Ini bukan entri lucah!
(pada sesiapa yang masuk blog ini dan mengharapkan ada entri lucah)
Minggu ini, saya kerja shif malam. Walaupun shif malam, boleh tahan ramai jugak customer. Tapi masih tak seramai pagi dan petang.
Malam pertama, sekitar jam 3 pagi, sedang saya menyusun botol-botol 100Plus di rak, seorang budak lelaki sekitar usia 10-12 tahun memegang wang kertas RM5.
“akak, nak tukar singgit-singgit boleh tak?”
“haa? Nak tukar duit? Kalau akak cakap tak boleh, macam mana?”
“alah, bagi ja lah. Takkan takdak kot?”
Terus saya ke kaunter untuk memenuhi permintaan budak lelaki tu. Sambil itu, sempat jugak saya tanyakan macam-macam soalan.
“ni adik duduk mana ni?”
“tanjong tokong”
Sambil tersengih dia menjawab.
“rumah kat mana?”
“flat badut”
Merujuk pada Flat Seri Tanjung Pinang berhampiran tempat kerja saya. Orang Tg.Tokong panggil flat tu Flat Badut sebab catnya berwarna-warni. Ceria gitu…
“adik lepak CC kan? Mak tau tak ni keluar malam-malam ni?”
Netcity cybercafé adalah selang dua kedai dari Happy Mart.
“haah, main game. Ala, mak tau lah”
Dalam hati saya, tersentak jugak. Isk, budak sekolah rendah ni keluar malam sampai pagi-pagi buta, mak dia tahu atau tidak. Atau tak kisah. Atau budak ni keluar senyap-senyap.
“sekolah darjah berapa? sekolah mana? kerja sekolah dah siap semua ka?”
Bertubi2 soalan saya pada budak lelaki itu.
Sambil mengambil lima keping RM1 dari tangan saya, budak itu mencebik bibir,
“menyibok aja lah kakak ni. Tanya banyak macam polis pencen!”
Terus saya memandang Ezun (partner staf), sambil mengangkat kening.
“Ezun, budak tu kata ain menyibok!”
Terkekeh ketawa Ezun. Menggelakkan saya.
“itu le kome. Tanya macam-macam. Budak sekarang tak same dengan kita dulu”
Mad Ezun ni memang pekat telor Peraknya.
Terdiam saya. Agaknya saya memang macam gaya makcik-makcik kot bertanya pelbagai soalan. Makcik-makcik ke saya?
Tengok budak-budak macam tu merayap malam-malam, saya yang naik risau. Entah risiko jadi mangsa culik ke, mangsa liwat si pedofil ke, kena buli ke.
Sekitar kawasan tempat kerja saya, memang ramai hantu berkeliaran. Hantu arak, hantu ketagih CC, hantu merendek cari perempuan, hantu rokok, hantu lepak dan hantu-hantu yang sewaktu dengannya.
Moga budak tu bukan rekrut hantu. Moga!
Orang keliling cakap, jangan jaga tepi kain orang. Tapi selalunya saya fikir, zaman sekarang, bukan takat tepi kain, hal dalam seluar dalam orang pun kena ambil tahu jugak.
Kalau tidak, tiba-tiba terkejut jiran sebelah rumah dapat cucu, tiba-tiba anak perempuan tak datang haid 3bulan, tiba-tiba ada suara bayi menangis dalam tandas sekolah, tiba-tiba gadis lincah seksi berpakaian baju kurung bertudung besar, tiba-tiba abang kita kena tahan polis sebab ganja…..tiba-tiba!
Takkan semuanya tiba-tiba?
Tipu lah.
Ada permulaannya..contohnya, budak lelaki tadi. Huhu.
7 komen tak puas hati:
flet badut,hahaha
ha ah laa..
ingat x kita slalu gelak kat flet tuh dulu
tringat kat exad
haha
lawa la flet badut tuh
warna warni woo
ne bkn komen xpuas hati~
tp komen bersetuju dgn entri~
kenyet3. . .
btol la tuh~
kna jgak amik tawu hal sekeliling. .
xbyk, sikit pn jd la~
hahahaha.. rekrut hantu. mungkin jugak la budak tu rekrut hantu-hantu n mungkin jadi hantu yg berjaya jika dibiarkan berterusan camtu.
nak salahkan siapa? err... mak ayah yg x kontrol? org cc yg bukak cc smpai lewat mlm n biar budak kecik main? ke tetangga yg x ambil kisah?
ke nk salahkan jurulatih rekrut diorang?? hahaha...
mmm...
boleh tukar profesion lepas ni
jadi interrogation officer
aduhh....flet badut yee..
mujur flet sy ada due kalerr je.
wahh akak ni berfikiran jauh laa..suka2..zaman skrg x mcm zaman2 dulu. skrg lbh dasatt
sgt setuju....bukankah kita diminta supaya menjaga tepi kain org?tak caya?Nabi kata;setiap muslim itu adalah saudara kpd muslim yg lain dan Allah snd pun kata dlm suarh al-hujurat ayat10.....kalau saudara,wajar la kita jaga!~
hahaha.
i like dis entry~!
cian ang.
ramah sgt smpai kne marah.
haha.
tp mmg btol pon apa ang tulis ni..
aku sokong 100%! :)
Post a Comment