Saturday, January 10, 2009

apabila berblog dijadikan aktiviti keluarga

salam'alaik..(salam sayang khas ditujukan buat mama tersayang aka pembaca setia blog ku)
alhamdulillah..perjalanan saya dipermudahkan oleh Allah. Syukur Alhamdulillah Ya Allah..

Permulaan semester dua yang saya kira amat baik untuk saya. Tanpa sebarang masalah yang memeningkan. Kecintaan terhadap bumi tanjung malim (ungkapan tidak ikhlas) kian memutik kembali. Saya tidak mahu mengulas panjang perjalanan saya di UPSI setakat ini. Berbalik kepada tajuk blog kita pada hari ini, ya murid-murid.. (ahaks! semangat bakal guru memuncak)

Saya sudah lama ingin menulis berkenaan tajuk ini. Apabila berblog dijadikan aktiviti keluarga. Ya! Berblog memang menjadi aktiviti masa senggang keluarga saya semasa cuti semester baru-baru ini. Bukan setakat saya yang berblog dan keluarga cuma menjadi pembaca pasif, malah mama saya (promosi : Puan Junaidah Kassim) juga sakan meng-update (maaf, saya tidak tahu istilah Bahasa Melayu) blognya. Bermula daripada permintaan baba untuk saya mengajarnya berblog. Bukan blog peribadi, tetapi blog sekolah beliau. SK Tanjong Tokong.
Entah bagaimana, secara kebetulan terdetik di hati saya untuk mengajak mama berblog. Mulanya cuma ajak-ajak ayam. Tak sangka ajak-ajak ayam saya bersambut. Mama memang pantang dipelawa orangnya! hehehe
Buat mama, saya membuatkannya akaun Google dan tapak blog. Cuma blog kosong tanpa sebarang tambahan aksesori yang menarik. Juga mengajarnya serba sedikit bagaimana mahu meng-update blog dan menambah aksesori di blog secara kasar. Mama saya memang seorang yang bersemangat. Tidak jemu-jemu beliau bertanyakan kepada saya itu dan ini. Bagaimana itu, bagaimana ini. Hari pertama, memang saya menjawab pertanyaannya dengan bersemangat juga. Seronok berkongsi minat saya dengan mama. Mujur juga mama bukan jenis kaum ibu yang menolak terus minat anaknya ini.
Walaubagaimanapun, sungguh saya seorang anak yang banyak kelemahan. Saya memang tidak sesabar ibubapa saya dalam hal mengajar dan mendidik. Masuk hari ketiga, saya mula bosan apabila mama bertanyakan begitu banyak soalan itu ini kepada saya. Saya pula tidaklah begitu mahir menggunakan internet dan laman blog ini. Banyak pula soalannya yang saya tidak begitu tahu. Soalannya yang sudah saya jawab, dan ajar satu persatu juga diulang-ulang. Aduhh, saya geram. Geram rasanya apabila perlu mengulang perkara yang sama banyak kali (bukankah ini hakikat seorangg guru? ohh, saya belum layak menjadi guru)
Makanya, dengan niat suci dan murni (sungguh!! saya tak tipu, ha3!) saya tidak mengendahkan pertanyaan mama. Saya kejam, kan? Soalannya saya biarkan sepi dan dijawab ala kadar. Tetapi tentunya tidak menjawab secara tepat soalan mama! Bagaikan hati saya ini sekeping batu, saya biarkan mama terkial-kial mencuba itu ini di hadapan komputer dan kadangkala laptop saya atau baba. Dalam hati saya mengetawakannya (kejamnya saya!). Pada saya, saya mahu mama belajar sendiri. Lebih bermakna untuk dirinya. Lagi pula, perkara yang saya tunjukkan mama satu persatu, dalam tempoh 3jam mama sudah lupa! Aduhh..
Selama seminggu, saya langsung tidak menjengah blog mama. Dalam hati, timbul juga kehairanan mengapa mama sudah tidak bertanyakan saya mengenai blog. Ahh, mungkin mamaku ini sudah berputus asa agaknya. Namun, entah bagaimana, jemari saya menaip juga alamat blog mama. Niat di hati ingin melihat apakah yang sudah berlaku di blognya....
Tetapi....wahhh!!! Sungguh saya kagum! Amat kagum. Dengan pengetahuan yang sifar mengenai blog, ditambah pula mama saya tidak berpendidikan tinggi dan tidak terdedah luas dengan ICT, saya kira blog mama memang menarik. Patutlah saya sering dengar mama bersama baba 'memekap' blog dan saling ajar-mengajar satu sama lain. Baba pun agak sifar mengenai blog.
Blog mama sudah bertukar warna. Warna merah jambu gelap. Ada gambar-gambar saya dan adik-adik di sudut kanan blognya. Ada pula jam sebagai hiasannya. Juga pautan ke laman-laman blog lain. Catatannya juga saya kira memang menarik. Bukan mahu memuji ibu sendiri, tapi lahir dari hati seorang anak, saya memang kagum dengan mama saya.
Bila tidak diajar satu persatu, boleh pula mama 'try n error'. hehe.. Tahniah3x!!
Angin dan mood berblog ini pula berjangkit kepada adik-adik saya. Atikah, Adeebah dan Amirah. Dengan blog masing-masing. Menulis dan menambah ilmu secara bersama. Seringkali juga, 1komputer dan 2laptop terpasang secara serentak dan ketiga-tiganya sedang 'memekap' blog.
Aktiviti berblog di masa cuti semester saya baru-baru ini memang meninggalkan kesan yang manis untuk saya. Pertama, minat saya dapat dikongsi bersama keluarga. Kedua, kami dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan walaupun tidak mengeluarkan kos yang besar.
Kini, saya dapat mengetahui cerita-cerita yang berlaku di rumah dengan membaca blog mama. Rupa-rupanya sedari dulu mama sering membaca blog saya untuk mengetahui cerita dan perkembangan saya bila berjauhan. Terima Kasih..
Selain berblog, memang saya agak kerap berchatting dengan mama. Juga dengan adik-adik dan baba apabila ada kesempatan. Saling bertukar berita dan melepaskan rindu.
Sungguh saya tidak nafikan, kemajuan internet dan teknologi masa kini ibarat pisau ukir. Apabila digunakan dengan betul untuk mengukir, akan dapat menghasilkan suatu nilai seni yang cantik. Namun apabila pisau yang sama digunakan pula untuk mencederakan orang mahupun membunuh, pisau itu mampu membawa kecelakaan.
Salam Sayang Buat Semuaa!!! rinduuu rumahhh!! waa waa waaa!!

