Saturday, June 19, 2010

Lu apahal tengok-tengok? Jatuh cinta?

Malam ketiga berkerja shif malam, jam biologi badan saya sudah membiasakan diri.

 

Bak kata si nenek tua, siang mengantuk malam berjaga, mencari pakwe di mana ada, nenek ku kawen dengan Sultan Brunei.

 

Sekitar jam 1pagi, saya tercegat di kaunter. Kerja saya, ada yang dah siap, ada yang belum. Mad Ezun sedang duduk berhampiran saya, menyiapkan kerja dia.

 

Satu perkara yang saya perasan tentang staf yang seorang ni, masa dia tengah buat kerja, memang serius sungguh. Tak bercakap, tak menguit, tak main-main. Jadi masa dia tengah ada kerja, saya terpaksa diam. Tak berani kacau, nanti kena marah. Sob-sob.

 

Pintu kedai terkuak. Masuk seorang lelaki (usia mungkin sebaya saya) berbadan besar dan tinggi. Elok dia masuk ja, kepalanya menoleh ke arah saya sambil melangkah laju menuju ke dalam kedai. Matanya memandang tepat pada saya. Dengan pandangan yang semacam. Err, semacam mahu mencari pasal.

 

Tapi, tak sampai pun lima langkah dari pintu kedai, dengan langkah laju dan gagah itu, entah macam mana cara berjalan (berjalan ke depan tapi kepala menoleh kiri), dia terlanggar rak botol-botol 100Plus.

 

Erk?

 

Agaknya dia menghentam kuat rak 100Plus tu, jatuh berterabur botol-botol 100Plus. Botol besar dan botol kecil 100Plus, berguling-guling memenuhi lantai kedai.

 

Saya diam (dah memang diam pun dari tadi), dan tercengang. Terus saya memandang Ezun. Ezun memandang saya. Dan kami memandang lelaki cemerkap tadi mengutip botol-botol 100Plus, lalu dia dengan gaya macho dan hensem, menyusun kembali botol-botol yang menjadi mangsa langgar di rak.

 

Saya dah senak perut dan sengal pipi menahan tawa mahupun senyum. Sungguh-sungguh buat muka selamba. Lepas selesai membetulkan kembali botol-botol 100Plus yang berterabur, lelaki itu menuju ke chiller, mengambil setin Coke, ke rak lain mengambil keropok, lalu membayar di kaunter.

 

Saya dan Ezun buat biasa saja, seperti tiada apa yang berlaku. Selesai membayar, lelaki tadi keluar, menuju arah kiri. Pastinya menuju Netcity.

 

Setelah pasti lelaki tadi sudah berlalu agak jauh dari Happy Mart, saya memandang Ezun.

Ezun melawan pandang saya. Kerdip mata. Jeda sesaat,

 

Lalu ketawa kami berderai. Saya sungguh-sungguh gelak, hampir 5minit masih tak dapat membuang tawa.

 

Saya katakan pada Ezun,

 

“hah, tu la. Tengok lagi anak dara orang semacam. Kan dah terlanggar rak”

 

Selepas itu, Ezun mengusik-usik saya,

 

“dia tengok apa? Meh nak tengok sikit muka Nor, apa yang cantik sangat sampai dia tak nampak jalan.”

 

Malam tadi, jadi kerja tambahan pula pada Ezun untuk membetulkan kembali rak 100Plus yang beralih sedikit dari tempat asal. Senget kena langgar. Haha.

 

Mulanya saya cuba menolak rak itu supaya kembali pada kedudukan asal. Tapi sedikit pun tak beranjak. Rak besi tau. Berat. Ditambah dengan botol-botol 100Plus penuh atas rak 3tingkat tu.

 

Perghh, mesti sakit badan lelaki cemerkap tadi. Simpati sebentar bersama Kit-Kat.

Menyibuk hal tepi kain & seluar dalam orang!

Ini bukan entri lucah!

(pada sesiapa yang masuk blog ini dan mengharapkan ada entri lucah)

 

Minggu ini, saya kerja shif malam. Walaupun shif malam, boleh tahan ramai jugak customer. Tapi masih tak seramai pagi dan petang.

