Friday, February 27, 2009

keliru ilusi dan realiti

apa perasaan kamu kalau sesuatu yang mati-mati kamu sangkakan mimpi, rupanya telah pun berlaku dalam dunia nyata?
ini bukan ilusi, ini realiti...
dan telah pun berlaku pada saya.

Semester ini saya ada kawan serumah baru.
Dua orang. Cantik orangnya. Orang kelantan. Putih melepak. Cun. Course Pendidikan Seni Visual.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah malam tadi. Jujur. Walaupun dua orang kawan serumah kami yang baru itu lain sikit pe'elnya berbanding kawan-kawan seBio, saya terima tanpa sebarang masalah.

Apa yang masalah?
Rumah bising berdentum-dentam sekitar jam 3 ke jam 4 pagi, dengan suara pontianak mengilai (opss, saya tak pasti dari mana hadirnya pontianak berikut, memang seram!)
Saya terima, saya anggap tiada masalah.

Kehadiran kawan-kawan mereka yang kerap dan agak ramai, dengan suara yang juga mengilai-ngilai, pintu rumah ditutup secara berdentum...DAMMM!!!, kasut dibawa masuk ke dalam rumah sehingga kawasan dapur...
Saya terima, saya anggap tiada masalah. Mungkin itu stail orang seni agaknya.
dan yang lain-lain, tidak mahu saya coretkan di sini, keterlaluan agaknya.

Alhamdulilllah, saya terima seadanya. Kawan-kawan saya. Kenalan saya.

Alkisah bermula...malam tadi saya pening kepala + selsema. Dua hari bermain hujan secara tidak sengaja. Payung yang diguna bagai tak memberi makna. Saya tetap basah kuyup, dek angin kuat yang membawa hujan.
Malam tadi juga, sebelum saya tidur.. Saya melarutkan sebiji pil panadol Soluble dalam setengah cawan air. Jam 12mlm saya sudah bersiap untuk tidur. Pening kepala, amat! ditambah dengan hidung yang tidak selesa angkara selsema. Tak apalah, saya terima seadaanya.

Saya tidak pasti jam berapa, tiba-tiba tidur saya terjaga. Telinga dapat menangkap bunyi bising yang maha dasyat di gegendang telinga saya. Suara hilai tawa pontianak, bunyi pintu berdentum dan bunyi tapak kaki(kasut) yang dihentak-hentak.

Ahh, seperti biasalah. Seperti malam-malam sebelumnya. Seperti malam-malam yang saya dapat terima keadaan itu seadanya. Mungkin stail mereka begitu agaknya. Saya terima.

Kemudian seperti biasa, seperti malam-malam sebelumnya...tidur tidak nyenyak akibat bunyi-bunyi seni yang pada telinga saya keterlaluan itu. Saya meneruskan tidur. Dalam hati sebal menahan geram.

Selepas meneruskan tidur..saya berasa kepala saya makin sakit dek bunyi-bunyi orang seni itu. entah bagaimana, dalam sekejab waktu saya boleh bermimpi.. bukan mimpi biasa. tapi mimpi saya memarahi orang. Dengan suara saya yang agak ditinggikan, dengan ayat yang agak tajam barangkali. Yang pasti saya bermimpi memarahi orang..

Tak apalah, rezeki saya mungkin. Geram yang terpendam sekian lama dapat saya lepaskan dalam mimpi. Hehehe. Hati rasa seronok, la la la.

Paginya, saya bangun tidur dengan mata sembab dan kepala masih pening-pening lalat. Agaknya lalat pun tak pening macam saya, kan.

Kemudian, dengan suara bangga saya berkata pada Amy,

"ehh Amy. Malam tadi aku mimpi aku marah budak-budak bising tu la"
"mana ada kau mimpi. Betullah kau marah diorang. Aku dengar suara kau marah-marah malam tadi"
"hah? aku ingatkan aku mimpi je...!" cuaknya rasa hati. Tak semua orang boleh ditegur. Ditegur dengan cara baik pun booo layan, inikan pula dengan suara tinggi.