9 komen tak puas hati:

Azym Azizi said...

Wau ain..bagusnya..semua dh berhubung secara maya skrang ni..
Hehe..menarik btul blog mama ang tu..

Interesting..kita dpt lihat drp perspektif seorang ibu..mmg agak berbeda dgn remaja seangkatan kita ni..hehe..

Eh, ha..lg satu..meng-update kalau dialih bahasanya menjadi mengemaskini la..kn??? Err..betul ni..hehe

Kim salam kat mama!=p

MaMa MoDeN said...

salam sayang...
tiada apa yg mama mampu ucapkan dgn post tbaru tata ni selain perasaan terharu seorang ibu bernama mama.
thanks sayang kerana menghargai mama. salam rindu

Mior Khabir Zikri said...

:)
bestnya ada mama yg boleh berblog. mama moden la kan :D

Luth Textile said...

ain,
kuatkan semangat..
jangan mengalah..

mama moden ada..
keep on bloging!

i'll help u

Anonymous said...

ain
mesti air mata hg bercucuran masa menaip ni kan..
~lalalala~

ain fathihah fhm said...

haha..mna ada, cik tira jgn bt tuduhan palsu ya. aku cuma sebak sbb rindu rumah ja. skrg ni xnanges2 dah..sem1 dlu ja..la ni dh besaqq dh..hehe

Pjoyz Zul said...

One blogger family... hehehehe

Pjoyz Zul said...

Baru pas view your mom's blog. nape muka awak dalam blog mak awk tu lain ek? siyes tak cam. punye la tercarik2...

neem said...

salam ain...


waa..beshnyer. mama neem? nakk sentuh comp pun x nak :P