beri tunjuk ajar pada saya.

~cutebabygirl~ said...

adoiiiiii...x leh blah ar zaman skola..sgt2 la bengong..memalukan bila dipikir2 blk!huhuhu...
tp ape2 pn,mmg best ar zmn skola wlaupun dulu sllu nyesal skola situ..huk3.. =P
rindunye la mmbe2 smua....aduhaiiii~~

Syahiiiiiirah. said...

waaa...
ni kat astaka kan???