Patutlah pagi sebelum kelas pukul 8, kawan saya yang dua orang itu bersikap pelik. Kasut dihentak-hentak makin kuat. Suara bercakap mengalahkan bercakap dengan orang nun di hujung padang. Pintu bilik dan pintu rumah dihentam bertambah kuat, DAMMM!!!
protes agaknya.

Mimpi, yang saya sangkakan cuma ilusi, rupanya realiti.
Saya bersalahkah?

Wednesday, February 25, 2009

jangan main dalam makmal

Hee, entah kenapa, wireless di KUO sangat teruk akhir-akhir ini.
susah nak dapat sambungan internet dari kolej..
huuu...
Akibatnya, budak nakal ni secara tiba-tiba menjadi rajin untuk bawa laptop semasa perbincangan PBL. di makmal Bio pula tu...internet agak lajuuuu di sini. ada urmphh!
hahaha (lagi gelak jahat)
Orang lain bincang PBL, saya seronok main webcam kat laptop pulaa..
hohoho, bajet comel

jangan main-main haaa!!

Tuesday, February 24, 2009

terlajak-lajak

Alhamdulillah
dah selamat sampai KUO
mujur selamat!!

naik tren dari Butterworth ke Tanjung Malim
entah apa malang, terlepas stesen Tanjung Malim

tren tu pula tak berhenti di Kuala Kubu, Rasa dan Batang Kali!
arghh, jauhnya terlajak

terpaksa menurunkan diri dengan kebingungan di Rawang
terpinga-pinga (nampak sangat budak kampung)
beli tiket LRT dari Rawang ke Kuala Kubu

dah sampai stesen KTM Kuala Kubu,
nak kena cari bas ke Tanjung Malim
pakcik kaunter cakap, "adik jalan ke jalan besar, dua minit nanti jumpa hentian bas ye"

ahh, macam tipu je
aku jalan hampir 15minit baru jumpa jalan besar
(atau kaki aku yang pendek ke?jalan lambat)

tunggu pulak bas dengan muka toya
ahh, memang muka aku sangat sekupang
tunggu punya tunggu, silap arah tunggu bas pulak

lintas jalan, terkedek-kedek (dalam beg ada jeruk untuk Amy, berat!)
tunggu bas lagi
dengan muka semakin toya

akhirnya, ada bas ke Tanjung Malim
naik dengan gembira
(sempat plak tertidur dalam bas! kalau terlajak lagi, kan naya je)

sampai ke pekan Tanjung Malim
telefon pakcik keta sapu

dan...

yeaa! dah ada di KUO sekarang ni
ngehh ngeh ngehhh

moral daripada cerita ini adalah :
1. jangan percaya makcik yang duduk sebelah anda dalam tren (sebab makcik tu cakap tu stesen Behrang, padahal tu stesen KTM Tanjung Malim! tapi takpe la, kasi can kat makcik tu sebab anak dia nak pi temuduga kerja)
2. jangan buat muka terlalu toya, nanti orang tengok anda pelik
3. kerajaan, tolong la majukan sikit Kuala Kubu tu, macam pekan mati tau tak! seram aku
4. jangan terkesan dan gabra bila ada orang mengusik pasal culik (ahh, ni abg Din la ni..menyakat! aku dah ketaqqq tau.. eh, muka macam aku ni ada kebarangkalian untuk diculik tau. ehemm3, i kan cumil)
5. errr, tak tau nak merepek apa dahh..Lapaqqq ni! jom p makan jom

Monday, February 23, 2009

kalau aku Ultraman, aku nak alih UPSI

hari isnin ada kelas EDU dan Lab Histo
aku?
berada di rumah
rumah mana?
penang la..

ngehh3x...
tetiba balik penang, tak dirancang sangat
tetiba taknak balik tanjung malim

boleh tak aku nak alih UPSI ke Tanjung Tokong?
jadi aku takkan terponteng(terrrr??) kelas hari isnin.

hahahaha (gelak jahat)

Thursday, February 19, 2009

nakal dalam makmal


Salam'alaik. Hahaha...nakal mode!
dalam makmal, jangan YM! jangan update blog!