 

Malam pertama, sekitar jam 3 pagi, sedang saya menyusun botol-botol 100Plus di rak, seorang budak lelaki sekitar usia 10-12 tahun memegang wang kertas RM5.

 

“akak, nak tukar singgit-singgit boleh tak?”

 

“haa? Nak tukar duit? Kalau akak cakap tak boleh, macam mana?”

 

“alah, bagi ja lah. Takkan takdak kot?”

 

Terus saya ke kaunter untuk memenuhi permintaan budak lelaki tu. Sambil itu, sempat jugak saya tanyakan macam-macam soalan.

 

“ni adik duduk mana ni?”

 

“tanjong tokong”

Sambil tersengih dia menjawab.

 

“rumah kat mana?”

 

“flat badut”

Merujuk pada Flat Seri Tanjung Pinang berhampiran tempat kerja saya. Orang Tg.Tokong panggil flat tu Flat Badut sebab catnya berwarna-warni. Ceria gitu…

 

“adik lepak CC kan? Mak tau tak ni keluar malam-malam ni?”

Netcity cybercafé adalah selang dua kedai dari Happy Mart.

 

“haah, main game. Ala, mak tau lah”

 

Dalam hati saya, tersentak jugak. Isk, budak sekolah rendah ni keluar malam sampai pagi-pagi buta, mak dia tahu atau tidak. Atau tak kisah. Atau budak ni keluar senyap-senyap.

 

“sekolah darjah berapa? sekolah mana? kerja sekolah dah siap semua ka?”

Bertubi2 soalan saya pada budak lelaki itu.

 

Sambil mengambil lima keping RM1 dari tangan saya, budak itu mencebik bibir,

 

“menyibok aja lah kakak ni. Tanya banyak macam polis pencen!”

 

Terus saya memandang Ezun (partner staf), sambil mengangkat kening.

 

“Ezun, budak tu kata ain menyibok!”

 

Terkekeh ketawa Ezun. Menggelakkan saya.

 

“itu le kome. Tanya macam-macam. Budak sekarang tak same dengan kita dulu”

Mad Ezun ni memang pekat telor Peraknya.

 

Terdiam saya. Agaknya saya memang macam gaya makcik-makcik kot bertanya pelbagai soalan. Makcik-makcik ke saya?

 

Tengok budak-budak macam tu merayap malam-malam, saya yang naik risau. Entah risiko jadi mangsa culik ke, mangsa liwat si pedofil ke, kena buli ke.

Sekitar kawasan tempat kerja saya, memang ramai hantu berkeliaran. Hantu arak, hantu ketagih CC, hantu merendek cari perempuan, hantu rokok, hantu lepak dan hantu-hantu yang sewaktu dengannya.

 

Moga budak tu bukan rekrut hantu. Moga!

 

Orang keliling cakap, jangan jaga tepi kain orang. Tapi selalunya saya fikir, zaman sekarang, bukan takat tepi kain, hal dalam seluar dalam orang pun kena ambil tahu jugak.

 

Kalau tidak, tiba-tiba terkejut jiran sebelah rumah dapat cucu, tiba-tiba anak perempuan tak datang haid 3bulan, tiba-tiba ada suara bayi menangis dalam tandas sekolah, tiba-tiba gadis lincah seksi berpakaian baju kurung bertudung besar, tiba-tiba abang kita kena tahan polis sebab ganja…..tiba-tiba!

 

Takkan semuanya tiba-tiba?

 

Tipu lah.

 

Ada permulaannya..contohnya, budak lelaki tadi. Huhu.

Wednesday, June 16, 2010

Ain Fathihah tak demam bola pun? saya normal ke tidak?

Demam bola FIFA memang tak terasa langsung di rumah saya. semuanya berjalan seperti biasa, tiada kelainan. Mujur pula tiada siapa dalam rumah saya yang minat bola, termasuk Baba dan Angah.

Encik dalam gambar di bawah ni bukan pakwe @ skandal @ teman tapi mesra aku.

