Friday, January 23, 2009

lidah pasembur perisa budu

salam'alaik. Hampir seminggu rasanya saya tidak menekan-nekan papan kekunci (untuk sesiapa yang tidak tahu : keyboard) ini. Minggu yang agak sibuk. Mujur saya masih diberi kekuatan dan ketabahan olehNYA untuk menjalani kehidupan seharian. Alhamdulillah..

Saya sedang merindui air tangan mama ketika ini. Kesebakan ini tambah-tambah dirasa ketika menyuap nasi bersama kawan-kawan serumah. Bukan bersama keluarga. Rindu rasanya menikmati masa makan bersama adik-adik yang riuh dan bau masakan mama yang menyengat ke lubang hidung. Huhuhu...

Bercakap soal makan, ketika di semester dua ini, saya ada satu kegemaran baru. Makan nasi bersama BUDU. Ya, makanan orang kelantan. Budu terhasil daripada ikan bilis yang diperap bersama gula merah (betul ke ni?sesiapa nak betulkan?). Sejak bermula semester dua, saya menjadi kaki makan budu. Budu yang dibawa oleh kawan serumah, Dayah. Baunya saja sudah membuka selera makan saya. Hehehe. Orang kelantan pula tercengang-cengang melihat saya selamba menuang sedikit budu ke dalam pinggan. Isk, pelik sangat ke orang Penang makan budu? Yummm3x!

Teman sebudu saya, Aimi, dia juga kaki budu. Orang penang dan pahang yang suka makan budu. Bukan satu perkara yang pelik, kan?

Kadangkala terkeluar gurauan dari mulut saya "Ohh, aku sudah layak berkahwin dengan lelaki kelantan. Sudah lulus makan budu!" Hahaha, ini cuma gurauan nakal.

Entah malang apa, sejak semester dua ini, badan saya menjadi alergi kepada 'sesuatu'. Tidak tahu apa. Suatu perkara yang merimaskan badan saya menjadi gatal-gatal dan timbul benjolan kecil seperti jerawat di merata badan. Huhu, gatal amat.

Tiga hari lepas saya terlepas cakap kepada Aimi, "ehh kenapa ya badan aku gatal-gatal, macam alergi apa-apa ja ni, tapi aku xtau la apa yang aku silap makan"

"Mungkin kau alergi budu agaknya. Tak semua orang tahan makan budu. Ada jenis budu yang boleh buat badan jadi gatal"

Iyakah? Saya cuma terdiam. Terus tidak menyentuh budu sejak 3hari lepas. Antara percaya dan tidak kata-kata Aimi.

Namun, suatu kepelikan berlaku. Mungkin pelik, mungkin tidak. Gatal-gatal dan ruam di badan saya berkurang.

Semalam, ketika di dalam makmal Biodiversity, saya terdengar seorang teman berbual. Katanya ramai penghuni KUO menghidap gatal-gatal badan. Naik benjolan kecil sepeti jerawat. Bila dipecahkan, keluar cecair jernih saja. Ehh?? Situasi yang sama seperti saya. Mengapa?

Khabar angin yang saya dengar, air paip di KUO kotor. Sebab itu ramai yang gatal-gatal badan. Iyakah? (sekali lagi)

**termenung** apa lagi pilihan yang saya ada. Takkan nak pergi mandi di KHAR pula?

8 komen tak puas hati:

Zai Zamree said...

salam...lidah pasembur perisa budu yek???
okla tu dh boleh makan budu..hehehe..ni dah 4 thn bsama org klate tp budu tetap x leh makan..entah..klau kuar mkn nasi budu kt luar leh plak order kt tokey kedai tu.."nasi budu xnk budu"..hehehe..klakar kan???mknan klate yg lain2 dh leh masuk perut dh kecuali budu jek.. :P

athirah hanafiah said...

taulah kita madu lain suami..
takyahlah nak praktis makan budu untuk aku pulak. hahaha

CaBaiKeRinG said...

macam manalah rasa pasemboq cicah budu kan?

mau muntah aku pikiaq pun..

huhuhu

cabaikering

neem said...

org bangkok pun suka budu. waa..lama x makan budu. oh budu ku..makan dgn nasi kerabu lagi besh...sedap.

Abu Amirul said...

salam nurul,
takkanlah kerana budu,
kerana budu boleh mkn nasi banyak,
kerana budu tangan bau hingga ke petang,
kerana budu juga pembuka selera,
hidup budu.....
sorry gurau.
cantik blog nurul.
ok, take care.

world of my own said...

owh, saya x reti maka budu ;)
lidah pasembor sejati
tapi budu macam cute kan (boleh pulak macam tu. hehe)

ain fathihah fhm said...

haha
bangga klu ada orang kelantan baca entry ni..

Mior Khabir Zikri said...

hehe. kalu ado ore klate kecek lua i.e bahasa selain klate, ore klate hok dengar dio tu kecek lua mesti selok kalu bunyinyo alah ko klate: "bau budu weh lok!"

er, faham ke cik adik ain? org bangkok, reti terjemah tak?

=)))