Wednesday, February 18, 2009

saya rindukan buah hati

Salam'alaik. Tidur saya tidak nyenyak. Seakan ada sesuatu yang mengganggu perasaan. Resah. Gelisah. Saya kerindu-rinduan. Saya merindu. Saya perindu. Siapa? Ya, saya rindu buah hati saya. Jauh dia di sana. ehh, bukan-bukan..saya yang jauh dari dia. Bila berjauhan, saya rindukan bau dia. Bau dia sudah semakin memudar di ruang hidung saya. Bila berjauhan, saya rindukan rengekan manja buah hati saya. Suara rengekannya sudah tidak segar lagi di telinga saya. Arghhh! Saya sangat rindu dia. Tolong...
Muhammad A'dnin Firdaus bin Mohd Roshidan Hati saya kadang-kadang merintih. Mengapa saya perlu jauh dari dia. Tolong....saya amat rindu pada keletah nakal dia. Rindu pada gelagat manja dia.
Bila terpandang kanak-kanak sebaya dia di sini, saya dengan cepat memaling muka. Tak sanggup teringatkan buah hati saya yang seorang ini. Aduhhh, peritnya menanggung rindu.
Dia sudah sebati dalam hidup saya. Dia sebahagian dari saya. Gelak tawanya sentiasa terbayang-bayang di ruang mata saya.
Tangisnya, rajuknya, sedih dia memang saya tak lupa... Duhai hati, bersabarlah...
Dedikasi buat adik-adik ku Afnan, Amirah, Adeebah, Atiqah, Adilah dan Adnin..
Kakak akan balik
tak pernah lupa
sayang adik
Tak mengapa dik
Jangan bimbang
Ibu ada
Ayah ada
Keperitan pasti ada penawarnya
Insyaallah
sama-sama doakan
Dari jauh kakak menangis
kerna rindu
padamu
Tapi
Adik harus mengerti
ada tugas
Ada kerja
Tak semudah seperti adik fikirkan
Tunggu
Kakak akan kembali
Bila kakak mahu pulang
Tiap kali itu disuarakan
di sudut hati
Kakak menangis
Mengenang nasib
Apakan daya
Pasti ada hikmah disebaliknya
Suatu hari nanti
Kau akan mengerti
Ayah, ibu dan kakak
Sentiasa mendoakan
Kesihatan
Kesejahteraan
Selalu
Kadang-kadang bingung
Buntu
risaunya ayah dan ibu
Namun
gagahkan jua diri
Redha kehendak Illahi
Itu ujian
Adik sayang
Hanya mati tiada penawarnya
Teruskan senyum
Kuatkan semangat
Insyaallah
Senyummu memberi harapan
yang tinggi
Semoga bahagia
Di samping ibu

Tuesday, February 17, 2009

my turn - public speaking

tajuk public speaking saya hari ini adalah,

Body Language in Flirting

hehe, jangan tinggal komen tak puas hati yang pedas-pedas yaa!

Sunday, February 15, 2009

kawan yang tak patut

Ini kawan saya. Kawan yang Ain Fathihah dan Tasneem Sayorwan sayang. Ya, kami sayang dia. Kamu ada masalah? Hehehe.
Nama kawan kami Azlan Musyabri. Dia seorang yang skema. Berganda-ganda skema dari kami berdua. Dia skema, tapi kami sayang dia. Sebab dia kawan yang baik walaupun skema.
(haha, Lan mesti marah ain buat enri macam ni)
Sebenarnya, saya cuma nak ucapkan selamat maju jaya kepada Lan. Dia akan terbang ke luar negara (Australia) bagi menyambung pengajiannya. Saya belum bertanya dengan jelas jurusannya, dan bila dia akan bertolak. Huhu, saya rasa saya kawan yang teruk bila tidak mengendahkan dia akhir-akhir ini. Sibuk la konon... Ain minta maaf Lan noh...

Friday, February 13, 2009

pau itu harganya seringgit satu

Salam'alaik. Perasaan dan kehendak adalah perkara yang sukar difahami kan? Tak setuju tak apa, taknak kawan!

Kisahnya semalam..(saya masih keliru dengan penggunaan 'malam tadi', 'semalam', 'kelmarin' dan 'kelmarin dulu'.....abaikan) Selepas habis waktu makmal Biodiversity of Animalia : khusus pada Spongebob dan Obor-obornya (bahasa sainsnya, Phylum Porifera & Cnidaria), kawan-kawan seBio saya (ini pertama kali kisah mereka terselit di blog saya) beramai-ramai naik bas untuk pulang ke kolej kediaman.