 

Saya? Lagilah tiada apa-apa rasa. Cuma tiba-tiba terjatuh cinta suka dengan lagu ni. Liriknya ringkas, tapi menaikkan semangat. Terima kasih pada seorang kawan lama, Pdos Bidin yang dah promote lagu ni pada saya.

 

K'naan - Wavin' Flag

 

Give me freedom, give me fire, give me reason, take me higher

See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud

In the streets are, exaliftin , as we lose our inhabition,

Celebration its around us, every nation, all around us

Singin forever young, singin songs underneath that sun

Lets rejoice in the beautiful game.

And together at the end of the day.

WE ALL SAY

When I get older I will be stronger

They’ll call me freedom Just like a wavin’ flag

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

When I get older I will be stronger

They’ll call me freedom

Just like a wavin’ flag

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes

Oooooooooooooh woooooooooohh hohoho

Give you freedom, give you fire, give you reason, take you higher

See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud

In the streets are, exaliftin, every loser in ambition,

Celebration, its around us, every nations, all around us

Singin forever young, singin songs underneath that sun

Lets rejoice in the beautiful game.

And together at the end of the day.

WE ALL SAY

When I get older, I will be stronger

They’ll call me freedom

Just like a wavin’ flag

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

When I get older I will be stronger

They’ll call me freedom

Just like a wavin’ flag

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes

Wooooooooo Ohohohoooooooo ! OOOoooooh Wooooooooo

WE ALL SAY !

When I get older I will be stronger

They’ll call me freedom

Just like a wavin’ flag

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

When I get older I will be stronger

They’ll call me freedom

Just like a wavin’ flag

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes

Wooo hooooo hohohohoooooo

And everybody will be singinit

Wooooooooo ohohohooooo

And we are all singinit

Wednesday, June 09, 2010

Anak tak layak

Anak-anak kecil bernyanyi riang, sambil bermain menyemakkan rumah.

 

Who should I give my love to?

My respect and my honor to

Who should I pay good mind to?

After Allah

And Rasulullah

 

Comes your mother

Who next? Your mother

Who next? Your mother

And then your father

 

Si Ibu yang sedang tidur siang terjaga, lalu terus menjerkah

 

“Diamlah! Ni kenapa rumah bersepah? Jangan duk nyanyilah lagu tu. Hangpa ni anak tak layak pun nak menyanyi lagu tu!”

 

Entah bagaimana spontan, hati anak kecil terus berdetik,

 

“ya, memang ibu ku pun tidak layak ditujukan lagu tu”

 

Tahun-tahun berlalu. Si Ibu mungkin langsung tak pernah mengingat situasi yang dah berlaku lama dulu.

 

Tapi rupa-rupanya kenyataan ‘anak tak layak’ itu berbekas di hati. Menikam-nikam jiwa dan perasaan.

 

Sungguh.

 

Tidak layakkah anak itu?

Sunday, June 06, 2010

Cemburu seorang bini manager! –part2

Esoknya, saya kerja shif pagi. Shif pagi dan petang selalunya seorang saja staf. Campur Manager, dua orang. Macam biasa, saya tercongok di kaunter cashier bila takda kerja, memerhatikan Manager buat kerja dia.

 

Disebabkan saya ni jenis mulut akan gatal-gatal bila tak bercakap 5minit, maka macam-macam lah saya pot-pet pot-pet kan pada Manager. Sampaikan ada ada sekali tu,

 

“Nurul! Hang diam sat 10minit boleh tak? Saya tengah pening ni. Boleh ka tak boleh?”

 

“err, boleh. Boleh. Tapi boleh ka kalau saya nak jawab tak boleh?”

Jawab saya selepas tergelak.

 

“Diam!”

 

Terus saya diam. Sambil senyum-senyum menahan gelak.

 

Tak lama lepas tu, Manager bertanya dengan nada serius pada saya…

 

“Nurul, isteri saya ada cakap apa-apa tak kat Nurul?”

 

“Cakap? Dia tak pernah tegur saya pun. Kenapa?”