Entah apa angin mereka, Teh ajak kami makan aiskrim. Wahh! Bagus juga ni, saya dah lama tak makan aiskrim..yumm3! Naik bas, turun di KHAR, menuju ke kedai siswa di blok 3. Dalam perjalanan tu, saya terpandang pau-pau yang tersusun cantik di bekasnya di Cafe KHAR.. Hermm, sedapnya juga. Lepas beli aiskrim nak beli pau la pula..lapar banget! Kenapa la lapar sangat ni.. Ehh Amy, aku dah makan ke belum tadi? Sudah, dah dua kali kau makan nasi hari ni. Takkan lapar lagi? Haah lapar la.. Satgi lepas beli aiskrim aku nak beli pau ayam la pulak. Bersemangat waja, nak makan aiskrim dan pau! Aiyoo, perut tong kot ni. Abu selalu gelakkan saya makan banyak. Ciss!

Tak apa lah, saya pun bergegas masuk ke kedai runcit siswa tu, buka tong aiskrim dan pilih satu aiskrim. Terus pergi bayar. Memang agak tergesa-gesa sebab dalam kepala saya, Pau Pauuu Pauuu. Tanpa menunggu kawan-kawan lain yang masih memilih aiskrim-aiskrim pilihan (aiyoo, nak beli aiskrim pun fikir lama-lama ke), saya terus menuju ke Cafe KHAR.

Walaupun dari jauh, sebaik terpandang kawasan Cafe tu, langkah kaki saya terhenti. Bekas pau tadi tu dah takda! Huhuhu..mungkin makcik cafe dah bawa masuk ke dalam dapur bekas pau tu. Huhuhu. Dada saya tiba-tiba rasa amat sesak. Berat. Sebak. Huhu, nak pau. Teringin sangat-sangat nak makan pau. Kaki saya tiba-tiba terasa lemah longlai.. wuu wuuu, aku nak pau tu juga. Cuma bermonolog dalam hati. Saya berpatah balik, mendapatkan kawan-kawan yang sedang membayar harga aiskrim.

Muka monyok. Weii, pau tu dah takda la..makcik Cafe dah simpan kot. Takpa-takpa, esok boleh beli lagi. Huhu, tapi aku nak juga pau tu malam ni..nak pau.. Haha, hang ni lawak la... celah Siti lagi. Esok kan boleh beli lagi pau tu. Kenapa makcik tu dah simpan pau tu, aku tak sempat nak beli. Arghh, suara saya kian serak. Sebak. Ehh, Ain! Laa, hang nanges ka? Laa, rilek la..esok beli la ya..esok kan ada lagi. Amy mencelah Ain, aku doakan kau hidup sampai esok ya, esok kau boleh beli pau tu ok! Hurmm..yela...kejam la ayat dia...

Hari ini, saya dengan bersemangat pergi ke Cafe KHAR, beli pau ayam. Beli lauk makan tengah hari sekali. Melepaskan kempunan semalam. Leganya dah dapat pau. Pau ayam itu harganya seringgit satu. Titik.

Wednesday, February 11, 2009

cabaran Kak Bieb

salam'alaik. Sebenarnya saya bukanlah jenis yang terlalu sporting untuk jawab tag-tag berunsur membongkar rahsia peribadi yang telah diberi kawan-kawan blog (bercampur malas nak fikir jawapan tag yang banyak tu). Malu rasanya. Alahai Ain, jangan la lurus sangat jawab. Main-main dah la. Kata Cik Tira. Ehh, ya tak ya juga kan? hehehe

Gambar ini diambil semasa saya sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah (Pulau Pinang) dari rumah kenduri saudara kami di Kedah. Rasanya kenduri kahwin sepupu saya, Abg Fadhli. Kami berhenti solat di Masjid di Sungai Petani (dah lupa nama masjid tu). Selesai solat, sempat pula kami adik-beradik posing sakan di perkarangan masjid. Baba laa jurukameranya. hehe.. Opss.......sudah mula sebak, teringat rumah.. waaa!

Demi menghormati senior tersayang Kak Bieb, saya jawab juga cabaran dia utarakan. Mujur tak susah sangat nak buat ini. La La La.. Saya sertakan sekali penerangan gambar di atas.

The challenge is:
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged

Err, saya tak tahu nak berikan cabaran ni pada siapa. Sapa yang teringin nak buat, silakan laa..buat macam rumah sendiri. Tadaa!!

Monday, February 09, 2009

notis budak hilang!



NOTIS ORANG HILANG!

kepada sesiapa yang terjumpa budak comot di atas

sila hubungi saya atau tolong pulangkan dia kepada saya

saya mahu dia

sebab

dia ambil rojak saya!

pulangkan!!

hehe, jangan marah ya.

entri di kala kebosanan

Sunday, February 08, 2009

kem latihan bencana alam

KEM LATIHAN BENCANA ALAM
BSMM II
KEM RAKAN MUDA KAMPAR, PERAK
6,7 & 8 /2/2009
sudah habis.
yeaaa!!!

Thursday, February 05, 2009

akhirnya aku ditagged?

selama aku blogging,
tak pernah pun di-tag.
ini dah dapat tag dari kak shida
(buat muka terharu)

err, macam mana nak jawab tag ni ya?
banyak rahsia alam nak kena tulis kat blog.
alamaakkk, malu lah.. huhuhu

1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda
2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup
3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati
4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda
5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda
6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda
7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini
...........................
...........................
...........................
...........................

Maka, tag ditangguh seketika.
tadaaa!

Tuesday, February 03, 2009

makanya, jangan bertangguh

salam'alaik..
salam anak kandung suluh budiman..
hari demi hari, saya semakin berbangga menjadi anak kandung suluh budiman.

Alhamdulillah, perjalanan saya dipermudahkn. Syukur.
tajuk entri di atas merupakan suatu analisis kesimpulan yang dapat saya buat berikutan hal yang berlaku sejak dua hari lepas.

seperti yang telah saya maklumkan dalam entri sebelum ini, saya memang melupakan kerja kursus yang perlu saya selesaikan semasa cuti.
juga salah saya, tugasan yang telah diberikan dua minggu sebelum cuti raya cina, saya pandang sebelah mata. (perhatian : adik-adikku Amirah Adeebah Atiqah, jangan tiru perangai buruk kakak kalian ini)

balik saja dari UM (debat Astar), saya mula memikirkan bagaimana untuk menyiapkan secara pantas esei 25mukasurat Falsafah Pendidikan : Pendidikan Sebagai Pemangkin Kecemerlangan Pembangunan Insan Ke Arah Pembentukan Warganegara Yang Baik.

Hurmm, sungguh saya manusia biasa. Dalam masa terdesak, saya mula menyesal dengan perangai buat kerja di saat-saat akhir saya itu. Mujur juga sebelum itu, saya telah membuat kajian bahan-bahan yang diperlukan. Juga saya telah membaca sedikit sebanyak senario-senario hal ehwal pendidikan yang berlaku.

Dengan bersemangat dan sedikit rasa cuak, saya cuma memulakan gerak kerja menaip esei itu selepas waktu magrib hari ahad. Tugasan ini perlu dihantar hari isnin jam dua petang! (Alamak, sempat ke ni...sempat ke ni...) Hati memang dipagut rasa bimbang.

Kawan-kawan serumah saya, mereka secara kasar sudah pun menyiapkan esei falsafah pendidikan ini. Sedangkan saya?

(bunyi keyboard, berselang seli BUZZ teman-teman YM)
**masa sibuk, jangan laaa sign in YM cik ain oiii!

Setiap pertambahan muka surat yang berjaya saya taip, saya akan bersorak

"Yeaaa!! Dah siap satu mukasurat!"
"wahh, bagus ain! Tahniah!" Amy memberi semangat
______________________________________
"Yeahh!! Dah siap dua setengah mukasurat!"
" Ain boleh! Chaiyok3x!" Dayah membalas
______________________________________
"Yuhuuu!! Aku dah ada 5mukasurat! Seronoknya!!"
" Waa, ain hebat..teruskan usaha!" sampuk Amy lagi

sebenarnya dalam hati, saya membuak-buak ingin menangis. (bila mama baca entri ini, mesti dia tersenyum teringatkan gelagat saya menangis-nangis semasa menyiapkan kerja sekolah di saat-saat akhir semasa darjah tiga dulu)

Masuk mukasurat ke tujuh, otak saya mula gelong. Sangat blurr..(apa nak buat..apa nak buat...) Dengan pantas, saya memakai tudung, sarungkan sweater dan mencapai segenggam syiling dalam tupperware syiling.
Nak buat apa syiling segenggam? Owh, jangan bersangka buruk ya! Saya tidak mengupah sesiapa untuk menyiapkan esei saya.