 

“takda apa aih. Kot-kot la dia ada cakap apa-apa ka kat Nurul”

 

“Dia tak pernah cakap apa pun, tapi saya perasan lah dia semacam sikit dengan saya. Tiap kali nampak saya, nanti dia buat muncung cencurut. Kenapa eh?

 

Saya ada buat salah apa-apa ka kat bini Abang Saadi?”

 

“takdak aih. Besa la pompuan. Dia jeles kat Nurul kot. Dia penah merungut kat saya, dia cakap Nurul asyik menempek ja kat saya. Tak reti pi buat kerja, asyik duk dekat saya ja”

 

Erkk? Disebabkan mulut saya tengah dirancang untuk diletakkan bawah insuran Takaful Prudential, terus saya bidas

 

“laa, awatnya? Saya penah ka duduk atas riba Abang Saadi? Menempek tang mananya”

 

“haha, taktau lah. Orang pompuan memang macam ni kot. Dengan staf-staf perempuan saya sebelum ni pun dia macam ni gak. Wani, Syida, Fatin dengan sapa lagi entah”

 

Haha. Saya memang terkekek-kekek ketawa. Maknanya, isteri Abang Saadi memang kuat cemburu. Tulah, sapa suruh kawen laki muda. Mujur bukan saya seorang yang pernah kena macam ni.

 

“kalau Nurul terasa hati ka apa ka, minta maaf lah ya. Lepas ni kalau isteri saya cakap apa-apa ka, buat taktau ja kat dia. Saya dah banyak kali habaq dah, jangan mai tempat keja saya. Tengok la bila dia selalu duk mai macam ni, dia yang duk cemburu sendiri”

 

“hehe, okay. Takpa. Saya tak terasa apa pun. Rasa nak gelak ja”

 

Dua hari lepas tu, Abang Saadi berikan nombor telefon isterinya pada saya.

Aik, nak buat apa ni?

 

“Ni kalau ada nombor ni mesej ka telefon Nurul ka, ni nombor isteri saya tau. Jangan layan”

 

Masa ni saya tiba-tiba rasa hangat kepala. Apahal pulak sampai ambil nombor telefon saya. 

 

(Makluman, Manager memang ada nombor semua staf, untuk mudahkan komunikasi jika berlaku perubahan shif atau apa-apa kecemasan)

 

“Laa, buat apa bini Abang ambik nombor saya ni? Dia nak apa?”

 

“saya pun taktau lah. Dia selalu amik nombor staf perempuan saya”

 

Saya memang rasa geram. Memang tak puas hati betul lah. Rasanya kalau bini orang buat macam ni, dia nak mesej @ telefon perempuan yang dicemburukannya tu, nak maki hamun, nak marah-marah atau nak dicarutkan.

 

Saya pulak memang agak berani membidas cakap Manager. Mungkin sebab tak takut diberhentikan kerja. Hehe.

 

“ni, Abang Saadi. Dengar ni. Jaga bini abang elok-elok eh. Kalau ada dia kacau saya ka, hantar mesej maki hamun ka, telefon marah-marah saya ka, saya terus report kat HQ (head-quarters) tau. Saya nanti bagitau Manager tak professional. Tak boleh handle bini & sampai bini kacau staf!”

 

Muka Abang Saadi tercengang. Saya pun terkejut. Eh, kenapa la saya cakap macam ni. Kan bini dia tak buat apa-apa pun lagi.

 

“eh, kenapa Manager pulak yang kena warning ni?”

 

“haa, ye lah! Saya serius ni. Bini Abang ingat saya ni budak baru lepas SPM ka bodoh tak tau pikiaq apa. Memang saya report HQ ja kalau bini Abang kacau saya”

 

Abang Saadi tersengih, sambil mengangguk-angguk, terus menyambung buat kerja dia.

 

Ni dah seminggu saya tak nampak isteri Manager. Mungkin sebab saya kerja shif pagi. Isteri dan anaknya selalu datang melepak malam-malam. Hee..