Langkah kaki menuju ke telefon awam di Blok B KUO.
jemari comel saya (ehem,sempat lagi memuji diri sendiri) pantas memasukkan satu persatu syiling di tangan ke dalam lubang syiling telefon awam itu..

..kosong..satu..enam..empat..lapan..satu..dua..satu..****..*****..
tett..tettt...tidak berjawab..
Alamak, saya sudah rasa mahu menangis! Waa!
hati tidak berputus asa..
..kosong..satu..enam..empat..sembilan..empat..sembilan..tujuh..***..*****...

"Ya, assalamualaikum.."
yess! Hati saya lega mendengar suara garau+tegas yang amat saya rindu itu.
"Wassalam..Baba, tata ni..duk buat apa"
"Duk ajaq kak teh kerja sekolah dia..ni haa, meh cakap dengan mama ya"
"okey...Herm mama..sihat?apa kabaq, camna adik? bla..bla..blaa..potpet..pot pet3x..."
empat puluh lima minit berlalu....
"okey la Ma, kirim salam sayang peluk cium kat semua..nanti tata tepon lagi..wslm, babai"

Fuhh, rasa macam dapat tonik ja..hehe..kembali bersemangat..saya pulang menghadap laptop dan mula menaip semula..
(dalam pada sibuk itu, saya sempat pula berchatting. YM. Blogging pun sempat! haa, terima kasih pada Shakir, sebab banyak tolong bagi guideline untuk saya buat esei tu, siap bagi bahan-bahan lagi..cayalahh Shakir!!)

ehem, hampir 12tengah malam..otak saya jammed semula..
pertambahan ke dua belas mukasurat.
sorak lagi
"Yeaaa!! Aku dah ada dua belas mukasurat!! Bangga3x" menyedapkan hati sendiri.
Tangan mencapai HP, create new message.. "Abg, kredit banyak tak? Call ain sekarang, boleh tak?"
Bergayut lagi hampir sejam..(isk, asyik main-main ja..bila esei nak siap ni..huhu)

Pukul 1pagi, saya sudah mula mengantuk..hermm..
Beratnya mata..aiseh..
saya tertidur, sambil peluk laptop atas katil!!

"Tata, bangun! Cepat bangun p sekolah!!"
Huh, saya tersentak. Terjaga. Bangun dan memisat-misat mata..

Suara Baba? Ya, suara Baba kejut saya bangun. Persis zaman sekolah dulu. Nadanya, volumenya..memang sama!

Tangan mencapai HP, jam 4.30pagi!
Alhamdulillah, sama ada tadi mimpi atau apa..memang saya merasakan Baba betul-betul kejut saya bangun.

Kemudian, saya bangun. Basuh muka, gosok gigi dan bancuh minuman bijirin.
menyambung esei yang tertangguh.

............................
............................
............................
............................
............................

Alhamdulillah..
Jam 11pagi, esei saya berjaya dicetak dengan jayanya!!

Serik.
Taknak buat lagi
huhu.

Makanya, jangan bertangguh.

Sunday, February 01, 2009

bila jauh terasa dekat

saat yang bila semua diam,
aku takut.

waktu yang bila semua bising,
aku rimas.

mengapa?
mungkin, dunia takkan dengar cakap aku.
aku bukan sesiapa.

mungkin, dunia tiada beza tanpa aku.
sememangnya aku tidak punya apa-apa.

bagaimana?
biarlah. takkan sudah angan itu.
biarlah. tiada siapa ambil tahu.
biar sendiri aku

sampai bila?
mungkin pada tiupan bunyi itu.
atau, bila tiba masa aku.