Friday, June 04, 2010

Cemburu seorang bini manager! –part1

Store Manager tempat saya kerja, Happy Mart, Saadi namanya. Muda lagi, baru 24. Badan agak chubby berisi, dengan kumis nipis. Ceria orangnya, dan mulut kuat mencarut. Dalam 50 perkataan yang keluar dari mulut dia, tujuh tu confirm perkataan mencarut. Tak carut, maki hamun orang.

 

Mula-mula saya terkena kejutan budaya. Sekarang ni dah agak terbiasa. Terpaksa membiasakan diri sebab dah kerap sangat duk dengar.

 

Apapun, keseluruhannya, Abang Saadi ni okay. Tegas, tapi tak la garang melampau. Lagipun, dia tak ‘buli’ saya sangat, berbanding staf Indon yang kerja di situ juga. heh, berani dia nak buli saya lebih-lebih, saya ni belajar lagi tinggi dari dia, hak3

 

Mula-mula kerja, saya panggil dia Encik Saadi. Tapi dia cakap, ‘aku ni bukan kerja gaji juta-juta. Panggil Abang Saadi sudah. Jangan beradap sangat. Rimas’

 

Semua staf yang lain pun panggil Abang Saadi pada Manager ya, bukan saya seorang.

 

Kisahnya yang saya nak bebelkan di Blog Ain Fathihah hari ni, bukan pasal Abang Saadi sangat. Tapi mengenai isterinya.

 

Pertama kali saya tengok isteri Abang Saadi, masa saya kerja shif petang (3pm-11pm). Malam tu lebih kurang lepas isyak, saya perasan ada seorang makcik bersama anak gadisnya, masuk ke Happy Mart, dan membaca majalah dengan agak lama.

 

Sambil tu mereka berdua berpusing-pusing dalam kedai membelek barang. Sampai di depan rak kondom, si gadis menunjuk jari ke arah kondom, berkata sesuatu kepada ibunya, kemudian mengekek ketawa.

 

Masa tu saya terus terdetik,

 

‘eh apahal gedik sangat budak ni. Gelak mengilai macam tu’

 

Kemudian saya terus tanyakan pada Abang Saadi

 

“Abang, pasaipa depa dua tu”,

Sambil memuncung mulut pada si gadis dan si makcik.

 

“taktau kat depa”

Jawab Manager tanpa perasaan.

 

Dua hari selepas tu, baru lah saya tahu, itu isteri dan anaknya. Ceh! Masa saya tanya, dia buat-buat tak kenal plak.

 

Woahaa! Takkan Manager umur 24 dah ada anak dara besar tu? Tingkatan 4. Cantik anaknya, tinggi lampai, paha putih mulus (err, ni bukan saya yang pi belek paha dia, dia yang tunjuk, dah pakai seluar pendek paras pangkal paha, nak tayang paha la tu kan), mata sepet macam anak Cina, tapi kulit sawo matang, & rambut bertocang comel.

 

Err, tapi maknya… saya tengok rasa pelik. Gincu merah mencalat. Atas kelopak mata calit warna biru. Bedak agak tebal (saya rasa tebal sebab beza sangat warna muka dengan leher), telinga bertindik banyak..lebih kurang 4-6 tindik. Semua berpasang subang.

 

Saya anggarkan usia dia sekitar 35-40tahun. Jadi saya teka Abang Saadi berkahwin dengan janda anak seorang yang lebih tua dari usianya.

 

Sejak awal, saya perasan Makcik (haha kurang ajar gila panggil Abang kat si laki, tapi kat bini bahasakan makcik) ni agak semacam sikit dengan saya. Bila saya kerja petang ke malam, dan dia datang Happy Mart, dia akan memuncung-muncung bibirnya buat muka menyampah kat saya.

 

Eh, apahal la Makcik ni kan. Saya taktahu apa yang tak kena dengan saya.

 

Bila dia lepak di Happy Mart, kerap jugalah dia membelek barang-barang dalam Happy Mart, sambil membebel-bebel susun atur barang berselerak, berhabuk dan semak. Macam-macamlah dibebelkan.

 

“Abang, tengok ni barang bersepah. Pekerja Happy Mart ni semua malas-malas, tak buat kerja. Makin gaji buta!”

 

Aik? kalau dah saya seorang saja staf yang ada, mesti lah dia tujukan pada saya kan?Tapi saya buat muka kering saja. buat tak dengar. Berubah airmuka pun tak. Maintain comel + kiut melayan customer yang tengah bayar di kaunter.

 

Minggu kedua saya kerja, masa tu saya kerja malam, Makcik gincu tebal ni ada. Sambil dia berbual dengan seorang customer, pasal Fasha Sandha mengorat suami orang, tiba-tiba dia bercakap dengan nada tinggi,

 

“sapa goda laki aku tau lah macam mana aku nak ajar!”

 

Erk? Kenapa dia cakap macam tu sambil jeling-jeling saya pulak?

 

Masa tu saya terus rasa sebu perut. Isk, Makcik ni duk ingat aku ada affair dengan laki dia ke? Makcik ni syak aku tengah goda laki dia ke? Makcik ni nak ganyang aku ke?

 

Tapi perasaan tu saya abaikan. Yelah, rasa macam… takkanlah dia anggap saya (yang macam budak-budak) ni nak mengorat suami dia. Mungkin dia tujukan amaran dia tu kat orang lain kot.

 

Tiga malam lepas, saya baru habis waktu rehat sejam, dan masuk balik pukul 9.30pm. Masuk ja kedai, saya tengok ada Makcik tu dengan anak gadisnya yang comel, dan seorang perempuan sebaya saya (tak secomel anak gadis tu, tapi lebih seksi), tengah duduk lepak-lepak dalam kawasan kaunter cashier.

 

Masuk kedai ja, saya menuju ke mesin kaunter, dengan Abang Saadi tengah key in borang pesanan. Biasa memang macam tu, saya bukan jenis nak berlakon pi buat kerja (semakkan barang then susun balik) bila Manager ada.

 

Selagi Manager tak suruh saya buat kerja lain (selain buat kerja cashier), memang saya takkan bergerak dari kaunter cashier. Kalau takda orang, melongo lah saya di situ, menunggu customer. Lagipun saya taktahu apa yang perlu dibuat selagi tak disuruh. Rasa macam bodoh ja kalau saya pi selerakkan barang, kemudian atur balik.

 

Selepas 5minit saya masuk kerja malam tu, badan dah terasa dengan kesejukkan aircond. Tanpa saya sedar, saya memeluk tubuh sambil berkata perlahan,

 

“ui, sejuknya”

 

Kemudian saya perasan, si Makcik berjalan menghentak kaki keluar dari kedai, sambil mulutnya mengomel,

 

“dah. Aku nak tubik. Panas dalam ni. Meluak, meluak! “

Sila baca dengan loghat pantai timur ya. Meluak tu meluat ya.

 

Double pelik. Tapi masa tu saya masih tak terasa apa-apa.

 

Esoknya….

 

p/s : esok? Haa esok lah baru ada sambungan..

Tuesday, June 01, 2010

cerita hampir basi, tapi persahabatan takkan pernah basi!

Jumaat lepas, Penang cuti umum. Wesak Day. Negeri lain cuti tak masa Wesak? Ada kenalan maya saya yang tak pernah dengar pun pasal Hari Wesak. Sob3.

Hari Wesak ni disambut penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kematian Gautama Buddha.

Jadi, biarkan penganut Buddha menyambut hari terpenting dalam agama mereka itu. Malaysiakan Negara yang mengamalkan kebebasan beragama.


Perkara 11 menyatakan, “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,” tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk “mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”

Maksudnya, orang Islam tak payah lah gatal-gatal pergi menyambut Hari Wesak di tokong-tokong sekitar anda atas semangat 1Malaysia ya.

Cik Amal yang sedang berpraktikal di Hospital Besar Pulau Pinang dengan gigihnya mengajak saya keluar pada Wesak Day.

“aku kerja la Amal. Aku bukan keja gomen macam hang, cuti hujung minggu & cuti awam sekali”

Kebetulan pula minggu lepas saya kerja shif malam, 11 malam – 7 pagi. Jadi saya gagahkan juga. Habis kerja pukul 7 pagi. Balik rumah mandi & makan. Tidur sampai pukul 12. Bangun bersiap dan pergi Gurney.

Amal dah ada kat Gurney. Mencomelkan diri dia merayap seorang sementara menunggu saya & yang lain sampai.

“Hang duk buat teruk la Ain. Selalu lambat tau”

Kemudian menunggu Cik Amirah dan Cik Munirah sampai. Barulah kami merayap berempat. Err, rasanya tak banyak sangat merayap pun. Lebih banyak duduk makan-makan dan bersembang. Lama tak jumpa, rindu sangat kawan-kawan sekolah.Cik Munirah (engineering USM Nibung Tebal) dan Cik Amirah (Pend.Sains UPSI..eh?)
bergambar depan toilet yang ada mural yang cun. hehe 
Cik Amal (microb USM). bergambar dalam toilet depan cermin.
sampai sekarang masih tertanya-tanya, kenapa gadis-gadis semacam wajib ambil gambar di toilet mall bila hang out bersama ya?
.
Amal : Aku tak kira, nak ambik gambaq jugak. syok ada cermin besaq!
.
Pergi makan di Chicken Rice Shop yang Amal katakan tak sedap. Eh kenapa lidah saya rasa sedap ja ek. Hehe benda mahal memang sedap kot.

Antara implementasi pembelajaran gadis university Apex adalah,

Masa memesan makanan, pelayan tu tanya nak tokua berkicap ke, nak sup bebola.

Amal : weh, tak mau sup. Takmau! Banyak MSG! tak elok tau MSG.
Ain : Hah? Monosodium glutamat.
Amira : habis tu takkan hang nak makan tokua ni?

Haha sempatlah bermesyuarat 5minit sebelum buat keputusan nak makan apa. Dengan gadis pelayan menunggu memegang pen dan borang pesanan.

Makan dengan santai dan perlahan. Lepas habis makan tak bangun-bangun. Orang di kedai tu dah bersilih ganti tukar. Kami masih melepak sambil sembang panjang.

Pergi solat Zohor di surau Gurney Plaza yang baru! Eh rasanya dah lama cuma saya dan Amal yang jakun sebab dah lama tak pergi Gurney.

Habis solat, Amal dengan riang gembira dan muka lapar ajak kami pergi makan cheese cake di Secret Recipe.

Okay, gadis-gadis memang perut tong.dalam perjalanan ke Secret Recipe di aras bawah, sempatlah singgah Reject Shop, Parkson dan kedai-kedai lain. Amirah sakan memilih baju. Murah-murah dengan kualiti yang okay.

 

Amal nak beli sweater baru. Senang nak naik motor, katanya. Pilih jangan tak pilih. Kemudian dia merungut sweater di Reject Shop sekitar RM40-RM50 tu mahal.

 

Lepas tu saya dan Amal masuk ke kedai-kedai berjenama yang lain. Hajat nak tengok sweater. Pergh. Harga dua tiga kali ganda mahal dari Reject Shop. Semua atas RM100.

.

Amal : weh, insaf weh. Memang Reject Shop murah la weh.err, jujur cakap. ni pertama kali saya makan cheese cake di Secret Recipe. hehe. jakun lah taktau nak pilih kek yang mana satu.

Si Amal pulak asyik cakap, "pilihlah, hang mau yang mana? semua sedap. memang sedap"Cappucino yang pahit menjadi manis akhirnya setelah dikerjakan oleh Cik Munirah. hehe.

 

Saya sampai rumah sekitar 6 petang. Terus cepat-cepat mandi. Rehat kejab. Bersiap masuk kerja pukul 7petang. Huhu. OT empat jam, jadi waktu kerja saya masa Wesak Day tu adalah dari 7petang ke 7pagi.

 

Adoi adoi. Gelong jab hari tu. Haha. Dah la siangnya tak rehat betul-betul.